Tuesday, January 18, 2011

Apa Ada Pada Gelaran

Assalamaualaikum...

Hari itu ada orang orang tanya tak risaukan ke lepas anak pergi travel dan duduk rumah budak lelaki. Sedangkan seorang uztad pun belum tentu tak buat maksiat. Begitulah antara maksud kata-kata mereka.

Bagi diri saya, saya kenal siapa Hanis. Kalau anak-anak membesar dibawah didikan kita..didepan mata kita, mendapat sepenuh kasih sayang dan perhatian kita. Kita lah mak bapak, kitalah juga sahabat karib mereka, kitalah segala-galanya bagi mereka maka insyallah anak-anak akan memiliki keperibadian yang teguh. Saya yakin Hanis tahu menilai baik dan buruk, pandai bawa diri dan hanya berkawan atau akan menemui kawan-kawan yang baik-baik belaka.

Malah sebagai seorang mak pasti saya bersyukur bila ada orang yang pernah berkerja dengan Hanis datang kepada saya dan melahirkan rasa kagum mereka kerana saya berjaya mendidik Hanis menjadi seorang gadis baik, yang berhemah tinggi, berperibadian teguh (firm), berbudi bahasa dan disenangi oleh semua orang.

Cuma bagi saya, silapnya orang kita selalu menilai bahawa seseorang yang dipanggil uztaz tak akan buat maksiat sedangkan orang yang nampak secara luarannya tidak memakai tudung, berambut perang, nampak outstanding itu yang dianggap tidak baik, tidak kuat iman, tidak berpendirian teguh tidak kenal dosa pahala.

Bagi saya uztaz itu hanyalah gelaran seseorang yang pandai mengajar hal ehwal agama dan gelaran itu belum tentu menentukan kekuatan iman seseorang. Justeru itu banyak terdapat seseorang yang digelar uztaz tetapi merogol, menyeleweng dan sebagainya hanya kerana uztaz pun manusia biasa, adakalanya lemah terhadap bisikan nafsu dan syaitan.

Malah ada juga orang yang luaran tampak bukan yang kuat agama tetapi dalaman nya lagi teguh imannya.

Jadi jangan kita mudah menghakimi seseorang secara luaran sahaja.

Memanglah mak bapak mana yang tak risau melepaskan anak dara travel keseorangan. Tetapi saya tahu si budak Nabil yang baik itu menunggunya di airport. Dan saya kenal siapa kawan-kawan Hanis. Saya yakin hanis hanya berkawan dengan orang yang baik-baik. Maka kalau hanis seorang gadis baik insyallah pasti ditemukan dengan orang yang baik-baik sahaja.

Saya tak nampak mengapa harus risau melepaskan Hanis melancong cuma beberapa hari sambil menginap di rumah ex classmate yang saya kenal baik termasuk ibu bapanya, sedangkan satu hari nanti saya juga terpaksa melepaskannya belajar di luar negara bertahun lamanya.

Saya juga yakin...budak-budak lelaki yang berada di negara-negara barat itu sudah pasti menerapkan dalam diri nilai-nilai moral dari lelaki barat yang mempunyai rasa hormat terhadap wanita tanpa mahu menyentuh atau mengusik tanpa keizinan wanita tersebut.

Anak dara saya yang belum mempunyai kekasih semata-mata mahu membela nasib ibu-bapanya dahulu sebelum berkahwin.
Sebenarnya suka berada di airport sebab macam rasa nak itottttt..............

Adik-adik turut excited walaupun sedih dalam hati rasa nak itottttt......

Dipanjangkan cerita.....satu keluarga menghantar Hanis ke airport untuk pergi melancong dengan perasaan nak itottttttttttttt.......

115 comments:

hannah hermosa said...

wahh..cumelyer....pandai auntie didk anak.very proud of u...=)

khairul farhan said...

Setuju dengan cerita gelaran tu. Rasanya bukan sebab gelaran je. Orang Malaysia sendiri yang suka dengan cerita2 mcm ni, senang nampak keburukan orang, lagi2 yang berpangkat, ada nama. Contoh seorang ustaz yang cabul anak murid dengan orang biasa cabul budak. Confirm cerita ustaz tu keluar frontpage manakala yang seorang lagi tu kat belakang. Btw memang ustaz, datuk, bilal, tok siak itu semua gelaran.

hatim a.r said...

tengok org jugak aunty.ada yg dok obersi jadik mcm org putih terus.ada yg jadi lagi baik.kalau saya macam x ubah ape pun,duduk sesama melayu jugak.so x ubah mcm dok malaysia hehe.makan pun stok nk pedas je.

Sheherazade said...

insyALLAH Pn Nani dah didik anak2 dgn sebaik mungkin

semoga saya ada anak nanti dpt memdidik mereka menjadi sorang INSAN yg baik

Yuyu Zulaikha said...

pedulik je orang aunty. orang pikir cetek memang macam tu..
tu sebenar nye diri dia.. kalau dia pikir macam tu, maksod nya, kalau dia dengan lain jantina, mesti dia fikir sal maksiat

Filla said...

tul kak nani cakap tu.. jgn lah kita menilai orang dari luaran je.. kenal dulu hati budi....
jgn kata kak nani je nak itot.. saya pon rasa nak itotttttt...

miss raihan said...

tula...org kite suka memandang pd luaran..
kita yg lebih taw org yg dekat kite cane..
~i'allah..moga kita suma dalam keberkatanNya..amin...

misz beauty said...

betul ape yg auntie kata... my mum also tak de nak kongkong us pegi melancong or wat eva sebab kami punya kawan semua dia kenal dan kami kenalkan pada dia... Tak semestinya kami bebas tapi kami lupa daratan... Thumbs up untuk semua ibu yang macam auntie dan mama saya...;-)

♥MAMASYAZA♥ said...

satu hari nanti, saya pun akan melepaskan anak saya blajar jauh2. en. abah dah nyatakan hasrat hati, kalo ami dapat keputusan yg bagus utk exam upsr nanti, dia nak hantar g asrama. bila saya dengar, saya sedih, macam tak harap sgt anak sekecil tu nak stay kat asrama, ermmm harap2 dia pun jumpa dengan kwn yg baik2, sebaik kita menjaganya...amin...insyaallah

NenetPenne (NP) said...

kalau nak buat maksiat tak payah susah2 nak pegi oversea..kat sini pun boleh buat..... kan kak nani kan...

Misz-ella said...

Saya yg tak antar pun rasa macam nak ikotttttt. Hihi ..

IamAin said...

mulut org unty..biasalah..
suka dengan keluarga unty

aizeepesona said...

saya sokong! kalau didikan & kasih sayang yg cukup daripada ibubapa insyaallah..CAMPAKLAH kat mane pon..hati mereka sentiasa akan ada dengan kita.yg pastinya bila dah sayang mestilah tak sanggop nak buat sesuatu yg akan menghancurkan hati org yang tersayang..tak gitu?

macam sayalah dulu masa remaja auuuww..hehee)

just the way i am said...

Firstly,maaf andai terkasar bahasa saya.

Kita kan orang islam. Jadi, jalankan perintah ALLAH dan pastikan anak2 kita masuk ke dalam syurga. Bantu mereka dan jangan benarkan mereka melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH. bukan sahaja perkara seperti melakukan maksiat, mencuri, merompak mahupun merogol. bahkan tidak menutup aurat dan tidak berpakaian sopan juga termasuk dalam perkara yang dilarang oleh ALLAH. Kalau lah azab api neraka itu boleh nmpak dengan mata kepala manusia, masyaAllah. pasti ramai yang bertaubat dan menggeletar ketakutan dan saya yakin, semua berlumba-lumba hendak melakukan perkara yang disuruh oleh Allah. Tetapi hanya mereka yang dekatkan diri dengan Allah dan cintakan Allah serta laksanakan perintah Allah yang dapat membayangkan akhirat. oleh hal yg demikian, kita pilihlah jalan yang mana kita nak.

Allah bukan sahaja melarang dari melakukan zina, bahkan mendekati zina pun allah melarang. Sebab itu ada hukum hakam nya antara muhrim dan bukan muhrim.

-assalamualaikum-

A.s.t.i.n.a said...

Fitrah manusia memang suka mencanang negatif yang lain...
Tak nampak yang baik2 tu.. hanya nampak kemungkinan yang sengaja untuk mengaibkan.. Sila buat dek sajer..

ummi_imani said...

saya setuju sgt dgn kak nani sbb walaupun saya tak kenal Najib dan Hanis dan kak nani juga tapi melalui blog2 mrk saya dpt rasakan hanis dan Najib mmg budak baik.Kagum saya kak nani dapat mendidik anak begitu.Dulu mmg saya agaak ragu tapi bila tgk Hanis dlm M'sian Dreamgirl dan masa dia pegi party Playboy x salah saya, saya jadi sgt kagum bukan dgn Hanis tapi dgn kak nani yg berjaya mendidik seorg anak gadis sebegitu. Dlm Msian Dreamgirl mmg ada yg mengutuk peserta kena pakai seluar yg sgt pendek dan t-shirt putih yg sendat. Tapi bila saya lihat Hanis obviously mmg tak selesa begitu.Dan di majlis yg ada free flow alcohol, dia dan Nabil sanggup beli fresh oren dgn harga yg ridiculous!!harap2 saya dapat mendidik anak2 saya agar berpendirian tegas bila tiba soal iman walau apapun jalan yg mereka pilih utk masa depan mereka. Paling saya sedih bila dgr isu murtad dikalangan muslimah kita yg bertudung labuh dan khatam al-quran berkali2 tapi sanggup juga menidakkan isinya. (tetiba saya lari tajuk ke? tidak apa sbb ada juga connection nya kalau pk2 balik). Semoga kita diberkati Nya.

