Monday, July 8, 2013

Mixed Salad with Nestle Natural Set Yogurt Sauce

Assalamualaikum,

Lama tak update blog kan…bukan saya lupa ada blog…cuma tak perasan bila terlalu sibuk….jenguk jenguk rupanya dah berbulanlah jugak blog  dok tayang gambar dan cerita yang sama jer.
Tapi hari ni saya gigihkan diri untuk berceloteh  cerita lain dan tayang  gambar lain pula.
Maklumlah sibuk kejarkan bulan ramadhan.  Saya cat rumah,  cat perabut, betulkan bilik air yang dah terbocor bila cukup tempoh lima tahun berkhidmat, tukar rumput laman yang dah tak semenggah, hias sana sikit sini sikit bilik anak anak bujang . Ada kesempatan nanti saya akan cerita pasal makeover rumah sempena menyambut ramadhan dan syawal...eceh eceh macam nukilan dari editor majalah Anjung Seri gitewww.
Insyallah bulan ramadhan nanti, saya berangan untuk lebih banyak bersantai dari terkejar kejar dan  berpenat penat.
Oleh kerana waktu dan kesibukan yang sentiasa terpenuh dalam aktiviti harian saya,  saya masih sempat menyediakan hidangan ringkas dan berkhasiat untuk suami dan anak anak...Hehe sebenarnya mereka yang dapat manafaat dari hasrat dan impian saya untuk jaga pemakanan supaya badan mantain  langsing dan awet muda...giteww.
Ok resepi yang nak saya gembar gemburkan di sini adalah Salad  Campuran yang sungguh menyihatkan dan mabeles. Jangan salah tafsir, bila tengok salad jer kita selalu fikir yang kita sudah cukup pandai jaga pemakanan walhal sebenarnya dalam salad itu sendiri terkandung lemak tepu seperti segala sos sos yang kurang menyihatkan.
Salad memang bagus diamalkan sebagai hidangan penting kerana mengandungi banyak fiber yang berkhasiat dan mengandungi banyak vitamin apabila digandingkan dengan NESTLÉ® Natural Set Yogurt.merupakan satu pilihan yang tepat dan bijak berbanding salad yang dimakan dengan mayonis, santan atau krim masam yang mengandungi bahan yang kurang menyihatkan. Selain dari itu NESTLÉ® Natural Set Yogurt.juga tidak mengandungi gula, rendah lemak dan tiada pewarna tiruan.
Dengan ertikata lain Salad Campuran yang amat suka saya sediakan ini  tidak menggunakan sebarang sos yang banyak menggunakan lemak tepu tetapi diganti dengan bahan yang sungguh berkhasiat dan menyihatkan dan yang paling penting  ianya mudah  disediakan dan lebih sedap mengalahkan salad yang selalu kita makan…yum yum yum..
Dah tak sabar nak cuba kan....jom!!!
Resepi Salad Campuran Dengan Sos Yogurt
Bahan-Bahan A
  • 1 sudu teh lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • 1 ikat daun ketumbar dicincang halus
  • ½ sudu teh jintan putih di tumbuk halus
  • 50 gm NESTLE’ Fat Free Yogurt Mango
  • 150 gm NESTLE’ Natural Set Yogurt
  • 1 ½ sudu makan  MAGGI Concentrated Chicken Stock



Bahan-bahan B 
  • 100 gm Cherry Tomato di potong dua
  • 50 gm Iceberg Lettuce
  • 50 gm Purple Cabbage di hiris halus
  • 50 gm Romaine Lettuce
  • 1 biji lobak di parut memanjang
  • 1 biji lada Cameron merah





Cara-cara menyediakannya :-
Di dalam mangkuk campurkan bahan A dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan B kedalamnya gaul dan hidang!




  Advertorial ini telah dibayar oleh Nestle.

22 comments:

PeroduaNews.com said...

Nampak sedap.....nyum2..

Shah Sulong said...

alahai lamanya kak nani tak post update. will be waiting for your deco-deco pix for inspirations.

apapun, Salam Ramadhan. Mabrouk!

