Assalamualaikum....
Saya seronok dengan dunia blog. Rupanya tulisan ini bagai tinta hati. Walau tak berjumpa sekadar bercerita melalui ayat-ayat cun...ayat-ayat skema...ayat-ayat merapu...ayat-ayat panas...ayat-ayat ilmiah..ayat-ayat sempoi pun boleh buat hati tersentuh, kelakar, hepi dan bahagia.
Begitulah power tulisan dalam kehidupan alam maya hari ini.
Percaya atau tidak dengan kesibukan saya kulu kile...masa yang selebihnya saya habiskan berblog. Dan hampir dua tahun saya tidak lagi punya masa walau selalu merancang untuk keluar dengan kawan-kawan saya yang langsung tak pernah kenal apa itu blog atau facebook.
Tulisan ini adalah lukisan jiwa, luahan hati dan mainan perasaan.
Saya bersyukur dengan melalui dunia blog saya temui ramai teman-teman yang prihatin, yang ingat hari lahir saya, teman yang layak saya gelar sahabat yang sering menelefon, bertanya khabar, bercerita walaupun jauh nun di bumi Eropah. Teman itu seharusnya kekal sampai bila-bila. Tiada berkepentingan.Menghargai dan menyenangi kita walau senang atau susah. Dan ada ketika kita memerlukannya.
Dan melalui tulisan saya juga sang suami akhirnya memahami apa yang terpendam, tersirat dalam jiwa saya tentang dia. Saya tahu kadang kala saya melampui batas menyakiti hati suami. Alhamdulillah kini suami banyak berubah dan peka tentang perasaan saya. Pun begitu mungkin juga saya adalah seorang yang tidak mementingkan ego dalam diri saya maka saya jadikan amalan memohon maaf dari suami setiap masa. Saya sedar saya bukanlah isteri yang sempurna maka sememangnya wajar saya menerima ketidaksempurnaan suami saya.
Di blog, saya tidak kedekut, ikhlas serta jujur mahu berkongsi resepi masakan dan sebagainya. Kalau tidak jujur tak perlu memberi pada orang lain. Lebih simpan buat koleksi sendiri. Malangnya ada segelintir orang yang masih tidak jujur dalam mengajarkan resepi walaupun mengenakan caj ke atas resepi.Saya juga agak berani dan tidak kedekut berkongsi segala pengalaman dan tips-tips yang sedikit sebanyak dapat memberi garis panduan hidup pada orang lain.
Saya yakin blog saya lahir dari unsur-unsur positif yang ada dalam diri saya seperti memohon maaf dan memaafi, nasihat dan menasihati, ingat mengingatkan, sayang menyayangi. Kalau ada orang membenci dan mengganggap negatif terhadap saya atau blog saya maka itu sebenarnya boleh saya katakan adalah masalah dalaman dalam diri orang itu sendiri.
26 comments:
sama lah kita ni aunty, kadang2 melalu penulisan sahaja kita jadi lebih berani berhadapan dengan dunia ni, dan kadang2 sesuatu perasaan kita tu, kita boleh gambarkan melalui penulisan...
Setuju! Sesetengah orang tak faham seronoknya meneliti alur perasaan yang diluahkan dengan setiap perkataan. Rugi! Ceh ceh ceh dah start dah.
Assalamu'alaikum...
dislike the condition in ur blog recently...
plz read this if u're free..
http://bbglal.blogspot.com/2011/01/bukan-semua-perlu.html
rindukan post2 ceria drp Puan...
forgive n forgot...
salam ukhuwah...=)
salam kak nani,
betulkan dengan ada blog kita
boleh luahkan apa yg kita rasa
asalkan tak melebihi batas
teringin nak jumpa kak nani juga ^_^
Luahan hai bagi yang suka menyendiri..... begitulah saya...
Morning Kak Nani, saya antara mereka2 yg sentiasa menantikan post terbaru dari akak, suka akan tulisan jujur dari hati ttg kehidupan akak seharian. Teruskan memberi inspirasi ya. :)
Kalu ada yg nagetif tu... mungkin ini yang dimaksudkan Rambut sama hitam, hati lain2...
betul la mak nani...blog mak nani tak perlu kecoh2 nak cari bahan bombastik utk buat org tertarik..cukup sekadar secebis kisah hidup mak nani sahaja blog ini mampu menarik lebih ramai pembacanya termasuk saya lah mak nani...kihkih....sebenarnya saya banyak belajar untuk lebih positif dan menerima org lain seadanya melalui blog mak nani...hidup mak nani!!!
sangat setuju..
dengan blog, banyak perkara dan mcm2 benda kita boleh buat kan kak nani..
hehe
Salam, bercakap pasal sharing tak semua peniaga cake nak share resepi cake mereka.
