Thursday, December 2, 2010

Bila Cinta Jadi Taruhan




Masa muda teratang tang tang dulu....masa masih cun gitu....

Tapi....masa tu....jauh di sudut sanubari aku ni...aku rasa macam cik abe aku tak pernah endah kat aku. Tak tahulah kalau aku jer emo lebih...sensitip tak tentu pasal....terasa hati tak tentu arah.

Kau orang pernah tak rasa cik abe kau orang buat tak tahu kat kau orang. Tak sayangkan kau orang.

Aku ni kira-kira consider dalam golongan kuat ingatan tau. Hari itu aku jumpa member kerja bank bumi siap ingat lagi nama dia orang, department dia orang, sapa-sapa bespren dia orang walau dah lebih 15 tahun aku tinggalkan bank. Dah tu dia orang tu bukan satu jabatan pun dengan aku. Aku kenal dia orang pun masa aku mula-mula kerja bank tahun 1984.Bayangkan dia orang langsung tak kenal aku. Tapi sebijik-bijik aku ingat nama dia orang siap dengan bin dan binti sekali.

Tu yang aku nak tegaskan kat kau orang macam mana aku ni tergolong dalam kuat ingatan. Jadi aku ingat lagi bila cik abe aku buat tak kisah dengan aku. Langsung tak kisah. Betul. Agaknya kalau masa tu aku mati memang rasa macam mati katak. Langsung orang tak kisah. Orang tak endah.Kesian kat aku kan....

Waktu tu aku kerja bank. Selalu sangat aku balik kerja malam-malam jalan gagau sorang-sorang ambek bas kat bas stand klang. Kalau hari hujan...aku lompat longkang bangunan demi bangunan dek nak melintas mengelak basah Bukan tu je, bila masa tu aku ngandung memang boyot-boyot berhimpit-himpit berebutkan tempat duduk bas.

Aku si perempuan kampung ni memanglah penumpas bas tegar. Setakat bergayut-gayut di pintu bas Sri Jaya waktu tu memang tak der hal lah. Masa kat kampung pun dulu pun..gayut-gayut kat hujung-hujung dahan pokok tumbang tu memang kepakaran aku. Sampaikan bila lalu depan pokok-pokok yang masih gagah perkasa pun aku berharap-harap dalam hati...bila lah pokok ni nak tumbang...mesti best kalau dapat bergayut-gayut...berhenjut-henjut sampai kalau tak kuat tangan pegang batang kayu tu boleh kot melambung naik ke bulan.


Dalam dok melompat sana melompat sini ...bergayut sana bergayut sini...tup-tup saja aku dah muncul di depan pintu rumah. Terror ke tak terror aku kan. Tu yang cik abe aku tak risau pasal aku....dia tahu sangatlah aku ni memang survivor. Letaklah mana....boleh je aku hidup.

Kadang-kadang cik abe aku tu tak tahu bahawa aku ni bukanlah kuat sangat. Badan mungkinlah kuat. Tahan lasak. Tapi hati aku sumpah lembik. Agar-agar pun tak lembik macam hati aku. Lagi-lagi agar-agar kering.

Ada masanya bila selalu sangat kecik ati. Aku akan buat hal. Aku tunjuk rasa rajuk menjeruk.Aku buat-buat nak lari dari rumah. Beriya-iya aku emo. Tapi tak pernah pulak plan aku menjadi. Bila aku nak lari ke rumah adik aku...tiba-tiba terlajak simpang nak masuk jalan ke Cheras..sudahnya aku stranded kat Bangsar.

Teringat seorang kawan aku yang pernah mengoffer aku ke rumahnya.Aku ingat lagi dia berpesan-pesan dengan aku, 'Shina (nama aku masa glamer dulu), datanglah rumah aku kalau tiba-tiba kau gaduh dengan laki kau...tak der tempat nak tuju..datang rumah aku'.

Namun nak di jadikan cerita yang tak sensasi langsung, dalam perjalanan ke sana boleh pulak aku tertinggal no tepon dia kat handbag aku lagi satu. Makanya terpaksalah aku berpatah balik. Kau orang tahu jela kalau dah sampai rumah...panas pun dah jadi suam-suam kuku kaki kakak ku.Last-last malas pulak nak teruskan niat mengemokan diri sendiri selepas tu.

