Wednesday, December 1, 2010

Aku Pinjamkan


Mahukah kau

kalau ku pinjamkan selaut rasaku

di dasar itu baru kau tahu

gelora yang tak pernah kau lihat



Inginkah kau

andai ku pinjamkan selangit getarku

di cakerawala itu baru kau tahu

ribut yang tak pernah kau duga



Selaut rasaku selangit getarku

masih diam dalam aku

kerana aku pun tahu

kau tak ingin meminjamnya

apatah lagi mahu merasainya.

17 comments:

Mr. Swift said...

Auntie xpaham. -_-'

anwar777 said...

saya try

Puisi ni pasal cuba rasa apa yang orang lain rasa

NaniRostam said...

Bukan. Berhajat benar mahu dia memahami bagaimana berada ditempat aku. Memahami apa yang aku rasa. Namun sia-sia kerana dia tidak pernah ingin memahami dan mengambil tahu apa yang aku rasa.

Ms Ila said...

I'm Loving this!! ^^,
likelikelikelikelike~

Misz-ella said...

hehe .. ela paham kak. straight je tu tak belit. hehe ..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Maner lah member nak tahu dan faham, bila berbicara berpuisi2 macam tuh..
Kalau saya straight to the point, surely akan faham..hehehe

NaniRostam said...

Siapalah kita untuk memaksa orang memahami apa yang kita rasa. Kalau orang itu sendiri tak sudi untuk memahami.Hanya Allah yang tahu apa yang kita rasa.

Anonymous said...

thats true.. :))

Mr. Swift said...

haha. oh jikalau begitu daku faham lah sudah. :p

Tuan Din said...

"pernahkah kau bermimpi, seketika berada di tempat ku..."
sy suka lirik nie...

Anonymous said...

Terkadang sukar meluah rasa, walau bukan untuk difahami, cuma mencari awanan yang redup moga tersimpul tresah disitu

beL cLoud9 said...

ramai yg rasa dorang paham apa yg kita rasa, tp sebenarnya mereka lgsg xpenah mahu memahami kita.
hanya di mulut shj.di hati tiada.
huhu

beL cLoud9 said...

ramai yg rasa dorang paham apa yg kita rasa, tp sebenarnya mereka lgsg xpenah mahu memahami kita.
hanya di mulut shj.di hati tiada.
huhu

TheGreatestMom!!! said...

I adore u sis... such a lovely mum!!! Terus cekal menghadapi ujian Allah & nikmatnya sgt besar... Amin...

♥ Fazzy Zahary ♥ said...

tak pe lah auntie. memang sesekali perasaan susah nak ungkapkan dengan kata-kata. lebih baik ungkapkan dengan puisi macam ni. lebih padat isinya, lebih dalam maknanya n more importantly; the satisfaction to the poet(urself). i like.a.lot. (^_^)v

ara_niey said...

definitely what i wanna say to someone at the moment?
can i share this?
i'll definitely credit you and add your link there..may i?

cik suka senyum said...

unty tujukan kepada siapa puisi tu..