Friday, December 31, 2010

Resepi Fish & Chip Yang Paling Sedap Di Dunia


Ok penat giler. Kena la penat kalau tak mana nak dapat shoruu. Tadi tidoq pukul 3 pagi...menyongsang pulak.Kan ke selalu bangun 3 pagi...


Dia memang selalu lagu tu kalau tak tidoq pukul 3 pagi..bangkit pulak 3 pagi....


Bila terbangun tengok jam 6.30 pagi. Hah...dapat aku subuh. Tiba-tiba bila sedaq dah pukul 8...haruuu.


Naseb bek Kak Asma jiran budiman hujung deret rumah aku call. Shina....Hafiiz tak pergi orientasi ke?


Lupa lah pulak...adeeh kalut. Tak kan semua aku nak kena ingat. Aku kerah en hasben kejutkan Hafiz and pergi hantaq pi kesekolah menengah seksyen 9. Pastu boleh lupa pulak nak suruh dia bawa kek untuk customer kat seksyen 7. Gegar Liana pulak suh dia tolong hantaq.


Wokeh hari ini 8 kek dah siap. Buat 4 and siapkan malam ini untuk customer esok pulak. Baju budak sekolah tak beli lagi. Dah dua hari budak-budak ni dok kebek aku punya dapur...sekejap scramble eggla...kejap pancakelah. Tapi memang dia orang jadi terel...memasak la kan...sejak aku dok khusyuk buat kek ni. Sapa yang untung....anak mak jugak yang untung...


Okeylah disebabkan kamera canon powershoot s90 aku dah melancung sampai ke german..lepas tu ke holland...makanya ia merupakan salah satu penyumbang kesedihan aku yang selama ini sentiasa berkepit dengannya.


Tak palah...sebelum dia pergi melancung tu...sompek jugak den tangkap gambar Imran buat fish and chip guna resepi aku. Ini lah fish and chip yang paling enak pernah aku makan fuyooh.


Ok tuan-puan sediakan bahan-bahan penting...kalau fillet ikan dori tu agak besar...potong 4 ya...


Bahan-bahan :


Ikan dori
Tepung gandum
serbuk roti
serbuk stok ayam
lada putih
secubit soda bikarbonat
garam
lemon
minyak masak untuk menggoreng


Cara-cara :


1. Perap ikan dengan lada putih halus dan perahan lemon.


2. Bancuh tepung dengan air dan kacau hingga likat. secubit soda, garam, serbuk stok ayam dan lada putih halus.


3. Celupkan ikan kedalam tepung dan golek atas serbuk roti. Kemudian goreng dengan api sederhana.


4. Sukatan ikut agak-agak.


5.Angkat dan hidang dengan kentang goreng dan hiasan.

Wednesday, December 29, 2010

Interior Design Within Your Budget

Bila aku pikir macam orang giler pulak aku ni...jam 3 pagi dah teraba raba on semua suiz lampu bagi rumah terang benderang bak bulan dipagari bintang. Biar terang. Senang aku nak buat kerja. Kek dah tiga biji siap aku bancuh. Nanti-nantilah baru aku siapkan. Selalu aku buat last minit supaya kek aku gebu mengancam. Kalau buat awal sejuk koreh pulak dalam peti sejuk.

Hah...tepat jam 6 pagi aku dah siap kemas rumah. Dari depan sampai belakang. Berseri sket rumah. Cepat-cepat ambek kamera canon powershot s90 aku. Tangkap sana-tangkap sini. Berlagak nak gambar macam dalam majalah impiana. Glam memang jauh sekali arr. Tapi nak jadi tang tu kena lah pakai camera dslr impian hatikan...belum kot...tunggu orang sponsor sampai sekarang macam menunggu buah tak gugur. Last-last hati yang rasa nak yang gugur.

Agak-agak nanti bila anak-anak bangun mesti muka ceria tengok rumah dah kemas. Iye ke??? Ke memang muka dia orang tu sentiasa ceria walau duduk dalam rumah macam tong sampah....

Tu yang bila ada orang collect kek, bila aku bukak pintu jer boleh nampak mata aku yang mengambarkan kesedihan hidup aku. Memang orang tu ada sixth sense. Betul pun...tak perlu sorry to say kerana aku ni terkenal dengan manusia jiwang yang penuh rasa. Macam mana aku nak war-warkan hidup aku penuh kebahagiaan. Namun mata aku sendiri tak dapat membohongi siapa yang memandang sewaktu aku bukak pintu.

