Thursday, October 21, 2010

Resepi Ikan Bakar The Boom

Assalamualaikum....


Cuaca hari ni redup..mendung..kelam. Mood pun tak berapa nak ceria. Inilah akibatnya kalau hari di mulai tanpa sebarang program. Selalu ada jer plan nak gi sana gi sini. Bila dok memerap kat rumah, inilah jadinya....macam lembik jer kurang semangat.

Naseb baekla....ada laptop nak den godam...kalau tak...dah lama angkat kaki gi ronda2 kat ikea cari cawan..cari gelas yang setengah dozen rm4.90 tuh. Tengok kat dapur tadi macam dah banyak berkurang....depa nih buat muka selamba jer kalau teraccident gelas ke cawan ke...tup-tup ada je dalam tong sampah tu serpihan kaca-kaca yang menyilau mata dan menyilau hati....mentang-mentanglah gelas ikea...tau pulak hati mama dia tak terluka pun......

Dalam pada tu dok ingat-ingat apa aku nak beli....rasa-rasa macam tak da apa yang nak dibeli....makeup sume ada lagi...baju dah bersusun dalam almari..tapi dok pakai baju yang sama juga...tudung pun macam tu....

Oh ya ada satu benda nak beli...memang kena beli...jam tangan. Tapi dek budget tak terjangkau impian di hati maka postponelah dulu...


Tiba-tiba rasa teringin nak makan kat luar...tapi bila fikir-fikir dah masak lauk ikan bakar yang yummy-yummy untuk lunch tadi , rasa sayang kalau tak 'mentong-mentong' sebelah petang. Tau tak 'mentong' tu apa? 'Mentong' tu bahasa jawa. Makna dia dalam bahasa melayu, ulang makan setelah makan tengahari.


Ingat nak buat kek velvet...teringin nak rasa buat sendiri...tak pernah buat pun...hari tu pernah makan kat besday party anak kawan...sedap....tapi bila ingat order stroberi moist choc kek yang bersusun....postponelah....yang tu kena utamakan...kang bersilat sorang-sorang jugak nak menyiapkannya.

Boring bukan sebab dah tak da kerja....tetapi dah biasa keluar masuk keluar masuk sambil buat kek dan bagai maka bila tak keluar rumah, sampai dua tiga entrilah hari ini.

HAFIIZ BUDAK RAJINz dah happy dah dengan mangoesteen cup cake dia tuh. Pagi-pagi lagi dah kena gegar dengan si budak Hanis






Malam tadi sibudak Hafiiz ni bersungguh nak buat cup cake ni...memang sedap sebab resepi saya guna planta majerin instead of butter....

Mata masih sepet lagi dah kena kerah dengan sibudak Hanis suruh siapkan icing......

huh...nak kena cepat siapkan..kakak hanis dah nak balik segamat...kang tak merasa pulak dia...


Tada.....dah siap.....tapi yang batch ni tak dibenarkannya makan...sebab dia nak tunggu Abang Khairi dan Abang Im dia balik esok......terliur den nengok...sabar jer la.....



Oklah saya nak bagi serba sedikit resepi ikan bakar saya tengahri tadi....lumur ikan pari dengan cili, bawang merah, bawang putih, buah keras, udang kering yang dah kisar. lumur dengan asam jawa dan tabur rempah kari, garam, gula dan perasa. tabur sedikit tepung jagung dan goreng di atas kuali leper dengan sedikit minyak agar tidak melekat.Bakar hingga masak dan perah asam limau serta makan dengan sambal belacan atau cili kicap. yummy....

8 comments:

Atip said...

Dear auntie,.
I'm not very sure why I'm writing this but hopefully u will get it. Actually, saya terjumpa belog(blog) auntie via ur daughter, hanis. Before this, I have no idea of who is Hanis Zalikha until one day I read my friend's blog and he made a video about ur daughter. Then I visit Hanis's blog. Ramai cakap hanis sangat cantik, and most guy is crazy over her.,Bagi saya, beauty is something subjective and ramai lagi manusia cantik kat dunia nih,. mulanya, bagi saya hanis is just a malay girl who is doing modelling,. and her blog is full with girlie stuffs that i'm totally not interested in, jadi saya visit Monster Jambu blog (blog anak2 auntie) dan saya sangat tertarik dengan blog dorang,. sangat coollll and cute. So I read their blog,. saya kagum dengan tulisan anak2 auntie(hafiz,im) sebab matang dan bijak. Jadi, saya tertarik untuk mengenali siapa ibu-bapa mereka. Dari situ, saya pergi ke blog auntie. Saya ada baca kisah hidup auntie yang agak mencabar pada mulanya, dan peranan hanis dalam membantu auntie. Auntie juga banyak cerita mengenai siapa hanis n puji hanis. Saya sangat kagum dengan auntie., i really mean it,. and now, my perception toward Hanis is different.,cantik luar n dalam. Saya kagum dengan auntie n hanis,. saya harap sikap hanis yang baik masih kekal hingga hari ini. and yeah, she is malaysian dream girl,. Auntie should be proud of her. Some 'ustazah' condemn auntie tentang isu aurat., macam aunty cakap, x semua perempuan bertudung baik2,. thats true,. tapi still, menutup aurat adalah tuntutan agama. I pray that one day Hanis can be a model for Muslim woman with head scarf or muslim busana sebab dia sgt cantikk bila bertudung. I believe hanis mmg baik n adorable, kalau tak, takkan sampai berpuluh ribu follow her blog,. once again,. congratz auntie, u have been bless with such amazing children,. u should be really grateful, auntie.
-atif-

diba yusup said...

bagilah resepi cara cara nak buat cupcakes yg mudah aunty

ayu said...

menariknyaaa.....mesti sedap ikan bakar tu kan..

l y n n a s h a a r i said...

akak sy loyal reader..slalu curik2 resipi yang akakt publish kat belog.sudi2 lah dtg meniarah di belog saya yg tak seberapa ;)pernah komen2 akak tapi tak pernah dpt feedback :( tq

kakchik@ella said...

ela dtg nk mkn ikan bakar kak. hehe ..

♥Azie♥ said...

auntie tolong bg reseki kek cup..toturial sekali cara hias dia..saya buat selalu terbuka tak cantik bulat knp yer???

Hidayahmk said...

auntie, boleh buat entry blog bagaimana buat cup cake guna bahan-bahan tak mahal mcm planta..?

nampak sedapla yg hafiiz buat tu..


macam senang je nak buat cup cake..

suzzsuzie said...

kak nani..selalu org buat pakai butter nak bagi sedap...rupanya pakai planta pun sedap jugak ek