Wednesday, October 20, 2010

Manusia Berubah

Siapakah yang paling anda kenali dalam hidup anda? Selalu kita fikir kita kenal seseorang itu walhal hakikatnya tidak. Dunia berubah. Apatah lagi penghuninya.Jangan sangka orang yang kita kenal semalam adalah orang yang sama kita kenal hari ini.

Begitu halnya dengan anak-anak saya. Khairi semasa kecil adalah seorang budak yang sangat penakut. Penakut ya rabbi. Penakut yang memang menyusahkan. Nak kemanapun mesti berteman. Sorang-sorang adik kakak dia jadi mangsa untuk menemankan dia. Pergi jamban berteman. Buat homework berteman. Pergi minum ke dapur berteman.

Memang cengeng habislah. Bila sedar diri tu sorang-sorang dalam bilik tak semena-mena menangis sekuat hati ketakutan. Setiap kali kena tegur 'dont' atau 'jangan' sekuat hati dia menangis. Baru kena jegil mata pun dah melalak sekuat hati.

Khairi sangat rapat dengan saya. Maklumlah anak lelaki pertama dalam adik beradik. Memang rapat sangat. Mandi, nak saya mandikan. Berak, nak saya cebokkan. Makan nak saya suapkan. Ke sekolah nak saya yang hantar. Ambil report kad pun nak saya yang ambilkan.

Semua benda nak saya uruskan. Kalau daddy dia nak uruskan pengsanpun dia tak mahu. Walhal, dialah anak lelaki pertama yang ditunggu-tunggu oleh daddynya selama ini setelah anak pertama dan kedua adalah anak perempuan.

Pernah, akibat naik angin, daddy dia belasah dia cukup-cukup dengan salur getah paip bila dia menangis-nangis tak mahu daddy dia yang cebokkan dia.

Habis UPSR bila dia dapat tawaran ke SBPI di Sabak Bernam, memanglah saat yang paling menyedihkan buat kami berdua. Waktu mula-mula tinggal di asrama, hampir setiap minggu dia akan menelefon saya sambil menangis dan meminta untuk pindah sekolah berhampiran rumah. Hati ibu mana yang tak sedih dan sayu bila mendengar anak menangis dan bersedih tak sanggup tinggal berjauhan.

Saya memujuknya agar bersabar dan beri sedikit masa lagi untuk dirinya menyesuaikan diri tinggal di asrama dan berjauhan dari saya.

Setelah hampir dua bulan, dalam pada saya sedang berkira-kira mahu memohon perpindahan sekolah untuknya, Khairi pula agak keberatan untuk berpindah sekolah. Dia mula selesa dengan kehidupan asrama dan mula menyukainya.

Sejak itu, dia benar-benar berubah. Dia bukan lagi Khairi yang dulu. Dia tidak lagi Khairi yang sangat penakut.

Sejak itu Khairi adalah seorang yang tidak mudah takut. Tinggal di asrama Khairi sering 'diganggu'. Tetapi dia dapat menghadapi segala gangguan itu dengan tenang.

Pada suatu malam ketika nyenyak tidur, tiba-tiba dia terbangun kerana rasa nak 'terkucil'. Lalu dikejutnya rakan dom sebelah yang menumpang tidur dikatilnya, untuk menemaninya ke tandas. Rakannya pun bangun dan pergi bersama ke tandas. Sampai di tandas, masing-masing masuk ke tandas bersebelahan. Selepas seketika kawan yang ditunggu tak muncul2 diapun bergegas balik ke biliknya semula. Setibanya di bilik, Khairi dapati kawannya sudahpun tidur dikatilnya. Tanpa banyak tanya, Khairi terus tidur berkongsi bantal dengan kawannya itu.

Keesokkan paginya, ketika bertemu kawannya di kelas, Khairi bertanyakan kawannya, adakah dia pergi menemaninya pergi ketandas malam tadi. Dengan muka terpinga-pinga kawannya mengatakan yang dia langsung tidak pergi kebilik Khairi malam itu.

Banyak lagi peristiwa gangguan makhluk halus yang sering dialami oleh Khairi. Namun Khairi menghadapinya dengan agak berani dan tenang berbekal ayat-ayat kursi dan selawat ke atas nabi.