NaniRostam said...

salam semua..

hatim a.r. yang saya maksudkan....kalau ada yang macam orang putih seks bebas ke apa itu dia sama-sama merelakan buat dosa.

Ini jenis macam orang kita...dalam bas pun meraba...tengok konsert pun meraba...ajar anak muridpun mencabul...duduk dalam satu rumah pun nak mencabul tanpa rela. Berhadapan dengan uztaz yang adik beradik sendiri pun boleh mencabul. Itu maknanya tak peduli kehormatan orang lain.pakai kopiah...tutup litup pun merogol dan dirogol.

itulah maksud saya.

Saya rasa budak-budak kita kat sana tak dalah macam kebanyakan lelaki kita kat sini kot..kalau ada tetamu datang tak peduli sapa...kalau ada peluang mesti dia orang nak mencabul kehormatan orang.

ABSOLUTE said...

saya ni bukan ustad, bukan orang alim. tapi, bab rambut perang tu. secara logiknya kita solat macam mana pon taksah sebab bila kita mandi wajib, air tak kena dekat rambut yang sebenar. jadi kita dalam keadaan berhadas besar dan haram untuk solat sebenarnya. kalau ada produk yang halal pon, tetap ragu2. kecuali la rambut dah beruban dan diinaikannya.

itu secara logiknya lah, tapi macam mana pon itu antara kita dengan Allah. biar Allah je menilai solat kita diterima atau tidak.

manusia boleh berubah, dan pandangan Allah terhadap kita pon boleh berubah. wallahhua'alam.

zaili said...

aunty antara parents yang memberi kepercayaan kat anak2. itu menunjukan aunty betul2 kenal anak2 aunty. tahniah... nanti saya dah ade anak, insyaAllah saya akan contohi aunty.

http://inilablogaku.blogspot.com

NaniRostam said...

Salam...

Alhamdulillah....manusia boleh berubah pandangan Allah terhadap kita pun boleh berubah.

anwar777 said...

Biasalah puan, pandangan manusia. Member saya pergi negara Arab, pakai seluar jeans, ada seorang arab ni panggil dia 'Ya kafirun'. -.- dah kena baca ayat Quran bagai nak bukti dia bukan orang kafir.

Hanis Zalikha said...

OMG WHY DID YOU USE MY SYOK SENDIRI PIC WEARING SHADES INSIDE THE HOUSE T_T

If you need my, I'll be in my cave hiding from embarrasement.

ati_emylia said...

salam k.nani,

sy sgt suka posting ini....suka sesangat.....sy dh jumpa byk sgt cth.....x baik nak cite la kan....tp sometimes naik sakit mata tgk org yg hipokrit macam ni

emy

Unknown said...

buka aurat= dosa besar
berzina= dosa besar
mengumpat= dosa besar
pegang-pegang bukan muhrim= dosa besar

semua sama saja...tak lebih dan tak kurang... ALLAHUALAM

Unknown said...

buka aurat= dosa besar
berzina= dosa besar
mengumpat= dosa besar
pegang-pegang bukan muhrim= dosa besar

semua sama saja...tak lebih dan tak kurang... ALLAHUALAM

marina anakcikbob said...

pada pendapat saya la untie kan..
kalo c hanis nak buat xelok, xpayah sampai sana..
kat segamat pon da boleh..
kan? kan?
xpe la untie..
sabar je la dengan typical minded yang memang berlambak2 ni..

Fie said...

hehehehe, aunty mesti sedih kena tinggal kan?? hehehe, gurau je aunty..:)

hatim a.r said...

haah betoi2.alah si nabil tu nama pun kawan hanis sejak dolu-dolu,taulah dia menjaga limit.daripada nak suruh hanis duduk hotel dekat lorong mana sorang2 dekat german.fuh gilos.tapi yg lawaknye bila saya baca komen2 ade keluar nama najib pulak.siapa najib????!!haha

cik nur said...

hurm btol cakap unti tuh :)

NaniRostam said...

Kadang-kadang orang yang kita kata berdosa besar itu lebih baik disisi Allah daripada diri kita yang belum tentu lagi.

Tyha said...

Saya setuju luaran x menggambarkan dalaman...cuma bila masuk bab hukum...x ada perkara yang boleh menghalalkan cara.Sehebat mana gelaran anda,sebaik mana anda menjaga kehormatan diri anda...yang haram...tetap haram.Perkara2 dosa kecil itu bukan setakat x buat seks rambang,x pegang tangan or x minum arak!.Moga allah merahmati kehidupan puan dan family.Memang sebuah family moden yang boleh dijadikan contoh.Di pihak saya...yang mana baik saya ikut...sebab Puan banyak kelebihan.Cara mendidik anak2 pon saya respect.Anak anda telah dapat diacu dalam acuan yang betul...tahniah.Yang lain2 tu...hanya Allah yang maha mengetahui.Yang buruk dari saya yang baik itu hanyalah dari Allah. Just 2 cent opinion.

NaniRostam said...

Hanis zalikha ...

Salam...cun aper???

buat apa tu?

NaniRostam said...

Salam...

Maksud saya secara keseluruhan...

Manusia mana tak buat dosa...tak buat silap....

Asal kita tahu limit kita...kita tak akan tersasar jauh.

Maknanya walau kita berdosa tak pakai tudung...tetapi kita jaga solat..jaga tatasusila..ada limit untuk tidak berzina..mengata orang...berbuat jahat sesama manusia...minum arak..menipu dan sebagainya insyallah mudah-mudahan kita akan terus berada dilandasan yang betul.Satu hari bila ada kesempatan pasti berubah lebih baik.

Hanis Zalikha said...

me*

Tengah makan apam balik. Mama? Buat hal eh bake Red Velvet masa Hanis takde?

Muhamad Siddiq said...

aunty ni mmg layak menang award la..suka sangat ngan semua entri..5 star la

Bintangjauh said...

Ratuku Nani, la barulah betul. Disini Ratna ingin me-alkisahkan satu lagi anecdote tapi agak terkeluar dari "arguments", begini: Dimade in Peranchis banyak mahluk dari negara origine seperti Tunisia, Algeria dan morocco berkerakyatan Peranchis. Bukan menuduh atau dengar-dengar gossips "malicious gossip" atau "small talk" dari penghuni disini (based on reality/facts) Dipanjangkan alkisah, semasa bulan ramadhan kebanyakkan orang-orang arab oriental disini puasa tak puasa buat selamba makan diluar (restaurant) atau lagi-lagi di Café (kedai kopi) pakchik-pakchik arab ni minum kopi dengan geng-gengnya, mereka selamba je menghirup-hirup kopi yang panas walhal ramadhan! Tiada ethika keugamaan lansung, ditambah lagi anak-anak gadis arab disini ya ampun cara berpakaian (mode vestimentaire)ya rabbi, terjojol sana terkeluar sini, tersenteng sana, tersingkat sini bak kata kalah---------? (Kata saja arab islam, boleh ber-fashion tapi ada limitnya cara sopan lagi manis) Contoh sederhana "with moderation". Maka itu berkutbah dan ber-hidayah ada caranya, bersuara berpada-pada, keimanan seseorang itu bukan boleh dikaji, diselidiki diluaran saja akan tetapi kesangsian tertanya-tanya tidak ada salahnya dengan syarat berbahasa dengan cara halus lagi menusuk kedalam kalbu, amat penting kerana "flash-back" semula sejarah mula/kali pertama nabi Muhammad SAW menerima wahy (wahyu/revelation) digunung Jabal Nur didalam gua Hira pabila malaikat Jibril menyuruh Nabi "bacalah" kerana nabi tidak tahu membaca oleh itu pada awalnya Nabi membaca secara tergesa-gesa dilarang oleh malaikat Jibril dan diajari secara perlahan-lahan dengan penuh kesabaran sehinggalah Nabi dapat menguasai dan menghafal semua wahyu yang diturunkan oleh Allah SAW. Moral Lesson: Bertolak-ansur dalam mengajari sesama umat dengan kesabaran dan halus caranya kerana penerimaan seseorang itu lain-lain. Wahai Ratuku Nani, gelaran apa juga adalah semata-mata sebagai gelaran jika disalah-gunakan itulah dikatakan alim-ulama' atau arif sangat tang ugama ni tapi malangnya bertopengkan/beramalkan "religous hypocrite". Pedulikan (kasarnya bahasa) ibu dan ayah yang peka dengan ajaran akhlak yang tulin dan benar-sebenarnya akan menjaga kemuliaan diri anak dan mengekalkan kesucian anak perempuan dengan sebaiknya. Salam manis manis madu.