Alah normal lah kita ni manusia biasa. Kot sepanjang perjalanan hidup aku dah 150 juta kali aku merasa kesedihan. Berkali ganda merasai tekanan hidup. Tetapi aku tak lupa sekali aku dilanda kesedihan ada berpuluh kali kegembiraan mengubatinya. Aku tak pernah lupa itu.

Tak pernah juga melupai peristiwa sedih semasa duduk di flat dulu. Pernah diejek oleh jiran sebelah hanya kerana aku memiliki perhiasan rumah yang mereka anggap mewah tetapi duduk menyewa di flat sahaja.

Banyak orang suka menilai dari luaran. Kenali dulu baru tahu. Barang-barang rumah aku yang nampak mewah itu kebanyakan aku miliki dengan harga yang sangat rendah atau ada yang aku dapat percuma.



Time semua orang nyenyak tido...seronok mengemas...sunyi sepi...sambil menyapu keluar sampah sarap tersapu keluar semua tekanan dan kesedihan. Tak percaya...mengemas juga satu terapi minda.



Pasu yang aku beli ketika sale nak tutup kedai.


Bergaduh dengan suami nak bawa balik pasu ni ke rumah. Aku temui ditinggal disebuah kedai jual perhiasan dari bali yang berpindah.



Jualan kilang...barangan display, perabut ini aku beli di ceruk -ceruk belakang kilang di serdang dengan harga tak sampai rm200.




Perabut cina aku beli ketika sale di Alamanda Putrajaya. Ketika itu Alamanda masih sunyi sepi.



Cermin besar itu memberi refleksyen pada ruang tamu aku tampil lebih mewah. Cermin itu aku beli dari kilang di Puchong dengan harga rm400 sahaja.

Lupo pulak den nak lotak...ni nak rumah cantik tapi nak sep....den lukis sendiri....jangan golak yo.


Pasu dan mangkuk yang terbiar turut aku kutip dari kedai yang sudah berpindah.



Koleksi kristal aku beli di cash converters dengan harga sebiji lebih kurang rm15 dan pinggan besar antik itu cuma rm5.


Sofa display di harvey norman aku beli dengan harga rm900. Aku beli pencuci leather dan bersihkan sendiri.Lukisan bunga yang aku lukis sendiri dan framekan di frame gambar yang aku beli di ikea dengan harga rm35 satu.



Meja makan yang aku beli dari kilang di kampung subang. Kurang dari separuh harga di Urban Culture.




Jam antik kesayangan.




Bila dah kemas satu rumah...dapur yang bersih dapat mendamaikan perasaan.




Rak barang-barang sabun dan sebagainya dapat menjimatkan ruang beli di Ikea dengan harga rm29.




Set cawan lama yang ku beli rm2 satu set.



Seronok dapat pegang sepak yim, permainan ketika aku kecil dulu.




Mainan kangaroo zaman dulu yang kunci kena pusing baru dia bergerak...Nostalgia.





Ini apatah lagi, zaman dulu beb.


3 biji kek memanglah aku larat lagi nak kemas..nak masak...nanti bila 20 biji kek serentak....mahu rumah jadi macam tempat 10 ekor kucing betina beranak.....punyalah semak....




Bunga Bunga Cinta

Mungkin hari ini dia adalah cinta hati. Tetapi tidak esok lusa. Masa berubah. Manusia pun berubah. Mungkin hari ini kita fikir kita cukup mengenalinya. Namun belumpun seketika, mereka bukan siapa-siapa lagi untuk kita. Hilang seperti debu di tiup angin. Tak tercapai kembali dek tangan.

Kalau hari ini dialah teman tidur yang kita rangkul saban malam. Tidak mustahil esok kita terpaksa menyelongkar rahsia dan keaibannya semata-mata mahu mempertahan diri di depan hakim.

Sekalipun masa dan keadaan bisa merubah segalanya namun jika cinta itu kuat maka tidak mudah ia terlerai justeru kita tahu menghargainya. Mekanisma cinta itu mudah. Harus ada usaha memberi dan menerima. Diperlukan dan memerlukan. Dimaafkan dan memaafkan.

