Saturday, January 1, 2011

Yang Pergi Dan Yang Datang

Selamat tinggal 2010.


2010 penuh dengan kenangan. Kenangan manis dan indah yang pasti tertinggal dan berbekas dalam hati. Menjadikan hidup ini penuh warna warni. Menambahkan keampuhan diri jadi lagi berani. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana memanjang umur dan masih bernafas lagi.


Pun begitu manakan tiada kenangan pahit. Biar ada untuk apa dikenang. Lagipun bukankah ianya lalu dikerongkong dan hadam di dalam perut sebagai ubat. Meresap di seluruh urat nadi jadi penawar penghapus badi. Pergilah jauh-jauh.

28 haribulan tempohari usia semakin menganjak ke arah senja.Deras arus masa berlari. Tak terkejar walau satu apapun. Hanya mampu mengikut dengan sedikit keupayaan. Alhamdulillah aku masih di sini sebagai aku.


28hb hari lahirku. Terima kasih pada kawan yang ingat dan memberi ucapan begitu awal. Terima kasih Ella atas parfum (diamond emporio armani) macam tahu-tahu jer aku suka kumpul parfum. Terima kasih buat seorang sahabat, bintangjauh, yang banyak memberi dorongan, semangat dan teman untuk aku mengadu rasa.

Terima kasih cahaya puteri, missby, A.S.T.I.N.A, @yuni, PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET,kzai, Filla-Kasihs, cham's, O'gosh, Yun Aizun Zulkhaimi, Nisaa, mierafaziera, sparkling_deepred, shiori_LA, ninieyAziane, Fallenangel, Peri PiaA, yantie, nurafifah huda yunus, dobot, dyna syamsuri, Anak Wak Mail, Fxysche Nas, Rinah, Nurain, fie, Nas, Mohd Khairi Kurdi dan nama-nama lain yang tak ku tersebut di sini serta anwar yasser yang rajin sangat mengemel. Tak lupa juga kawan-kawan di Facebook dan yang lain-lain.

Terima kasih juga buat suami dan anak-anak yang dikasihi Liana, Hanis, Khairi, Imran, Hafiiz dan Alisya. Terima kasih atas segalanya.

Terima kasih suamiku atas kad ucapan dan hadiah istimewa darimu. Ianya tetap istimewa walau bukan BMW baru 5 series, tak jugak lexus suv, tak semahal viva elite atau sebuah bag tangan berjenama LV yang di beli di star hill, tidak juga semahal sebentuk cincin permata di habib tetapi its the thought of giving that counts. I really appreaciate that.

Terima kasih di atas ingatan anda semua. Moga-moga hidup korang sentiasa di rahmati Allah Amiin.

Selamat datang 2011.

Moga mengharungimu tidak dibebani dengan tekanan dan penindasan.

Moga dalam kamu aku memperolehi kehidupan yang tenang , damai, aman dan bahagia.

Moga bersamamu, aku tetap bersama dengan orang-orang dan juga teman-teman yang disayangi.

Moga melalui hari-harimu adalah rahmat dari Allah semata-mata. Limpahilah daku kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal alamin.








Ok lagu ni aku minat sangat masa sekolah menengah dolu-dolu. Minat gile dengan ovilia newton john sampai semua buku aku mesti ada tulis nama olivia dan member-member kamceng panggil aku olivia...gempak beb.

Kenangan terindah.......masa dibangku sekolah bila dengar lagu ni masih sukerr...lagi...

Layannnnnn..................

21 comments:

Misz-ella said...

Selamat tahun baru, kak. May all your wish come true.

Moga ukhuwah kita berpanjangan ye kak. Amin.

Hijabi Pearl said...

hello 2011!:D

{ finieViolet} said...

salam..

kak nani happy new year n happy belated birthday..

ucapan ulangtahun dari yg tersayang memang sgt bermakna terutama ianya diucapkan oleh insan-insan yang kita sayangi...tak dapat hadiah pun takpe..cuma ingatan tu yang paling istimewa..

wpun mama n abah sy belum kawin dan tentulah sy belum lahir masa zaman Grease, tapi sy suka filem tu..

nas said...

Selamat tahun baru k.nani..moga tahun ini akan lebih baik serta dilimpahkan kebahagian..yg pasti ada suka n dukanya..dan kita harus mhadapinya seperti yg blaku pada nas skrg...

anwar777 said...