Cikgu Fatin said...

Sekadar berkongsi ilmu dan saling ingat-mengingati. Sama-samalah kita renung dan berdoa agar kita sentiasa diberi hidayah.

Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Al-Ankabut : 45).

Zaman sekarang ini, ramai orang yang tidak solat dan ramai juga orang Islam yang solat tetapi tidak khusyuk kepada Allah. Sebab itulah solat bagi orang yang tidak khusyuk tidak dapat menyelamatkannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Masih ramai orang Islam yang solat lima waktu, tetapi mereka juga melakukan dosa. Manusia di zaman moden ini hanya melakukan solat untuk melepaskan kewajipan sahaja dan tidak menghiraukan perintah solat yang sebenarnya iaitu solat dengan khusyuk.

Solat dari segi bahasa adalah doa dan sari segi istilah atau syaraknya ialah perbuatan yang dimulakan dengan katbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu. Dalam solat diibaratkan seolahnya hendak berjumpa dengan Allah dengan rasa lemah diri, rasa hina dan takut akan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan. Mengerjakan solat perlu khusyuk dan tawaduk kepada Allah, kerana solat bagi orang yang tidak khusyuk tidak akan diterima dan diibaratkan seperti kain buruk yang tiada gunanya lagi. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu adalah orang yang menindas dan melakukan kezaliman kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada meyempurnakan solatnya (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).” (Al-Ma’un : 1-7).

Rumusan dari ayat di atas ini, bahawa celakalah bagi orang yang solat tidak khusyuk dan lalai dalam solat mereka. Tempat bagi orang yang lalai mengerjakan solat adalah neraka wil iaitu satu lembah dalam neraka yang Allah sediakan untuk orang-orang yang lalai dalam solatnya.

Dari segala cerita di atas tidak hairanlah kalau orang yang kuat sembahyang kuat mengaji dan pakai jubah atau serban besar melakukan dosa besar, kerana itu semua bukan menjadi ukuran bagi orang Islam. Ukurannya adalah orang yang ikhlas melaksanakan ibadah kepada Allah. Sebab itu dalam Islam ada tiga konsep asas dalam Islam iaitu Akidah (ilmu yang membincangkan keesaan Allah), Fiqh (ilmu yang membincangkan hal-hal yang berkaitan ibadah) dan Ihsan (ilmu ikhlas, tasawuf dan akhlak kita kepada Allah, manusia dan alam).

Kesimpulannya, walaupun kita cukup solat 5 waktu kita masih bukan di sisi Allah swt sekiranya masih tidak mengikut suruhanNya.

Wallahuaklambissawab.

AINIL.ava said...

saya setuju dengan aunty...=))

MasReena said...

auntie, saya dah agak dah mesti auntie kenal baik dgn parent nabil.. kalau tak, takkanlah auntie sesenang nak lepaskan hanis gi germany kalau bukan ada org yg dipercayai yg menunggu di sana kan?

=)

sabdaziz said...

doa kan je yg baik utk anak2 kan..

NaniRostam said...

Salam semua..Alhamdulillah...bagus antara kita saling mengingatkan...kerana selagi kita manusia...kita tetap hambaNya yang lemah.

Hari ini kita mengingatkan orang lain..esok tidak mustahil kita pula yang terlupa.

Harap-harap ada orang lain tolong ingatkan kita. Namanya sahaja manusia.

Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku.

Mrs. Nisa DK said...

setuju dgn kak nani..gelaran bukan pengukur pada kekayaan, keimanan mahupun kebaikkan seseorang itu..

Unknown said...

If only you followed her to Germany, people won't react kata macam macam. Ini bukan tentang pemikiran cetek or what, this is about adab adab Islam. Tak manis lepaskan anak dara seorang tinggal rumah lelaki. Eventough ada perempuan lain pun dalam rumah itu, masih tak boleh sebab lelaki bukan mahram ada di situ. Bukannya darurat pun.. Sepatutnya bagitahu Nabil minta tolong kawan perempuan dia di sana untuk tumpangkan Hanis. Itu lebih manis. This is just my opinion. :] salam.

cik suka senyum said...

syaye poun rasye nak itooottt jugak laaa..hehehe

Lunia said...

saya pon nak itottttttt =P

Tuan Din said...

Pada semua.. seeloknya janganlah di sensasikan sangat pasal Imam, Ustaz, guru agama buat kerja2 mencabul, merogol bagai... Bimbang boleh memberi gambaran nagatif pada agama Islam... takut nanti tak pasal2 kita dapat saham menjatuhkan maruah agama Islam...
Walhal kita semua maklum... semakin kuat ilmu or iman seseorang itu.. makin kuat godaan syaitan yang dia dapat... dan kita juga tau mereka juga manusia... mereka juga tidak boleh lari dari melakukan kesilapan & nafsu... walaubagaimanapun, Dosa tetap dosa... ( pada wartawan2 & media yg suka sangat nak cari point / sesasi asal 'ustaz' buat salah... korang telah menjatuihkan maruah agama yang suci ini... korang tanggunglah hasil sahamnya nanti...)

Tuan Din said...

( hanis... awak sesuai ngan Nabil tu... cepat suruh Mama masuk meminang!!! larikkkkkkk )
Yesterday at 9:39am · LikeUnlike · 11 people

Ini komen saya di FB hanis pada album KLIA-Frankfurt-Cologne-Krefeld.

tengok tu 11 orang like.. apa lagi Auntie...

tsnah said...

Agree with Nur Athirah. Well said.

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

Thank you aunty for believing in me...Kalau ada silap salah nak minta maaf...Maybe I should have planned better tempat tinggal untuk hanis supaya x timbul perkara ni...

abadi romeo said...

pokok pangkalnya adalah bagaimana kita mengasuh anak kita....buah yang baik datang dari pokok yg baik...dan pokok yg baik dtg dari benih yg baik serta dijaga dan dibaja sebaik2nya....

iHazelynz said...

sis,
my mom was just like u, we are very close, beri penuh kepercayaan pada saya dan saya dididik dgn perasaan bertanggungjawab pada diri sendiri & keluarga. Saya juga pernah bercuti ke luar negara dgn rakan lelaki/perempuan. Pokok pangkalnya as long as we know ourselves, insyaAllah kita tahu jaga diri dan batas agama. People can judge as they like.. we don't have to justify ourselves to them..Allah knows best!

julie"anne said...

Dulu saya cerita kat kawan saya tido umah senior laki2 saya, kawan saya pun bising macam tu..tapi saya rasa, budak2 yg kat jerman ni, dh macam adik beradik..saling memerlukan..kat tempat lain saya xtau la..tapi kat jerman ni asal boleh tumpang, tumpang la..xkan nak bermalam kat hotel kan..lebih jimat kan..tapi ade la batas2nya kan..budak2 sni lebih baik dari budak2 malaysia yg xreti jaga solat dan sebagainya. nak tido, masuk bilik tutup/kunci la..bukan tido selonggok dgn dorg.

DeLancrettLurpak said...

Susah juge dalam situasi Aunty Nani ni, sebab manusia ni first thing dia akan bagi negative judgement.

Kalau nak tau, ada je budak pompuan + lelaki malaysia duk serumah dkt oversea ni. Bukan tak nak dok sendiri, tapi takde partner semuhrim. Kalau dok ngan omputihs, kena pikir hal makan pulak, susah la nak asing2 peti ais. Jalan paling senang, duk serumah, bilik2 lain-lain.

Saya bukan nak kata apa la, tapi most of us taktau keadaan sesuatu tempat tu kalau tak penah pi. Takkan la nak biar kan anak dara pi dok kat mana2 hotel kat oversea tu. Kalau saya, takut nak lepaskan. Lepas tu mesti ada yg ckp,abis tu kenapa suruh anak holiday sorang2. Eh, kalau kite tak lepaskan anak, sedangkan dia confident dia boleh bawak diri, tak ke menyekat anak itu. Sebab tu hasilnya, ramai Malaysian pi oversea, ramai penakut, sebab dari kecik2 takde keyakinan nak buat benda sendiri. Nak pi beli kereta pun mintak berteman, ntah hapa hapa.

Yang pastinya dkt Malaysia, penampilan mencerminkan segalanya. Mmg diorg judge book by its cover. Ntahlah Aunty, tabahkan hati ye.

picairin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
NaniRostam said...

Salam semua....

Orang boleh bercakap macam-macam. Kerana bercakap hal orang lain memang seronok. Cuba lihat diri sendiri...keluarga sendiri...adik beradik sendiri...anak-anak sendiri...dah cukup baik ke?Dah cukup beriman ke?

Athirah, minta maaf ya...saya nak sentuh ini diblog saya sendiri ya...tak perlu menasihati saya pasal adab-adab islam ya. Lihat diri kamu benarkah kamu tidak pernah berjumpa dengan lelaki bukan muhrim. Bertelefon dengan lelaki bukan muhrim.Berfacebook dengan bukan muhrim.Berada dipejabat bersama bukan muhrin, berada di kelas bersama bukan muhrin.Dan bukankah yang itu semua sebenarnya melanggar ada-adab islam.

