Monday, December 27, 2010

Resepi Donut With Glaze

Assalamualaikum semua.

Masak apa hari ni. Hah dah sampai ofis....tak palah besok pagi-pagi buat menu ni untuk sarapan anak-anak.

Ini lah jadi perempuan kan...terutama perempuan-perempuan kiter dan yang sewaktu dengannya. Semua nak kena fikir. Suami makan apa kita yang kena fikir. Anak makan apa nak kena fikir. Anak-anak dah beli ke belum baju sekolah kita yang kena fikir, anak-anak sekolah mana, universiti mana, pendek kata dari A sampai Z memang perempuanlah yang kena fikir.

Dah tu bukan setakat fikir..kalau fikir tak keluar duit tak pa. Ini fikir dengan keluar duit sekali....hebat perempuan zaman sekarang kan...jadi Boss besar kat ofis pun bukan boleh duduk senang lenang bila kat rumah....sara nafkah keluarga pun bukan boleh duduk mengharap suami layan kita makan minum. Dah lah kena cari duit, still kena basuh pinggan, kena masak, kena fikir dan buat semua tugas yang ada kat dunia ni lah.

Kita fikir untuk semua orang tetapi siapa yang fikir untuk kita? Kalau kita lapar, siapa yang nak sediakan makan....carilah makan sendiri. Kalau kita sakit siapa yang nak sediakan makan...sediakanlah sendiri...

Ada ke yang tak macam saya sebut tu. Ada. Ada jugak kawan-kawan saya yang berleisure-leisure hidup. Tak perlu buat kerja teruk-teruk. Pagi-pagi bekpes kat luar dengan kawan-kawan. Petang-petang pergi hi-tea jumpa kawan-kawan. Malas masak..pergi restoran bungkus jer...Malas kemas ada maid urus semua. Nak shopping sign jer...hasben bayar.Bukan tak da, ada orang bernasib baik macam tu tetapi itu boleh lah kira dengan jari...

Walau macam manapun Allah Maha Kaya, perempuan ni memang kederat tak sekuat lelaki tetapi semangat mereka kental mankala hati mereka pula lembut. Kebanyakan perempuan kiter ni memilih untuk redha sahaja akan ketentuan hidup terpaksa bekerja diofis...tunggang langgang di rumah tanpa berkira hak mereka sebagai isteri..sebagai perempuan.

ITU PUNNNN .........ADA JUGAK lelaki yang nak berkahwin dengan perempuan magribi lah..lubnanlah...kahwinlah...memang sesuai sangat dengan lelaki-lelaki kiter ni....mak tak campur....

Ek eh kan nak bagi resepi tadi...DONUT WITH GLACE. Kemain lagi BUDAK VI ni. Mak dia suruh tulis resepi dalam bahasa melayu...nak jugak tulis dalam english...tapi baguslah sejak dia Sekolah di Victoria Institute...confident ada. English pun bagus.

20 comments:

nas said...

salam k.nani,tq mlawat blog nas...nas setuju dgn apa yg k.nani suarakan ni..mmg kadangkala ada lelaki x mhargai wanita,sedangkan wanita byk membantu..mcm nas bila arwah mak pegi baru tahu btapa pentingnya seorg wanita dlm hidup ni...

Cik Puan Nurul said...

hahaha..betul tu kak.kadang tu smp naik pening pikir nk masak pe.bile ank xmo mkn kite gigih duk pikir mende lak yg nk di masak ni.ape yg dia suke mkn.ank dh mndi ke,masuk tido kul bapa..kite org pompuan ni memang suke pikir hal2 yg praktikal camni org laki mana nak pikir baju dlm bakul dh penuh ke blm,seolah2 kite ni masing2 ade skop kije masing2 org laki diorg tau diorang mmg g kije je,pompuan lak kalo berkerje pun still nk kene pikir hal umah tgga.kekadang tu penah terpikir nk bgn lambat atau nk lepak2 je haha tp mmg xbolehnye nk wat gitu xsampai hati nk duk diam sesajaa.

Fie said...

kalau kita nak kaya2 masa depan, kena lah susah2 dlu sekarang..

A.s.t.i.n.a said...

Andai yg hidup berleisure2 tu saya rasa pasti ada juga kekuranannya... kita akan sentiasa melihat kepada kelebihan orang lan dan membandingkan dengan kekurangan kita... kompom orang lain tu menang bsar.. kesannya kita down..

mungkin kalau yang sentiasa leisure2 kat luar tu bg saya tandanya mereka tidak bahagia di rumah.. waima apapun tiap insan itu pasti ada kurangnya.. fitrah manusis..

Mcm saya lihat family Mdm Nani ni terdetik keinginan nak mcm tu gak sebab sagatlah cantik, rajin, serba boleh.. ohhh bestnyeee...

Unknown said...

tu la kak..lelaki slalu anggap kita x kuat..tapi sebenarnya kita lebih kuat lagi dari mereka kan.....lagi tabah dari lelaki....

