Friday, December 10, 2010

Tips Untuk Anak-Anak Berjaya Dengan Cara Paling Mudah.

Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum semua.

Ok ini ada berita baik untuk ibu-ibu, bapa bapa siapa yang punya anak mahu periksa. Ini merangkumi mak bapak yang amat prihatin, penyayang dan ada sifat belas kasihan terhadap anak-anak mereka sementelaah itu mahu anak-anak mereka berjaya skor A dalam semua subjek .


Oh ya bila saya katakan belas kasihan terhadap anak-anak, jangan buat-buat tak mengaku ya...banyak mak bapak sekarang sangat kejam bila membiarkan hidup anak-anak terbelenggu dengan jadual yang ntah apa-apa.


Ok ntah apa-apa tu membuat saya teringat tentang kisah saya dahulu kala ketika itu ada sesetengah kenalan saya ni macam berlumba-lumba nak hantar anak pergi segala jenih kelas. Dah pergi kelas piano, hantar pulak kelas drama, tambah pulak kelas swimming, taekwan do, just name it. Kelas-kelas subjek nak pass UPSR, PMR segala jenis R dah tentu harus bin wajib.


Jangan ingat budak-budak tu kuat sangat. Mungkin kuat dari segi fizikal tetapi dari segi mental kita tak kan tahu betapa tertekannya mereka kalau saban waktu, setiap hari bergelumang dengan kelas-kelas-kelas.Bak kata Hanis, bosing boran...heh.


Cukup-cukuplah kelas yang mereka hadiri setiap hari di sekolah. Tak terfikir ke kita ni sebagai mak bapak bahawa anak-anak kita sejak usia 7 tahun sehingga 12 tahun, setiap hari pergi ke sekolah...belajar, belajar, belajar semata-mata nak kejarkan 5 A dalam UPSR. Bukan sekejap kan...


Dah tu bila dapat 5 A tak nak pergi manapun. Pergi sekolah tingkatan 1 yang sama jugak dengan budak yang tak da A langsung. Ada tu dah berhempas pulas hantar anak gi tuisyen untuk dapat 5A dalam UPSR, dah dapat 5A , hantar ke sekolah swasta pulak.Sekolah yang tak kisah kalau banyak A ke tak banyak A ke, boleh jer masuk janji poket banyak gambar A.(Agung).

Pendapat saya tu, kalau nak anak skor A dalam periksa tu biarlah berpada-pada. Sekarang ni semua benda guna internet. Hah apa lagi kan dah saya katakan ada berita baik. Inilah dia....benda baik kena bagi tau semua. Tak perlu bersusah payah keluarkan duit banyak2 setiap bulan untuk tuisyen, berpeluh ketiak dok ke hulu kehilir menghantar anak ke tuisyen...kan elok kalau masa tu habiskan pergi main badminton ke...pergi tanam cili ker. Dah tu anak-anak pun tak stress sangat. Sambil dia orang berfacebook tu, boleh ler....buat excersice Programme Skor A ni. Tup-tup periksa dapat skor straight A....sapa tak nak kan?

Sebenarnya bertuah anak-anak punya mak bapak yang prihatin dan mahukan anak-anaknya berjaya. Bukan semua anak-anak bertuah macam tu kerana bukan semua mak bapak bertuah macam tu. Tetapi kalau setakat nak skor A dalam UPSR, PMR buat apalah beria sangat nak hantar anak-anak gi tuisyen sakan, yang income tak berapa mahsyuk tu, terpaksa pulak ikat perut, kalau yang terlebih duit tu sanggup habis beribu hengget. Belum lagi masa yang dihabiskan untuk menghantar, mengambek dan menunggu anak-anak.


Sampaikan ada seorang kawan bercerita pada saya tentang seorang pelajar tingkatan 3 di sekolah berhampiran dengan rumah saya ni, yang apabila mendengar cikgu membebel sebab para pelajarnya yang seolah-olah tidak bersedia dengan peperiksaan yang semakin hampir maka salah seorang pelajar itu berkata dengan megah "RILEK AR CIKGU...MAK BAPAK SAYA HABIS BERIBU HANTAR SAYA GI TUISYEN!!".


Kesimpulannya, kita masih boleh menambah usaha untuk anak-anak skor A dalam exam mereka, dengan cara yang sangat menjimatkan masa dan wang ringgit manakala hasilnya sangat berkesan dan banyak memberi kejayaan.


