Wednesday, December 22, 2010

Main Wayang

Kau mainkan aku dengan waktu
kau lekakan aku dengan masa
lalu kau tamatkan dengan hemah


Ini adalah percaturanmu
ini adalah permainanmu
begitu hebat kau mengolah
sehingga aku kalah
sehingga aku pasrah
sehingga aku terpedaya sudah


Kau lupakan aku tanpa kesan
kau tinggalkan aku tanpa rasa
kau hina aku dengan lontaran janji
kau lupa aku masih bernyawa


Ini adalah jalan penceritaanmu
ini adalah lakon layarmu
aku kau masukkan dalam watak
sehingga aku percaya itu benar
sehingga aku yakin ada rasamu
dalam jiwamu untuk aku


Adakah lagi watak itu untukku
untuk aku hayati bukan di dalam cerita.

5 comments:

thatfairlady said...

membacanya,sangat terkesan dalam hati..frustated! pandai sungguh segelintir manusia ni bermain wayang..

azlina aziz said...

Tak suka main wayang. Tapi suka sajak2 yang macam ni, kena fikir untuk mendalami maksud kata2 yang tersurat :p

Fie said...

sometime kita hanya TIKUS UJIKAJI jer bagi seseorang....

chenta aziearem said...

bermaen wayang perlukan percaturan yg hebat.. situlah pementasan yg hebat untuk endingnye.. tpi bile sebut "maen" tkde erti untuk realiti.. cume.. ambillah kesan ending dri wayang itu.. tak perlu bertanye bolehkah.. mungkinkah.. bile cube menyelami.. hati sedie untuk mengabdi.. :)

Tuan Din said...

Nie nak jadi Cheff ke nak jadi Karyawan?
dua dua ada bakat...