NaniRostam said...

Salam.terima kasih semua. memang tidak elok kita membandingkan kehidupan kita dengan orang lain.

Kita harus bersyukur dengan yang kita ada dan miliki.

Sebab tulah yang harus dilakukan oleh lelaki-lelaki melayu ni. Bersyukur yang amat sangat serta lihatlah isteri tu kalau tak dengan mata hati dan perasaan, dengan dua mata terjojol kerana punya isteri yang menyumbang tenaga ZAHIR dan BATIN malahan WANG ringgit.

Peremouan yang hidup leisure boleh dikira dengan jari...tetapi lelaki yang hidup leisure berjuta-juta lemon.

Itu topik sebenar.

Dzanie said...

betul sgt kata kak nani,itu la yg sy hadapi skrg...apa pun sy bersyukur di atas apa yg ada...

Rosliza Roslan said...

nampak mcam sodap, nak cubalah nanti!

Misz-ella said...

btl kak. sumenya di bahu kita. kalau kita dh tk larat nk pk nak masak apa, baru org lelaki nk pk.

tp apa2 pun, 1st thot mesti dari kita dulu.

WJuma Nailiah WMS said...

Salam aunty.
Haritu, saya ada amik resepi red velvet. Minta izin ye.
Pendek kisah, saya buat dah semalam. Dan cerite kat blog. Tapi tak letak link blog aunty sebab tak igt. Pastu ada kawan yang bgtahu ni blog aunty. So, terime kasih ye. Siyes puas hati. Tp topping lain la.huhu Terime kasih byk2=)

CEOMesinTaip said...

apepon....saya teruja dengan glaze kat donut tuh..nak trylah puan...bosan asik sadur gula..takpon coklat..hehehe...

Anak Wak Mail said...

saya memang sangat mengagumi mak2 ni.terutama mak saya. letih2 pon boleh fikir lagi untuk anak dan suami..=)

Nadyahoney said...

sy cukup stuju ngn pendapat aunty..sy juga lami situasi y same.wpln masih xde anak tp tuhan je yang tau cmner penatnya bler blik kjer nak kemas umah lagi, masak lagi n etc...mmg berat dugaan wanita yang jd suri rumah dan pencari nafkah ni..

Oyis said...

saya sejak dapat peluang sambung belajar ni la betul2 belajar berdikari utk mengurus diri sendiri, suami dan anak. dulu2 walau dah kawen awal pon, sket2 balik ke mak ayah, malas masak makan luar, no hal hehe... skang nak mkn apa semua kena masak sendiri, kedai halal pon x de huhu.. dgn elaun belajar yg terhad, jauh drpd mak ayah kalo nak mintak tolong apa2, pembantu rumah apa tah lg, masa ni la betul2 saya belajar menghargai pengorbanan insan bergelar wanita. tp bak kata pepatah, 'alah bisa tegal biasa'. kak nani mmg role model saya :)

ps: saya hari tu mmg berdebat jg dgn suami isu kawen wanita maghribi ni (sbb baca iklan promote jumpa di internet la ni). dia menyokong penuh kalo sesapa mampu, itu saya x kisah sgt tp sentap dgn ayat org yg promote tu, 'wanita maghribi ni maskawen murah, gebu, kulit halus, wangi...' apa daaa... semua yg nampak fizikal aje. nak murah tp nak yg elok2. pastu adakah bermakna wanita melayu busuk? geram saya tau... and then siap kempen lepas kawen bole bawak balik msia 'utk mengelakkan campur tgn mertua'. ni plg saya x bole terima. dah kawen x nak amik peduli psl keluarga si perempuan plak. nak senang aje, x pikir plak masalah bahasa, budaya, etc. tu yg saya kesalkan, sbb di potray kan semua yg indah2 aje, walhal it takes a lot of work to make a marriage work.

sorry terpjg plak k nani!

Hijabi Pearl said...

happy birthday auntie!:) semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

*suka tengok cara auntie serve makanan. superb!

Tuan Din said...

Auntie, pengorbanan tu semua membuatkan kita lebih dihargai...
No Pain No Gain kata omputih kan..?
buktinya tengok Anak2 Auntie.. semuanya berjaya & tidak mendatangkan masalah.. try tanya Anak2 mereka2 yg nak shoping jer sign... mcm yg auntie cerita tu...
bersyukur tak??

cik suka senyum said...

pengorbanan seorang ibu memang sangat2 besar...x terbalas...sangat terharu tengok my mom kerja kuat untuk support my dad...macam mane dapat kekuatan sebegitu rupa...hanya Allah yang tahu..

Fie said...

cik suka senyum, mmg besar pengorbanan ibu, even i'm a guy, still dapat rasa pengorbanan yang ibu kita beri selama dia maseh bernafas..

cik suka senyum said...

ya betul tu fie..terharu kalo ingat pasal mak..hukhuk

Unknown said...

kakak! haha betul sangat..susah nyer orang nak appreciate wanita ni..