Aku tak marah kalau kau orang kata aku ni terlalu beremosi. Tapi memang aku rasa sangat yang cik abe aku sayang kat aku tak sepenuh jiwa. Patut tak aku rasa macam tu. Walhal masa tu baru kawen.Orang kata masih asyik masyuk lagi.Masih kuat lagi karen dia.

Buktinya, masa dalam pantang anak pertama dulu. Baru beranak hari ketiga, ditinggalnya aku keseorangan dengan bayi yang baru berumur tiga hari. Dahlah rumah sewa tu aku baru duduk sebulan. Dah tu perabut setakat sofa kayu dan peti televisyen yang aku letak atas side table kecik. Kalau bercakap pun bunyi bergema macam dalam gaung. Dah tu rasa scary mary semacam jer.

Aku dah merayu-rayu dah supaya dia cancelkan dinner dia tuh. Tapi walah macam cakap dengan dinding jer....akhirnya ditinggalnya aku dua beranak sampai pukul 3 pagi cik abe aku tak muncul-muncul....

Kau orang tahu kenapa sampai sekarang aku tak kan lupa peristiwa itu.....sebab aku tak pernah rasa takut macam tu...bodoh tau. Hello... masa tu aku dalam pantang mak oi.....darah nifas masih segar bugar tau. Jadi memang lah perut aku terkecut-kecut walau di alam nyata perut aku tu masih kembang kerana tak sampai seminggu aku beranak kan.....

Masa tu sumpah aku takut giler. Kat luar pulak hujan renyai-renyai. Aku mula membayangkan kalau tiba-tiba pintu rumah aku di ketuk orang...apa aku nak buat. Kalau tiba-tiba pontianak muncul didepan mata aku macam mana? Walhal sebelum ini aku bukanlah calang-calang perempuan. Tak da diari aku takutkan hantu dalam hidup aku.. Paling-palingpun aku takut dengan batang kayu limau yang mak aku lurut licin buat belasah aku hidup-hidup.

Setakat duduk luar rumah pukul 2 3 pagi memang tak jadi hal. Dulu masa aku tingkatan satu, kalau lewat balik dari belajar perakuanan di rumah kawan sekolah aku merangkap jiran sebelah rumah aku..mak aku memang tak bagi chance. Sapa suruh kau balik lambat ...Hambek kau..bercomforterkan embun dinihari..makanya menginaplah aku kat anjung rumah. Kalau nasib aku baik...tengah-tengah dok mengerekot atas tangga arwah bapak aku yang berhati mulia itu...akan tolong bukakan pintu bagi aku masuk.

Aku pun rasa pelik kenapa tiba-tiba aku jadi skema giler. Takut sampai menggigil-gigil. Kalau aku ingat-ingat memang tak berhati perut cik abe aku kan.Eh perut tu adalah walau tak macam sekarang.. six pek...ramping lagi kau...

Dek kerana terlalu takut....aku rasa aku tak boleh bertahan duduk macam tu. Aku pun berkira-kira nak ke rumah jiran sebelah. Dalam pada tu boleh pulak aku terfikir....takut jiran aku ketakutan pulak langsung tak bukak pintu bila tengok perempuan bawa bayi tengah-tengah malam macam tu. Dahla tu...dia orang bukan kenal aku lagi....

Antara nak pergi dengan tak pergi...nak pergi dengan tak pergi.....otak aku jadi penat sampai tak sedar tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki semakin lama semakin menghampiri bilik tidurku.

Jam loceng di sudut bilikku menunjukkan jam 3.30 pagi. Tu dia cik abe aku baru balik. Betul-betul aku rasa lega plus rasa nak menangis sekuat hati sebab geram sangat kat cik abe aku yang tergamak tinggalkan aku dalam ketakutan. Nasib baekla aku sedang dalam keadaan lemah...kalau tak memang aku pulak yang tukar jadi pontianak...aku cekik-cekik dia.....ya lah tuh....bukan ke sampai sekarang pun aku sentiasa lemah bila berhadapan dengan cik abe aku....

