'Keluar!!' Jawab aku pendek.
Gi Ikea. Jawab aku pendek lagi.
Sambung aku cepat-cepat mensyen pasal makan sebelum sempat mulut anak-anak aku terpacul serentak menjawab 'ek eleh ikea'.
Apa daaa...diaorang ingat aku ni banyak duit ke..nak bercuti sakan. Hari tu dah cadang nak gi janda baik, (harap-harap janda-janda kat luar tu jadikan nama 'janda baik' sebagai idola supaya mereka bersikap baik-baik sahaja). Tetapi selepas memanjat gunung ledang sambil memadu kasih nampaknya budak-budak ni dah tak mensyen lagi dah pasal janda baik.
Belum lagi pokok-pokok kat depan rumah semua jadi layu longlai tak berdaya. Kejam betullah pak zainal ni...ingat nak berharap perkhidmatan masyarakat dari dia, huh!! tinggal harapanlah langsung tak consistent. Pokok-pokok tu kalau terleka sehari cukuplah...memang jadi teratai layu di tasik madu.
Nak harapkan anak-anak, jangan berharaplah kalau part-part nak jaga pokok ni....dalam mimpi pun belum tentu. Memang tak kan ada hati nak jenguk depan rumah ni...asyik-asyik nak kebelakang jer. Di belakang tu dimana terdapatnya dapur ya tuan puan.
Mentang-mentanglah dapur tu red velvet cupcake topping cheese ada, pepsi ada, bagai ada...memanglah ke situ jer di tujunyer.
Dalam pada cuti-cuti sekolah di mana anak-anakku turut mencutikan kerajinannya menolong aku, ada pulak hati nak ajak pergi bercuti.
Why not? Kalau aku ajak anak-anak tengok wayang 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Aku tengok preview kat ' stesen tv asyik dok ulang tayang' tu nampak syok jugak. Sep sket duit aku yang tak berapa dapat di sep tuh.
So tengahari semalam ....kami 7 beranak pun pergi menawan pavilion. Tiket kat panggung wayang pavillion memanglah mahal 2 hengget pada panggung lain tetapi dek kerana tak tertahan dengan pari bakar di food republic makanya...kami terjah jer la.
Memang aku mengaku ar cerita hantu kak limah balik rumah lawak habis. Paling lawak peranan si lemah lembut penari kebudayaan and part johan kena tenggek dek hantu kak limah dalam jamban. Yang kelakar sangat tu bila dah terlalu takut...nak ke jamban pun kena ada jaga tunggu kat luar. Dah tu siap pegang radio nak bagi hilang takut.
Part yang johan terbojak akibat seluar tercicir dalam jamban tu pun lawak sebab lepas tu dia belasah sauk tudung saji buat cover 'malu'. Memang kelakar ar bila tudung saji tu jadi skirt johan.
Semua part yang dia orang sume kena kejar dengan hantu mak limah memang buat aku sakit tahan gelak.
Yang sempoi berlakon adalah Pak Jabit yang pernah berlakon sebagai Gagak Dirimba dalam filem Man Laksa. Awie pun sempoi jugak...johan best...and silembut tu memang the best.
Alisya main posing-posing nak hilangkan boring tunggu keknis menshopping.
cuma ini gambar imran sebab dia banyak ambek part fotografer
Wallah lebih-lebih 'touch up' nampak. Teringat gambar studio masa kecik2....
31 comments:
waaa besnyer tgk hantu kak limah..
auntie,mane pegi 80-an tu???
kmslam kat keknis yer..
lawaknyer tgk ccaption pix muka bosan tggu hanis soping...cute la plak tgk auntie..
haha serius lawakk kan kiteorg xpuas tgk tau..huhu anak pak jabit pun x dapat lagik tgk pilem nih katanya kat pahang panggung depa lum tayang lagik pilem ni so dia tgk pak jabit kat umah jela..tang johan berak tu sy smpai sesak napas tau menahan gelak sebab kang gelak besar berdekah lak hua3..time tu dengar suara org gelak je xdengar dah dialog kat skrin.
gojes!!!
seronoknyee tengok unty n family jalan-jalan..
wah!makanya..harus tengok movie ini esok.. :))
kalau lawak kena peri tengok cepat nie..
canteknye kak nani nie.. @__@
At least ada juga ke luar rumah, kak. Budak2 sekarang, lain jenis sikit. Duduk kat rumah, boring lah apa lah. Sekali bawak ke luar, baru nampak senyum, sengih segala. Hehehe.
can't wait to watch HKLBR.....
Ratuku Nani, untungnya nasib badan keluar satu keluarga tengok wayang Nani jelitanyaaa dengan princesses bagai adik-beradik, bangga punyai ibunda muda lagi menawan. Bolih Ratna tumpang bangga? Salam manis manis madu.
best ke citer tu aunty???
huhu
kakak..im just ur silent reader..jumpa kakak nye blog dalam sebulan dh kot..n blog kakak mmg best.,,suke ur entry:)
keja rmh tk penah habis, kan kak.
hari manja manja family :D
ni yg nak pi tgk ni :),seronok dpt jln2
auntie cantekkk
wah sonoknyer ..anak beranak g tgk wayang..sy kalu ajak ma sy g tgk wayang..memang tak dpt lah..
amboi seronok jalan2 gdn famili kan :)
kak... kalau singgah janda baik... jemput singgah ke sini ye... http://sumsumvalley.blogspot.com
tak boring tgk muka akak ni, lembut je....kalau hati kita bersih terpancar di muka..huhuhu
MUSH
makcik spoil la~baru nak tengok cite tu~
Ek eleh....perghh yang spoil...tengok sekali pun tak puas...ni lak yang lum tgk...pergi cepat...pergi cepat bagi rosham nor and mamat khalid kaya raya....
(harap-harap janda-janda kat luar tu jadikan nama 'janda baik' sebagai idola supaya mereka bersikap baik-baik sahaja)...nape kene ade warn mcm ni?...adekah semue janda adalah jahat?...Muhammad saw kawin dgn janda gak...adekah Khadijah ra jahat?
Haha golden rose, tak da kena mengenalah. sebab tu saya kata 'baik-baik sahaja'.Kalau bahasa persuratan maknanya sihat walafiat.
Janda ni dugaannya kan hebat.Manalah tahu kot-kot nak tersasar...perkataan 'janda baik' terlintas kat fikiran lalu jadi idola kan....
Selain dari nama tempat janda baik, nama bungapun janda baik....
wotevala...saje je curious bile tgk ayat tu...well salam perkenalan...suke bace blog kak...informatif & terliur gak kadang2.
aunty sgt sporting. i tot nak ajak mak lah pegi tgk hantu limah tu, mcm chill je. Dah lama tak hang out sama2 :))
aunty sgt sporting. i tot nak ajak mak lah pegi tgk hantu limah tu, mcm chill je. Dah lama tak hang out sama2 :))
Nani...akak pun cuti2 Malaysia kat shopping center & panggung wayang...hahahah... tak kemana pun cuti ni...
auntie ni sangat lawa laa..
nak tengok jugak citer antu mak limah tu...huhu...
hantu kak limah best
best sini
Post a Comment