Maka dengan itu lihat disekeliling kita, apakah cukup sekadar rasa sayang namun tiada usaha untuk menghargai kasih sayang kita. Bermula lah dari saat ini berusahalah agar setiap jalinan kasih sayang dan cinta tidak mati begitu sahaja kerana untuk hidup bahagia,indah penuh warna dan bermakna maka hati perlu ada bunga-bunga cinta yang harus di siram dan dibajai.



To My Wife
In case you were wondering - i notice.....
I notice how hard you work
to make things the best they can be,
I notice how much you give,
never expecting anything in return,
I notice that you never forget
to play or laugh or love
or make me feel important


And in case you were wondering
I notice how incredible you are
at being a wife
and still finding time
to be my friend.


Happy Birthday
Love Always



Your Hubby.

Tuesday, December 28, 2010

Muhasabah Diri Untukku

Allah berfirman, dengan maksud :

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

Monday, December 27, 2010

Resepi Donut With Glaze

Assalamualaikum semua.

Masak apa hari ni. Hah dah sampai ofis....tak palah besok pagi-pagi buat menu ni untuk sarapan anak-anak.

Ini lah jadi perempuan kan...terutama perempuan-perempuan kiter dan yang sewaktu dengannya. Semua nak kena fikir. Suami makan apa kita yang kena fikir. Anak makan apa nak kena fikir. Anak-anak dah beli ke belum baju sekolah kita yang kena fikir, anak-anak sekolah mana, universiti mana, pendek kata dari A sampai Z memang perempuanlah yang kena fikir.

Dah tu bukan setakat fikir..kalau fikir tak keluar duit tak pa. Ini fikir dengan keluar duit sekali....hebat perempuan zaman sekarang kan...jadi Boss besar kat ofis pun bukan boleh duduk senang lenang bila kat rumah....sara nafkah keluarga pun bukan boleh duduk mengharap suami layan kita makan minum. Dah lah kena cari duit, still kena basuh pinggan, kena masak, kena fikir dan buat semua tugas yang ada kat dunia ni lah.

Kita fikir untuk semua orang tetapi siapa yang fikir untuk kita? Kalau kita lapar, siapa yang nak sediakan makan....carilah makan sendiri. Kalau kita sakit siapa yang nak sediakan makan...sediakanlah sendiri...

Ada ke yang tak macam saya sebut tu. Ada. Ada jugak kawan-kawan saya yang berleisure-leisure hidup. Tak perlu buat kerja teruk-teruk. Pagi-pagi bekpes kat luar dengan kawan-kawan. Petang-petang pergi hi-tea jumpa kawan-kawan. Malas masak..pergi restoran bungkus jer...Malas kemas ada maid urus semua. Nak shopping sign jer...hasben bayar.Bukan tak da, ada orang bernasib baik macam tu tetapi itu boleh lah kira dengan jari...

Walau macam manapun Allah Maha Kaya, perempuan ni memang kederat tak sekuat lelaki tetapi semangat mereka kental mankala hati mereka pula lembut. Kebanyakan perempuan kiter ni memilih untuk redha sahaja akan ketentuan hidup terpaksa bekerja diofis...tunggang langgang di rumah tanpa berkira hak mereka sebagai isteri..sebagai perempuan.

ITU PUNNNN .........ADA JUGAK lelaki yang nak berkahwin dengan perempuan magribi lah..lubnanlah...kahwinlah...memang sesuai sangat dengan lelaki-lelaki kiter ni....mak tak campur....

Ek eh kan nak bagi resepi tadi...DONUT WITH GLACE. Kemain lagi BUDAK VI ni. Mak dia suruh tulis resepi dalam bahasa melayu...nak jugak tulis dalam english...tapi baguslah sejak dia Sekolah di Victoria Institute...confident ada. English pun bagus.

Saturday, December 25, 2010

Si Baby Sitter



Pun begitu saya amat bersyukur mempunyai anak-anak lain yang amat menyenangkan hati saya, Liana yang lembut dan bersifat keibuan, Khairi yang pendiam dan tidak banyak kerenah, Imran yang rajin dan comitted, Hafiz dan Alisya yang mempunyai sifat dan perwatakan hampir sama iaitu manis, penyayang, berbakat dan kelakar. (Sifat Hafiz dan Alisya yang sangat penyayang dan mengambil berat banyak membantu meringankan tugas saya sebagai baby sitter.