Banyak lagi cerita tentang emosi aku dengan cik abe aku yang kalau aku nak cerita sehari semalam pun belum tentu tak bersambung.Emosi yang mengatakan mengapa perempuan selalu rasa suami tak berapa sayangkannya.Tak pedulikannya.

Setelah hampir suku abad kami bergaduh-gaduh selalu, bertekak-tekak sentiasa, berbalah-balah adanya maka kini hendaknya aku harus bersyukur bila cik abe aku berubah jadi penyayang. Berubah jadi kekasih.

Ketika usia semakin matang. Kalau buah pastinya ranum. Kalau berudu dah jadi kodok. Ketika Hanis menggelar kami warga emas.... ..... (ni kena tunggu Hanis mampu take over semua kerja-kerja mama baru sempurna title warga emas tuh...).

Sekarang...setelah aku biasa dengan perasaan itu, setelah aku lali tak rasa disayangi, akhirnya kini aku benar-benar merasa yang cik abe sangat menyayangi dan mencintai aku. Setelah kulit tak tegang lagi, selepas kulit dah mula kendur, barulah aku merasai yang cik abe aku mengagumi paras rupaku.

Kemana pergi dia mahu aku bersama. Memegang erat tanganku. Sakit demamku di jaga rapi. Saban waktu mahu menatap wajahku. Pasti rasa sunyi kalau tak dengar bebelanku. Rasa sepi bila aku tak da depan mata.

Walah lama betul menunggu saat itu.

45 comments:

Miss AnisSensuous said...

Sangat romantik :) Kan seronok kalau parents saya macam aunty & husband :)

khairul farhan said...

Gilalah. Ayat puitis bak novelis

Izyan Nazihah Nor Azman said...

mmmm...so sweetttttt...

hatim a.r said...

aunty jiwengssssss.but i like! orang kata rahsia menambat hati suami melalui perutnya.wah tak sia2 masak best selama ni

emak. bukan penari tiang said...

semua couple memang camtu kot, aunty???

saya dengan suami kalau seminggu tu, 6 hari bergaduh..kadang2 bergaduh, pastu gelak2..kadang2 bergaduh pastu 3 hari tak tego sapa..

tak sabar nak jadi warga emas!

notti netti said...

Sabar tu selalunya menjajikan pulangan lumayan...tak gitu.....? semuanya sebab auntie sabar...:)

Ieza said...

darah tengah muda..kebanyakkannya semua perkara mengikut perasaan jer...he3..sesetengah lelaki ni sebenarnya memang payah nk tunjukkn yang dia sayang..hakikatnya sayang banget..

oya zihanee said...

+ kadang2 saya rasa dlm setahun perkahwinan nie, rasa perit.. berkawan lama, tp bila berkahwin seolah2 kite xkenal dier sepenuhnya. saya selalu berfikiran positif, dan berharap suami pun berfikiran begitu.. kadang2 saya rasa, lelaki mmg susah nk amik hati si isteri walhal untuk perkara yang mudah. kadang2 saya smpai bagi tahu pada die, macamana nk pujuk saya kalau berlaku ape2.. kelakar.. tp dari dier asyik tanye.."macamna nk pujuk???".. saya suke baca blog k.nani... wonder mom.. banyak2 kan la lagi bagi tips2 rumah tangga..ok.+

Sheherazade said...

baru kawin memang rase mcm tu ye..saya normal la ni..Alhamdulillah

saya mah berubah,saya baran uhhuhuk

Rizziela said...

Memang adat rumah tangga kot kak... sebab saya pun kadang2 terasa mcm yg akak rasa tu..rasa mcm nak lari jauh ajer

yatie chomeyl said...

saya pun selalu rasa suami x kisah kan saya..sekarang saya faham yang orang lain pun melalui perkara yang sama..lega sikit rasa hati hehe

una210 said...

auntie...
bile tgk pix kat ats tuh,,
tibe2 sume orang nak rasa macam na tanya..
ape rahsia anda muda jelita?...hihi

Puan NisaKhaidir said...

so suuwiitt auntie...kdg2 mungkin lelaki ni ego. dan x sedar kasih syg n cinta depa depan mata ni je yg selalu survival demi dia..
anyway, ai sgt suke ending die.. akhirnye auntie dpt balik kasih syg n cinta sejati tuh...:) sampai x mahu lepas..hihi...