Cida de' Nuanza said...

salam kenalan...

menarik resepi ni ..sesuai bila terasa badan ada lemak lebih...hihihi

Salrina M Nasir said...

Mesti cuba...Thank kak Nani for the superb!! and healthy salad...

MasReena said...

Ala... auntie dah tak jual biskut raya ke this year? Tertunggu-tunggu jugak entrynya tapi takde pun?? kecur air liur dengan biskut samprit auntie... memang terbaekk!!! =(

Maria Jaberi said...

simple tapi menyihatkan...terima kasih,aunty sebab sudi share resepi salad ni,terutamanya salad dressing tu...

Cik Eka said...

sedapnya..

eka pun sejak nak kahwin ni, jaga makan sikitlah kononnya.

memang banyakkan makan sayur2 je ni, pasni bleh cuba nie.

oo tu namanya romaine lettuce, sejenis salad jugak rupanya. Eka selalu beli, buat tumis ngan udang dan egg tofu.

kat pasaraya, tulis MAK TAM. hehehe

Dash Aris said...

Baik untuk bersahur ni. Thanks untie for the idea.

Pieh Rizfie said...

beznye auty..sy pun nk tryla....sy pun nk jage permakanan jgk....pg tadi sahur dgn kellogs...huhu..nnt nk try resepi aunty lak...
cpt2 tau update psl make over rumah tu....x sbrnye....sy sedang mncari ispirasi ni...sy pun suke make over rumah....tgok aunty update kat fb psl make over taman tu..trus sy save gmbr tu..mntk izin ye aunty..hehe...tq

Arf Fiza said...

K nani x jual kuih raya ke tahun nih..nk copy pasteje order last yr :-P

azlina hamid said...

rinduuu nyerrr..kat blog ni..cpt2 update makeover umh boleh sy ikut setakat budget sy ..

Anisah rahim said...

yogurt good for women..especialy those have a problem with "keputihan":)

nor said...

asalam
actually the best salad dressing org mediteranean n arab guna lemon atau leman msia,olive oil, or minyak kacang ..
salt n pepper to taste.drizzle sikit buat syarat juice.lime or lemon salt n pepper to taste.
tu kalau lagi serious.makan.gitu je...

salam

Khariatul Hakmah said...

salam kenal sy khai n ur latest follower..nmpk sedap resepi sis nti nk try lh ;)

Alin Marlini said...

simple dan mudah

Molly said...

Salam Ramadhan Kak Nani sayang,

Alaaaa rindunya la dengan tulisan akak. Selalu jengkuk tapi still entry yang lama. Saya suka salad! kalau sejuk, lagi la mak aiiiihhh!

Wahhh! tak sabar nak tunggu akak post entry make over rumah. Hari tu ada tengok instagram akak yang tukar rumput laman. Saya pun baru tukar rumput laman. Selepas 1 tahun, rumput tu jadi lesu dan tak cantik. Tapi kawasan laman saya kecik, jadi tukar rumput takde la banyak. Nanti Kak Nani post ye cerita make over rumah tau!

Lagi satu, akak kongsi la resepi juadah dan sahur yang akak masak. Rinduuuuu!!!!

Sayang Kak Nani :)

azrinna said...

Lama menanti entry Kak Nani.

SoS said...

Akak nape da tak aktive update blog. Sy tak de inspirasi la klu camni. Bulan puasa akk tak update lagi :(. Saya menunggu preparation untuk raya akak tahun ni :). Sy suka cetusan idea akk walaupun sy br umur 22 tahun hehe

Azlealee Bashir said...

Thanks kak nani sudi share resepi salad yg simple n healthy.

Ibu Lala said...

Suka yogurt.

Su said...

sedapnyee bulan2 puasa ni nampak apa pun sedap kan?? semoga kak nani sihat walafiat dan dapat tunaikan ibadah dengan sempurna :)

Anisah rahim said...

love salad with yogurt..jomketahui khasiat yogurt didalam blog saya http://weirdlavender.blogspot.com/p/yogurt.html