Monday, October 25, 2010

Makan Masakan Air Tangan Ibu

Assalamualaikum.....


Waduh...tak habis habis citer pasal makan kan. Jangan tak tahu...penting mak-mak macam kita ni asah skil memasak. Kalau dah hari-hari masak, chef wan pun kalah. Apa tak nya...saya rasa chef wan tu pun masak bukan setiap masa macam kita mak-mak ni kan.....agaknya chef wan baru habis shooting satu dua masakan..anak-anak kita dah empat lima round minta makan.

Lagi satu...kalau nak anak-anak tu bijak berilmu, baik, mendengar kata...ha air tangan ibu tu penting tau....biar anak-anak makan hasil air tangan masakan ibu...BERKAT.

Kalau rasa-rasa gaji suami tu dah menggunung tak payahlah mak-mak macam kita ni kerja kat opis kan....banyak beza anak yang ibu bekeja di opis dengan ibu sebagai suri rumah.....mengikut teori saya...teori lagi....jangan marah ya...saya ni suka observe ..bagi saya mudah mendidik anak sekiranya anak-anak mendengar kata kerana mereka merasa sentiasa dihargai bila kita menyediakan makanan untuk mereka setiap hari.

Selain itu banyak bersembang sambil makan, sambil masak, sambil mengemas, sambil menonton, sambil memandu....menjadikan kita akrab anak beranak.....


Bila saya bercerita dengan seorang kawan yang saya tak pernah langsung melihat kerja sekolah anak-anak saya mahupun buku-buku sekolah dia orang kerana terlalu sibuk dengan hal-hal perniagaan kek saya dan hal hal rumahtangga yang 'never ending story ni' dia hairan macam manalah anak-anak yang mempunyai emak yang tak kisah macam saya ni boleh maju dalam pelajaran.

Bagi saya mendidik anak-anak ni macam kita buat rumah. Kalau tiang dia kukuh maka kita tak perlu risau tentang structure yang lain. Maksudnya, kalau kita dah terapkan pada anak-anak bahawa betapa penting memberi perhatian terhadap apa yang cikgu ajar dan menuntut ilmu bukan hanya untuk pass periksa tetapi menambah pengetahuan di dada maka dengan sendirinya anak-anak saya sentiasa ada kesedaran untuk berjaya kerana mereka ada keikhlasan dalam menuntut ilmu.

Apa yang lebih penting sebagai seorang ibu saya selalu berada di sisi mereka melalui masakan saya dan aktiviti yang lainnya.

Saya hanya bertanyakan pada mereka...disekolah cikgu ajar apa...cakap apa....bagi tau apa....

Anak-anak saya berebut-rebut nak bercerita apa yang cikgu ajarkan di sekolah tadi. Secara tak langsung satu keluarga mendapat ilmu pengetahuan itu. Misalnya....Imran akan excited bercerita tentang apa yang cikgu beritahu dia pasal OTAK.....so kami semua pun mendengar dan sangat suka dengan maklumat baru yang tak pernah kami ketahui sebelum ini dan ingin mengambil manafaat daripadanya.

Begitu juga bila Hafiiz melihat saya bercerita tentang dengan masalah tertentu...maka dia akan menyuruh saya membaca doa dipermudahkan urusan yang diajar oleh gurunya di sekolah.

Sama halnya dengan anak-anak yang lain...mereka suka bercerita tentang apa sahaja benda-benda baru yang dipelajari di sekolah samada dari guru atau kawan-kawan.

Jadi saya tak perlu menjerit-jerit atau marah-marah nak ingatkan anak-anak buat kerja sekolah. Mereka ada kesedaran sendiri mahu pandai dan berjaya semata-mata untuk ibu bapa dan adik beradik yang lain berkongsi kejayaan mereka. Oleh itu mereka akan menumpukan sepenuh perhatian bila guru guru mengajar di sekolah dan menyiapkan kerja sekolah tanpa perlu disuruh.

Ok itu semua hanya pemerhatian saya dan mengikut apa yang saya lalui dalam mendidik anak-anak.

Petang hari ni saya nak berkongsi resepi lunch saya tengahari tadi.



Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Seafood, Ikan Masin Jeruk, Telur Dadar. Minuman - air lemon soda.(Resepi : Perahan lemon, gula, ais krim soda dan ais ketul).


Siakap Tiga Rasa : - Lumur ikan siakap dengan sos sotong/sos ikan.(Garam tak perlu). Goreng dengan minyak banyak sehingga garing. Ketepikan. Tumis bawang putih, bawang merah, hirisan serai, cili padi dalam sedikit minyak. Masukkan sos tiram, sos cili mae pranom, sos cili life dan sedikit air tepung jangung. Last sekali masukkan, tomato, timun, epal hijau yang dicincang halus. Biar mendidih sebentar. Tuang ke atas ikan goreng tadi dan hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.Hidang.

Tomyam Seafood :- Didihkan air dalam kuali. Masuk sedikit lengkuas dan serai (diketuk) susu cair, air perahan limau nipis, thai cili paste brand mae pranom, sos tiram, serbuk ayam knorr, sos ikan dan gula. Masukkan tomato potong wedges, cendawan tiram, udang, sotong, hirisan bawang holland dan beberapa biji cili api. Semua sukatan bahan-bahan mengikut kesukaan. Setelah mendidih sebentar angkat dan hias dengan daun ketumbar dan daun limau purut.
Nota : Kalau nak lebih umppphhh udang haruslah Udang Harimau atau Udang Galah....yummy-yummmy.