Puan NisaKhaidir said...

so suuwiitt auntie...kdg2 mungkin lelaki ni ego. dan x sedar kasih syg n cinta depa depan mata ni je yg selalu survival demi dia..
anyway, ai sgt suke ending die.. akhirnye auntie dpt balik kasih syg n cinta sejati tuh...:) sampai x mahu lepas..hihi...

Cik Puan Nurul said...

kak nani kenkadangkan(bukan terkadang je memang diorang tak penah paham pun) lelaki memang susah nak paham isi hati wanita ni.kita lak selalu berharap dia boleh baca apa yang tertulis dalam hati kita,takmo kita cakap or bagitahu baru dia buat.perempuan memang diciptakan penuh emosi dan perasaan serta kasih sayang semua bnda dari hal yang kecik sampai besar kita pikirkannya.walopun org pompuan ni memang suke membebel tapi sebenarnya seorang isteri tu sangat susah hendak mencari apa yang dibencinya pada lelaki yg disayanginya..dia sering memberikan kemaafan dan peluang sebab byk perkara lain yg perlu diuruskan berbanding nak melayan rajuk sendiri huhu..

Unknown said...

Ending cete nie wat saya touching...moga² ikatan ini kekal ke akhir hayat! amin...
Moga² rumahtangga saya akan baik² seperti ini jugak....

Papa, Mama & Azra said...

lamanya nak kena tunggu. kena tunggu azra masuk U baru husband akan rometik eyh. haih. lelaki ni lambatlah.

Unknown said...

teringat mak pun selalu cerita awal perkahwinan dia. nak lari dari rumah embah sebab tertekan.

wahh hero iaitu abahku pun tangkap mak saya sebab tak mau ditinggalkan. sayang juga abah dengan mak.

drama ahh diorang. gedik ehh. T_T

Misz-ella said...

Nice n3 kak. Pengalaman dan pengajaran buat bakal2 suami bersatu dlm n3 ini.

Lmbt masuk gear rupanya cik abe tu. Nak wat camna .. jaga hati pompuan depa tak belajaq kat unibersiti dolu. Haha ..

dear anies said...

perasaan org pompuan ni halus. sbb tu lelaki x nmpk.but once dia da fhm knape jd cam tu knape jd cm ni..lama2 dia mengerti..ia akn mengambil ms. ms = sabar. reward nyer klh seisi alam

Dzanie said...

sy pun selalu rasa suami tak sygkan sy, walhal sy tahu dia teramat sygkan sy cuma dia tak pandai nak tunjukkan kasih sayangnya pada sy....(tetiba lak emo).......:(

Lunia said...

tapi akhirnye k.nani dapt jgk ape yg ditunggu2 kan.. ^^ lgi best mcm tu dri dpt awal2, tapi bile akhir sumenye hilang. =)

diHsaR. NiyA said...

aunty....... sgt sweet..

Irfa said...

suka baca je :-)
harap kasih sayang kak nani n suami hingga ke syurga..amin

mizayusof said...

so sweet.
semoga hubungan akak berkekalan hingga ke akhir hayat :)

norazliashahrome said...

salam puan nani, saya azlia....semenjak 2 mnjak ni ank2 dara suruh ikut blog pn. i tanya nape.... jwb ank dara no.1... ceta mk nani ni mcm ceta idup mak dr dulu sampe skrg....sy pon mula baca....esp bab somi...ya ALLAH, mcm i mmbaca ceta hidup sndiri....somi garang,ego,susah nk ckp 'i lep u'.atu pulak minat msk, menjahit,mghias, buat craft.dulu2 idup susah...jait baju ank, somi, n sendiri...klu nk minta duit nk raya mula la membebel... nk baya tu, nk baya ni...sth baca post terbaru pn...bgtu la rasa skg. ank dh tak tggl ngan kami... cik abe loving, gilerrr!sebut je apa nk...orait je...dia gi outstesen, setip batu menalipon.kita lak naik remas.. tapi disudut hati....Alhamdulillah, ALLAH MEMAKHBUL DOA hambanya.sy baru nk berjinak dgn dunia blogging tapi malu.salam

Angah said...

i likeee kak nani...

