Banyak panggilan dan sms yang bertanya kalau-kalau saya ada buat lain-lain kek selain stroberi moist choc kek saya tu. Bukan saya tak mahu buat semua-semua tu, bagi saya cukuplah sekadar dua tiga jenis asalkan pelanggan berpuashati.
Ada yang emel saya menyatakan mereka kagum kerana saya pandai masak. Mahu saya betulkan di sini ya...bahawa saya hanya seorang yang pandai masak makanan yang simple-simple je. Kalau buat kek pun kek yang simple-simple sahaja kerana saya bukanlah peminat kek cantik-cantik yang tegar. Kek yang hanya cantik di luar tetapi belum tentu sedap di makan. Apakah motif sebenar kalau kek tu berbentuk sesuatu yang kita sendiri tak da selera nak membahamnya seperti bentuk kamera, bentuk tas tangan dan pelbagai bentuk yang kalau tengok tak teringin pun nak gigit.
Tetapi setiap orang ada citarasa masing-masing. Cuma bagi saya ianya agak membazir apabila perlu membayar hiasan fondant dengan harga yang tinggi tetapi harus dimusnahkan atau dibuang apabila mahu memakannya dan hanya menemui kek buah atau kek mentega yang sering kali tak menyelerakan. Makanya saya pun tak suka nak jual kek yang lebih mementingkan rupa dari rasa.
Bercampur dengan chef-chef, dengan para pelajar di kelas masakan pun ada perangai dan peel yang membuat hati saya tawar untuk meneruskan belajar memasak masakan yang lebih advance. Kini cukuplah sekadar belajar melalui buku-buku, surat khabar, majalah dan dan dari internet.
Pernah satu ketika dulu sewaktu saya mengikuti kelas masakan di Bake With Yen di Puchong. Waktu tu terdapat dua kelas iaitu satu kelas (dibilik yang kecil) belajar membuat ais krim dan satu kelas diluar bilik tersebut belajar membuat masakan barat yang tenaga pengajarnya ialah Chef Asma.
Kelas membuat aiskrim lebih dulu tamat manakala kelas masakan barat belum habis lagi. Ketika kami semua keluar bilik tersebut maka gatal kaki saya untuk berhenti mendengar penerangan oleh Chef Asma tentang pelajaran masakannya itu di kelas masakan barat yang berada diluar bilik kelas belajar membuat ais krim.
Agaknya disebabkan muka saya macam muka tak layak belajar memasak atau muka yang hanya pandai melawa maka Chef Asma perasan yang saya bukanlah pelajarnya yang sedang mengikuti kelas dia.
" You!!! ada register kelas saya ke?" Lantang suara dia bertanya. "Hmm tak, saya dari kelas sebelah tadi saja singgah nak tengok" saya berkata sambil mengharap dia tak kisah kerana saya sekadar singgah sahaja.
"Kalau tak da register, sila keluar ya..saya tak buat kelas free-free!!!" sambil mulutnya terus mengomel-ngomel. Maka hampir 60 pasang mata serentak memandang ke arah saya. Hari itu adalah hari yang paling memalukan dalam hidup saya dan rasa malu itu masih kekal sampai sekarang.
Nak belajar masakpun ada duri ranjau yang terpaksa saya pijak.......
36 comments:
wah! smpi begitu skali chef asma. kot ya pun ckp lah lelok kang .
baedawayyy auntie memang pndi masak dimata saya. tgk dr segi masakan yg auntie buat mmg best! bertuah anak anak untie.
err itu sangat kurang hajar. ilmu tuu ilmuuu
OMG..kalau sue pun mmg malu..Tak sangka ya chef tu tergamak cakap mcm tu..
Dasat betul cikgu memasak tu. Garang habis. Hehe
setuju dgn auntie. saya sendiri lagi suka kek yang sedap drpd kek yang deco-nya cantik. bagi saya, kek tu jadi mahal disebabkan hiasan dan deco-nya padahal, kita bukan nak makan icing or coating. kita nak makan keknya
hiasan cantik2 ni cuma sesuai untuk wedding and birthday je. klu setakat hari raya, saya prefer buat kek yang sedap cuma dihias topping ringkas. yg penting, tetamu makan berulang kali. itu lg kepuasan bagi saya
HOT TIPS: BAGAIMANA SAYA BERJAYA KAHWIN LELAKI KAYA
That's why we appreciate your ilmu sharing here, mom! Nak guna nanti senang teehee.