Bayangkan dengan dua Arissa (dua-dua pun nama Arissa) so yang junior kita orang panggil dengan panggilan 'baby', saya masih boleh membuat kek dan masak untuk keluarga.





Hanis Zalikha di Radio 24 stesen 93.9 Pada 27/12/2010 jam 8.30 pagi.

Bila cerita anak dara saya atasi Siti Nurhaliza keluar muka depan surat khabar Metro dan keluar suratkhabar Berita Harian Singapura maka ada beberapa pihak media ingin menemuramah Hanis tentang cerita disebalik nama yang tidak pemes tetapi mendapat tempat ke 6 dalam carian google malaysia di antara ratusan ribu atau mungkin sudah mencapai angka juta penduduk rakyat malaysia.


Maka dengan tak secara langsung saya pun terbabit dengan 'kepemesan' Hanis dengan melantik diri sendiri sebagai draybar cum manager Hanis yang setia. Sebenarnya saya ni pengurus hanya pada nama. Segala keputusan tetap Hanis yang tentukan. Hanis adalah seorang anak gadis yang lebih suka bertindak secara professional dalam segala urusan dan berpendirian teguh dalam apa jua keputusan yang dibuat. Kadang-kadang bagi orang yang tidak memahami mengata Hanis sombong. Walhal apa yang sebenarnya, dia cumalah seorang yang tegas serta lebih suka bersifat 'low profile'. Sikapnya yang begitu sedikit sebanyak adalah merupakan salah satu faktor yang meletakkan dirinya di tempat sekarang.



Siapalah tak bangga jika mempunyai anak seperti Hanis yang hampir dalam semua perkara beliau sangat matang dan bijak berfikir berbanding usianya. Dia dilimpahi Allah dengan buah fikiran yang kreatif serta selalu mengambil tindakan yang matang dalam setiap langkah. Selain itu, dia adalah seorang yang spontaneuos, ceritalah apa sahaja masalah dengan dia, dia pasti dapat memberi pandangan yang bernas . Bagi saya dengan sifat-sifat kepimpinan yang adalah dalam dirinya serta segala pandangan dan pemikirannya yang jauh memang mampu menjadikannya bakal seorang pemimpin atau ketua waima sebagai ceo syarikat-syarikat gergasi.


Baik dari segi cinta, pelajaran, pergaulan Hanis selalu tahu apa yang terbaik untuk diri dan keluarganya. Maka dengan itu saya sebagai ibu tidak banyak campur tangan dan hanya perlu memberi sedikit garis panduan dan yang selebihnya keputusan tetap di tangan dia.




Hanis di Harian Metro.


Dia tahu mak dia sibuk mengalah peniaga pasar ikan tapi nak jugak mak dia hantar dia kulu kilir.



Seronok bila ada blogger yang sudi menegur saya ketika di Bernama TV.





Bersama dj dan penerbit radio 24 (93.9)





Walaupun pestime masuk radio tetapi Hanis dapat menjawab semua soalan dj dengan bernas dan bersahaja. Tabik spring arr kat Hanis.






Friday, December 24, 2010

Resepi Quiche Ayam dan Bayam

1) Untuk pastry :

300g tepung gandum
60g tepung suji
1/2 sudu teh garam
185g mentega
2 biji telur gred B
2 sudu makan susu segar

Cara-cara :

Gaul semua di atas dan akhir sekali masukkan susu segar. Gaul guna mixer.
Bila dah jadi doh. Canai dan letak di acuan pastry seperti yang ditunjukkan di post sebelum ini. Bakar.


2) Untuk bancuhan quiche :

3 telur gred A
50gml susu segar
200 ml krim putar untuk masakan
garam secukup rasa
200gm ricotta cheese
100 gm chedar cheese
100 gm mozarella cheese

Cara-caranya :

Putar semua sekali dan ketepikan dahulu.


3) Untuk resepi ayam bayam. (untuk lebih creatif boleh ubah mengikut kesukaan)

250gm isi ayam yang diperap dengan sedikit tepung jagung, stok ayam, lada putih, gula selama lebih kurang 10 minit.

