Wednesday, October 13, 2010

Serbuk Pati Ayam Dan Ajinomoto Tu Samalah Weh......Bahan Perasa.

Alamak ajinomoto tak halal ke?....Sedih woh...kesian ajinomoto....terlalu banyak perspektif negative dilemparkan terhadapnya.

Setelah lebih seratus tahun, sejak nenek moyang saya lagi, ajinomoto dah jadi sebahagian daripada salah satu bahan masakan di dapur selain garam dan asam jawa....tiba-tiba saya dapat tahu ajinomoto tak halal. Bukan ke ada cap sijil halal tertera pada plastik beliau. So mengapa perlu ada prasangka.

Apa yang saya pasti di dalam setiap urat saraf manusia di atas planet ini pasti terdapat molekul ajinomoto, selagi mereka tidak menghindarkan walau satupun makanan yang dimasak dikedai, samada restoran nasi campur, nasi lemak, char kuew teow, restoran thailand, nasi kandar, mamak, ayam kfc, mc donald dan segala makanan segera seperti mee segera, nugget ayam, hot dog, drumet ayamas dan sebagainya.

Banyak yang tak mahu bercerita yang mereka masak guna ajinomoto. Ada seorang kawan bertanya, you masak letak ajinomoto ke? Saya pun jawab taklah...saya masak guna serbuk pati ayam. Weh samalah tu....semua tu mempunyai unsur-unsur bahan perasa jugak. Pertanyaan beliau seolah-olah mahu menghukum yang masak letak ajinomoto adalah salah.

Ok dipendekkan cerita, saya dibesarkan dengan membeli ajinomoto dari harga peket yang paling kecil 20 sen sampailah sekarang peket yang paling kecil berharga rm1.20.

Ada sesetengah orang mengata makan ajinomoto tidak baik untuk kesihatan. Rambut gugur, tulang reput dan sebagainya.

Walau bagaimanapun susah untuk saya mengakui itu kerana hampir semua dikalangan saudara mara saya yang makan ajinomoto semasa hayatnya dalam keadaan sihat dan meninggal pada umur hampir seratus tahun.

Kalau nak dikatakan menyebabkan rambut gugur, alhamdulillah rambut saya lebih lebat daripada rambut kakak ipar saya yang semakin menipis walaupun tak makan ajinomoto.

Apapun, itu terpulang pada anggapan dan citarasa masing-masing. Alhamdulillah, saya bersyukur yang tubuh badan saya masih sihat, tulang masih kuat. Asalkan kita tahu bersederhana dalam segala hal insyallah tidak akan jadi mudarat pada kita.

32 comments:

n a d e a said...

betul tu auntie. makan ape pun kalau tak berpada-pada memang memudaratkan..

sy masak tak guna ajinomoto sbb mak tak guna ajinomoto. tapi saya makan je sbb tau kedai2 mkn semua guna ajinomoto ;)

Me said...

Tak pernah terfikir pun selama ni... Serbuk pati ayam @ ikan bilis pun perasa juga, kan?! Sama la dgn ajinomoto... Habis, apa yang kita nak kecoh mkn ajinomoto?! Hahahaa..

onenadiana said...

Bagi saya memasak memang perlu pakai serbuk perasa.. sebagai pelengkap rasa..
Kalau nak elak memasak kat rumah tak guna perasa.. haii... kat luar tu semua gunakannya. Mmg tak boleh elak.

onenadiana said...

Bagi saya memasak memang perlu pakai serbuk perasa.. sebagai pelengkap rasa..
Kalau nak elak memasak kat rumah tak guna perasa.. haii... kat luar tu semua gunakannya. Mmg tak boleh elak.

khairul farhan said...

Well. makan ajinomoto or serbuk pati ayam tu semua tak pernah memudaratkan. kalau nak kata tak elok, garam pun tak elok untuk badan, awat gi letak dalam gulai? Pasal halal ke tak, rujuk kepada pihak yang berhak menentukan. Tak gitu?

Ummi Hanie said...

confirm ke ni x halal pak aji tu k.nani..?

pati ikan bilis pun same la ek?
hanie mcm konfius sket dgr pasal pak aji ni...pasal isu halal @ isu bahaya..hurm...

Nurul Says said...

Makan apa-apa pun kalau TERLEBIH mmg ada kesan sampingan kan..termasuklah GULA, GARAM etc..bgtu jg 'ajinomoto' kalau ikut sukatan xde masalah la kot...dengan pelbagai makanan SEGERA d pasaran..amat mustahil lah tak makan bahan perisa@ajinomoto :D

YUHANIS SHAZLINI MAT ZAIN said...

aunty, mak saya pun masak tak boleh kalau tak pakai ajinomoto.. rindu masakan rumah pulaa..anyway biar ape org nk kata. tipu la kalau tak makan ajinomoto sebab kat kedai mesti letak benda tu. tak ada ajinomoto tak sedap makanan.. suka blog aunty nani..=)

dapur laksamana said...