Jadi, di penghujung tahun, sebelum sessi persekolah bermula apa kata kita buat survey tentang online tuisyen yang sangat menjimatkan dan berkesan DI BLOG MAK BUYONG NI dan juga di SINI atau boleh telefon di talian 019-378 0759.



Silakan.....


Silakan......

12 comments:

azlina aziz said...

Setuju tu kak. Kadang2 kesian tengok budak2 kecik lagi tapi terpaksa menghadiri bermacam2 kelas. Mereka tak dapat nikmati kehidupan macam kanak2 biasa yang inginkan kebebasan.

Cik Puan Nurul said...

setuju kak nani..saya sendiri ketika masa bersekolah rasa letih sangat kalu nak kene gi tuisyen sana sini kelas tambahan yg cekgu buat pun xterdaya nak mengikut ari2 blk lambt.mlm2 tido lewat sokmo sebab nk kene siapkan homework.kenkadang kesian gak ade anak member ni baru darjah 2 dah kene gi tuisyen sana sini apa salahya kalau memalam makpak yg temankan anak2 belajar sudahla siang hari sibuk bekerja biarlah sebelah malam luangkan masa ngan anak2 bukannya hanya jumpa ank masa nk antar gi sekolah dan blk sekolah je.

cikgu suhaila said...

Thanks kak!
Su ada 2 anak...leh ikut tips ni.

hidayahrodhi said...

betul tu aunty nani,sy pun jual portal score A nih wpun x ada anak lagi sebab my kakak (cikgu) cakap ada anak murid dia budak felda tp mmg pandai adik beradik dia.bila masa perjumpaan dgn ibubapa tanya ayah budak tu, ayah dia cakap yg dia x de duit nak hantar anak2 ke kelas tambahan sbb mahal.dia jumpa score A nih n murah so dia belikan kat anak2 dia.dia beli desktop yg 2nd hand utk anak2 dia guna buat latihan.mmg sngt bagus.

Kalaulah masa sy sekolah dulu ada scoreA nih mmg HEBAT!hehehe

Owh kalau sapa2 nak tahu lebih pasal score A nih bolehla email kepada saya di hidayahrodhi@gmail.com ( tiba-tiba promote diri sendiri kat blog orang ) bolehkah aunty nani? hehe

Sheherazade said...

Setuju

tapi saya pulak teringin gi keles piano hehe

gi kelas mengaji lagi bgs

Fie said...

selain tusyen, penting jugak cara kita belajar, kalau hatar tusyen bagai tapi dalam hati x nak beljar, it's not worth...

ZAHRATUL MUNA said...

Betul tu..budak zaman sekarang suka pada komputer..FB la..chatting la..semuanya berteknologi terkini.Tak salah kalau kita gunakan kemudahan ini dgn sebaiknya.www.ScoreAnetwork.com/zahratulmuna

Idayu Suraya said...

betul tu aunty..saya seorang guru di sekolah bile nak mengajar budak2 ckp mak bpk dh hantar tuisyen takpyh susah2 belajar kt sekolah...ada tu pulak selalu tido dlm kelas sebab terlalu penat dengan kelas2 tuisyen saban hari...kesian kat budak2 ni kan...

Ummi Hanie said...

Salam kak Nani,alhamdulillah sy dolu2 tak pernah di push utk blaja teruk2...semuanya atas kemahuan sndiri dan alhmdllh saya dpt buat yg terbaek (utk tahap diri sendiri dan sikit2 mmbanggakn skola,teacher,parents) ... hurmmm...tuisyen pun parents sy tak hantar . cuma mereka nak sy jadi hafizah(hafal Quran) dan sy hanya mampu buat.hafal utk bbrp juz saje...alhmdllh juge...

sy suke tgk stail kak nani didik anak2...so caring n loving ;) keep it up sis

cik suka senyum said...

saya setuju dengan pendapat unty..bila student terlalu tertekan macam mana nak score elok2 kan..

pulak tu saya rasa kalo betul-betul dah serius belajar kat sekolah tak perlu pon tuisyen2 ni..kan2..

Shaza Shamsuddin said...

;) jangan lupa ya, contact mak buyong ini untuk 6- 12 months trial. ;) murah & berbaloi-baloi!

Mak Buyung Kasi Pakai Score A

atau Call/SMS: Shaza 019.378.0759

TQ Aunty Nani!

Unknown said...

Salam. tumpang lalu . siapa berminat nak beli score dengan harga murah sikit? saya nak letgo je. 01124021400 (sha)