1 bawang kuning
2 ulas bawang putih
2 senduk bayam frozen (kalau nak guna bayam biasa, bayam haruslah di tumis air dan tapis bayam dan kisar kasar)
minyak untuk menumis.

Cara-caranya :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan di atas.


Akhir sekali sediakan pastry, masukkan bahan yang sudah ditumis dan tuang bancuhan cheese dan bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah celsius.

Thursday, December 23, 2010

Kenangan Lalu

Cita-cita memang tinggi melangit dowh. Bila macam tu, makan kat luar ada jer yang tak kena kat tekak. Hari tu bila makan nasi lemak kukus tangling...selalu terfikir...apalah sedap sangat nasi lemak kalau sambal pun pakai cili boh.....dalam dok hati tak puas hati tu...tak sedar lak... pinggan dah licin.

Betul...saya heran bila makan nasi lemak tangling, tak tahu kat mana sedapnya tup-tup nasi dalam pinggan bersih licin tak bersisa. Nak kata rendang dia sedappun entahlah....kuah rendang cair jer....tapi tulah saya suka makan kat sana sebab memang tak membazir walau untuk tertinggal sebutir nasi atau seekor ikan bilis goreng.Percaya atau tidak.

Dek cita-cita yang tinggi, perasan masak sendiri lebih sedap dari chef terkenal maka saya selalu meninjau -ninjau bahan-bahan makanan yang terdapat di supermarket-supermarket yang 'vouge' macam, cold storage, jaya grocer, mercato seperti ricotta cheese, bayam beku, dan sebagainya yang selama ini saya tak pernah gunapakai dalam masakan saya. Maklumlah anak penoreh getah manalah tahu benda-benda makanan omputeh ni. Kalau dapat makan nasi lauk ikan kembung pun heaven dah.


Sekarang ni nak makan bagailah...pie, quiche,tart....


Cita-cita dah lama nak masak quiche ni.....ricotta cheese dah berkurun lama dok dalam peti ais. Kejap terjenguk-jenguk...terpegang-pegang tapi tak jugak jadi buat. Pendam dulu cita-cita tinggi melangit tu sampailah last weekend barulah dapat ruang nak mencuba resepi kegemaran saya ni. Sebenarnya banyak resepi yang dah lama saya tak masak seperti:-

Egg Tart
Rasam
Pie Tie
Badak berendam
buah melaka
rempeyek
kuih dadar
kuih kasui
apple crumble
thai laksa
nasi ambang
mee udang
mee rojak
beehoon tomyam
beehon hailam
macaroni and cheese
potato cheese
pizza
puding cocktail
sambal melaka
banana toffee
brownies cheese
sushi
laksam
asam laksa
laksa johor

Kus semangat,ini adalah list yang anak anak sebut tentang makanan yang dah lama saya tak masak...sebenarnya banyak lagi resepi yang dah lama saya tak masak.

Hah ni adalah urutan gambar penyediaan quiche.






Setelah selesai menguli doh.....leperkan di acuan quiche



Cucuk dgn sudu garpu supaya udara tidak terperangkap yang menyebabkan pasry base mengembung.


Lapik dengan kertas minyak.



Bubuh kacang kedalam doh pastry supaya doh tidak mengembang.


Hah dah siappun....sedia untuk menuju ke dalam oven...








Bayam frozen adalah harus...sebenarnya bayam juga menjadikan quiche yang enak



Siap untuk dibakar
Versi kecil.






Tadaaa...dah siappun quiche saya.



Sedia dipotong dan di mamam.


Sahaja jer hias bagi glemer.


Nak Rasa Cup Cake Red Velvet Topping Mascarpone Cheese i....Mari....Mari....


Tetiba jer hari ni emo. (kalau oghang pear rock nyebutnye, apa ke he?) Kalau omputeh nyebutnyer what the he? Kalau orang muda stok panas sebut 'ko pe hal?.


Adui...rasa tak larat kebelakangan ni...macam-macam dilalui. Ceciter.ceciter..baiklah.


Hai kak nani baru sekali tengok wayang citer hantu kak limah balik rumah...semua dailog dia kau nak pakai. what the he.......