Saya bersyukur dikurniakan anak-anak seperti Hanis yang tak perlu saya nasihatkan lebih-lebih kerana dalam diri dia cukup keperibadian yang TINGGI. Berapa ramai yang mahu berkenalan dengannya, kerabat raja, anak datok, anak nenek, pengarah ceo, businessman.Ada yang datang rumah dengan hasrat mahu bertemunya..membawa buah tangan dan sebagainya namun tak seorangpun dapat menemuinya...dan dia hanya duduk dalam kamarnya dan memberi alasan dia belum bersedia untuk berkenalan dengan sesiapa. Kecuali ada seseorang itu saya raikan dia kerana masa itu hari raya dan mereka datang dengan beberapa tetamu lain.

Untuk bercerita lebih lanjut...Hanis adalah satu-satunya anak gadis yang sangat jaga pergaulan...batasan-batasan agama. Saya bangga bukan sekadar menjaga solat malah selepas solat dia begitu rajin mengaji quran. Malah setiap kali masuk waktu solat dia akan bising satu rumah suruh orang bersolat apabila masuk waktu. Dia selalu menasihati khairi supaya mengajak adik-adiknya bersolat berjemaah.

Saya tak tahulah kalau solatnya tergolong dalam solat orang tidak khusyuk kerana tidak mengerjakan suruhan Allah untuk menutup aurat...tetapi bagi saya sekurang-kurangnya dia tidak pernah membuat perkara-perkara yang dilarang Allah samasekali.Mengenai pakai tudung...insyallah satu hari nanti saya pasti dia akan jadi seratus peratus muslimah yang baik.

Mungkin dalam diri saya ada pemikiran moden sedikit tentang persahabatan.

Mungkin Athirah sendiri tidak pernah mempunyai best friend foverer.

Buat pengetahuan Athirah Hanis pergi menemui seorang sahabat karib yang belajar di luar negara sambil melancong. Selain dapat jimat kos penginapan...nabil bukan tinggal seorang diri. Dia menyewa beramai-ramai dengan rakan perempuan juga.Saya rasa ini pasti tidak dapat dielakkan jika anda berada di negeri orang.

Sebagai seorang ibu saya pasti takkan melepaskan anak saya bebas bergaul dengan teman lelaki. Dan malangnya Hanis belum ada teman lelaki. Kalau nabil itu adalah teman lelakinya atau kekasihnya sudah pasti saya takkan benarkan dia menemui nabil bukan sahaja diluar negara di kuala lumpur ni pun saya takkan benarkan.

Tetapi dalam bersahabat kadang-kadang kita tak dapat mengelak yang sahabat baik kita bukannya perempuan tetapi seorang lelaki. Nabil adalah sahabat karib Hanis. Yang sanggup bersusah payah untuk Hanis. Yang sanggup meminjamkan duitnya dikala Hanis memerlukan wang.

Saya tak tahulah kalau Athirah boleh mempunyai perasaan ghairah atau sebagainya terhadap sahabat karib sendiri. Bagi saya bila berada dengan sahabat karib yang kita langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan cinta atau sebagainya maka diletakkan satu bilikpun tak akan dalam hati masing-masing mengingin kejadian-kejadian yang tak diingini.

Anak Wak Mail said...

wah nak itottt juga..=)

me said...

puan nani,

bg saya. dunia skang nie mane ade yang betul2 xpenah buat dosa.ade ke yang perfect.. ok fine.. mungkin ada 97% perfect.. tp 1 dalam 10,000, sifat manusia mmg nak mencari dosa org.. tp dosa sendiri tak nampak kan.
cm anak puan nani pun.mcm org cakap.. tiada alasan utk menghalalkan cara. membuka aurat, tinggal serumah bukan muhrim beramai2.. still itu haram dari segi hukum walaupun dapat lampu hijau dr ibu bapa.. tp tu la penyakit dunia sekarang. terima atau tak. kita adalah umat akhir zaman. tanda2 nye terang lagi bersuluh.. ish2 tetbe2 je kan...

Papepun saya suke baca blog puan nani dan juga anak puan nani.

Wan Zuraida said...

manusia semmgnye tidak akan tahu dimanakah tahap iman mereka namun mereka perlu berusaha utk meningkatkan amal ibadat mereka. jika nak ambil cth seelok2nya ambil cth spt Khadijah, Fatimah Az Zahra, Aisyah. krn mereka lebih dekat dgn Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW adalah sinar seluruh alam.

sentiasa berbaik sangka kpd manusia dgn itu kita tdk akan berasa benci dan dendam. sy doakan smg muslimah di dunia ini dan jg Hanis akan menjadi wanita yang benar2 menjadi perhiasan cntik di dunia. amin... wanita solehah itu adalah hiasan paling cantik di dunia.... =)

Unknown said...

menda ni pasti dilalui oleh semua org. xselamanya anak-anak kita akan sentiasa bersama dgn kita. begitu juga dlm bisnes. kita xbleh buat apa-apa seorang diri. perlu put trust on someone else dan at the same time kita tau walau apa pon terjadi kita kena bertanggungjawab terhadap apa jua keputusan yg kita buat.

Unknown said...

Assalamualaikum,
wah bukan main Kak nani nak bela anak dara yg terang2 langgar hukum agama. Betul kata kak..kat luar sana pun ramai lg yg jahat...tp akak dan hanis dah mcm public figure...so mcm mnjadi ikutan...kalau bnda2 mungkar mcm ni hari2 dok kuar blog...org akan xde sensitiviti lg dgn agama...nak pakai baju seksi2 ke...nak melaram segala bagai smpai lupa hukum pn xpe. Dalam hal ni..saham dosa tu suami yg tanggung sbb anak selagi masih belum kawen. Tapi kalau kita cakap bab2 hukum ni di tuduh pulak kita x open minded, di suruh plak check diri sendiri..apa2 ye la janji nak jaga air muka. Buat pe tuding salah kat org lain kalau anak sendiri buat salah. Jaga anak pompuan x sama dgn anak lelaki kak nani. Jgn smpai org kata suami kak nani dayus sebb membiarkan anak dara tu boleh buat sesuka hati. Amatlah cetek pemikiran kalau kak nani membuat gambaran mengenai ustaz2 yg mengajar agama pun merogol mencabul, sebagai bandingan moral dgn anak dara kak nani. Apa kesannya kepada agama tidak pulak di fikirkan. Mmg betul ada di kalangan ustaz begitu..tp membuat bandingan secara melulu di ruangan terbuka ni memberi byk tanggapan negetif tentang agama.Sepatutnya dalam hal ni suami kak nani yg perlu tegas sbb dia yang nak jadi wali kepada hanis nnti...bukan akak. Tak kesian ke kat suami yg menanggung dosa ahli keluarga buat kerja mungkar. Yang salah tetap salah.Jgn tgk salah org lain. Nabi sendiri pernah berkata kalau anaknya Fatimah mencuri pun dia akan potong tangan. Itu nabi...lagilah kita ni manusia yg lemah. Sebaik2nya bnda yg membawa kepada perbalahan ke apa ke..awal2 lg akak dah alert. Mgkin persekitaran moden kot yg buat kita anggap hukum agama tu kolot. Terpulanglah kepada kak nani nak judge mcm mana. Tak selalunya kita betul dan x selamanya kita nak buat salah yg sama. Of coz u got talented daugther, so bersyukurlah kpd Allah dgn menjaga batas2 yg di tetapkan. Jgn smpai ke tahap istidraj pula kelak diri juga yg menyesal.sori saya bukan gol ustaz tp org biasa mcm akak juga.
Sy berdoa family akak akan sentiasa mendapat rahmat dan kebaikan didunia dan akhirat,juga anak2 akak akan menjadi anak2 yg soleh dan solehah..itulah harta yg paling berharga bukan harta yg bertimbun2. insyaAllah

sekian utk KakNani the gojes

http://zaharuddin.blogspot.com/2010/12/promosi-maksiat-di-facebook-blog.html

dalin said...

salam kak, saya percaya hanis takkan salahgunakan kepercayaan akak pada dia.dulu masa nak exam pun akak benarkan dia pergi event di singapore kan..penah baca dalam paper kosmo..

org ada pendapat masing2. biarkan je. org biasa ckp pasal hal org lain, tunjuk jari telunjuk pd org tu, tp 4 jari lg pada diri sendiri..hahaaa..

kita doakan yg terbaik utk anak2 kita ye kak

Unknown said...