Telur Dadar : Panaskan minyak agak banyak dari biasanya kita menggoreng telur. Pukul 3 biji telur dengan sedikit sos ikan/sos sotong (garam tak perlu) dan sedikit perasa. Selepas tu masukkan telur ke dalam minyak yang sangat panas sehingga telur mengembang. kecilkan api dan tunggu hingga masak dan balikkan. Angkat dan hidang.


Ikan Masin Jeruk : - Hiris ikan masin nipis-nipis. Goreng hingga garing. Hidang bersama limau nipis, hirisan cili padi, bawang merah dan tomato.Hidang.




22 comments:

Misz-ella said...

wah .. nape la ari ni tak ajak dtg rmh? sedap tu kak. hehe ..

anymz said...

ya betul apa yang nani praktikkan tu..begitu juga dgn akak..tak pernah tgk buku anak..anak2 skang ramai yg makan air tangan bibik kan..?
ishh..tak larat dah nak tgk makanan tu..dah terliur tgk ikan masin tuh...

Sheherazade said...

btl,air tgn ibu memang berkat

mskan ibu paling sedap didunia

CikRose said...

memang seorg ibu mithali..=)
tahniah aunty..hehe..sila2 la ke blog sy.. htt://apirose.blogspot.com sy selalu jemput aunty ke blog sy, tp x tahu la aunty penah pg ke x..hehe~

Afra Yuri said...

my moms a working mom but she never missed a day without cooking for us. be it breakfast, lunch or dinner :D

NaniRostam said...

KakChik@Ella : Haah nanti kita pelawa lagi eh...hehe

anymz : kan...kan...sendiripun tak lalu bibik masak...tolak anak-anak pulak....


peri pia : betul...tapi tak semua...kadang ada anak lebih pandai dan sedap masak dari ibu....hoho

fairuz n nani : ini ibu tak tgk anak ulangkaji..da...

afra yuri : Your mom betul2 SUPERMOM....hargailah dia....

hasifi b hasnan said...

huhu.. lapar smule bile tgk gmbr2 mskn tu. huk.. =)

saperakue said...

wah ikan lumur dgn sos sotong/ikan... x penah cuba..
selalu buat lumur dgn telur pastu campur tepung jagung+ubi tuk kasi dia rangup

Eza Faezah said...

sedapnyeeeeeeeee

Bukan Cinderella said...

alahai teringat mama kat rumah..even mama tak jadi suri rumah macam aunty,tapi mama tak pernah biarkan kiteorg adik beradik tanpa air tangan dia..dah lama duk terperam kat segamat ni..lama tulah tak makan masakan mama..bila la nak habis study ni..

PSO said...

betull..masakan kat rumah lagi sihat.
Lagipun kalau masak sendiri kat rumah, bila selalu amik air wudhu, at the same time air tgan kite berkat. Jadi air tangan tu pun bagus untuk satu family.

Kalau makan kedai cine/melayu/omputih yg belom tentu sembayang, kite makan air tangan diorg. tu ade malas2 skit.
bukan sikit. banyak..

Anonymous said...

yes!masakan ibu plg sedap didunia..hehe..
thanks auntie...smlm sy pegi amik kek kat umah auntie(yg call nama aida) tp alisya je yg kuar..keciwa jgk xdpt jmpe auntie..yg penting kek sedap sgt2..semua family ckp sedap..thanks auntie..lps ni harap2 blh jmpe auntie..:)

anwar777 said...

udang harimau! teringat!

aitotyati said...

salam auntie,

sebab tu wanita harus harus mempunyai kuku yang pendek.

(^_^)

faraulah said...

air tangan Ibu penambat kasih sayang...huhuhu

dah lama xmakan masakan Ibu kat kampung

Angah said...

sedapnya siakap tiga rasa....saya nak wat kugak..tq sbb tulis resepi ni

Putri Zieha said...

umak........sedapnyerrrrrrr

familisihat said...

kak,,

saya pun suka masak wpun x se xpert blogger2 yg otai2 masak termasuk akak ni..admire sgt..mslhnya, hubby sy x bg sy keje di luar..tp family in law selalu tnye sy x cari keje ke..mak sndri pon ush sy de kje tetap..lg2 dok KL ni kn..tp xkn sy nk lawan ckp suami..dok umah pon sy buat keje design website..cuma gaji x tetapla..alahai dh lalut pula..any tips hehe..

fawwaznuha.com

FazMelati said...

puan nani ajak laa i makan jugak nanti yea, heheee

mizayusof said...

sedapnya. suka tengok auntie punya masakan. dah penah try bt triffle auntie tu. sedap :) hee :)

anwar777 said...

Senang rupanya nak masak siakap 3 rasa ni. Tak terfikir nak masak sendiri, selama ni, asal terfikir ikan siakap je, makan kedai. Ok, boleh cuba boleh cuba.

Unknown said...

air tangan ibu tetap yg terbaik...masak sendiri lagi sedap dan berselera jer anak-anak dan suami makan..