Sunday, October 3, 2010

Rindu Masih Bertahta Di Hati













Hari tu bila zainal dijemput oleh seorang kawan lamanya ceo DRB Hicom Dato Seri Mohd Kamil Jamil ke majlis rumah terbuka DRB Hicom di hotel istana, saya berfikir wah!...ini bukan rumah terbuka...tapi hotel terbuka...




Maka istilah majlis rumah terbuka itu bagai tidak relevant dengan tajuk yang berkaitan dengan perkataan rumah itu sendiri. Atau mungkin lebih sesuai kalau itu dipanggil majlis makan buffet sempena hariraya.



Ok bukanlah itu yang saya nak gembar gemburkan di sini. Apa yang lebih membuat saya terfikir-fikir betul ke selama ini bila menjelang hari raya kita bersungguh mahu memohon kemaafan atas kesalahan kita terhadap orang-orang yang berada disekeliling kita



Setahu saya...dari pengalaman saya...kesungguhan memohon maaf dari seseorang di hari lebaran itu hanya pernah saya lihat ketika saya membesar di kampung saya dulu.




Dulu semasa dikampung adalah bagai satu perkara wajib setiap kali hari lebaran iaitu hari kita bukak buku baru maka kita harus memohon maaf di atas segala kesilapan kita yang telah lalu terhadap orang-orang yang kita kenali disekeliling kita.




Bermula dari selepas solat sunat hariraya....masing masing memasang azam untuk berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah lalu merangkumi kesemua rumah di kampung semata-mata untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan zahir dan batin walau sengaja atau tidak serta minta dihalalkan makan minum.



Rasa seronok, bahagia dan amat melegakan kalau dapat beraya di semua rumah dikampung kami.



Kesungguhan memohon maaf memang amat ketara apabila sebelum meminta diri kami akan berkata ' makcik saya nak beraya!'....maka kami akan duduk dengan penuh sopan samada di atas lantai atau di atas sofa sambil tangan bersalam penuh tawaduk, penuh keinsafan dan keikhlasan memohon dimaafkan segala salah silap dan disambut pula dengan doa oleh orang yang kita pohon kemaafan itu.



Sekarang pula saya lihat kesungguhan memohon maaf dihari raya macam dah tak berlaku lagi. Kalau orang tak buat open house memang jauh panggang dari api lah kita nak beraya ke rumah dia.



Yalah kalau datang jauh-jauh kita macam mengharapkan...yang kawan tu buat makan-makan untuk kita..masak-masak untuk kita. Kalau tak da makan-makan...masak-masak maka tak terjejaklah kaki ke rumah orang tu.



Bukan ke sepatutnya bila kita nak meminta maaf atau beraya kita, kita telefon kawan tu kata nak datang beraya. Secara logiknya apabila kita ingin memohon kemaafan, kitalah yang berusaha untuk ke rumah kawan kita itu. Walaupun dengan senario sekarang ni...banyak orang mengelak untuk terima tetamu bila mereka tidak begitu bersedia. Maka konsep dan makna berhariraya itu sendiri menjadi semakin hambar ditelan dek zaman.



Kalau semata-mata ada open house baru nak beraya, sementara yang kawan tu pulak bila buat open house sahaja baru nak pelawa maka sedar tak sedar syawal berlalu namun kita masih belum bermaaf maafan. Lepas tu tak tahu bila lagi lah ada waktu dan kesempatan untuk meminta maaf. Bila bukan dihari raya rasa janggal kan... kalau saja-saja nak minta maaf. Kang tak pasal-pasal dikatanya kita ni buang tebiat.

11 comments:

aitotyati said...

salam aunti nani,

benar kesungguhan itu sudah tiada.

dan saya pernah sampai di rumah kwn, dah berada depan rumah dia dan saya nampak kelibat dia. dtg dgn niat nak beraya tapi disuruhnya dtg hari lain sbb open house dia hari lain.

sedangkan tujuan kami dtg awal sbb masa open housenya tu kami berada jauh dari semenanjung.

trend skrg, kalau takde open house tak boleh datang rumah. datang nak mkan atau datang nak minta maaf?

onenadiana said...

Kak Nani sgt cantik la.. and serba boleh.. saya kagum sgt... :)

JULYA said...

auntie skarang dah tukar kami dtg nak duit raya...huhu

NenetPenne (NP) said...

kak nani
kenapa kak nani begitu cantik?? saya pun ingin cantik mcm kak nani walaupun dah berusia...

cantik bagi saya ialah bila memandang membuatkan hati rasa tenang dan damai... dan cantik itu subjektif...

ikanbilis said...

canteknya puannn....teruja tengok..sangat jelita dan penuh sifat keibuan...

salehs said...

awat jadi x sedondon..heheh

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

patut la anak2 untie lawa2..mmg untie and uncle mcm pinang dibelah dua...dan untie, mcm org beranak dua jek lg..nmpk awet muda... sure ramai yg x percaya kalau untie ckp dah ada anak dara kan...

MasReena said...

sungguh auntie.. tambah lg kalau orang bandar..

pernah hubby tel kawan, bagitahu "kami nak datang".. dijawabnya "bini aku takde kat rumah". kalau setakat hidang biskut raya apa salahnya.. bukan nak berjamu hebat pon.. kita dtg nak ziarah kawan bukannya nak melantak

sedey tol. pastu besfren sendiri pon tak pelawa datang rumah. =S

{ finieViolet} said...

Selamat Hari raya Puan..( lawa sangatla Puan Nani ni.. terpegun tengok..no wonder la si Hanis tu macam supermodel..:)

macam2 kerenah orang kan..saya paling suka tengok orang2 tua time bersalaman.. diorg salam berbisik2, sungguh2 macam byk sangat buat silap..(masa lampau kot..) kalau orang muda just salam, cakap lebih kurang..0-0 gitu jelah.. Tapi sepatutnya mintak maaf stail orang tua tu patut dipraktikkan..sama2 mintak ampun lepas tu jangan buat salah lagi..(kalau boleh) yang penting kemaafan tu mesti ikhlas suci dari hati..jangan simpan dendam2 hasad2 dengki tu.

NaniRostam said...

Saya suka sangat tengok orang kampung beraya....mereka just pergi berkunjung tanpa perlu beritahu tuan rumah...tup tup depan rumah beri salam......Assalamualaikum!!!!!

Unknown said...

Cantik betol kak nani, tak puas mata memandang... anggun