Bercerita tentang berubah, mengikut teori saya, kadang-kadang anak yang sangat nakal dan sering menjengkelkan hati kita sewaktu kecil mereka, akan jadi anak yang sangat rapat dan begitu mengambil berat tentang diri kita. Dan ada yang sebaliknya pula.

Jadi kita tidak perlu terus mengadili sifat atau sikap anak-anak ketika mereka masih kecil. Mereka selalunya berubah.

14 comments:

Unknown said...

stuju!
setuju dengan teori puan :)

nurs said...

teori anda tentang perubahan anak, yg nakal dan menjengkelkan akan menjadi sangat rapat..hmm itu yg saya harapkan kerana sednag melalui keadaan ini bersama anak saya..tetapi saya juga mengharap anak2 yg sekarang memang baik dan ambil berat jangan lah berubah pula, biarlah bertambah baik jangan jadi terbalek..

A Y U A Z A M I said...

ayu rase nak menangis bace entri ni. tak tau kenape. tapi, ayu ade jugak berharap, family ayu sedar akan perubahan ayu ni ...

MasReena said...

setuju dgn aunty, "kadang-kadang anak yang sangat nakal dan sering menjengkelkan hati kita sewaktu kecil mereka, akan jadi anak yang sangat rapat dan begitu mengambil berat"

dulu masa kecik2 mak saya selalu sanjung adik perempuan saya yg cantik, seolah2 itu anak harapannya. bila masing2 dah besar, anak harapan itulah yg selalu menyusahkan dan menyakiti ibu saya, aunty

Anonymous said...

ha'ah.. kadang2 anak2 yg nmpak buruk kat mate orang tapi sebenanye tula yg sgt syg parents dye.. yg selalu rindukan parents dye.. :((((((((((((

jgn igt anak yg berjauhan diam sebenanye kuat.. jgn penah lupekan anak even seminit.. jgn penah lupe tnyekn kabarnye even sekali.. jgn lupe tnyekan mkn minom saket sehatnye bile bejauhan..

:(((

anak yg disangke kuat.. tpi anak tetap anak.. selalu n akan selalu rindukan kasih syg parentsnye even dye tk penah ckp.. owh! owh! :((((

nadiayaya said...

Y.Y

The Hilmans said...

tak tau kenapa,,tapi entry ni sgt touching~~

salehs said...

hemmm...dgn itu terfikirlah plak mcm manalah mak ayah kita melayan kerenah kita masa kecik2 dulu...kita pun x tahu masa kecik2 dulu kita nakal setara mana...bila dah jadi bapa..dah jadi mak...barulah kita sedar betapa perlunya kita menjadi superSabar dgn kerenah anak2...sayangilah mak ayah kita sepenuhnya.

saya ada 9 adik beradik dan mak ayah sy adalah manusia terhebat!!!..
yeahhh

ddjfr said...

yela kak.dulu masa sy kecik,saya memang anak yg terpaling penakut.nampak bayang2 sendiri pn bleh menangis.lepas my parents anta masuk asrama,terus bleh bertukar karaktor.jadi sorang manusia yg berani,tak suka menangis,dan keras hati yg positif.

manusia mmg bleh berubah sebenarnya.tp atas motivasi sendiri,bukan paksaan org lain. :)

Amira is mira said...

betul tue aunty..mase mule2 mira nak masuk hostel pun mcm2 kerenahnya..asyk nak call mama ke.pastue nangis..sbb pikir takut, makan dan rindu..anak 1st la katakan...

khairi mmg hebat.kat hostel mcm2 bnde bole blaja

Hanis MY said...

hehe baru hari ni komen, sebab semalam baca kat lab pukul 12 tgh malam meremang bulu roma terus logout huhu...

jiwa sifar said...

biase la dok asrama.lg2 stat dok ms form 1.hingusan lg.sy xde kne ganggu tp kne BULI dgn senior.cet.

anwar777 said...

satu perkara yang saya perhati dan belajar sendiri, kalau duduk asrama, kita dipaksa cari takpun bina sendiri kekuatan yang kita tak sangka kita ada atau mampu capai.

Zarina Daud said...

cite puan mengenai anak2 buat saya x sabar kawen dan punyai kehidupn mcm puan