Wednesday, January 19, 2011

Pokok Pandan Jauh Ke Tengah

Marilah pokcik mokcik...jangan banyak cakap, mari kita belajar menanam pokok. Saya ni part-part pokok pokokan..bunga-bungaan memang kecintaan saya. Almaklumlah anak orang kampung. Hidup dikelilingi pokok-pokokan belaka. Lagipun jangan ingat bahasa sahaja perlu berbunga-bunga laman pun perlu bunga-bungaan ya. Barulah hidup ini indah warna warni sama macam laman kita. Banyak pokok bunga baru sedap mata memandang keindahan ciptaan tuhan dapat menerapi minda supaya pandang hidup ni lebih positif. Jangan buang masa bercakap sahaja. Lepas solat asar nanti ambek cangkul tanam pokok.

Saya ni suka keseimbangan. Bukan setakat nak yang cantik sahaja tetapi nak juga yang berguna, boleh makan, boleh pakai. Orang kata hidup ni kena belen. Itu sebab saya tanam pokok-pokokan, herba-herbaan yang memudahkan saya memasak tanpa perlu kering lama dalam peti sejuk.

Cumanya saya ni tak berapa ada masa nak betul-betul menjaga laman dan tanaman saya ni. Maklumlah jaga dua anak orang yang masih kecil, jaga makan pakai anak sendiri, jaga makan pakai suami, jaga rumahtangga sendiri, buat kek, berniaga kek, berniaga collagen makanya...alhamdulillah tiada masa bukan alasan ya.....hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kudrat kita Allah bagi untuk digunakan benda yang mendatangkan hasil...bukan duduk mengata, merempit...bergossip.




Ini adalah pokok daun turi. Tinggi macam tuan dia.
Daun turi ini sedap giler macam lemak campur udang atau ikan bilis. Sangat bagus untuk membanyak susu ibu. Sesiapa yang ada masalah kekurangan susu bolehlah tanam pokok ni dan petik pucuk dia...makan seisi keluarga.

Jambu air ni yang merah dan panjang tu...kalau dah ranum...makan cicah dengan kicap pon sodap.

Beberapa pokok tomato yang saya tanam. Senang tumbuh dan berbuah.



Belen-belen beli dari kedai tu...cucuk pun hidup.


Belen-belen beli tak habis cucuk pun hidup.

Pokok daun manis...agak2 kehabisan gula...time tetamu datang rendam dengan teh pun boleh.memang manis.

Daun ketumbar indonesia.

Daun kemangi.

Lemon.
Limau Purut.
Daun peppermint.

Pokok belimbing buloh...masih kontot ya...tunggulah dah berbuah nanti...aku gulai ko

Cili padi pedas berapi.
Limau Kasturi

Serai yang tak berapa sempat nak membiak...asyik masuk dalam peroyok tomyam
Pokok kunyit
Pokok pandan jauh ketengah.

Pokok cili merah

Pokok longan

Hmmmm
hermmmmmm.....
pokok pegaga

pokok anak suri.penuh duri


bunga mawar
bunga raya


kobis air


pokok selasih



pokok basil.







































57 comments:

Sheherazade said...

salam pn nani

seronoknya ade farm ville

adarnadzmie said...

kak nani ni rajin tol... tak yah ke pasar dah... semua ada...

Anonymous said...

salam..aunty,pokok daun manis tu senang tak nak dapat.? kalo kat kedai nama dia pokok daun manis gak eh..nak tanamlah..hehe :p
ha lg satu pokok kubis air tu sjenis sayur jugak ke.?

Puan Eka said...

peh auntie....bsnyer sume pokok ade.geram tgk buah longan + lemon tu......

Yuyu Zulaikha said...

wahhh.. boleh geng ngan mak yuyu la ni.. bab pokok number satu.. asal tanam je, idop dengan segar nye.. heheh

IamAin said...

banyaknye hasil tanaman!!!
rajinnya aunty

Papa, Mama & Azra said...

Hebat!!! Paling kagum tengok pokok longan tu.

Unknown said...

suke daun turi msk lomak makan ngan ikan kering wuuuuu

eLL said...

Bestnye. banyak herba/ulam/buah/bunga dan flora yang lain. saya sukeee

MeM nak kurus said...

macam kebun la aunty..senang petik kat rumah jer...lemon pon hidup subur...;)

Anonymous said...

pokok anak suri ada anak kucing...