I remember that day very well, we went to the aiskrim class together. Whatever, Chef Asma. Taknak ilmu awak buwek :P Tak ikhlas buwek :P
sampai ari ni masih simpan hasrat nak buat cupcakes buat mak kita...elok rasanya bila dibuat sendiri dgn kasih sayang.
erkk tul tu kak.maksu saya pun belajar wat kek n biskut sendiri2 je dia ckp kalo resepi yang chef bg dlm kelas tu bukan sedap sgt pun huhu..so dia try and error mana dia rasa nak modified ke ape mmg dia ubah sampai dia rasa puas hati..yg penting air tangan dan keikhlasan kita memasak ditambah dengan bahan rahsia iaitu kasih sayang masakan yg simple pun jd sedapp..
Kadang2 hal2 yang sebegitu boleh jadikan sebagai pembakar semangat seseorang. Hasilnya, tengok lah akak sekarang. Tengok hasil air tangan akak pon dah meleleh2 air liur. Ehe...teringin gak nak pandai masak macam Kak Nani ;p
hanis.. comel jer kate chef asma buwekkkk... hehehe
mak aii.. sampai camtuh sekali kann.. ilmu tuh mmg la.,. tapi tak perlu la tengking camtuhh
teringin sgt nak pndai buat kek yg betul2 sedap!=(
aduss.. sabo aje la..
OMG!
kedekut ilmu la tu..huhuhu
Kak Nani orang kedekut ilmu ni tak kemana sebenarnya.Lagi kite berkongsi ilmu banyak-banyak dgn orang-orang lain lagi banyaklah ilmu kite mengembang.....
Insya-Allah..akak idola saya.Suka tgk akak pandai masak..Saya masih lg berada di tahap gred C ;p
Sekarang ni semuanya harus berbayar kan...walaupun hanya pasang telinga jer:)
Takpelah kak nani, sekarang akak pun da pandai masak dan suka share2 semuanya pada orang lain.. kalau kita ikhlas, kita akan dapat lebih ilmu.. kalau kita kedekut, ilmu kita tu akan diambil sikit2 olehNya.. biarkan dia dengan diri dia yang alpa, tuhan bg kelebihan bukan utk tamat dan kedekut..hihi
Kenangan pahit manis Kak Nani buat saya teringat kisah mak saya blajaq masak kari dr nenek dia kat Jelutong...
Punya la garang, setiap kali buat kari gulai tak kena taste dia, dihamiknya satu belanga pi tiarap kat luaq rumah & kena buat lg sekali...
Sampai skarang mak saya particular giler bab buat kari & memasak... anak mami la katakan... kn terror masak..sat gi jd bhn sok sek....
Nasib baik la mak saya tak prangai mcm chef Asma ni... senang ati blajaq & dia...
Memanglah attend kelas harus bayar. Tapi kelas tu serentak dengan kelas ais krim tadi. so saya nak keluar terpaksa melalui kelas dia. Saya sekadar berhenti mendengar. Lagipun kelas dia dah nak habis atau mungkin dah separuh waktu...Kadang-kadang terlalu fikir untung kita terlupa sehingga sanggup menjatuhkan airmuka org lain serta terlalu memikirkan untung duniawi sehingga terlupa tentang pahala.
btul tu aunty,kadang2 bentuk kek cantik tapi belum tentu sedap..sbb cookies & cake yg homemade mestila nmpk mcm homemade/xperfect..btw,ni 1st time sy comment..suka blog aunty..moga2 dimasa hadapan,sy dpt menjadi seorg isteri yg tahu serba serbi mcm aunty..amin..:)
oh,poyolah chef asma tuh...ish2..
salam..
k.nani..biar la urg bt kita gtu..asalkan hati kita sntiasa igt utk menghormati urg len..bla kita sabar pasti ada ganjaran nya..sy tingk k.nani pnya life thru ur blog..sgt2 bhgia n segala2nya complete d mata sy..sy pn msk2 ikut mood..x pyh bljr dr urg len..just try n error..kdg tu p bljr dr buku/mjlh/tenet or tnya2 my anty yg mmg terror klu msk2..:))
betul jugak pendapat kak nani tu... thanx sgt2 sebab banyak bagi tips yg boleh dijadikan tauladan dan sempadan... bukan semua chef boleh bagi ilmu yg terbaik... rasanya kak nani lebih berjaya dari dahulu... best nye klu dapat rasa masakan kak nani...
teruknyee chef tu...bodo punye chef...xde manner lansung..cakap baik2 x boleh ke.eii menyampah org berlagak ni.
rahsia makanan sedap = msk dgn hati yg ikhlas seikhlas ikhlasnya.
