Ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu jua.
heh inilah sebuah rumah klasik di utara tanah air yang ku kunjungi setiap kali
syawal menjelang....suka atau tidak....lama-lama suka jugak heheh....
Apakah yang lebih membahagiakan selain berebut makanan
dan berjaya duduk menikmati sambil mengumpat.
'Hotel' kat rumah mertua semua dah penuh...apa taknya...anak 13...menantu 13 cucu 60 dan cicit 10 maka kami terpaksa bagi laluan kat generasi muda. Mujur Hotel Star City Aloq Setaq ada satu bilik studio kosong......
Ada tak anak-anak orang lain yang tak seperti anakku....masuk
je kereta semua mula memekak.
Bermasak-masak untuk menyambut yang mahu datang berkunjung beraya.
Raya adalah untuk kanak-kanak dan orang muda2.
Hanis dan batch dari Subang Jaya.
Lagi tetamu Hanis.
Di pagi syawal yang indah.....kek (untuk customer) masih disiap lagi...
Khairi dan seorang kawannya dari SBPI Sabak Bernam
Liana dan Nazmin yang dari Kodiang tu....
Ein dan boyfriendnya yang cun.
Kawan-kawan Hanis yang cun-cun.
Model 2000an....hehe
Liana....aku....bakal besan kot....dan bakal menantu kot....
Kek yang dah siap dihidang.
Menjamu selera di hari raya.
Barisan kuih raya ku....
Persiapan ala kadar di hari raya.
Khairi tarik nafas dalam-dalam....banyak nak kena makan ni...
Anak anak bujangku yang bergaya dengan baju raya di hadapan juadah raya.....
Ketupat yang ku anyam.
Ayam masak merah yang ku masak.
Sayur Lodeh kegemaran anak-anak.
Hehe Alisya......
menunaikan solat sunat aidilfitri.
Mereka dan kucing-kucingku.
Toleh sekejap......
Mereka dan kucing-kucingku....
Dia dan kucing ku.
Beraya di Kodiang rumah Nazmin kawan Liana.
Seronok beraya kan? Hari raya, hati siapalah tak gembira. Pastinya dirasai semua golongan. Walau dari sekecil -kecil manusia yang mungkin sudah faham suasana kegembiraan berhari raya bukan?
Memanglah kegembiraan menyambut hari raya pada usia begini yang pasti tidak sehebat ketika usia menginjak remaja. Bagi saya menyambut hari raya ketika di alam remaja adalah saat yang paling mengujakan. Waktu itu hati tak sabar-sabar menunggu syawal menjelang kerana kawan-kawan akan datang berkunjung ke rumah. Kemudian konvoi pula ke rumah kawan-kawan yang lain. Malahan pada usia itu juga adalah saat indah yang paling istimewa di hariraya bila menanti 'sidia' yang bertahta dihati berkunjung ke rumah.
Alangkah indahnya zaman percintaan di hariraya. Waktu itu walau jauh beratus batu sanggup pula diredah. Walau rumah kekasih hati jauh di ulu ceruk kampung yang sepi dan membosankan namun hati rasa sungguh bahagia asalkan dapat bersama merayakan aidilfitri.
Malangnya keindahan dan keterujaan itu hanya ketika berada di alam percintaan. Sedangkan apabila kaki melangkah ke alam perkahwinan kita mula melupai saat-saat ketika mahu berkenalan atau ingin mengenali.
Begitulah sebenarnya kita ini. Sebelum memiliki semuanya sanggup tetapi sesudah memiliki, sukarnya kita untuk menoleh kebelakang dan menghargainya.Bak kata omputih...'we sometimes never love what we have'.
Bila dah jadi suami isteri ada antara kita mudah menggunakan kuasa veto. Mujurlah banyak antara kita mula belajar menerima hakikat yang berhari raya setelah mempunyai pasangan yang sah tidak kan sama seperti berhari raya ketika masih bujang.
Itulah perasaan saya walau gembira berhari raya bersama suami dan anak-anak di rumah sendiri dan juga rumah mertua namun jauh di sudut hati walau diri cuba memujuknya namun tetap rasa sayu bila hari raya kali ini tidak pulang merayakan di kampung halaman sendiri di johor. Sedangkan di tempat kelahiran itulah segala kenangan indah terpateri setiap kali menjelang aidilfitri.
