Assalamualaikum,
Orang kata makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Saya pula ambil kedua-duanya sekali dan olah menjadi sesuatu yang membuat hidup ini lebih bermakna.
Begitu sinonimnya perkataan makan dan hidup. Berkisar soal makan, banyak orang menegur mengapa anak-anak masih kurus melidi walhal aktiviti harian saya adalah tentang makan. Mungkin kerana saya ada satu sifat yang tidak suka memaksa. Sejak anak-anak kecil saya tidak pernah risau atau memaksa bila anak-anak tidak mahu atau tidak kuat makan.
Saya dah masak, saya dah hidang...nak makan...makan, tak nak makan sudah!!
Bila saya amalkan sikap 'take it easy' begitu, sudahnya anak saya Liana membesar dengan kurus keding (tetapi sekarang tidak lagi!!).
Sediakanlah segala macam makanan, biskut, tit bit, desert asikrim atau apa sahaja, memang lapuk tak bersentuh.Tambahan lagi dia anak pertama. Mungkin belum muncul adik-adik yang lain maka, keinginan untuk makan memang kurang.
Namun nampaknya tidak begitu...walau anak saya berderet, penyediaan makanan tidaklah membebankan seperti sesetengah ibu bapa. Ada tu anak cuma 4 orang tetapi masak 1 ekor ayam tak cukup untuk lauk sampai ke petang. Anak-anak dia orang memang kuat makan.Sorang-sorang makan habis dua tiga pinggan sekali hadap.Lepas tu belum kering basuh pinggan dah mengadu lapar dan cari nasi lagi... Kus semangat!!.
Rupanya sikap saya yang tidak gemar memaksa anak-anak makan itu membuat anak-anak saya jadi tak kuat makan. Namun apabila anak-anak meningkat remaja saya sering masak pelbagai hidangan lauk untuk makan tengahari semata-mata nak tarik selera anak-anak makan.
Selain tak mahu anak-anak rasa jemu dengan masakan di rumah, saya juga sering bawa anak-anak 'explore' makan di luar.
Saya gemar menyediakan hidangan makanan yang enak-enak dan memperuntukan belanja makan hidangan diluar untuk keluarga kerana waktu makan adalah saat yang sering kami sekeluarga dapat bersama-sama.
 |
| Kami makan di Pastis, The Garden. |
 |
| Club Sandwich....kegemaran anak-anak yang suka makan makanan seperti pizza, burger dan makanan berasaskan roti. |
 |
| Di Pastis, membunuh masa dengan menconteng-conteng di atas kertas putih yang dijadikan alas meja dan dikhaskan untuk menconteng sementara menunggu hidangan sampai. |
 |
| Alisya baru selesai shooting rancangan Berita Adik di TV9 sebagai Pembaca Berita/Pengacara |
 |
| Suka tangkap gambar Alisya pantang nampak kamera...sentiasa bersedia... |
 |
| Sentiasa.... |
 |
| Dalam kentang, topping cheese...apa ke nama...brule..? |
 |
| Daging hitam ni sebijik yang macam makan kat rumah orang kenduri... |
 |
| Tambah seorang jadi sembilan..kami semua...alhamdulillah...minta-minta tahun depan bertambah lagi ahli keluarga insyallah. |
 |
| Alisya dan Hafiiz memang rapat....ni Hafiiz cuti balik dari asrama memang berkepit budak dua ni... |
 |
| Alisya makan seciput macam tu pun tak habis...ada satu habit makan selalu tak habis...agaknya cukup dengan menatap makanan terus rasa kenyang.... |
 |
| Hidangan hari tu...ikan siakap stim limau, ikan siakap masam manis, sayur brokoli campur dan buah nenas dengan cili gula... |
 |
| Siakap stim limau....resepi insyallah akan menyusul..... |
 |
| Sarapan pagi...cucur udang, sandwich tuna dan caesar salad. |
 |
| Hidangan lunch, kari ayam, sambal udang, sawi goreng, ikan sardin goreng kunyit dan cili masin . |
 |
| Ikan sardin goreng kunyit dan cili masin adalah antara kegemaran saya... |
 |
| Kualiti time.... |
 |
| Photo of the day |
 |
| Bila tak sempat masak, singgah makan ketika ambil Alisya balik dari sekolah.... |
 |
| Kari ikan, sambal ikan bilis petai, sayur campur jagung dan kacang peas, sering tidak ketinggalan ikan sardin goreng kunyit, cili masin, dan sempat saya buat kuih sagu gaul kelapa parut dessert kegemaran Alisya. |
 |
| Resepi akan menyusul kemudian insyallah. |
 |
| Makan buffet di Red Box sambil berkaroke seisi keluarga....malam tu sungguh hebat dengan suara Hanis sebagai shiela hamzah dan suara Alisya sebagai jacklyn victor...Liana sebagai Ning Baizura agak pancit kerana Liana seperti saya suara hanya sesuai bawa lagu-lagu lelaki iaitu rock 80an seperti hattan, awie, rahmat, dan slam...pheeewwittt!!!!! |