Astagfirullah.. kalau saya, nangis tang tue je..
indah nya bahasa!!!!
Hmmmmm kadang2 bila puan cerita ni saya terfikir pulak, kenapa orang melayu kita yang penuh adap sopan waima kalau bercerita perihal dalam kelambu pun masih menggunakan perumpamaan, berkias, berpantun bagai, tapi bila bab menanya, menegur, punya lah kasar..apa salah berbicara dengan sopan dan beradap. Kalau kita berpendidikan tinggi, seharusnya seiringkan budi bahasa kita bersama didikan yang telah kita terima..bukan nak kata sesiapa, saya sendiri bukan lah seorang yang pandai..cuma tak tergamak pula rasanya nak menegur sebegitu rupa...nampak agak kasar dan biadap...Apa yang puan cerita ni sebenarnya pengajaran pada semua dan diri saya sendiri..supaya lebih bersopan dalam tutur kata..
patutlah kak nani pandai masak...org yang kedekut ilmu dan menjatuhkan air muka org...Allah akan balas ...dan Allah anugerah kan akak dgn ilmu masakan...Thanks akak saya tak perlu bayar utk menuntut ilmu hanya baca blog akak aje...moga Allah dapat membalas jasa akak sekeluarga Amin
salam kenal dan salam ziarah. Simpati dengan Pn. Nani atas kejadian ini. Selalu gak terfikir...diri kita tak sampai hati nak jatuhkan air muka insan lain...tapi ada sesetengah insan sampai hati menjatuhkan airmuka kita...
I hate orang yang sombong dan kedekut ilmu. Mereka2 itu sudah lupa...padahal bila kita bermurah hati dengan ilmu yang kita turunkan...ganjarannya hingga bawa ke akhirat.
salam auntie..sy pun student dunia masakan..sekarang tgh ambil degree dkt ipta..
ttg chef tu, mmg dia mcm tu..bkn chef asma yg saya mksdkan, semua chef..kalau lecturer saya, kita buat silap sikit dari jauh dia jerit2, kita dimalukan..xpaham kenapa diorg mcm tu..mgkin diorg stress, atau rasa diorg hebat..entahlah..
tapi takpe auntie, walaupun auntie dimalukan, tapi sekarang auntie dah hebat..dah ramai org suka.. :) susah2 yg lepas, bwk kesenangan sekarang..
zaman skrg ni x ramai yg ingin berkongsi kepandaian..sume harus berbayar
mak aih..cmtu skali yer...
sy tau bake with yen kat puchong tu.dkt ngn opis,ade gak g beli brg kat ctu...
sabar byk2 ye kak nani..sy minat jugak memasak tp tak pernah attend official class mcm akak...tp sy prefer blaja dr internet,buku, try an error..mungkin blm sanggup utk dimalukan...sabar tau kak..hidup ni kena byk2 sabar..klu sy kt tmpt akak mesti sy da nangis kt situ..hee
saya baru nak belajar wat kuih talam ngan chef nih...alahai..takut pulak jadinya nak gi belajor ngan chef tuh...Ilmu bukan milik kita...walaupun kelas berbayar..tetapi disebabkan duit mengatasi ahlak..x pasal2 org ingat kita not bcoz apa yg kita ajar hari tuh..tetapi yang lebih berbekas perangai buruk yang org nampak 'ter'keluar dari kita...bak kata orang..kalau nak tengok samada org tuh berahlak baik atau tidak..tengok la apa dia buat semasa dia sedang marah...(ingatan utk diri saya juga nih..)
Puan..jangan putus asa mencari ilmu masak..x semua chef pro atau semi pro macam tuh...hehe
Post a Comment