Assalamualaikum,
wah bukan main Kak nani nak bela anak dara yg terang2 langgar hukum agama. Betul kata kak..kat luar sana pun ramai lg yg jahat...tp akak dan hanis dah mcm public figure...so mcm mnjadi ikutan...kalau bnda2 mungkar mcm ni hari2 dok kuar blog...org akan xde sensitiviti lg dgn agama...nak pakai baju seksi2 ke...nak melaram segala bagai smpai lupa hukum pn xpe. Dalam hal ni..saham dosa tu suami yg tanggung sbb anak selagi masih belum kawen. Tapi kalau kita cakap bab2 hukum ni di tuduh pulak kita x open minded, di suruh plak check diri sendiri..apa2 ye la janji nak jaga air muka. Buat pe tuding salah kat org lain kalau anak sendiri buat salah. Jaga anak pompuan x sama dgn anak lelaki kak nani. Jgn smpai org kata suami kak nani dayus sebb membiarkan anak dara tu boleh buat sesuka hati. Amatlah cetek pemikiran kalau kak nani membuat gambaran mengenai ustaz2 yg mengajar agama pun merogol mencabul, sebagai bandingan moral dgn anak dara kak nani. Apa kesannya kepada agama tidak pulak di fikirkan. Mmg betul ada di kalangan ustaz begitu..tp membuat bandingan secara melulu di ruangan terbuka ni memberi byk tanggapan negetif tentang agama.Sepatutnya dalam hal ni suami kak nani yg perlu tegas sbb dia yang nak jadi wali kepada hanis nnti...bukan akak. Tak kesian ke kat suami yg menanggung dosa ahli keluarga buat kerja mungkar. Yang salah tetap salah.Jgn tgk salah org lain. Nabi sendiri pernah berkata kalau anaknya Fatimah mencuri pun dia akan potong tangan. Itu nabi...lagilah kita ni manusia yg lemah. Sebaik2nya bnda yg membawa kepada perbalahan ke apa ke..awal2 lg akak dah alert. Mgkin persekitaran moden kot yg buat kita anggap hukum agama tu kolot. Terpulanglah kepada kak nani nak judge mcm mana. Tak selalunya kita betul dan x selamanya kita nak buat salah yg sama. Of coz u got talented daugther, so bersyukurlah kpd Allah dgn menjaga batas2 yg di tetapkan. Jgn smpai ke tahap istidraj pula kelak diri juga yg menyesal.sori saya bukan gol ustaz tp org biasa mcm akak juga.Semoga Allah memberi rahmat kepada keluarga Kak nani dan mendapat anak2 yg soleh dan solehah.

sekian utk KakNani the gojes

http://zaharuddin.blogspot.com/2010/12/promosi-maksiat-di-facebook-blog.html

NaniRostam said...

Salam. ALhamdulillah...kerana mendoakan.Mendoakan orang lain sama seperti mendoakan diri sendiri.

Allah selalu menguji hamba-hambanya termasuk hamba yang soleh.

Pernah terjadi seseorang yang hamba ini mengatakan' anak sipolan-polan tu mengandung luar nikah.Namun kuasa Allah tak siapa dapat menyangkal. Satu hari Allah nak tunjuk padanya tiba-tiba berita tentang pembuangan bayi itu dilakukan oleh anaknya sendiri.

Dan ada hamba Allah yang fikir dia telah menjaga solat dan mengata sipolan dan sipolan tak bersolat. Dalam dok mengata solat orang lain, Allah nak tunjuk maka solat sendiri pun adakalanya terabai juga.

Makanya itu sekarang ini kalau dok kata dan lihat kelemahan orang tak lama Allah akan tunjuk 'cash' pada diri sendiri.nauzubillahiminzalik.

ummi_imani said...

actually kak nani xyah pun nak jawab komen2 kat sini. menyakitkan hati je nanti. akak punye hidup, anak2 akak, akak je yg tahu dan lebih memahami. Allah tahu, tu je dah sangat2 cukup.

NaniRostam said...

Salam.mentaliti orang kita.jaga anak perempuan tak sama dengan jaga anak lelaki. Sebab mentaliti ibu bapa islam yang macam ni buat anak-anak lelaki kita boleh buat onar sewenang-wenangnya terhadap wanita tanpa rasa hormat.

NaniRostam said...

Salam..terima kasih ummi...itu yang sebenarnya pun. Dia orang pandai bercakap meletop2.

Bukalah blog sendiri..bercakap meletop2di blog sendiri. Saya bukan artis, pemimpin atau apa sahaja yang perlu disebut public figure. Blog saya sekadar bercerita hal diri saya sendiri.Saya tak pernah keblog orang lain mengusik atau berceramah diblog orang lain.Hormatlah blog saya kerana saya selalu hormatkan blog orang.

afni+hafiz=dani said...

salam auntie..

biasa la tu, mulut org..as long auntie kenal hanis mcm mana, shoudnt be problem =)

kalo ikut kan mulut org, smpai bila2 pun x perna senyap.

Yaya said...

baik kita hormat diri sendiri dari mengata orang laen.

kadang kadang nak tegur kena ada cara jugak. bukan men bantai jek. apalahhhh. :)

lagipun no body perfectlaaa..

selagi Hanis Zalikha menghormati dan taat pada ibu bapa dia.
Itu adalah benda paling berharga kita kena contohi.

Zaman sekarang susah betul nak cari orang hormat ibu bapa dia sendiri okey.

ummi_imani said...

ya betul kak nani. Kalau saya si lebai ketibai saya xkan masuk blog akak nih at the first place la kan. Ye lah, kita nak join mana group tuh kena lah siasat.Takleh la main join and follow je skati tak sesuai lansung dgn personality saya ketika itew.. uuuu..perempuan nih blog dia ok la tapi dgr dulu mak andam eh? patut lah tgk lah kening dia...oh nononono!!!...uuuuu tgk lah anak2 dia pulak rambuut karatnyaaa!!!!arghhh..anak dia model lak tuh pakai seksi2..Malaysia's Dreamgirl????tidaaakkkkkkkkk....keluarkan aku dari sini!!!

NaniRostam said...

Salam. Oklah bab-bab sentuh soal agama ni memang ramai yang pandai berbahas. pandai hukum hakam.pandai serba-serbi.

Baguslah niat tu...nak mengingatkan orang yang jahil dan kurang pengetahuan agama macam saya ni.

Minta maaflah kalau saya nak puji anak-anak sendiri, nak bela anak-anak saya sendiri. Ini blog kan saya. Dah memang saya suka puji anak saya nak buat macam mana janji saya tak kacau orang.

ummi_imani said...

setuju dgn kak nani janji tak kacau org. diam adalah pintar bak kata KRU..ey! dalam bebanyak cendiakawan dan alim ulama KRU yg ko pilih ummi_imani??Jahil ko! Jahil! yea saya jahil tuan!tapi saya tak kacau org dan mencari kebenaran dgn cara sendiri serta sentiasa berfikiran positif.

Anonymous said...

salam k.nani..saya suka baca blog ni..mcm² ada..

saya pun tak tau nak komen apa sb diri sendiri pun byk yg tak betul & kena diperbetulkan..tp pada saya manusia ni mmg suka berkata tentang keburukan org, mencari salah org tanpa menilai diri sendiri tu elok atau tidak..

dan saya suka sgt k.nani kata k.nani suka puji anak sendiri..yelah dah anak kita mestilah kita nak puji anak kita..kita yg lahirkan, kita yg didik & bagi yg terbaik..

ALLAh lebih mengetahui k.nani..

Umimans said...

Pandanglah Islam melalui ajaran dan sunnah Rasulullah, jgn pandang pada apa yg dibuat/diamal oleh penganut/pengikutnya.
Kalau kurang ilmu di dada, lebih baik diam dari memberi komen yg ditakuti menjerumuskan kita ke lembah hina.. wallahualam

Wan Zuraida said...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An Nahl ayat 125)

trm kpd puan krn telah membuka ruang bagi berlangsungnye diskusi ilmu di sini. byk info yg sy dpt utk memperbaiki diri sendiri. smg Allah memeberkati dan merahmati hidup puan sekeluarga. =)

Anonymous said...

salam auntie...
er...tak tau nak pgl auntie ke kakak ke, apa sebab nampak muda n cun sangat...
baru aje melompat ke blog auntie ni. sangat suke.... er... tu je nk ckp...

mama nia said...

salam buat aunty nani..buat pertama kali sy komen di blog aunty..pada pendapat sy.. kita sbg ibu bapa mmg dah memberikn pendidikan yg terbaik tuk anak2..ibu bapa mn yg nk anak mereka terpesong.. org luar biasanye mmg suka menilai tanpa usul periksa..yg penting kita pndi menjaga diri.. mgkin rmi yg x suke bila aunty ckp2 hal gelaran tersebut..tp ada kebenarannya..bkn mksud nk menjatuhkn maruah tp sbg peringatan sesama manusia.. yg baik kita jdkn panduan yg buruk kita jdkn teladan..

the author said...

hai kak nani..hmn, manusia ni tak pernah puas hati dgn orang lain.. ade je yang tak kena kat mata dorang..dorang jela yang baik..hukhukhuk..

Aien said...

Salam kak nani,

Ni first posting saya di blog akak.

Tak semua org faham ape yg dibaca & cepat sangat nak buat penilaian sendiri.Kadang2 masing2 fikir yg pandangannya sajelah yg paling betul...

Yang penting kita tahu ape yg kita buat,selebihnya serahkan saje padaNya..