Tak da apa yang terjadipun. Cuma minggu ni agak memenatkan tubuh badan otak dan fikiran. Agaknya sebab kekurangan kasih sayang kot macam kucing dalam kandang yang saya jarang keluarkan sebab tak cukup masa nak membelai-belai. Lepas ni saya ingat saya nak pergi ke Spa. Nak relaxkan sket badan dan fikiran.


Sibuk yang amat. Bila banyak sangat keluar masuk maka banyaklah benda yang sepatut siap mengikut waktu terjadi sebaliknya. Tu yang bila ada orang bertanya saya buat penghantaran kek atau tidak...eloklah saya terangkan di sini, bahawa kos transport sebanyak rm20 -rm30 terpaksa saya kenakan. Itu pun saya setuju hanya apabila saya ada masa dn kesempatan untuk menghantar. Jika tidak you all semua boleh datang ke rumah saya untuk collect kek ya.


Nanti saya dah lapang sket boleh kita gebang panjang-panjang. Tetapi hari ini cuma nak bagi tahu yang esok saya akan menyertai jualan red velvet cupcake dan barang-barang hantaran kahwin/tunang di booth jualan Charity Drive seperti berikut :-


1. will be held on 23 disember 2010 (thursday) from 10am till 5pm.

2. venue will be at Petroleum Resource Centre (PRC), Level 4, Tower 1 KLCC.


So sesiapa yang teringin nak beli red velvet cupcake dengan topping mascarpone cheese dan biskut-biskut hantaran kahwin/tunang yang cun-cun, esok pagi dari jam 10 MARILAH RAMAI-RAMAI KITA MENUJU KE KLCC. Jumpa di sana-disana.


Nak shopping ke nak derma? Nak shopping ke nak derma? ok marilah sama-sama kita bershopping sambil menderma. Seronok kan.

Wednesday, December 22, 2010

Main Wayang

Kau mainkan aku dengan waktu
kau lekakan aku dengan masa
lalu kau tamatkan dengan hemah


Ini adalah percaturanmu
ini adalah permainanmu
begitu hebat kau mengolah
sehingga aku kalah
sehingga aku pasrah
sehingga aku terpedaya sudah


Kau lupakan aku tanpa kesan
kau tinggalkan aku tanpa rasa
kau hina aku dengan lontaran janji
kau lupa aku masih bernyawa


Ini adalah jalan penceritaanmu
ini adalah lakon layarmu
aku kau masukkan dalam watak
sehingga aku percaya itu benar
sehingga aku yakin ada rasamu
dalam jiwamu untuk aku


Adakah lagi watak itu untukku
untuk aku hayati bukan di dalam cerita.

Friday, December 17, 2010

Kena Hempap

Selamat berhari Jumaat, tuan puan, adik kakak, makcik pokcik dan para pembaca semua. Hari ini saya nak berkongsi resepi makan tengahari saya tadi. You all masak ke hari ini. Tak pa kalau tak masak...besok boleh masak.


Eew penatnya badan hari ini. Sedap kalau kena urut ni. Maklumlah badan ni bukan muda lagi....dekat expired dah. Tadi masa nak masak tomyam tiba-tiba limau nipis yang saya lambung-lambung atas lantai , pantul-pantulkan atas lantai hempap jatuh atas jari kaki saya...mak oi...sakit macam nak mati. Itu baru sebiji limau kecik...kalau batu lesung mahu cuti sebulan.


Betul...rasa kebas-kebas..lenguh-lenguh...ngilu-ngilu.Macam tak logik sampai boleh sakit macam tu. Yang Imran dengan Hafiiz pulak asyik tanya...ehh kenapa mama baling-balin limau tu atas lantai. Saya pun terangkan lah, supaya limau ni jadi lembik lembut lepas tu baru senang perah. Satu petua dah...dia orang belajar hari ni.


Hari ini banyak tempahan, 4 strawberry moist choc cake, red velvet cupcake topping mascarpone cheese dan sebiji red velvet kek......

Tapi sompek jugaklah den masak. Saya ni bukan suka nak jadi superwoman ke apa...merana badan...buat kerja teruk-teruk ni...tapi lebih kepada tak sampai hati. Satu sifat saya yang tak pernah luntur dalam diri saya ialah TAK SAMPAI ATI. Tu yang kadang-kadang nampak macam superwoman. Sebenarnya tidak.