Cik Puan Nurul said...

comel kucen tuh numpang tido lam pasu.pokok kemangi tu selalu penah dengar tp tuk wat masakan ke kak.wahh buah longannnn ..dappp

{ finieViolet} said...

bestnya!! tangan akak ni sejuk la..pokok serasi je nak tumbuh..

afni+hafiz=dani said...

salam auntie.

cite pasal daun turi, tringat dkat mentua.dia suka sgt mkn daun turi..so bila ada peluang blk kampung dkat JB, sure beli byk2..dlm ati nk tanam di laman rumah kat kelantan..tapi da 5 tahun die ulang benda yang sama, dan sampai sekarang daun turi mesti mati bila cuba tanam kat laman rumah..

nurkass said...

tweetttttt....
siapakah makhluk yang menumpangkan dirinya dlm pokok duri tu?????
hahaha

Anonymous said...

bunga orkid tak masuk periuk ke? lol

tricksrex said...

wahhh auntie tanam sume jadi
mak saya tanam sume tak penah jadi hehe

aizeepesona said...

adoooiii barulah tenang jiwa mak tengok pokok2 ngan bunga-bungaan tuu..berserabot dengan "forum" sebelum nih...

pelik ar camne kucing akak tu boleh dok dalam pasu yang ada pokok yg berduri? dashyat tuu..

oooo..dah tahu dahh..patutlah hidangan akak slalu hias ngan tomato ..rupenya raba jer belakang gumah..kahkahh

Balqis said...

Segar bugar tumbuh-tumbuhan k.nani.. tips please..sbb kalau saya yang tanam pokok selalunya hidup segan mati x mahu. even pokok pandan pun ssh nak hidup. kenapa tu? tgn x sejuk ke..tgn x panas...hehhee.

Tuan Din said...

yang hitam dalam pasu tu 'pokok' apa?

Admin said...

hye,
entry ke-2 di teratak nanirostam
bersungguh benor memenuhi laman rumah
betoi2 berdarah jawa
pantang kelihatan kawasan rumah yg kosong, hehehe

payah jd selebriti mkck
serba serbi diperhati
teguran dr segala hala tanpa bralas sehingga lupa jati diri
tp yg menariknya...terkadang yg menegur alpa pd keadaan diri
oleh itu lg srnk jd silent reader.. haha

silent reader


"Kalau Melayu..Memang Melayu" - Ahli Fikir

Kita menari ke luar bilik
Sembarang tari hai kita tarikan
Kita menyanyi adik beradik
Sembarang nyanyi hai kita nyanyikan...

Chorus:

Kalau Melayu dia seloka
Kalau Melayu dia bermadah
Kalau Melayu manis bicara
Kalau Melayu halus bahasa

Mulut kamu harimau kamu
Tendang batu kepala kamu
Kena-kena bagai santan bergula
Kalau tak kena akan pukul kepala

BERHATI-HATI BILA BERKATA
NILAINYA DIRI DI HUJUNG LIDAH
SEBAB PULUT SANTAN BINASA
KERANA MULUT BADAN BINASA

Melukis seri bahasa kita
Menegur tak menyinggung
Menyindir santan berlada
Lemak pun lemak
Pedas terasa
Di dalam marah
Madah seloka itulah cara orang kita

IKUT CAKAP ORANG DULU
SUSUN-SUSUN SATU-SATU
BILA BICARA
FIKIR DAHULU

Menepis dia senyum dan silu
Tegur dia tegur berlagu
Kerana ikut tempat dan waktu
Marah dia seloka lucu
Kata hempedu menjadi madu

Chorus:

Kalau Melayu dia seloka
Kalau Melayu dia bermadah
Kalau Melayu manis bicara
Kalau Melayu halus bahasa

Apa gilakah nusaku ini
Dahulu banjir kini kemarau
Apa celanya bahasaku ini
Dahulu terpinggir kini terhalau

Kalau kucing dia berdengkur
Kalau anjing dia menyalak
Kalau ular dia berkecur
Kalau itik dia mengakak
Kalau guruh dia berdentum
Kalau badai dia menderu
Kalau daun dia berdesir
Kalau bayu dia mendayu

Chorus:

Memang Melayu dia seloka
Memang Melayu dia bermadah
Memang Melayu manis bicara
Memang Melayu baik bahasa

Menikam cara berpantun
Meninggi tidak menyombong
Ayun beralun indah terhimpun
Kurang ajarnya pun tetap bersantun...

