Thursday, June 19, 2014

@resepinanirostam




Bismillahirahmanirrahim






Jangan Hanya Melihat Peluang
Ambil Guna Dan Usahakanlah
Peluang Tersebut Dengan Pantas.

- Irfan Khairi



Assalamualaikum.


Apa khabar para pembaca blog saya. Mudah mudahan semua yang setia membaca blog saya dilimpahi rahmat dan keberkatan di dalam mengejar impian dunia dan akhirat.


Meminjam kata kata Irfan Khairi di atas sebagai perangsang dan semangat untuk kita bangun bertindak dan mengusahakannya.

Sebenarnya dulu 10 tahun yang lepas dimana saya berada di tahap terlalu susah dimana ketika suami saya kehilangan pekerjaan dan dimana anak anak berderet harus diberi suapan nasi menyambung kehidupan sedangkan saya pula silap perkiraan berhenti kerja kerana terpaksa menjaga anak yang ramai, masa tu tak dapun sebarang kata-kata semangat yang saya pinjam dari sesiapa.

Namun sudah tentu yang paling menjadi semangat dan kekuatan saya tentulah pengalaman ketika saya budak sekolah rendah yang terlalu kasihankan arwah bapa yang sudah tua dan tak larat berkerja keras serta menghidap penyakit lemah jantung menjual hasil kebun yang tak seberapa iaitu  menjual jagung sekeliling kampung dan juga menjual nenas kerana bimbang menjadi terlalu masak menggunakan basikal sekeliling kampung. Walau terasa malu yang amat kerana ketika itu memang tidak ada budaya anak anak menjaja sekeliling kampung namun mengenangkan hidup susah dan hasil kebun yang tak mendatangkan wang maka saya adalah satu satunya anak yang dipujuk arwah bapa untuk menebalkan muka menjual hasil kebun yang tak berapa laris kerana rata rata orang kampung menghasilkan hasil kebun yang serupa. Namun saya gagahi juga kerana mungkin itulah anugerah dan kelebihan Allah bagi pada saya berusaha untuk survive dan buat apa sahaja dengan harapan dan doa semuga jualan saya laris waktu itu.

Saya adalah satu satunya anak yang memegang tugas menemui peraih buah nenas hasil kebun kami untuk menagih hasil jualan buah nenas yang tidak dilangsaikan. Hampir setiap kali jualan peraih jarang melangsaikan bayaran dan sayalah yang menempuh selut dan tanah gambut mengheret basikal ke kampung sebelah untuk menagih hutang. Sayalah itu orangnya.

Alhamdulillah syukur saya kerana arwah bapa memilih utk menyuruh saya. Sekarang saya boleh tersenyum kerana pengalaman itu merupakan satu suntikan semangat yang paling jitu tanpa perlu saya menghadiri sebarang kem motivasi. Pengalaman yang saya guna pakai ketika suami saya kehilangan pekerjaan hingga kini tidak bekerja. Kekuatan itu saya gunakan untuk bersengkang mata masak nasi lemak dan kuih untuk dijual ditepi jalan sehingga saya terpaksa melepaskannya apabila diangkut kesemua barang perniagaan oleh pihak perbandaran ketika itu.

Pengalaman itu membuat saya gigih  memanjat dari satu pejabat ke pejabat menghadiri temuduga pekerjaan sebagai penyambut tetamu di syarikat syarikat kecil sedangkan sebelum ini saya sudah bergaji mencecah angka ribu di sebuah bank dan berhenti kerana anak yang ramai dan tak mampu nak menggaji pembantu.  Pengalaman itu membuat saya kuat menunggu bas ditepi highway dari Subang ke Benline Shipping di Shah Alam untuk ke tempat kerja sedangkan 5 anak menunggu di rumah untuk diberi makan pakai dan pelajaran. Pengalaman itu membuat saya menebalkan muka meminjam minjam dari rakan sepejabat untuk pendahuluan wang membeli kereta proton wira yang sehingga kini masih saya punyai.

Kemudian kehidupan kami kembali menyinar apabila suami mendapat perkerjaan yang saya usahakan untuk dia bekerja disyarikat itu. Namun 4 tahun berkerja suami hilang pekerjaan semula.

