Friday, December 31, 2010

Resepi Fish & Chip Yang Paling Sedap Di Dunia


Ok penat giler. Kena la penat kalau tak mana nak dapat shoruu. Tadi tidoq pukul 3 pagi...menyongsang pulak.Kan ke selalu bangun 3 pagi...


Dia memang selalu lagu tu kalau tak tidoq pukul 3 pagi..bangkit pulak 3 pagi....


Bila terbangun tengok jam 6.30 pagi. Hah...dapat aku subuh. Tiba-tiba bila sedaq dah pukul 8...haruuu.


Naseb bek Kak Asma jiran budiman hujung deret rumah aku call. Shina....Hafiiz tak pergi orientasi ke?


Lupa lah pulak...adeeh kalut. Tak kan semua aku nak kena ingat. Aku kerah en hasben kejutkan Hafiz and pergi hantaq pi kesekolah menengah seksyen 9. Pastu boleh lupa pulak nak suruh dia bawa kek untuk customer kat seksyen 7. Gegar Liana pulak suh dia tolong hantaq.


Wokeh hari ini 8 kek dah siap. Buat 4 and siapkan malam ini untuk customer esok pulak. Baju budak sekolah tak beli lagi. Dah dua hari budak-budak ni dok kebek aku punya dapur...sekejap scramble eggla...kejap pancakelah. Tapi memang dia orang jadi terel...memasak la kan...sejak aku dok khusyuk buat kek ni. Sapa yang untung....anak mak jugak yang untung...


Okeylah disebabkan kamera canon powershoot s90 aku dah melancung sampai ke german..lepas tu ke holland...makanya ia merupakan salah satu penyumbang kesedihan aku yang selama ini sentiasa berkepit dengannya.


Tak palah...sebelum dia pergi melancung tu...sompek jugak den tangkap gambar Imran buat fish and chip guna resepi aku. Ini lah fish and chip yang paling enak pernah aku makan fuyooh.


Ok tuan-puan sediakan bahan-bahan penting...kalau fillet ikan dori tu agak besar...potong 4 ya...


Bahan-bahan :


Ikan dori
Tepung gandum
serbuk roti
serbuk stok ayam
lada putih
secubit soda bikarbonat
garam
lemon
minyak masak untuk menggoreng


Cara-cara :


1. Perap ikan dengan lada putih halus dan perahan lemon.


2. Bancuh tepung dengan air dan kacau hingga likat. secubit soda, garam, serbuk stok ayam dan lada putih halus.


3. Celupkan ikan kedalam tepung dan golek atas serbuk roti. Kemudian goreng dengan api sederhana.


4. Sukatan ikut agak-agak.


5.Angkat dan hidang dengan kentang goreng dan hiasan.

27 comments:

Nur Najihah said...

wah,pndai imran masak ya..nmpk sdap!

sayasukamerapu said...

salam puan. puan mmg terror la masak. boleh tak bagi tips nanti macam mana nak selalu rajin memasak? hehehe. saya mmg malas nk masak. nak pulak, hari2! bosan. puan ada bakat. puan ada bukak kelas masakan ke?

Fie said...

aunty, susah gak nak cari fillet ayam dori tu, selalu pergi kedai tak pernah nampak, bleh cadangkan dekat kedai mana senang jumpa fillet tu? sekitar kl dan selangor...

Hijabi Pearl said...

em. nampak sedap lah
nanti nak tryyyyy :)

NaniRostam said...

Salam...mesti cuba...memang sedap..ni resepi masa saya jadi tukang masak restoran dulu.

fillet ikan dori yang frozen ada kat hypermarket mydin dan mercato di pavilion.

Saya ni tak rajin masak sebenarnya...tapi dek mulut yang menganga tu ramai maka salah satu sumber penggerak jugaklah....nak bawa makan kat kedai selalu...kang terkencet pulak.....senak.

Fie said...

ok terima kasih aunty, such a nice recipe... memang patut kena try ni... terima kasih sekali lagi

Fiza Amran said...

sedap nampka fish and chip.. kalau pakai ikan lain boleh selain dowry sebabnya auntie.. lidah saya ckp dowry x sedap... huhuhuhuhu

Nur Zaheera said...

great entry ! :) nampak pun dap !

cik suka senyum said...

dapnyeeee..tikiu unty 4 da resepi!! i wanna try it!

NaniRostam said...

Salam...nampak sodap rasapun sodap.

Kalau tak suka ikan dory makanya...carilah apa-apa ikan yang boleh dibuat fillet. Ada kot.

ain itu mata. =) said...

cekal betul auntie buat 8 biji kek dln sehari ye..fuhhh kagum =)

Fie said...

aunty nak tanya, sous untuk fish and chips ni pakai sous thousand island biasa yang ada kat kedai ker atau ada "resepi rahsia" ?

hazlin said...

sedapnya..
nak cuba lah nanti..

Tuan Din said...

Pergh!! mmg terbaik resepi nie...

Tuan Din said...

Auntie mmg seorang Insan yg gigih...

azlina aziz said...

Fuh, tak caya Imran yang buat fish and n Chip tu. hehe...ai pun nak jadi anak mak jugak la. Untung makan kek yang sedap tiap2 hari. kekeke :p

fifahnazri said...

thanks bagi resepi yg dah lame saya cari.. macam sedap jea, kena cuba ni.. haha..

Rosliza Roslan said...

mesti dicuba nim..heeselamat tahun baru auntie!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Dear Nani...

InsyaAllah kak nab akan try resepi ini...thanks.

cik suka senyum said...

imran pandai wat mesti aunty yang ajar kan..hehe

Encik NoRT said...

bak sket kak...

Tuan Din said...

Bilalah agaknya berkesempatan merasa masakan auntie nie...

Cik Puan Nurul said...

filet ikan dori ni byk kt giant kan..murah je kalo hat yg frozen ttu..aritu nampak teringin gak nak wat stok kat umah sebab saya ngan anak pun sukeee.

O'gosh said...

ble la buat makan2 tuk follower kak nani plak pasni...

Peri PiA said...

saya suke filliet ikan yg bersalut tempura,terbaikk hehe

yummy

Yun Aizun Zulkhaini said...

dulu saya suka makan fish & chip kat "THE FISH SHOP" kat Mahkota Parade Melaka. skrg dah tak ada lg..dah tutop.mmg sedap ..sebijik macam kak nani buat tu..perah limau kat mayonis .cicah..peehhh!..
(beza cuma dia guna mayonis tp akak guna thousand island ...pasti kak nani punya rasenya lebih memukau..

(#_#) said...

thanks!! will definitely try this ^^