Saya bukanlah perempuan yang rajin kemas rumah. Tetapi terpaksa kemas sebab tak sampai ati tengok rumah macam tongkang pecah. Nak suruh anak-anak sangat-sangat macam tak sampai ati. Yang suami pulak memang lah saya sampai ati nak suruh tetapi dia yang tak sampai ati nak buat.


Saya pun bukanlah rajin sangat nak masak. Tetapi sebab tak sampai ati tengok anak-anak kebulur, suami kebulur makanya kerah jugaklah tulang kederat ni walau penat macam mana pun. Dah tu kadang-kadang anak-anak ni macam pelanggan kat restoran...dah makan nasi...order dessert pulaklah...itulah inilah...



Tapi lately ni dua anak bujang saya tu rajin masak. Hari ni Imran buat kuih donut berglace...sedap giler dowh. Yang ni saya tabik springlah kat Imran. Sebab semalam dia buat tak cukup berebut-rebut. Saya dapatlah makan dua tiga gigit. Hari ini dia buat double adunan. Biar sampai termuntah budak-budak tu makan.




Bersungguh Chef Imran buat ni dibantu oleh Chef Hafiiz.


Ha tengok tu...glace dia.....bila gigit dia crispy.


Ni kalau tak muntah memang tembolok besar.


Setiap kali orang order red velvet saya buat dua adunan untuk budak-budak. Hari ni tetiba ada customer nak 20 biji, maka anak-anak dok sibuk kata jangan jual.....dasar!!


Red Velvet untuk Hana. Dia nak bagi kat mother in law.



Lauk lunch, sawi cina siram sos tiram.dui berapa banyak ram-ram dah. Cara-cara...celur sawi. Kalau nak sedap dan hijau siram air sejuk lepas celur. Tumis bawang putih and bawah merah. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Tunggu mendidih and angkat lalu siram di atas sayur yang di atur di atas pinggan.


Ikan bawal goreng garing. Untuk yang tak suka makan pedas.




Set kedua ikan bawal curah sambal darat. Bertambah-tambah satu rumah makan. Cara-cara nak buat sambal tu. Tumis bawang merah hiris. Then masukkan cili yang dikisar bersama belacan, udang kering dan dua biji buah keras. Pastu letak ler gula, air asam jawa, garam, ajinomoto. Tunggu sampai naik minyak.Angkat curah kat ikan.



Tomyam seafood yang simple..memang penambah selera.


Saya tukang masak. Dia orang tukang makan. Bagai aur dengan tebing....memang ngam.









Jendul

Aduhhh...
jalan menonong
tak peduli kiri kanan
pakai langgar
pandanglah sikit atas tu
ada belebas ke
ada bendul ke
ini tidak
ikut sangat perasaan
ikut benar hati tu
yang nak jalan menonong tu kenapa
pakai redah je
mata tu pandanglah sikit
kaki nak melangkah tu tengoklah sikit
jalan tu bukan lurus
lubang sana lubang sini
tulah jalan menonong
kan dah terantuk
padan muka aku
dahi pun dah jendul.

Thursday, December 16, 2010

Sekolah Tahfiz

Ramai orang cadangkan saya hantar anak-anak pergi sekolah Tahfiz....boleh bagi cadangan ada tak sekolah tahfiz yang berdekatan dan murah-murah jer....buat masa ni belum mampu lagi nak bayar yang private tu.

Wednesday, December 15, 2010

Bila Cinta Tak Lagi Bermakna

Nougat...kesian kau...mimi memang tak nak kau...tapi kau tak pernah give up....Kau kena faham nougat....dalam hidup ni tak semuanya kita boleh dapat......apa da...kau mana faham....kau tu KUCING.

Bila cinta kini tak lagi bermakna

Yang ku rasa kini hanyalah nestapa

di tinggalkan masa lalu.


Dulu kau tawarkan manisnya janjimu

Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkan diriku

Ku sebut namamu disetiap doaku

ku kan setia dimana tempatmu yang ku dapat hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu menusuk hatiku hingga ku memilih cinta yang fana


Perginya dirimu merobek hatiku
Hinggaku terjatuh dalam harapan.

Aku paling suka bila tengok kucing sedang tidur santai atas lantai...aku pun baring sebelah sambil memerhati wajahnya....eceh....Alisya nape balik sekolah muka macam tepung gomak?!