Pengalaman itu mengajar saya medapatkan kekuatan dan dengan izin yang mencipta langit dan bumi ini Allah swt supaya meneruskan usaha apabila rumah yang saya beli hasil bahagian yang saya dapat ketika keberhasilan suami menjual sekeping hartanah . Tetapi setelah rumah dibeli  suami tidak bekerja dan kami tiada lagi mempunyai sumber pendapatan untuk  membayar ansuran rumah maka saya bersengkang mata mengikat aiskrim malaysia beratus batang mengejar masa kerana aiskrim perlu segera beku untuk dijual keesokan harinya didepan sekolah. Membilang anak anak jiran untuk saya penuhkan kereta membawa mereka kesekolah dan balik dari sekolah dengan aiskrim malaysia yang penuh dibonet kereta untuk saya jual dihadapan sekolah. Sambil membawa anak anak orang seramai dua orang dibawah jagaan saya. Setiap bulan saya mengira hasil usaha saya didalam balang gula gula sehingga mencukupi untuk saya bayar ansuran pinjaman rumah dengan bank.Sehinggalah apabila pihak perbandaran memberi amaran saya agar tidak berniaga didepan sekolah dan memberi surat saman maka saya bekerja pula sebagai tukang masak diRestoran. Kemudian apabila gaji tukang masak yang terlalu sedikit maka saya berhenti dan terus mengusahakan  jualan kuih raya dan kek online. Sehingga kini usaha saya masih berterusan. Macam macam peluang saya rebut dan saya buat. Sehingga kini saya masih lagi berniaga kolagen, mekap artis, kuih raya, kek dan menjual shawl dan pakaian untuk saya membayar ansuran rumah, membiayai perbelanjaan keluarga, membiayai persekolahan anak anak yang empat orang lagi, saya masih berkerja, bersengkang mata, kehulu kehilir mencari peluang dan merebut peluang.

Kadang kadang saya letih sangat.  Selebihnya Allah swt bagi saya kekuatan. Terima kasih Allah menjadikan saya ibu yang berusaha untuk  anak anak saya. Saya bersyukur saya masih lagi diberi peluang untuk menyara anak anak saya. Saya bersyukur anak anak ingin menyambung apa yang saya kerjakan selama ini biarpun mereka masih dibangku sekolah  sekurang kurangnya mereka ada impian dan keinginan untuk berusaha. Maka terciptalah akaun insta @bakingbrothers dan apabila anak anak habis cuti maka saya yang harus meneruskan tempahan tempahan kek.


InshaAllah saya teruskan usaha saya berniaga di @Karnivalteratakglam yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 5-6 July 2014 pada bulan Ramadhan ini.

Jadi.........

Jangan Hanya Melihat Peluang
Ambil Guna Dan Usahakanlah
Peluang Tersebut Dengan Pantas.


Pada bulan lepas saya menyertai Vendeurfestival di Stadium yang sama dan agak mengujakan hasil jualan saya memang bagus walaupun penyertaan saya pada saat akhir. Sehari sebelum saya mengangkut Imran ke Kenanga untuk membeli ralling dan hanger baju serta beberapa alat untuk berniaga shawl, kolagen, phone casing dan sebagainya. Saya tidak hanya melihat peluang tetapi saya ambil, guna dan usahakannya dengan pantas.

Selagi ada peluang gunakan dengan pantas. Jangan berlengah peluang tak datang selalu bila dia ada terus rebut kerana jika kita lambat orang lain yang rebut. Itulah fenomena dunia berniaga hari ini. Siapa cepat dia ke depan siapa lambat dia sentiasa tertinggal kebelakang. Jadi untuk cepat anda harus bangun berusaha dan merealisasikannya. Alhamdulillah ramai orang islam kini  dapat hidup senang dan selesa sejak pandai rebut peluang perniagaan.

InshaAllah itu yang saya amalkan selama ini. Selepas ini jika dipanjangkan umur saya akan terus mencari peluang yang wujud dan tidak mahu tertinggal. Inshallah. Doakan kita sama sama dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh Allah swt amiin.


Jika ingin menyertai @karnivalteratakglam yang disertai oleh ramai celebriti dan dijangka akan dikunjungi ramai pengunjung yang inshaAllah akan melariskan jualan anda sila :


Instagram : @karnivalteratakglam

Emel :- karnivalteratakglam@gmail.com

Whatsapp :- 0192044805 (Puan Liana Ezzana)


Sekian.

Assalamualaikum.










25 comments:

~ini osman~ said...

setuju dgn Puan...peluang dan rezeki yg dtg jgn dilengah-lengahkan ...terus grab dan rebut peluang..saya pun berpegang dgn prinsip mcm tu...walaupun kdg org nmpk mcm over sikit...hehe..

O'gosh Iskandar said...

Salam Kak Nani..memang saya baca pun dah penat dan macam x terpikir adakah saya mampu sekuat Kak Nani...xpelah kita bersusah2 di dunia ni...ada ganjaran untuk ibu dan isteri yang tabah macam kak Nani ni...Amin

azlinda atan said...

ibu sanggup berkorban apa saja demi anak2.kadang2 saya tengok ada bapa2 yang sambil lewa aje menguruskan anak2.
semuanya diserah kepada ibu.
salute kak nani.buat macam2 kerja demi keluarga.

