Siapa kata dalam hati kita penuh dengan ketulusan. Siapa kata ramai diantara kita sanggup mengorbankan kebahagiaan hati sendiri.Siapa kata mahu membahagiakan hati sendiri perlu memikirkan hati-hati yang lain.
Untung badankan bila kebahagiaan hidup itu datang bagai arus deras melimpah-limpah membanjiri hati. Tak perlu berasak-asak, bertolak tolak untuk menggapaikannya.
Namun selalunya tidak semudah yang dicita. Adakalanya arus perlu ditongkah untuk mencapai impian hati,
Kita boleh membentuk jati diri. Menggarap prinsip seteguhnya. Namun perjalanan yang panjang itu pasti ada liku-liku yang tak mampu kita tafsiri.
Hari ini kita berpegang janji pada diri. Kononnya tidak mahu menyakiti hati orang lain. Tak ingin berkompromi tentang berkongsi kasih, berpaling kasih. Tetapi esok lusa lain ceritanya. Segala prinsip yang digenggam mudah benar terlepas jatuh terhempas. Segala ego tercalar balar.
Tiba-tiba mengapa yang lain bukan lagi penting. Hati dan jiwa raga orang sekeliling nyah dipersetankan. Hati sendiri lebih penting. Perasaan sendiri lebih utama.
Kerana itulah kebahagiaan yang harus di kejar. Benarlah rupanya untuk mencapai impian dan kebahagiaan hati kita harus tidak memikirkan siapa-siapa yang lain. Kita harus jadi manusia yang mementingkan diri sendiri.
Kalau selama ini selalu berkata aku tak ingin ada hubungan dengan suami orang. Tup-tup hari esok termeterai akad sebagai isteri kedua.
Bagaimana kita menangani soal hati terpulang pada pertimbangan kita tentang orang-orang disekeliling. Adakalanya hubungan yang tidak direstui ibu bapa misalnya harus kita lupakan kerana kita tidak mahu mementingkan diri sendiri. Tak tergamak melukai hati orang-orang menyayangi kita walaupun hati sendiri hampa terluka.
Memang sukar untuk tidak mementingkan hati dan perasaan sendiri.Lalui itu semua jika perlu. Hati kita, jiwa kita adalah hidup kita.
Namun banyak hati yang perlu dijaga. Banyak kali hidup ini memaksa kita membuat pilihan. Samada memilih untuk fikirkan orang-orang lain yang kita sayangi atau memilih untuk membahagiakan hati sendiri.
Usahakan dan yang selebih biar Allah s.w.t yang menentukan.
Kalau berani berumah ditepi pantai, pasti sanggup sanggup dibawa ombak ketengah lautan. Esok-esok kalau terdampar di pantai lain...jangan dipandang masa silam kerana itulah kehidupan yang telah kita pilih.
26 comments:
susah nak jaga hati, tapi hati sendiri terabai.. wuuu T_T
Orang yang berjaya capai cita-cita tanpa fikirkan orang sekelilingnya adalah seorang yang hebat. Beliau mempunyai jatidiri dan determination yang sangat kuat.
Tapi kalau orang tu berjaya dalam masa yang sama tetap bersama dan ambil kira pendapat orang sekelilingnya, orang tu lebih hebat
tetiba nak dgr lagu 'ketulusan hati' by anuar zain hehehe
Hmm T.T
I must congratulate u on posting this.
Taking care of own heart and taking care of other's hearts.
Balancing both would be the biggest challenge.
I must congratulate u on posting this.
Taking care of own heart and taking care of other's hearts.
Balancing both would be the biggest challenge.
kak nani
susah susah sgt kita masak hati goreng kicap pun sedap.. hehehe
apa apa pun filem soal hati memang bes.. masa tu afdlin snagat hensem.. *releven tak komen ni? *
Soal hati memang susah untuk diduga.
Sebenarnya ada perkara yang mampu kita korbankan hati kita demi menjaga hati orang lain..
Dan ada juga sebaliknya.. kita pertahankan hati kita.. kerana kita tahu apa yang kita pertahankan itu membawa kebaikan juga pada orang2 yang kita sayang..
BEgitulah fitrah wanita... kekadang ada juga yang mampu mementngkan diri sendiri tanpa menghiraukan betapa terlukana yang lain...
Sabarlah.. Moga tiap pengorbanan itu ada hikmahNya nanti...
erm......mendalam kata2 hari ni.
mcm ade pape jer k,nani ni....ade masalah ker..luah kan.
cerita kan.....kami semua sudi mendengar nyer,
Salam...membuat pilihan memang mudah tetapi akibatnya pasti membabitkan banyak pihak.
btl ckp my mum nani,mbust kptsn mmg mudah tp ia akan melibatkan byk pihak n bila itu blaku mmg pyh bg kita mbuat pilihan..
Salam,
Apa yang akak cakap tu mmg betul
kesabaran akan mengatasi segalanya
angrianiworld.com
:-)
membuat keputusan sangat mudah, tapi melaksanakan.... hummm....
Ratuku Nani, Mata-hati, pintu-hati, lubok-hati dan pangkal-hati memainkan peranan dan bertindak tidak sama/berlainan antara satu sama lain.
Maka itu bila mengambil keatas satu keputusan harus diseimbangkan sekali dengan gerakkan minda.
Amat "complex" untuk dihuraikan mengenai kehendak hati mendahulukan diri dulu atau sesiapa dulu-didahulukan sebelum diri-sendiri kerana ia memerlukan "effort"-atau daya-diri yang teguh dimana prinsip hidup wajar seimbang dengan bisikkan turutan-hati dimana di-iringi dengan minda "rational" boleh membantu kita mengambil sesuatu keputusan atau penilaian yang terbaik.
