Friday, October 8, 2010

Tips Kecantikan

Tiba-tiba rasa dah tua.Walau memang dah tua pun. Tapi sebab jiwa tu masih muda, buat-buat nak terlupa yang angka pada umur tu, kalau tonggang terbalik pun tetap mengatakan kau tu dah 44 tahun.

Terpaksa mengaku bila tengok segala huruf-huruf, angka-angka dan benda-benda yang tak berapa nak jauh tupun semakin samar. Kabur. Whuaaa....

Masa pergi Mid Valley tempohari...rasa dah tak tahan betul. Nak pijak eskelator pun teragak-agak. Nak pijak ke tak pijak?.....Nak pijak ke tak pijak?. Hish macam orang kampung tak pernah datang bandar aku ni....takut-takut pulak.Memangggg... kabur jer.

Emergency Nis!...jom cari kedai cermin mata!. Mata mama dah rabun tahap dewa ni. Tiba-tiba..ha'ah Hanis pun rabun....jomlah".

Sampai kat kedai England Optical, staff kat situ pun buat test, katanya " kakak tak perlu pakai cermin mata rabun kak...kalau setakat 75 ni ok lagi. Cuma akak ada masalah silau. Akak beli sunglasses jer... "

Bila dah pilih2....maka hatipun terpikat dengan satu sunglasses nih. So kopaklah rm250....bukanlah semata-mata mahu mengatasi masalah silau, nak melaram jer lebih...

Mula-mula jer bersemangat pakai...tapi bila bukak sunglasses nampak jelas bekas frame sunglases tu kat batang hidung tu maka jadi malaslah nak pakai lagi...maka duduklah sunglasses tu dalam dashboard kereta tak pakai-pakai....begitulah cerita yang sering terjadi...BELI TAPI TAK PAKAI.

Sebenarnya silau tu tak ada masalah...masalahnya memang RABUN.

Berbalik pada kisah Hanis....samalah ceritanya...power tak banyak so tak perlu cermin mata or contact lens.

Tiba-tiba teringat...dah lama kami tak minum air carrot. Dulu masa ada restoran...setiap hari suruh budak buat air...buatkan air carrot. Patutlah masa tu tak ada masalah rabun.

Saya pun berazam lalu berusaha bersungguh-sungguh...

Sekarang setiap pagi saya pastikan di atas meja mesti ada carrot jus untuk kami sekeluarga. Apatah lagi dengan harga carrot yang tak sampai 2 hengget sekilo maka saya akan memborong sebanyak lima kilo untuk stok seminggu.

Itulah kisah hidup saya....sekarang saya dah tak rabun lagi....dekat mahupun jauh....memang berkesan alhamdulillah.......heheheee.

Tetapi tak dapek den nak nolong Hanis.....kat UITM Segamat tu..... sapalah nak sediakan dia carrot jus....setiap pagi kan?

P/S Tips ini perlu disertai dengan jiwa yang kental dan consistent. Kalau setakat hangat-hangat taik ayam......bukan setakat rabun ayam....rabun yang belum tentu PERMATA HIJRAH berkesan memulihkan.






Hah.....tirulah macam saya.....................


Daripada beli benda merapu....cubalah beli benda-benda yang berpaedah ni.....jus apa pun pasti jadi kenyataan.

16 comments:

liyana said...

yer... adalah betul!!

kakchik@ella said...

Kalau lah ela ada masa utk si karot tu pagi-pagi ... tak yah beli contact lens lagi .. hehe ..

Honeyvsbee said...

Oh kak. .bukan rabun tau , tapi kornea mata kering. .sbb kurang vitamin A. .sbb tu kak minum jus carot ea terus ok. .hehehe sy pun sama. .tapi disebabkan telalu lama bru dpt tau punca mata dah rabun sket...sy ada buat entry pasal ni kat blog. .

PearlnScarf said...

itu carrot susu ker carrot plain

puterisholihah said...

salam..hai..im new in blogging..tp dh falllin in love with this blog... really admire ur kecantikan la... ^_^

NaniRostam said...

Liyana : kan.kan.kan.


KakChik@Ela : Kalau tak leh pagi-pagi maka petang-petang, malam-malam...subuh-subuh...heh.

Honeyvsbee : Itulah gamaknya.....

Pearlnscarf : Selang seli...hari ni susu...esok plain....kalau tak jemu gak tgk.

Tijah said...

baiklah. skrg saya tau nak beli apa lepas ni bila melawat kawan lama - seng heng.

peej said...

aunty, pija yang umur 27 ni pun teragak2 naik excalator. semua bengang aje. orang dah lepas 5 tangga pija baru pijak. haha. tak kenapa gayat lebih. dulu ok.

pija pun start power 50 je. sekarang dah naik 75. silau 25 ke apa. tapi mmg if pakai spec puas la. kalau tak mmg kabur aje. takpa. lepas ni nak try carrot juice la.

uni.uni said...

auntie,blender kita sama laa...:)

~Nur Finie Afnie~ said...

salam..

Puan Nani..thanx ye..puan sudi singgah blog saya yang meraban tu..hihi.. saya dah lama x update blog tu..kering idea nk entry apa2.. rasa bangga sebab puan sudi wish slamat hari raya kat blog tu.. mcm jumpa artis pujaan rasa teruja ni..thanx ye puan..kirim salam Hanis..im the one of her "kipas susah mati" (diehard fan) beliau.. :)

Cik Jari said...

selmat hari lahir hanis anak pn Nani..muge terus sukses...:)

ezanoor said...

kalau power dah 125, minum carrot leh ok tak??? dah 6 tahun pakai spec... heheh

anwar777 said...

salah satu cara yang saya tahu nak relaxkan mata: tengok tumbuhan hijau takpun colour hijau

azuwanmusa said...

hai aunty,

Boleh dikatakan 'wajib' seme org yg umur 40 thn dan ke atas akan ada masalah rabun dekat.nama sainsnya 'presbyopia' (google la). power 75 tu utk rabun jauh je, mmg xda masalah kalo x pakai spek, sbb sikit. tp aunty nanti mmg perlu jgk ada satu spek utk baca atau keje dekat n driving. kalo x aunty akan jd x selesa, pening. tp tu bergantung pd org gak ar.

gi kedai spek, mintak je kanta 'progressive'.

air carrot ni memang bgs. dia tolong kuatkan cell dlm mata, tp bukan rawat rabun. bagus kalo aunty dpt praktik ni. Hati2 dengan permata hijrah ye.

haha..sekali komen terus penjang lebar.

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum!

Selamat datang diucapkan pada diri sendiri...Tips kecantikan 1 - jadikan amalan minum susu TANPA gula sebab kalau bergula, sia2 saja. Tips 2 - banyakkan minum air suam (bukan ais!) dan JANGAN bermanis gula. Tips 3 - banyakkan minum air buah2han dan sayuran (blender). Tips seterusnya bagi mencapai hasil yg lebih hebat, luangkan masa memahami info yg ada di web page ini:

tips kecantikan sejati

Semoga sama2 dpt memeriahkan industri kecantikan yg ada. Tq.

food journal said...

salam kak..nak tanya..air carrot tu,akak minum mentah atau letak susu?

ke akak slalu buat carrot susu?