Sebuah hakikat bahawa masa mengubah segalanya. Samada suka atau tidak kita tidak mampu menongkah arus masa. Kita tidak lagi boleh mengharap yang kegembiraan aidilfitri adalah bersama mak ayah dan adik beradik. Sekali ucapan ijab kabul disahkan oleh tok imam maka terimalah hakikat bahawa kita sudah jadi milik orang dan harus belajar menggembirakan hati berhari raya ditempat orang. Alahai tiba-tiba teringat beraya zaman muda-muda pulak......................
22 comments:
ada gak gambo teman walaupun cuma dari pandangan belakang.. hehe
gila kebaboowww raya kat umah auntie nani...taun depan boleh la saye datang..meleleh2 tengok kek chocolate tuh..haihh (--")
Lama brdiam diri. Sekali buat entry .. ambek ko. punya la pjg dan berwarna warni. Hehe ..
aunty, bila kucing2 aunty nk beranak lagi? nak barter trade. hihi. kucing sy baru mati haritu.. tsk :(
Betul tu kak nani ..saya setuju..semuanya pasti sudah tidak sama lagi macam zaman "bujang" dulu..
Nikmat berhari raya duduk selonggok dengan adik beradik sangat dirindui..
salam. kak nani kalau ati nak order kek tu kena ambil sendiri ke..jauh tak dari rmh ati di KLIA? awet muda le akak ni...
huhu dalam gembira ada dukanya......
meriah raya aunty, next time fifiey bolehlh join ye?? hehe,
anyway salam ziarah kee blog aunty..:)) have fun with ur beloved family ya.
johor kat mana?
meriahnya sambutan raya famili kak nani.. nampak sedap kek coklat..ada 2 kek kat kepala meja tu simbol pada ada 2 org anak dara yg sedia utk disunting ker...
aunty...kita baru kahwin..
sedih tahun ni x beraya dengan keluarga sendiri..
"Sebuah hakikat bahawa masa mengubah segalanya. Samada suka atau tidak kita tidak mampu menongkah arus masa. Kita tidak lagi boleh mengharap yang kegembiraan aidilfitri adalah bersama mak ayah dan adik beradik. Sekali ucapan ijab kabul disahkan oleh tok imam maka terimalah hakikat bahawa kita sudah jadi milik orang dan harus belajar menggembirakan hati berhari raya ditempat orang. Alahai tiba-tiba teringat beraya zaman muda-muda pulak......................"
inikah yang perlu dilakukan?
salam kak... mengapa saya telefon akak tapi tak boleh reach ye... maksud saya, ada ,ringing tone tapi call rejected... sedih nii... ;)
salam kak nani
saya ada email akak. hopefully akak dpt bukak lah ok? :)
sbb i tried calling pon tak dpt.
thanks! :)
regards,
ieja.
Kak Nani, kuih raya yg saya beli from akak dah lama habis..mcm mana nak habis cepat kalau lepas beli from akak bulan posa tu, saya makan tiap2 hari( mlm la)... next year boleh la beli lagi!
Siapa yang mengalami keadaan spt Pn nani saja faham akan perasaan itu.Korban perasaan hati kerana mengalah .Walau meriah dirumah sendiri dan mertua,tapi pagi raya tanpa ibubapa walau apa pun keadaan pertalian itu,tetap memberi kesan pada jiwa kita....
Harap puan sentiasa tabah menghadapinya.
Alangkah bahagia kalau anak anak dan suami mengerti hati seorang ibu dan isteri yang juga anak dan kakak/adik dalam keluarga nya sendiri.
Sekali sekala tak bolehkah ditanya apa kemahuan si isteri/siibu.Gembirakah dia.Kerana dia tak henti henti mengembirakan mereka.....
salam..selalu jenguk2 blog ni..jelosnya kat org yang larat masak banyak2 sekaligus..pe petuanye ye hehe..sy suka masak tp cepat penat if byk2
Best bace blog ni. .mcm novel. .hehe dah follow. .
Best bace blog ni. .mcm novel. .hehe dah follow. .
love all the pics :)
Saya rasa tidak semua orang mengalami perasaan yang serupa. Ada yang lebih seronok beraya bersama ipar duai berbanding ibu bapa dan adik beradik sendiri.
hello aunty! i came across ur blog awhile ago.. i just read this post and i just have to say that i wish i could cook like you and manage a household so well and still remain calm like you! hehehe i wish you well in whatever you do, aunty Nani! ;)))
apesal la auntie ni lawa sangat.. suke tengok aktiviti auntie.. rajin gila..
Post a Comment