Teruskan menulis kak..saya suka posting2 akak semua...sgt2 ikhlas

WMf said...

Salam

ini pertama kali saya komen di blog auntie. Isteri saya selalu lawat blog auntie dan juga anak auntie. Berhubung dengan artikel auntie ni, ade perkara yang saya setuju dan ade juga yang saya kurang setuju. Ada soalan saya ingin tujukan pada auntie, anak auntie Hanis pergi ke Jerman dan tinggal di rumah kawan lelaki yang auntie kenal dan percayai. Katakanlah Hanis ingin melancong ke Johor, Kelantan atau mana-mana negeri pun di Malaysia ni dan memandangkan dia tiada saudara-mara atau kenalan ramai kecuali seorang kawan baik lelaki macam Nabil, dia minta izin auntie untuk bermalam di rumah kawan lelaki katakanlah Nabil. Agak-agaknya auntie izinkan tak? Saya rasa salah satu kerisauan auntie mungkin takut kena terjah dek JAIS atau JAIJ, kan? Tambah pula dikelilingi masyarakat jiran-jiran Muslim, lagi la tak elok, kan?
Kat Jerman memang tak perlu risau sebab takde JAIS. Takde sape kisah. Dan sekalipun Nabil memang baik, bagaimana pulak dengan kawan-kawan Nabil yang tinggal serumah? Sedangkan seorang ustaz pun boleh tergugat iman bila ada seorang wanita cantik dan mungkin berpakaian seksi sedikit macam Hanis, apatah lagi orang biasa kan? Kongsi bilik mandi, Nauzubillah. Minta dijauhkan daripada benda-benda tak elok. Saya pun seorang pelajar di Jerman, jadi saya tahu bagaimana kehidupan pelajar kita di sini. Betapa bebasnya pergaulan. Sentuh sana sentuh sini. Buat perkara yang tak mungkin diorang akan buat kat Malaysia sebab kat sini takde orang untuk tegur. Memang ada yang bagus tapi ada je kawan-kawan perempuan yang saya tengok bermalam di rumah kawan lelaki. Itu baru kawan biasa antara lelaki dan perempuan, belum lagi pasangan couple sama-sama belajar kat sini. Alhamdulillah ada diantara mereka yang memilih untuk berkahwin sebab takut terbuat maksiat. Islam dah beritahu, jangan sesekali mendekati zina.
Jadi bila seorang gadia tinggal serumah dengan kawan lelaki, macam-macam boleh berlaku. Mahunye ada orang letak video kamera dalam bilik air, tak ke naya. Itu mungkin contoh yang melalut tapi kadang-kadang kita kena fikirkan yang 'unthinkable'. Auntie boleh kata Hanis budak baik dan saya rasa memang dia baik, tapi orang lain? Jadi sebagai ibu bapa, sepatutnya kita ambil kira tentang semua ini. Saya takkan kisah jika anak saya nak melancong sorang-sorang ke luar negara tapi biarlah tidur di hotel dan bukannya di rumah kawan lelaki. Selesai masalah tak jadi isu. Itu saya. Semua yang baik itu datangnya daripada Allah s.a.w. Yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. Sama-samalah kita renungkan.

Ratuku Nani, Komentar yang kedua dari BintangJauh nun dihujung dunia. Begini ya, setelah membaca kesemua komentar-komentar yang ingin bimbing-membimbingi antara sesama umat disini saya teramatlah terkilan dengan komentar yang "cynic" berunsurkan pemmikiran "pessimist narrowed thinking" mengapa? kerana jika kita ingin kembali kehukum islam yang sebenarnya saya rasa besok-hari semua anak perempuan, wanita berkahwin atau belum berkahwin, besar ke, kecil ke, semuanya kena tinggal didalam rumah, dikuncikan, tidak boleh kenursery, kesekolah, kefaculty, ketempat kerja (office, kilang etc)bershopping-shopping atau kekedai/s-market, kehospital, bawak kereta, naik kenderaan awam bak kata tidak boleh kemana-mana kerana hukum-hukum islam yang mutlak (jika mengikut syari'at islam "memandang" bukan muhrim pun hukumnya haram)jika dilihat dengan system hidup yang modern dan terbuka amatlah sukar diluputkan sekarang kerana telah dipraktikkan dari zaman nenek-moyang lagi kerana ugama telah dicampur-adukkan dengan budaya timur atau budaya adat-resam melayu kita. Jika "arguments" ini dihuraikan dengan mengikut ethika syari'at (ilmu Tauhid, ilmu Akhlak dan ilmu Figh) islam ianya terlalu "complex/complication" kerana bukan tidak sesuai dengan cara hidup untuk menerimanya akan tetapi jika bersungguh membela hukum-hukum islam yang mutlak wajiblah kita menghala kearah Mekah (Saudi Arabia) yakni hukum Syaria'. Adakah anda semua rela/patuh mengembalikan menegak islam yang sebenarnya, boleh! dengan syarat Malaya/umat islam wajib dicuci/disamak. Ya ampun, bukannya tuduh-menuduh, bukan siapa lebih beriman, bukan dia haram aku tak haram akan tetapi islam adalah ugama yang nyata dan jelas dengan seruan Allah SAW terhadap umatnya menuruti ajaran yang lurus dan suci, malangnya banyak yang lupa antara pengertian hukum-hukum (human behavior) ada lima yakni - fard, mustahabb, mubah, makruh dan haraam, jika hukum yang lima ini diputar-belitkan sama seperti gejala ustaz, tok imam (kadhi) dimana ahli ugama yang dipercayai memberi contoh akhlak yang tiada bandingannya menghina/mencemar ugama islam dengan bertopengkan dengan gelaran atau pangkat yang dipegang sebagai ahli ugama, tidak boleh kita mengitirafkan perbuatan binatang itu kerana ustaz dan ulama' juga ada nafsu! mencabol kehormatan yang lemah samalah dengan peragai jahil dan tidak bertauliah dikatakan ulama'kerana sebelum menjadi ulama'wajiblah dia menguasai hukum-hukum syaria'yang mutlak, kalau tidak "disqualified" jangan kata "tuduhan" tersebut memburukkan islam, siapa dulu memburukkan islam hamba lelaki atau hamba perempuan? Wahai saudara-saudari berzikirlah dengan khushuk dan tawadhuk hingga menusuk kedalam kalbu kerana disitulah kita merasa betapa Allah SAW maha Pemurah lagi maha Penyanyang lagi maha Pengampun. Duniawi dan Ukhrawi wajib seiring. Salam manis manis madu.

This comment has been removed by the author.
NaniRostam said...

Salam bintang jauh....

Itulah orang kita...baik-baik belaka.

Salam kasih sayang.

Miszcahye said...

Salam aunty,..

pedulikan apa org nak kata pun...
jnji aunty dah lakukan yg terbaik
manusia mana ada yg sempurna
tp semoga kita semua akn sentiasa
dpt hidayah drp Allah...
hidayah untuk berubah menjadi lebih baik...
insyaAllah...

p/s : suka blog aunty...pengalaman mendewasakan kita...

Aini Aziz said...

hi aunty lawa..hihi..
eh hanis nk sambung oversea k aunty?
best nye..

NaniRostam said...

wmf : disebabkan anda bertanya soalan biar saya jawab.

Kalau sekadar dekat kawasan malaysia memang hanis tak kan ada hati untuk pergi sorang2 dia. bukan kerana jais atau sebagainya.

Masa dia ke sabah, singapura atau mana sahaja dia minta saya menemani.Bahkan dia adalah anak gadis yang tidak suka keluar kecuali dengan keluarga.

Kalau tiket ke german tu dia mampu belikan untuk saya pasti dia akan minta saya temankan. Jangan risau tentang anak saya...saya yakin Allah sentiasa merahmatinya dan melindunginya kerana dia melebihkan ibu bapa lebih dari diri sendiri.

Lihat apa yang dikecapi sekarang kerana Allah sentiasa merahmatinya. Dia seorang gadis baik pasti dikelilingi oleh lelaki yang baik-baik insyallah.Dan saya perasan walau dimana Hanis berada tak kira jantina Hanis sentiasa dihormati.

Itulah di rumah nabil pun...dia orang saling menghormati. Apatah lagi tetamu yang datang dari Malaysia. Dia orang sambut Hanis sebagai tetamu dari malaysia dengan rasa yang amat gembira kerana bila dinegeri orang kita rindu kehadiran kawan-kawan dari tanah air.

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

Aunty pembetulan sedikit.Nabil sewa rumah dengan seorang kawan lelaki.Yang diajak menemani hanis tu senior perempuan dan dia duduk berasingan.Betul kata aunty.Kitorang di jerman ni kekurangan orang Malaysia..Kalau dapat berjumpa dengan orang Malaysia kat sini mmg happy sangat dan sangat2 dialukan.Mungkin ada yang mengamalkan pergaulan bebas di sini..tetapi kita tidak boleh stereotypekan pelajar oversea sebegitu.Alhamdullillah nabil masih mengekalkan adat dan perdirian sendiri.Ajaran ibubapa juga x pernah dilupakan.Harap xde sangkaan buruk terhadap nabil.