MasReena said...

Auntie.. sebenarnya selama ni auntie lah sumber inspirasi saya utk merebut peluang semenjak sy baca blog auntie ni... maaf sy tak tahu umur sebenar auntie kot2 sebenarnya kena panggil Kak Nani?? Dari saya bergelar ibu tunggal yg hidup hujung kampung..rumah tepi hutan bersama anak kecil berusia 4 bulan masa tu..gaji 1,800 je berbekalkan kereta 2nd hand masa tu. malam2 menangis, bukak internet utk hiburkan hati sambil baca blog nanirostam.. kaji kenapa auntie berjaya tanpa sokongan suami auntie yg hanya melihat.. akhirnya sy dapat ilham utk berusaha mcm auntie, saya ubah penampilan, cara berfikir & bertindak sy menjadi pantas mcm auntie (bila baca auntie urus rumah tangga cukup cekap sambil2 layan order customer).

Kini selepas 4 tahun berlalu, saya telah bergelar Manager di syarikat besar, bergaji bear, punya bisnes dgn agensi kerajaan & memiliki segala-galanya sbg sorang wanita iaitu penampilan, kereta, rumah, kerjaya hebat & anak yg sihat. Saya bersyukur inspirasi Nani rostam berjaya mengubah saya.. kalau auntie ingat lagi, sy pernah beli biskut raya auntie dulu, dan sy ada mention sy Masreena dan auntie pernah masuk blog saya... Semoga kita bertemu satu hari nanti =)

Al Kisah said...

inspisari..carilah rezeki selagi ada kudrat.

MissNick said...

Suka baca tulisan kak Nani...penuh motivasi dan inspirasi...teringin nak jumpa akak :)

Syafinaz Ali said...

Sangat memberi inspirasi.

Mungkin kak nani dah tak ingat saya maklum la customer kak nani ramai.hihihi.saya pernah ke rumah kak nani beli biskut raya.biskut2 kak nani mmg sedap tapi tahun ni x dpt order sbb saya jauh dibumi asing : )

Doa saya semoga kak nani terus sukses.Ya ice cream malaysia kak nani pun saya pernah cuba dulu.

Angah said...

...kagum...

RUSILA ABDULLAH said...

Ibu ratu hatiku..semoga untie sekeluarga senantiasa di limpahi rahmat oleh Allah SWT

Didie Kamila said...

terima kasih share ur life story..dah lama x update blog..

Ruziawati Yusof said...

Assalamualaikum kak nani. Tidak berniaga biskut rayakah? Apalah ertinya hari raya tanpa kuih buatanmu sis! Oh sedih!

erranis said...

amat2 kagum dengan akak...akak jadi penguat semangat saya..

azrinna nur said...

Rindu updates kak Nani. Selamat berpuasa Kak Nani.

Hafiz Hafizol said...

Wow..


Impressive!

wangsa said...

so touching....!

carry on sis!

Jekiyah said...

Salam Puan. Saya cadangkan jika ada kelapangan nanti Puan bukalah kelas memasak. Saya rasa Puan ada bakat yang sangat besar dalam bidang masakan. Cubalah ambil dalam 5-7 orang dulu sebagai permulaan. Ilmu ni jika dikembangkan dan diamalkan oleh orang lain, in sha Allah Puan akan dapat habuannya sampai bila-bila. Sentap sekejap baca kisah Puan. Sedikit sebanyak memuhasabahkan diri saya sendiri. Semoga berjaya buat Puan dan keluarga :)

nurul iman said...

sedihnya baca kak

Liyana said...

betul kak. ibu memang sanggup buat ape aje utk anak. tebalkan je muka demi anak :)

Mrs Little Voice said...

susah2 dahulu baru senang2 kemudian. proud of you kakak cantik

Azira Mamat said...

motivasi buat saya..tq akk..

Mizz Coki said...

saya terinspirasi dari entri aunty ni. saya pun mcm tu jugak. 2 tahun dulu suami sy kena berhentikan kontrak dia sbb company rasa tak berbaloi byr gaji dia. sedih jugak time tu. suami pun down tapi sy rasa sy perlu jd kekuatan dia dan kami bangkit sama2. harapkan gaji sy keje gomen mana cukup nak byr rumah dan kereta dan lain2 lagi. sampai skrg syukur saya masih kerja dan dia bkerja di rumah, kami buat niaga online je tapi hasil dua kali ganda dari gaji dia dulu.

siti rohana said...

Teruja..dengan sikap kak nani

Norihan Din said...

Sumber inspirasi...

Finkie said...

kak nani mmg seorang yang tabah...

Islet Zairol said...

Tabahnya hati..Semoga allah sentiasa merahmati perjalanan puan dan sekeluarga..