Jika kita lebih kecendong mengikut telunjuk hati kita akan lebih memilih jalan mengikutkan hati secara "excessive and impulsive" kerana dek "emotional sentiment" yang membuak-buak hingga susah dikawali dan ini dinamakan terlalu mengikuti perasaan tanpa memikirkan yang minda sedang menunggu untuk memberi pertolongan. Jadinya hati akan mengambil tindakan atau keputusan secara buta dan membuat kita menolak untuk mendengar= tuli.
Apa saja berkenaan hati untuk memuaskan panggilan gejala hidup yang bersifatkan "arrogant" dimana akhlak terumbang-ambing dek kerana menafikan kesejahteraan iman dimana erti kemanusiaan tidak lagi diambil kira dalam menjalani sebuah hidup maka itu banyak yang tergelincir-jatuh demi mata-hati yang busuk.
Tidak perlu Nani perhitungkan atau teragak-agak yang mana satu cara yang se-eloknya semata-mata untuk menyedapkan perasaan hati manusia bak kata orang Peranchis; dulukan diri sendiri (sayangi) sebelum yang lainnya kerana bila kita menyanyangi diri dahulu kita akan menjadi pemurah, belas dan berhati-perut/berperikemusiaan antara sesama umat di-alam-dunia yang???
Jangan lagi tertanya-tanya mengapa dan bagaimana itu Nani, sudah cukup sejak dua menjak ini, fikirkan dan dului diri sendiri walaupun itu bukan cara nya "Tant pis"/too bad!, kalau diberat-beratkan sangat issue hati ini akhirnya jadi tidak punyai hati nanti.
The mouth obeys poorly when the heart murmurs. Voltaire.
Salam manis manis madu.
Salam kak nani...
entri nie..betol2 menyentap jiwa saye... br sajer melalui episod duka....hampir2 diduakan... dan kita yakin...Allah sentiasa ada bersama2... antara kebahagiaan hati sdr dan kebahagiaan org lain... saye terpaksa memilih hati sendiri... keranan anak2... jatuh saye... jatuhlah mereka....
em... 1 st komen di bog aunty, betul... apabila ini jalan yang kita pilih, usah pandang ke belakang, sakit, pedih, kadang-kadang rasa bahagia. saya baru berumur 23 tahun tapi rasa sudah macam-macam di lalui, tapi rupa-rupanya banyak lagi ujian di depan, pedih dari belakang, macam mana ye aunty, kite nak bagi hilang rasa trauma kesakitan yang sudah kita lalui, dan nak berdepan dengan cabaran mendatang? saya rasa takut nak teruskan hidup.
em... 1 st komen di bog aunty, betul... apabila ini jalan yang kita pilih, usah pandang ke belakang, sakit, pedih, kadang-kadang rasa bahagia. saya baru berumur 23 tahun tapi rasa sudah macam-macam di lalui, tapi rupa-rupanya banyak lagi ujian di depan, pedih dari belakang, macam mana ye aunty, kite nak bagi hilang rasa trauma kesakitan yang sudah kita lalui, dan nak berdepan dengan cabaran mendatang? saya rasa takut nak teruskan hidup.
Apa yang penting kita buat TERBAIK yang kita mampu... walaupun itu bukan yang terbaik yang orang lain mahu...
auntie, pinjam ayat last tu..sukeee...
tapi kan kak.. kadang2 kisah silam yg byk menghantui kita :(
Betul. jangan pandang masa silam dengan sesalan. Betul juga kata orang, kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat.
memang mudah untuk bercakap dan merancang
tapi tak mudah untuk melaksanakan
apa pun kak nani mmg best dan tabah mengharungi liku2 hidup....
ye..susah nak laksanakan..susah betul2 nak disiplin n concentrate apa yang terbaik untuk kita..
Ratuku Nani, "memang mudah bercakap dan merancang tapi tak mudah untuk melaksanakan" akan tetapi jika "celaka" itu boleh dihindari, dihalau jauhkan diri dari mengambil arah jalan yang senang dan pendek sememangnya mudah, kerana perampasan dan pencurian itu adalah sebuah penipuan yang kejam!
Maka itu untuk melaksanakan sesuatu yang tidak mungkin di-jadikan mungkin sudah lumrah diamalkan dek kerana masing-masing bersekutu dan menerima perampasan itu sebagai "legitimate" untuk dilaksanakan dan masing-masing begitu bijak menutup kurapan yang hanyir itu!
Tidak hairan-lah mengapa Ratna pada mulanya tidak begitu faham akan maksud penulisan Nani kerana dalam diri tidak-pernah ada wasangka yang dicari secara buta atau keraguan yang dikatakan bersifat "Naive" itu.
Mengawasi setiap langkah-hidup dan punyai prinsip hidup yang teguh sahaja tidak akan merembat hak kepunyaan sesiapa-pun melainkan diri dianiayakan menjadi "victim" dek sebuah keadaan (issue ini wajib dihuraikan dengan se-logiknya jangan ditimbangkan berat-sebelah sahaja)
Ratna percaya sesiapa saja yang amat terdesak yang "redha" melakukannya dan menerimanya kerana semata-mata "self-interest" practice yang diutamakan dulu dimana ratapan sedih dari pihak yang tiada kena-mengena dengan-nya menjadi victim/mangsa percuma.
Hidup...hidup banyak sangat yang mengamalkan cara "short-cut" lifestyle.
Salam manis manis madu.
Post a Comment