NaniRostam said...

Salam. Nabil...tulah Hanis ada cakap dia ditemani seorang perempuan ketika menginap di rumah Nabil. Aunty ingat senior perempuan menyewa di situ. Rupanya sebagai menemani Hanis.

Alhamdulillah Nabil yang arrange begitu supaya Hanis rasa agak selesa. Rasanya dikalangan kawan-kawan, rumah nabil paling selesa sebab ada dua bilik. Dan kalau tak silap agaknya Nabil tidak menumpangkan Hanis dirumah rakan perempuan yang lain kerana rumah diaorang sangat sempit.

Yang penting kita tahu diri kita. Aunty tahu Nabil baik dan bijak. Jaga diri dan buat yang terbaik. Berbaloi JPA sponsor scholarship.

cik_intan said...

Salam auntie :)
Hanis zalikha is somebody. Her attitude always heart me lebih2 lagi on how she manage & control her life...sy suke sgt bile baca kisah dia dan auntie skeluarga..Ari tu mmg cm nyesal sgt x dpt dtg umh auntie tapii bile dpt ckp ngan hanis by phone..ase phewww snok sgt, n die ltih2 tu sempat layan & cool kan kite supaya jgn isau boleh dtg lgi raye nanti..hehee She"s really the nice & humble person ever :) 

NANI SHAHABUDIN said...

yang korang bersyarah berjela-jela dgn kak nani ni kenapa? kak nani tu dah besar lah...dia taulah segala hukum hakam tu semua!

sikit sikit sentuh hal tudung. semua orang tau la yang tutup aurat tu wajib! aku nak tanya..korang pakai tudung ni, tutup dada ke tak? pakai sarung kaki ke tak? pegi kedai takat sarung tudung indon dgn t-shirt lengan pendek (tu mmg style korang la tu). kalau takat tutup rambut dgn tudung bawal yang jarang nampak tengkuk tu, pastu sapu lipstik merah menyala, korang ingat dah cukup baik?

nak berdakwah bukan dengan kondem orang mcm ni. berdakwah itu halus. tu la korang mana tau.
makcik, u all tau ke anak u all tengah buat apa sekarang ni? dok sebok hal anak orang.

Nak nasihat konon. betul ke niat tu nak nasihat?

Bintangjauh said...

Puan Anne, komentar cukup bagus (straight-forward opinion without ambiguity) inilah masaalahnya kebanyakkan mereka memberi komentar berat sebelah, saya setuju dari menutup aurat secara style semi-tutup baik jangan bertudung kerana itu dinamakan mengejek dan mempersendakan ugama. Islam bukannya sebuah ugama alang-alang atau setakat tapi ianya adalah satu ugama yang selengkap-lengkapnya buat umatnya kejalan yang lurus lagi suci. Mana satu: yang bertudung+menutup jahat atau yang tidak bertudung+dijaga baik imannya, kesudahannya "issue" - dia haram aku tak haram jika di-debatekan nanti menjela panjangnya kerana masih banyak yang berfikiran berat-sebelah. Jadinya titik noktah..... Salam manis manis madu. note: Komentar saya tak pernah seciput/pendek, kerana bak kata "justice delayed is justice denied" jadi kena dihuraikan dengan "perceptive+truthful".

Browacana said...

Ops...komen sume panjang-panjang je kat sini ek.... Saye cume nk komen..Semoga Hanis selamat dalam perjalanannya..amin..:)

WMf said...

Saya minta maaf jika komen saya sebelum ini menyinggung perasaan sesiapa. Tiada niat untuk saya menuduh sesiapa. Apa yang saya ingin sampaikan, walau di mana jua berada, di Jerman, Johor, Mesir atau di mana sahaja, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh tinggal serumah. 1 perempuan, 3 orang lelaki tak boleh. 2 perempuan, 2 lelaki tetap tak boleh. Dah memang hukum Allah, bukan pandangan peribadi saya. Auntie ramai pengikut dan ramai yang suka ikuti blog auntie, jadi bila auntie cerita yang auntie tak kisah pasal Hanis di Jerman (memang hak auntie sebab dia anak auntie), dirisaui sedikit sebanyak akan mempengaruhi orang lain untuk jadi tidak kisah dengan hukum ini. Kita tidak mahulah secara tidak langsung terlibat dalam memperlekehkan hukum Allah. Saya harap dengan ini, orang tak salah faham dengan komen saya sebelum ini. Saya doakan kesejahteraan auntie sekeluarga. Sekian, wassalam... =)

NaniRostam said...

wmf :

Salam.Buat pengetahuan wmf...Hanis tidak pernah jejak kaki ke rumah lelaki. Dia tidak pernah tinggal serumah dengan lelaki.

Bahkan untuk bertemuny di rumah saya pun amat sukar. Hanis tidak mudah ditemui oleh sebarang lelaki kecuali sahabat-sahabat karibnya yang selalu menemuinya beramai-ramai di kedai kopi.

Saya berfikir sebagai ibu bapa yang waras. Melepaskan Hanis ke luar negara eropah yang dia tidak tahu bahasa mereka dan menginap di hotel keseorangan bukanlah tindakan yang.

Saya ibu yang sentiasa memikirkan keselamatan anak-anak saya.Sebab itu saya percaya menginap di rumah nabil lebih selamat. Kawan-kawan nabil yang lain hanya datang untuk meraikan kedatangan Hanis. Anak saya tidak pernah dua berduaan-duaan di rumah seorang bukan muhrim. Dengan Nabil pun ditemani dua rakan perempuan.

Saya faham anak saya ramai peminat. Tetapi saya tahu mereka mengkagumi Hanis kerana Hanis berkarisma, bijak, berprinsip dan pandai jaga diri. Yang penting saya harap Hanis jadi idola semua bahawa tiada seks sebelum berkahwin dan jaga 'kegadisan untuk suami yang halal'.

Itu lebih penting dari pandai berkata-kata tapi tak serupa bikin.

SURIA AMANDA said...

hanis bercuti ke mana ni kak...mcm best jer..x kan dia pi sorang kot..

NANI SHAHABUDIN said...

kalau nak cakap pasal hukum Allah, banyak lagi benda yang WMF atau kita semua ni buat adalah salah dan kita semua pun tau, tapi kita buat jugak. salah satunya yang terlintas di kepala saya sekarang ialah muzik. muzik tu haram. u all mesti dengar muzik kan. kalau u all ada anak..u let them listen to music, right? berdosa tu. wanita pakai wangi wangian di luar rumah pun berdosa juga. bergaul bebas lelaki dan perempuan. tak payah nak nanti tinggal serumah, berjumpa pun dah berdosa.
point saya ialah, kenapa nak bahaskan isu Hanis tinggal rumah kawan lelaki dia? sedangkan kebanyakan kita ni tak terlepas dari dosa-dosa kecil. yang penting kita jangan melampaui batas sehingga terlalu jauh terpesong.

NaniRostam said...

Anne : Salam. Itulah yang penting kita tahu dosa pahala. Kita manusia biasa tak sempurna. Bukan malaikat.

Sebagai manusia biasa apa yang penting dosa-dosa yang keterlaluan memang kita elak. Tak bersolat, tak berpuasa, zina, membunuh, minum arak, menipu, merompak, merasuah, makan riba, harta anak yatim, jumpa bomoh (syirik), melawan ibu bapa, menyakiti jiran, berhasad dengki, menganiaya orang, bersaksi palsu, meniftnah, mengumpat, pecah amanah, mendera, memakan harta anak yatim, mencuri, menyeleweng,mengabaikan tanggungjawab terhadap anak isteri, memburuk-burukkan orang lain. Mengaibkan orang lain.

Selagi kita berpegang pada ini..insyallah tidaklah kita sampai tersasar.

NaniRostam said...

SURIA AMANDA : Salam. Hanis pergi ke german. Dapat tiket free...MAS sponsor untuk dia seorang.

Dari bulan sept sampai ke disember...dia terlalu sibuk...memang tak dapat pergi. Tiket dah nak expired...so dia teringat ada kawan kat german tu yang dia tuju ke german.

Kalau saja-saja tak da nyer dia nak melilau seorang diri ke sana. Nak kemanapun dia nak akak ada. Masa ke sabah hari tu...sampai-sampai di sabah untuk pesta filem malaysia...merayu-rayu dia suruh akak turut dia ke kota kinabalu. Sampai berhabislah akak dekat seribu bayar air asia tiket untuk temankan dia....

anwar777 said...

Panas! Panas! Terpanggil pulak saya untuk komen lagi. Apa yang setakat ni saya baca dari komen-komen semua ada benarnya. Tapi nak kongsi benda yang saya tahu yang timbul bila baca komen pembaca bernama Anne yang terus menjatuhkan hukum muzik itu haram. Sila tonton video ni ye http://www.youtube.com/watch?v=qpaDU7rfGPE&feature=related . Wallahualam.
Saya dah masak dengan debat internet ni, so kalau rasa nak tegur, tegur je. No hal.