Unknown said...

xde ke suara2 dari kaum adam...;p

Anonymous said...

tak thu nk gmbarkn cmne.. tpi 1 keluhan sye denguskan.. ohoo.. yg pasti lelaki perlukan wanita yg kuat untuk menjadikan dirinya kuat.. sebab tu lelaki yg ego.. yg susah ungkap syg.. sebenarnye. lelaki yg paling sweet. n yg paling syg wanitanya.. :))

mama leen said...

walau lama menanti tapi berbaloi..

nas said...

bestnya dpt gi bkelah...dpt mluangkan masa bsama family..nas br je gi tupah kat kedah tu...
k.nani nas nk tanya if nk tempah buat hantaran kat k.nani masih sempat ke..tarikh 31hb 12 ni..?

Nani Rifai said...

Hello Aunty Nani! I love this post! Aunty sangat penyabar, i love that about you. And the fact that you are a survivor, an independent woman, wow, bagi saya semangat! hehehe I pray for your happiness always (walaupon tak kenal depan2)... till the next post, Aunty.

-Nani Rifai

NZ said...

hi there, atok & nenek saya pun semakin hari semakin sayang.

macam belangkas, tak boleh berpisah sekejap pun.

MaMa3H said...

banyak yg tersirat tu sebenarnya kan kak nani..:)

..nOWa.. said...

aunty, saya yakin uncle bukannya 'tak sayang' cuma tak reti nak tunjukkan..semakin lama, ya semakin pandai...hihiii (memandai jer saya ek?)

Oyis said...

this is why i always come back to read ur blog, byk moralnya. paling utama, sabar - sabar dgn karenah suami, sabar dgn kehidupan susah turun naik bus dsb nya, sabar dgn hidup di awal2 perkahwinan yg serba limited dari segi material. inspiring. thanks akak! doa kan moga2 rumahtgga pembaca2 akak yg masih meniti usia awal perkahwinan jg dpt mengecapi bahagia begini esok2!

UmiIzz said...

Kita semua mengharapkan yang terbaik dan kasih sayang yang lebih dari seorang suami.. dengan sifat sabar,insyaallah Allah akan berikan lebih dari yang kita mahukan..

Jadi bersabarlah duhai hati.

mama maman aka yana said...

kasih syg terlalu mahal... jadi sukar utk diperolehi... moga2 kehidupan rumahtangga sy juga akan manis spt puan.....

yantieramli said...

aunty... saya ingatkan saya je rasa mcm tu. tak sangka saya alami sebijik ape yg aunty alami. saya pun tak sabar menunggu suami saya jadi lembut hati. prihatin terhadap saya. walaupun saya tahu dia mmg sayangkan saya. cume dia malu nak tunjuk. heheee

Unknown said...

saya suka baca entry nih

Tuan Din said...

Secara tidak sedar...
karektor lelaki bergantung kepada taraf ekonominya...
sebab itu perempuan tidak mengaku mereka 'mata duitan' kerana mereka memang bukanmata duitan semata2..
tetapi tanpa sedar karektor org yg berduit itu sangat memenuhi citarasa mereka...

Tuan Din said...

Jemput datang ke kebun saya untk beriadah bersama family...
ada air terjun & boleh bermalam...
lihat di entry saya..
tiada bayaran, sekadar beramal...

A m m i said...

syukur cik abe akak berubah kearah yg menyenangkan hati...

harap2 suami sy pun jadi mcm tu nanti...amin

cik suka senyum said...

spend time with family like this memang dapat eratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga..minda juga relax!...best la unty

payedd said...

kelakar gila la entry neh.part nak g umah jiran takut x dibuka pintu sebab bawak anak tu sgt kelakar kot.

best ye blog kak nani..