According to the Japanese patent office, sodium glutamate was invented by Kikunae Ikeda in 1908 while he was working with understanding the flavor of a type of seaweed. The distinctive flavor has come to be called umami, a Japanese word variously translated as "tasty," "brothy," "meaty," etc. Although this flavor occurs in nature, the discovery of pure sodium glutamate identified why people experience it as a unique flavor. Umami taste receptors, those that detect MSG, have been discovered, and work continues to be done to understand the perception of umami.

Read more: What Is Monosodium Glutamate Made Of? | eHow.com http://www.ehow.com/about_5037499_monosodium-glutamate-made.html#ixzz12HgWcuGe

dapur laksamana said...

salam,
the msg asalanya dari sea weed..I agree with you..tapi org kita cepat benar mellatah sikit sikit dia beri fatwa sendiri haram..etc..
Function
•MSG is used principally in two different ways, as a spice and as a food additive. As a spice, it is mostly linked with Chinese food, though by no means all Chinese chefs, restaurants or recipes use MSG. As a food additive, MSG, which can be found under a number of other trade names, is found in a massive array of packaged foods, including foods made at restaurants with pre-packaged ingredients. It is one of the most common additives found in foods today. Glutamate, which is a non-essential amino acid (meaning that the body produces enough for its own purposes and extra need not be consumed), is found in the body as a neurotransmitter; chemically, MSG is glutamate in compound with salt.
Features
•Aside from occurring naturally in a number of foods we associate with having a savory flavor--sharp cheese, tomatoes, and mushrooms among them--glutamic acid can be refined chemically as the result of fermentation processes of products like soybeans. The Food and Drug Administration (FDA) reports that injections of glutamate have been found to damage nerve cells of lab animals, but that this method of introducing glutamate into a system does not cause the same effects as ingesting it.


Read more: What Is Monosodium Glutamate Made Of? | eHow.com http://www.ehow.com/about_5037499_monosodium-glutamate-made.html#ixzz12HgwmdnQ

fayT said...

klu ltk ajinomoto, mknn x sedap bila dh sjuk...rasa semacam...
sama la cam kt kdai, time panas je sdap....

Nurul Lalala said...

hye kak. isu pasal ajinomoto ni da lama da. sy dulu p0n takot nak mkn ajinomoto coz org ckp nt otak lembap la, rambut gugur la. tp pas amek kos fud science ni baru sy phm.

ajinomoto tu just a brand. bhn perasa tu nama dia MSG. byk lagi jenama lain yg pki or keluarkan MSG ni. tp disebabkan ajinomoto tu brand premier, so org keep blame it.

dari apa yg sy phm, MSG ni dia akan bg signal pd otak supaya otak boleh bgtau kita mknan yg kita mkn tu sedap. sebab tu kalo msk ltk MSG, sedap. slalunye MSG diletakkan dlm mskn daging. baru lebih kick.

mmg dia boleh memberi side effect coz kebanyakan kita or restaurant letak byk sgt. kdg2 lidah rasa kebas, haus dan lain2. sebenarnya amaun yg diperlukan terlalu sedikit..beberapa cubit je. bukan sudu!!!

and dr segi halal, setau sy bahan mentah untuk brand ajinomoto adalah daripada ubi kayu. then ada microbes yg digunakan utk hasilkan MSG. so, pikir2lah..rasanya tak jadi masalah. and pada labelnya pon da tertera logo halal. jgnlah terlampau ragu2..

wallahualam

♥Cik Puan♥ said...

auntie..saya kawen baru saya tahu ajinamoto sbb family saya tak pernah guna..mertua mmg kuat guna ajinamoto sbb tue dia masak apapun sedap so sekarang besan dia pun dah ikut...kami sekarang dah jadi keluarga yg menggunakan ajinamoto...semestinya makanan menjadi sedap...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

saya xreti masak kalau xletak pak aji..rasa mcm xbest je lauk tu jdnya..

notti netti said...

apa-apa pun, janji masak kan.......

Su Hana said...

sy ngan mak bleh ngan k.nani... sy msk mmg guna pak aji... klu kita ikut sukatan yg betul, jaga kesihatan, minum air masak byk2....insha-Allah x memudaratkan...

klu x mkn pak aji tp x jaga kesihatan bleh jatuh sakit gak!

mama leen said...

btul ke post tu pukul 5.30 pagi.. awal nya bangun.. hehe

mama leen said...

btul ke post tu pukul 5.30 pagi.. awal nya bangun.. hehe

NenetPenne (NP) said...

i guna ajinomoto

my sista, kat luar makan beria2 makanan yang ada ajinomoto tapi kat rumah bila masak tak taruk pun.. bila ditanya kenapa, dia kata, sebab kat luar dah makan byk, so kat rumah tak payahlah...

masalahnya makan kat luar lebih byk daripada makan kat rumah. so apa effectnya kalau tak makan selama sehari jer?

tapi secubit maggi tu dia guna pulak..

umpama orang yang berkata tak makan ikan tongkol tapi sandwich tuna beria2 dimakannya pula..

NaniRostam said...