Nani Shahabudin said...

anwar: saya ingat bila saya kata muzik, tak payahla saya nak elaborate muzik jenis apa yang boleh, apa yang tak boleh sbb saya malas nak taip panjang-panjang. bila saya tgk youtube tu pun...uztaz tersebut ada cakap juga bila sesuatu muzik tu akan jadi haram. lagipun tau tau sendiri lah muzik jenis apa yang kita selalu dengar.
saya pun tak kata menyanyi haram. tapi suara wanita tu aurat kan? so akan jadi haram juga bila menyanyi depan lelaki dan lelaki pun haram mendengarnya. itu apa yang saya belajar kat sekolah la.
ish..seganla pulak dok kacau daun kat blog kak nani. sori ye kak nani.

lily lotus said...

anak borek mak rintik :)

Lola said...

Cukuplah setakat menegur dengan baik, tak usah menyindir. Kak Nani mmg dah tau yg Hanis buat dosa tak tutup aurat dan duduk serumah dgn bukan muhrim. In fact, kak nani sendiri mendoakan semoga Hanis akan berubah menjadi muslimah yang terbaik di masa hadapan. InsyaAllah. Cukup lah tu, tak usah kita nak mengajar kak nani lebih2. Yang penting kak nani tau bahawa hanis mempunyai personality dan keimanan yang kuat. What we dont see, tak payah nak speculate whether it happen or not.

Sebagai org Islam, kita ambil iktibar drpd semua cerita ini dan bandingkan dgn diri kita sendiri. Kalau kita boleh berfikir utk diri sendiri, sudah tentu kita bole fikir mana satu yg patut kita ikut dan mana satu yg tak perlu ikut.

kak nani, saya doakan kesejahteraan hidup keluarga kak nani, terutamanya Hanis (sbb dia yg lebih public figure). Semoga hanis sentiasa dilindungi dan takkan terpengaruh dgn benda2 jahat.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

biasa la kak mulut org...ckp ikut sedap mulut la...
wow sapa tak teruja nk ikut klu dah dok kat airpot bagai..hehehhehehe..

nas said...

Heran la dgn dunia skrg ada saja nk cari salah org..Dan yg paling best bila cari salah org pandai lak cakap bab2 agama ni tapi sbnrnya meraka juga lebih sengal n haram x tahu sgt bab2 ilmu agama islam..x salah kita nk bkwn dgn lelaki jika kita tahu mjaga tatasusilanya...dlm segala hal pun yg penting kita tahu mjaga diri dah cukup memadai..Bab hamba allah yg mgutuk hanis gi umah nabil tu, lebih baik korang diam sbb aku tahu korang mesti x pernah study kat luar negara n x tahu khidupan disana..nak terang pun pjg lebar pulak nnt mbebel tp manusia yg suka mgutuk org ni sbnrnya x guna kita explain sbb mereka ni mmg sengal pun dh buta hati dlm kbenaran..Apapun buat adik abg nas si HANIS x pyh layan dgn manusia mcm diorg yg sengal ni..A.Nas tahu nabil mmg Kawan baik hanis FOREVER N EVER lah..Abg nas follow blog nabil dh hampir 2thn lbh..so mmg tahu korang best frenz..Pd my mum nani hope sabar n nas tahu adik2 nas tu semua adalah anak2 yg tbaik n tahu mjaga maruah family..Allah lebih mgetahui segalanya...Pada yg kutuk if tak puas hati boleh mesej sy balik sy sedia mjawab soalan sengal n biul korang...

az-Zahra said...

Assalamua'laikum....

"iblis berkata:"wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan menjadikan mereka (keturunan Adam) memandang baik segala jenis perbuatan maksiat dimuka bumi dan pasti aku menyesatkan mereka semuanya.. Kecuali hamba2Mu yg terpilih diantara mereka"
(Al-Hijr: 39-40)

"Dan sungguh, mereka (setan-setan)benar-benar menghalang-halangi manusia dari jalan yg benar, sedang mereka (manusia) menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk" (Az-Zukhruf : 37)

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk dihayati maknanya...

Tersentak dan sedih bila ada mereka yang nak memnyatakan dan mempersoalkan hukum-hukum Allah. tetapi tidak mempunyai ilmu yang dalam tentangnya....

Bagi saya org yang menegur nie bukan lah kerana adanya hasad dengki mahupun ingin mngutuk... Tetapi kerana adanya rasa kasih syg sesama Islam dia kuat kan diri untuk menegur atau memberikan nasihat... Manusiakan mudah lupa.. Lagipun, adalah kewajipan kita umat Islam untuk saling tegur menegur mana yg salah dan slg nasihat menasihati...kerana semuanya akan dipersoal oleh Allah, di akhirat kelak...

Wallahua'lam

NaniRostam said...

Assalamualaikum,

Janganlah panjang-panjangkan lagi perdebatan di blog saya ini berkenaan soal hukum hakam, soal halal haram, soal menjadi tanggungjawab kita menegur sesama muslim.

Saya faham memberi pandangan agama dengan menulis atau copy paste di internet ini memang mudah lalu kita rasa tertunailah tanggungjawab kita terhadap muslim yang lain.Berdebat di internet tentang hukum hakam memang perkara biasa sebagai ingin mengatakan dia ada terjumpa atau terbaca atau mempelajari ilmu-ilmu agama ini.

Tetapi malangnya ia bukan begitu kerana kalau betul niat mahu menegur kesilapan atau hukum hakam agama mengapa apabila ada orang yang mengatakan di sini bahawa muzik tidak haram tiada seorang pun mahu memperkatakan tentangnya.

Jadi faham-faham sahajalah ya apa niat orang yang pandai menulis hukum hakam itu berlegar di blog saya.

Alinkiwi said...

aunty...anak aunty cantik...i like...hehehe...aunty pon looks young...

http://letsmakeover2u.blogspot.com/

SUSU said...

Saya setuju bila kak Nanie kata, "silapnya orang kita selalu menilai bahawa seseorang yang dipanggil uztaz tak akan buat maksiat sedangkan orang yang nampak secara luarannya tidak memakai tudung, berambut perang, nampak outstanding itu yang dianggap tidak baik, tidak kuat iman, tidak berpendirian teguh tidak kenal dosa pahala".

nadiah ahmad ahpuat said...

salam aunty ~~
ta kesa la entry neyh da lame ke tidak.tp nk komen jugak.heee.
sy sokong ckp aunty tuh.ta semesti nye org yg ta pkai tudung tuh jahat.dan x semua yg pkai tudung tuh baek.bile saye bc entry aunty neyh,rs sgt bsyukur,sbb maseh ade jgk org like u aunty.n sy jgk sgt btrima kaeh sbb aunty mnyedarkan saya."x semua org yg outstanding itu jahat,n x semua yg alim itu baik"

tenkiu coz make diz entry.love 2 read dis :D

Unknown said...

Agak panas juga entry ni kak.Apa2 pon perjalanan saya sendri masih jauh untuk menilai semua ni, harta yang dikurniakan (anak) sendri yg perlu dijaga berbanding org lain. Saya berdoa kak Nani dan keluarga tabah serta diberkati Allah selalu. Amin. Allah suka kita mendoakan yang terbaik sesama kita kan?

Unknown said...

salam aunty,
mcm tulah.....
aunty-susah sangat nak pandang kbaikan orang

orng bkenaan-pun sama,susah sangat nak pandang kbaikan orang

ahenya kta sbnrnya sama saja...suka buat pbndingan...sya dulu pn trasa lectrr kata kita berusaha untuk beritahu betapa baiknya kta wlpun xtutup aurat,sedangkan caranya mudah-tutup aurat..bila saya fikir2kan apa dia ckp btul..hanya itu caranya.....dan kdg2 dlm situasi trtentu kita tidak spenuhnya berada dlm keadaan yg kta mahu dan org lain mahu.....sbb bukan semua org mahu cuba memahami..spt kak nani..nasib baik manusia dkurnakan akal-Allahu Akbar
tp kta kena ingat juga,kita jgn trlalu bbgga dengan apa yg kita tahu....pdahal pgthuan itu luas..
contohnya baik pada mata Aisah lain,baik pada mata Ahmad juga mungkin lain....Allah Maha Mengetahui...semoga Allah mengekalkal hidayah dan mnmbhkan lagi hidayah itu bserta kbahagian dan kampuanan.begitu juga untuk kita semua,hanya Hamba yg Kerdil di sisiNya.(doa sesama kita)Ampuni Kami Ya Allah dan Bantulah Kami Menuju JalanMu,kerana Jalan Kami smkn Kabur..Amin=)

ini cik ita said...

'sedangkan orang yang nampak secara luarannya tidak memakai tudung, berambut perang, nampak outstanding itu yang dianggap tidak baik, tidak kuat iman, tidak berpendirian teguh tidak kenal dosa pahala' ~ like your staemnt......tak tau nak kata apa da..:)
ohhh....haniz yg lawa tu anak akk rupanya....sya ni new blogger....bru la 4 5 hri kot mem belog ni....terjmpa blog haniz...ermmm..cantik spt ibunyer...