Kalau Melayu dia seloka
Kalau Melayu dia bermadah
Kalau Melayu manis bicara
Kalau Melayu halus bahasa

Buah cempedak di luar pagar
Ambillah galah hai tolong jolokkan
Kamilah budak baru belajar
Kalaulah salah hai tolong tunjukkan..

Misz-ella said...

next trip tak nak dduk dlm rumah. nak duduk luar mnghayati pokok2 je. boleh kan kak? hihi ..

Tuan Din said...

samalah kita auntie.. tapi saya tanam dalam pasu jer...
Serai, cili api, pandan, kunyit, limau purut, limau kasturi, daun sup, Cekor & kucai... yang senang2 hidup & yg banyak guna...

marina anakcikbob said...

kata org, nak menanam pon tgk org juge..
kalo sy tanam sungguh xkan hidup..
mak kata sebab saya darah panas..
tehee..

beberapa taun lepas penah amek daun turi kat pokok tepi jalan kat damansara..
kesian kan.. hehe..

Khamiza-Khalisha said...

Salam, Wah cik Nani, banyaknya tanam pokok-pokok, tapi bagus sebab pokok-pokok yang d tanam banyak yng boleh diguna time masak kan..Cik nani tanam banyak jadi orang cakap tngan sejuk ehhh..

ummi_imani said...

akak ada jual collagen?colagen apa kak? ok ke? cantik pokok2 akak. mak saya kata kalo org cam akak nih tangan sejuk..cam mak saya.. mak saya fav dia orkid. tetiap pagi dia akan sembang ngan orkid dia. dia kata pokok2 nih dgr kalau kita ckp dgn dia, pujuk dia bunga cepat2, pastu puji2 dia biar kalo berbunga lama sikit kembangnya..

GadizGula said...

byk nyer aunty nani tanam... mesti mak kami suka giler kalau tgk pokok2 tu sbb hobi mak pon tanam pokok..

kita paling teruja kalau dpt tanam pokok lemon tu senang nak wat air atau campur dlm cheesecake batter... ;D

A.s.t.i.n.a said...

Tangan sejuk ni Madame Nani.. semua jadi... untung tau..

Tyha said...

Tuhan bagi anugerah tangn emas kat Puan Nani....semua yang dibela menjadi,masak pon menjadi...rezeki yang sangat berharga tu...;)

Suka menanam...tapi umah x bertanah...x dapat banyak cahaya matahari...tanam bunga rose sepokok pon x lama hidupnyaa...;)

Fie said...

banyak pokok, mesti nyaman jer kan rumah aunty...:)

aNIe said...

Nani...dulu akak pun banyak menanam...ntah kenapa bila kucing suka bebenor berak dlm pasu tanaman akak...terus jadi malas...geram...

Bintangjauh said...

Ratuku Nani, aduh waduh bijaknya menyejukkan temperatue jiwa dan raga yang agak naik tadi. Tenang dan aman bila Ratna menatapi photo-photo hasilan tanaman untuk keperluan dapur juga bunga-bungaan untuk mengindahkan mata-hati + mata memandang dan sekitaran taman-rumah, aman damai nak berasap pun terus terencat. Alang tu, Nani begitu prihatin sungguh hingga kebotanika menjadi semua. Yang Ratna amat terpegun ialah pokok longan, ya ampun boleh main petik-petik dari living-room lagi. Salam manis manis madu.

