Friday, August 2, 2013

Resepi Kari Ikan Tenggiri Nestle

Assalamualaikum

Tetiba Liana bersuara. Kali ni suara suara yang harus didengar dan dituruti. "Ma, teringin nak makan kari ikan tenggiri".


Semalam tu baru je masak kari ikan senangin. Tak jemu ke? Ikan senangin saya beli dari lori ikan segar yang datang dari Trong, Perak setiap Sabtu diperkarangan masjid berhampiran rumah.


Tapi untuk elak rasa jemu boleh je tukar resepi kari ikan yang biasa saya buat kepada resepi yang lebih unik. Kali ini saya tidak menggunakan serbuk rempah kari ikan seperi biasa. Nak tahu resepi kari ikan yang lebih unik dan istimewa. Jom cuba :-


Bahan-Bahan
  • 2 saiz sederhana Tomato, potong 6 
  • 1 saiz sederhana Terung bulat, potong 10 
  • 5 Kacang bendir potong 2 
  • 6 ulas Bawang putih cincang halus 
  • 1 inc1 Halia hiris halus •
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • 2 sudu makan jus limau kasturi 
  • 2 tangkai daun ketumbar untuk hiasan
  • 1 sudu makan Minyak masak 
  • 500 g (atau 2 kpg) Ikan tenggiri 
  • 1 cawan NESTLÉ Natural Set Yogurt, dibancuh dengan secawan air 
  • 1 paket MAGGI Pes Kari Ikan 
  • 1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA All-In-One Seasoning
Cara-Cara
  1. Basuh dan bersihkan ikan tengiri kemudian sapukan sedikit garam.
  2. Di dalam periuk yang sederhana besar panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau harum. Kemudian masukkan Maggi Pes Kari Ikan  dan tumis hingga naik minyak
  3. Masukkan   NESTLÉ Natural Set Yogurt yang telah dicampur air , kacang bendir dan terung bulat.Reneh selama 15-20 minit di atas api perlahan sehingga kacang bendir dan terung bulat menjadi lembut. Kacau selalu untuk mengelakkan ianya melekat.
  4. Masukkan ikan tenggiri, potongan tomato dan reneh lagi selama 5-10 minit atau sehingga ikan itu masak. Percikan jus limau kasturi dan masukkan MAGGI CUKUP RASA All-In-One Seasoning. Tambah perisa dengan garam dan gula sekiranya perlu akan kacau rata dan hias dengan daun ketumbar dan dimakan bersama nasi panas.



Gulai kari yang sedang direneh


Penganti santan





Gulai Kari yang siap dihidang.

Advertorial ini dibayar oleh Nestle

12 comments:

Maria Jaberi said...

bestnya Liana,dapat lagi merasa masakan air tangan mama dia...resepi yang simple dan hasilnya menyelerakan..boleh jadi rujukan ni,walaupun saya bukan peminat kari ikan..but,if arwah mak masak,semua saya telan...

minn_mizi said...

Kari pon kegemaran saya, kalau makan hari-hari pun tak jemu. TQ share resepi ni

:)

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

wahhhh sedapnya..berselera tiba2 anak tekak ni..hehe

pnsusu said...

Wahh nampak menarik resepi ni aunt.. Wajib cuba ni

MAK TEH said...

hmmmm...yummy yummy curry...pekat...I likeee

sis, mak teh baru je tgk hello bro..tolong stail...anak2 Nani so hensem..

The mom said...

Wow...kari tenggiri lg tuh..

along@amy79 said...

yg dlm mangkuk putih tu apa?

Kak Yon said...

mengelitek anak tekak nak merasa kari tengiri resepi nestle. harus akk mencuba resepi nie.pasti sedap kan..

Ema Ateh said...

resepi auntie tak pernah mendukacitakan.. hihi
best!

Nurul Hannan said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Hannan said...

hi aunty nani!

aunty, dah lama aunty x post pasal decoration rumah..please aunty, bwtla 1 post ttg deco rumah..puas saya cr blog lain ttg deco rumah, tp x sebest aunty punya. saya suka ilham, taste n tips dr aunty. byk membantu saya. kdg2 kalau sy nk cr ilham n cr mood nk kemas rumah, sy baca balik post2 aunty yg lama2 ttg deco rumah ni..hehe..aunty share tao nanti! :)

Alin Marlini said...

menu sihat dan menarik