Salam. Sebenarnya terpulang pada selera masing-masing. Tetapi jangan disebabkan kita tak biasa masak pakai ajinomoto kita nak perkecil-kecilkan orang yang pakai ajinomoto. Mungkin bagi kita, tanpa ajinomoto badan kita sihat. Tapi bagi orang lain dengan ajinomotopun mereka sihat.

Apa yang penting...kita tahu apa yang terbaik untuk kita.Kalau kita dah biasa masak dengan ajonomoto dan dah berpuluh tahun begitu tak jadi masalah....teruskanlah...

Dan kalau kita dah berpuluh tahun masak tanpa ajinomoto pun tak da masalah...teruskanlah....

Masing-masing ada citarasa masing2.

Kadang-kadang bukan masalah rasa atau mudaratnya tetapi biasa dengan tak biasa.

Kalau dah biasa pakai....macam tak lengkap kalau tak pakai.

Kalau dah biasa tak pakai...macam janggal kalau nak pakai.

So yang penting kalau kita rasa benda tu tak baik untuk kita.....tak semestinya tak baik untuk orang.....

orang kata alah bisa tegal biasa....tepuk dada tanya selera.

Macam saya...saya alergi makan ikan kembung...tetapi tidak pada orang lain. Jadi tak kan saya nak kata yang ikan kembung tu tak baik untuk kesihatan orang lain pulak.

kerengga riang said...

ajinomota, kiub ayam, kiub ikan bilis, sos tiram, secubit rasa maggi, pasti sedap knorr semua ada MSG. so, tak semestinya tak guna ajinomoto, kita tak makan MSG. Kalau dalam kuantiti yang sedikit, ok. Ia akan mudarat jika digunakan berlebihan. Antaranya ialah penyebab kanser

Unknown said...

Dulu-dulu sebelom saya kawen, mesti la ikot cara mak kita masak kan...
So, apa apa masak mesti ltak Ajinomoto.... kiranya saya dibesarkan makan Aji, masak pon mesti letak Aji....

Then I got married.... mak laki saya jenis masak x pakai perisa tiruan or AJinomoto.....

Apa lagi.... laki saya punya horror tgk saya masak smua benda ltk Aji.... pendek citer, lama2 saya buang Aji tu... & masak x guna lagi dia.

Mula mmg rasa tak kena.... (perasaan saja rupanya).... bcoz skarang baru saya perasan makanan tanpa Aji lebih enak rasanya...

Mak saya pon tak perasan ketiadaan Aji dlm masakan saya... malah lagi puji adaa....

Itu aje citer saya.

mamaD said...

tipulah lau kite ckp kite x mkn ajinomto...mane2 gerai, restaurant even hotel pun gna lah pak aji ni...sebenarnye function dia as for flavoring...lau org yg sakit tekak tu..or ade masalah rasa tu lainlah....

yang penting makan ape je selagi mmpu mkn..nnti dh sakit...smua xleh telan...nikmat yg tuhan bagi...alhamdulillah...kite gnakan sepenuhnya...a

AMIR RAOF said...

perlu ada kajian yang terperinci terhadap ajinamotor.

A.I said...

mak pesan, kalau nak sedap sambal..JANGAN LUPA letak ajinomoto! mmg tak sah kalau masak x campak ajinomoto secubit..hohoho

aNIe said...

Nani... kalau nak masak takmo letak ajinomoto... maka semua perencah mesti lebih... bawang... daging.. udang atau bilis... atau apa aje perencah untuk menyedapkan makanan...

Tapi akak pun dah bertahun2 masak letak sikit aji... kalau yg rasa takmo makan aje... jgn makan kfc..mcd... pizza atau lain2 masakan diluar tu... sebab memang diorang guna banyak msg...

~Zila Zul~ said...

ye ah kak, macam org makan megi sekali-sekala dengan org yang tak makan megi tapi asik kuar makan kat luar la. bila tgk org makan megi mcm nampak org mkn racun, yg makan kat luar hari2 tu dia tak sedar. haih!

mr.panda said...

huh, ajinomoto adalah halal dan isu kabar angin ajinomoto telah lama berleluasa. terasa kalau orang mengata pasal ajinomoto sbb mak saya keja di kilang ajinomoto. salam ziarah auntie.

Ieza said...

selalunya masakan yg letak ajinomoto ni membuatkan makanan tu bertambah sedap..tapi ieza sendiri xleh nk makan makanan yg letak ajinomoto sbb bila letak...kepala jadi pening...apa kes ni...

Unknown said...

kalau dh letak kicap segala sos tu saya mmg tak ltk aji...sebab tau dh segala tu ada MSG..so reduce kan lah...mkn kt luar pun tak suke...ntahla..sbb leh recognise rasa aji tu....

Unknown said...

kalau dh letak kicap segala sos tu saya mmg tak ltk aji...sebab tau dh segala tu ada MSG..so reduce kan lah...mkn kt luar pun tak suke...ntahla..sbb leh recognise rasa aji tu....

k9n4ultra said...

rs yg pelik dlm mulut klu overdose ajinomoto.. serik i...