Rosliza Roslan said...

auntie nani,lau sy tggal dekat ngan auntie mmg sy sruh auntie ajar sy buat farmville..heee
anyway sgt cntikkkk..terbaikk punya!

cikMangga said...

kagum!!lemon oh lemon..mana nak cari benih?selalu beli di tesco aje.kagum la dgn tanaman kak nani hehe..kak komen ni takyah haplod ye..saya ni peminat akak dan silent reader..hari2 mesti singgah..mwah.saya selalu ke usj 11.harap satu hari dapat jumpa face to face dgn kak nani yang adorable nehh..mwahh!! all the best kak!

p/s:takyah haplod eh..saya tetap mengagumi akak wlp dlm diam..

teacher anis said...

wahhh..banyaknye..mesti syokkk kan

mingming said...

bestnye aunty...

saya ni berkebun kat fb aje lah :)

cik suka senyum said...

fuyyoooo aunty...........kagum saye tengok macam2 pokok adee...........longan pun tumbuh? cili pon segar...............macam2 pokok adeee...


ape petua aunty buat sampai semua pokok tu boleh hidup n tumbuh segar camtu ek??aunty guna baja ape tu?

cik suka senyum said...

eh ada jugak pokok bunga manis....fist time kot dengar..


bestnyee dapat guna daun die ganti gula...macam x caye je daun die manis...hehehe...sungguh menakjubkan!!

picairin said...

sangat besh...nak masak gi petik kat halaman rumah... terimbau suasana kampung...bestnya... mau rajin2 berkebun jugak lar...=)

anwar777 said...

Buah yang 'hermmmm' tu buah apa ek? Buah cenderai ke? Ejaan tu pun saya tak tahu betul ke tak.

uji6june said...

Salam Nani ..

vah!!! sonot aku tengok pokok-pokokan yang ditanam itu.. bak kata Ratna, cam tak caya ye buah longan leh tumbuh subur.. Alhamdulillah ..

tapi, ko ngan Ratna beruntung sebab umah korang ada tanah lapang, cam umah aku, tanah sekangkang semut jerk .. Ratna lagi best, 4 ekar tanah bakang umah dia .. hmmmm .. kalo ada rezeki, nanti kita pi serang Peranchis nak? ekekeke ..

.

baizurah abdullah said...

aunty seronok tgk pokok2 tu..saya duduk apartment tapi nak cuba juga tanam pokok2 herba ni..harap2 menjadilaa mcm aunty punya :D

putribongsu said...

Saya sungguh kagum!!
Lemon tu paling kagum...wahhhhhhh

Browacana said...

Wah... banyaknya pokok-pokok... Nak pegaga tu...buat ulam..:)

anwar777 said...

OHHHHHHHH Gajah depan mata tak nampak! Pokok longan ropenye....buah penah le tengok, pokok tak penah. Tu yang konpius sikit tu...

Raden said...

oooo! br saye taw..tnm pokok ank suri leh pat ank kucing

Aidah said...

sukanya... aunty ada kebun sayur sendiri - hebatlah aunty. senang kan, mudah kerja masak-masak aunty hari2. sayangnya rumah saya tak berapa nak ada kawasan untuk bercucuk tanam.. =)

nas said...

Rajinnya my mum nani ni. tapi bgs bila tanam ulam2 kat bandar ni save sikit klu tak semua nk kena beli..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

wowww...paling suka tengok pokok2 :)) rajin betul nani...syabas !

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

seronok ye bercucuk tanam...bila la die nk rajin mcm akak...

zey said...

pokok daun turi?
ok, 1st time dengar,

Unknown said...

Sedap mkn turi lemak ni weih.. tp payah nak cari kat kedai or pasar mlm... karang rembat pokok2 kat tepi jalan kang, salah pokok plak...rupa mcm nak sama jer...

SUSU said...

Kak nanie, lain kali comment tak membina tu, tak payah buatkan dia entry khas. nanti dia naik lemak. Sok-sok, dia komen lagi. Biaq pi lah mereka nak prasangka. Kak nanie hidup jugak. Kalau saya, saya memang suka tengok orang berjaya. Tak tahulah mereka.

Kaseh said...

saya suka pokok anak suri..sebab ada meow hitam comel dalam tuh hehehe

Mummy said...

bestnya dpt bercucuk tanam...cam kt kg plak...rajin akak...

rossarazak said...

salam...
wow.. hobi kita sama....
praktikal je tak sama....
lain kali boleh masukkan gambar lanskap edible garden u ni... nak nengok dari pandangan atas lak... kalau sudi laaa.. :)

ini cik ita said...

punyai hobi yg sama....tp sayang...1thn kebelakangan ni kurang beri perhatian pd tamanku(tmn pasuku..hehe) yg bestnye jiran jeles wlau busy giler..pnah tak bersiram tp tak mati...hehe....''jagalah campuran tanahnya kak'' jiranku masih bingung...hehe