Awwwww terkejut tengok nama naik. Terima kasih sebab menulis Puan :), banyak saya belajar. Lagu tu mak saya pun suka, scene ending kan?? Masa tengah celebrate habis high school...hehe

Fie said...

selamt tahun baru aunty, semoga tahun ini memberi aunty lebih banyak lagi kenangan2 terindah dari tahun sebelum2 ini, dan harap tahun ni jugak dapat beri aunty rezeki yang lebih lagi..apa2 pon kita patut bersyukur apa yang kita ada, dan tak salah untuk minta lebih...:)

Dinas Aldi said...

Selamat menyambut tahun baru & happy belated birthday untuk kak Nani!

Anak Wak Mail said...

selamat tahun baru aunty olivia..=)

Bintangjauh said...

Ratuku Nani, Selamat tahun baru 2011 buat semua keluarga Nani. Segala apa-jua yang ditempuhi ditahun 2010 baik/buruk, masam/manis, sedih/gembira, sakit/sehat, murah rezeki/mahal rezeki dan yang terpentingnya ialah segala kebaikkan yang dikurniakan oleh Allah SAW itulah tanda Al-hikmahNya terhadap Hambanya yang bersyukur sentiasa dan tidak mensia-siakan hikmat-hikmat yang datang dariNya. Amin. Salam manis manis madu.

A.s.t.i.n.a said...

Wahh!!! sgt gumbirana ade nama saya wink! wink!

Happynye sgt forever.. Madam Nani nampak semakin gojes saya tengok.. :)

haruslah puji the zassss nama naik nehhh... heee

Tuan Din said...

Happy New Year & happy belated besday...

Cahaya Puteri said...

happy new year aunty..smoga tahun ni membawa lebih kabahagiaan,kesihatan yg baik n rezeki yang melimpah ruah untuk aunty n family yep..=)

Cahaya Puteri said...

happy new year aunty..smoga tahun ni membawa lebih kabahagiaan,kesihatan yg baik n rezeki yang melimpah ruah untuk aunty n family yep..=)

nas said...

bila baca kali ke-2 baru perasaan nama nas ada dlm post..tq k.nani.. :)

Cik Puan Nurul said...

hepi belated besday...wahh menten gitu ye kak..apakah yg paling mengembirakan dan menyedihkan kak nani sepanjang 2010 yg lepass

cik suka senyum said...

salam tahun baru 2011 untuk aunty n family..semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..aminn

NinieyAziane said...

selamat tahun baru auntie..moga tahun ini mmeberi sinar kebahagiaan buat auntie sekeluarga...dan semoga tahun ini lebih baik sdr tahun2 yg sebelumnyer..aminnn

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

aunty, terima kasih sebab publishkan nama saya naik dlm en3 aunty. terharu pulak walaupun Amy ni baru jer ikut blog aunty ni...
just nak bagi tau,aunty ni bagi banyak semangat kat saya supaya lebih berusaha jadi isteri dan ibu yang baik terutama dlm mengemas umah dan memasak. ada juga 2 , 3 resepi aunty saya cuba dan hubby dan anak2 suka. pas tu saya lebih rajin dr dulu... yesza... kalau aunty boleh buat, amy pun boleh buat gak...
semoga tahun 2011 ini memberi aunty lebih kekuatan dlm kehidupan dan lebih sudi berkongsi idea bernas dalam menguruskan rumahtangga yang sangat mencabar ini... terima kasi byk2... lots of love, amy PB.

dr.COOkies said...

bday kite same la.....
wah, boleh sambut same2 nih! hihi :D

aizeepesona said...

terharu sgt bile kak nani sudi publish nama saya kat blog kak nani.yun sangat menghargainya..!sangat..sangat !..krn pengaruh blog akaklah saya semakin rajin kemas rumah & teringin nak buat kek sendiri ..siap beli oven baru.kahkah..

kalau yun nengok kak nani pun saya boleh berangan sendiri ..sebab rase macam .."i really want to be like u.." tp NANIROSTAM tetap NANIROSTAM..dan saya dapat sipi2 mcm akak pon dah okay..hehee

Sheherazade said...

ya ALLAH...Ade name saya :D!!

same2 pn nani,love u

semoga 2011 memberi kita semua kekuatan dan kesyukuran diatas nikmat darinya

p/s-dah add kat fb,nti pn nani aprove blh?hehe Hurin Adawiyah