Semalam saya masak makan tengahari sekali dengan makan petang. Tauhu sumbat cicah sambal udang kering, honeydew kuning dan anggur, gulai dagang ikan tongkol, acar timun, ikan masin terubuk dan cucur ikan bilis belen sarapan pagi.
Semua adalah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Namun ada juga suara-suara sumbang masih kedengaran setibanya mereka di meja makan.
"Ala nape tak da lauk nak makan ni?" suara sumbang Alisya yang anggap semua yang saya masak untuk tengahari bukanlah lauk.
Ok lauk bagi anak-anak saya atau kanak-kanak di atas mukabumi ini hanyalah ayam dan telurnya. Tak kiralah ayam goreng, telur goreng atau ayam kari, telur kari. Agaknya kalaulah ayam boleh bersuara dan menyatakan apakah makhluk yang paling ditakuti di dunia ini., pasti mereka serentak menjawab kanak-kanak.
Anyway, semalam besday Alisya yang ke 10 tahun. Hampir lupa nak wish. Mujur tengahari tu setibanya balik sekolah Hanis telefon nak cakap dengan Alisya. Baru saya teringat....ceh apa da.....boleh terlupa pulak.
Mungkin sebab otak looking forward nak buat besday party weekend ni so.....hari jadi yang sebenar tak ingat langsung.
Hari ini saya masak asam pedas ikan merah. jomlah rasa resepi asam pedas saya yang simple dan aummm.
Panaskan minyak. Tumis biji sawi dan biji halba. Masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup,halia yang dah blend. Bila dah naik bau harum dan mengancam...masukkan cili yang dah dikisar dengan sedikit belacan. Tumis sampai jiran tetangga tahu itu adalah bau asam pedas. Selagi tak da bau tu...maknanya belum boleh tuang air asam jawa. Setelah tuang air asam jawa dan selebihnya air, tunggu hingga menggelegak baru masukkan kepingan ikan merah, daun kesum dan bunga kantan. Last sekali masukkan garam dan ajinomoto.
Ada sesiapa di sini yang tak makan ajinomoto boleh skip. Sesiapa yang makan ajinomoto, sila angkat tangan...boleh bersahabat dengan saya.Saya dibesarkan dengan ajinomoto. So agak tak rasa nikmat hidup ar tanpa ajinomoto.hehehe.
15 comments:
Wah kak .. brderet-deret birthday. Mula2 Hafiz, pastu Hanis .. ni Allisya pulak. Meriah ye kak!!
Blog MOnster Jambu dah lama tak update ... so wish kat sini lah ye...
kak nani sampaikan salam buat alisya,
..selamat ulang tahun..semoga menjadi anak yang solehah , berjaya di dunia dan akhirat....
pergh...sedap tu aunty masak arini... lauk2 yg diats skali mmg berkhasiat... yummehhh =)
ye la kak hany...bdk2 ni wajib ada telor dan ayam goreng..anyway asam pedas sy suka makan
epy besday alisya...nak hadiah mntak kat mama k.hehe.julya terbalik.tak bleh ade ajinamoto. klu ade mate aotomatik ngantuk n pening
terus terbuka selera saya.
makcik dibesarkan semasa semua masakan dibubuh ajinomoto atau perasa.dari gulai sampai sayur tak miss.As a result,I experienced lengoh badan yang tak terkira. Hanya lepas tak makan semua tu baru pulih sedikit.
Selamat hari jadi alisya.
Hepi birthday alisya! :)
kak nani pndai masak..tp encik hasben maintain jew..hehehe...
Alisya memang! Ade ke call Liana kat office tekedek2.."kekna, boleh tak nak makan maggi cup kakak?" Pelik. Tapi yang lebih pelik, Liana balik tinggal jemput2 bilis je. Aish! Nasib baik tak bagi dia bukak maggi.
Ok, sila tinggalkan asam pedas untuk saya ye.
asam pedas mmg peberet..tp kaknani mmg tak guna serai ke?
*epi bday alisya!
auntie, ajinomoto tak halal..
nyum..nyum..
Tetiba berazam nak masak asam pedas pulak lps tgk asam pedas kt atas tu... Sedapnya, kak...
auntie, sharela resipi nasi dagang plisss ^^__^^
have a nice day n takecare auntie! =)
Post a Comment