Thanks for sharing your red velvet recipe.Due too that im addicted to RV now. Tq sis.
betul kak Nani, ada entri2 di blog yg kita baca tu betul2 meninggalkan kesan & kita rasa macam rapat dengan orang yg menulis tu, walau pada hakikatnya kita tak pernah berjumpa pun dengan penulisnya :)
Kak nani
ya betul tu, kalau org lain anggap negatif tentang kita, itu masalah dalaman dia lah kan.. sedangkan kita dah cuba yag terbaik
semoga terus berjuang dengan penulisan di blog..saya suka baca blog aunti..best!!
Salam kak Nani,
Entri best! betol2 dari jiwa nih.
"Kalau ada orang membenci dan mengganggap negatif terhadap saya atau blog saya maka itu sebenarnya boleh saya katakan adalah masalah dalaman dalam diri orang itu sendiri. "
suke ayat nih x_x
* biasa silent readers je, kali ni nak komen gak :)
aunty...sy sgt la ske bc blog aunty nie...siyes..besh sgt..i admire u la aunty...emm smlm sy da save lam stu folder"resipi aunty nani" yg di ambil dr blog aunty yg aunty share b4 nie taw...nk cbe sgt...i like taw...
aunty...nk minta izin...bley x..lau sy nk wat stu blog share resipi..tp nk ltak koleksi resipi aunty jugak..@pic dr aunty..if sy x cbe sndr lg..tp..sy ckp la source dr aunty...lau x bley xpe..sy wat koleksi sy jep..=)tp..sy br nk bjinak jinak lam dunia blog..=)
hehe....aunty..u are my idol start from now..wat a gojezz mom...n moden..u de besh laa..
penulisan yg penuh kejujuran dan keikhlasan bila saya baca entry ni..sampai ke hati kak...isk!
yup tulisan boleh mengambarkan siapa diri kita dan apa yg kita mau dan apa perasan kite ketika itu..kdg2 tulisan boleh jd teman..=)
papepon auntie mmg best sbb tak kedekut ilmu utk share kt blog nie..
pahala lebih besar dr wang ringgit..
heheee..suka bc blog auntie sbb best, pastu sye srh mak cb try resepi2 auntie..ehhehe..
agreed wif u kak nani. apa yg openting dalam dunia blog ni adalah keikhlasan dan kejujuran kita jer...
Ratuku Nani,ya Ratna pun pada mulanya agak berat hati berblog ni, dek kerana berjumpa kembali Ratu-Ratu semasa disekolah dan tinggal jauh nun dihujung dunia maka itu Ratu-Ratu menyarankan Ratna melahirkan blog ini. Sebenarnya Ratna ni dari segi machine/tecnology yang hyper moderan amatlah kuno (nama saja menetap diPeranchis, glamourkan) tapi sekarang Ratna cuba berlajar menjadi moderan sikit, bak kata anakanda : wah! Maman (ibu/emak) dah expert dengan computer! walhal banyak yang dibantu oleh anakanda. Amat benar kata-kata dan pandangan Nani berblog ni umpama lukisan jiwa, itu terpulanglah keatas seseorang itu bagaimana mewarna-warnikan canvas lukisan sejarah dan pengalaman sebuah hidup masing-masing. Akan tetapi jika lukisan jiwa dan hati itu diserong-serongkan mengikut unsuran "pathetic, lamentable personality/characer)itulah yang meracuni ethika (ethics) akhlak (moral) yang sering diamalkan. Gerun juga berblog takut nanti terserempak dengan mahluk yang tidak di-ingini, kena tempias, jauhi-Na'uzubillah, ya ampun Nani berhati-hati ya, racun-racunan "varmint/vermin") mahluk wajib di-hindari. Salam manis manis madu.
Alhamdulillah...
suka dengar luahan kesyukuran aunty..::):):)
lyn sgt senang membaca segala tulisan dlm blog kak nani nie...ye..sy mengaku, setiap hari sy akan membuka blog ini sbb ia sgt menghiburkan hati sy...sy sgt sukekan resepi..dan sy syorkan blog ini kat facebook sy gak..keke..
im ur big fan..!!!
Ratuku Nani, la... banyaknya "errors" ejaan ayat-ayat komentar Ratna hari ini, barulah betul! Itulah tik tok nak cepat kan dah tersasol ejaanya. Segannyaaaa, malunyaaaa. Alang tu. Salam manis manis madu.
tak kurang juga dpt ramai kawan yg berbagai ragam. sy pulak syukur boleh jumpa mcm2 org yg minat dgn kerja saya yg x pernah kenal pun sblm ni. rasa dunia ni dekat jer, tak yah naik belon nak gi sana sini. dan yg paling penting pengurusan masa saya lebih lancar dan teratur dr dulu.. syukur sgt.... dan .... jumpa aunty nani yg suka sedekah resepi dan tips ;) dekat blog ni tksh...
keep it good work aunty! :):):)
ela pun kak, tulis dari hati. secara jujur dan ikhlas. tak pura2.
and i'm in love with my blogging world too.
sy suka mmbaca blog ini.........i like it.seolah2 sy didlm kehidupan k,nani...hehehehe
Post a Comment