Wednesday, October 6, 2010

Mahu Tapi Malas. Sedar Tapi Cuai.

Dari tadi aku masih di sini
tak putus-putus berzikir
tak henti-henti berdoa
tak pernah letih meminta.

Dari tadi aku masih begini
rasa insaf menyelubungi diri
jadi takut tak semena mena
rasa kehilangan makin mencengkam
rasa seperti menunggu hukuman mati.

Dari tadi belum berganjak lagi
aku masih di sini
aku masih begini

Minta dariNya macam macam
mahu dariNya seluruh alam
dari tadi pun masih belum sembahyang
apatah lagi berwuduk

Berat kaki berat tubuh
jangan sampai berat hati.

Tak mengapa
macam manapun lemahnya kita
malasnya kita
mulakanlah dengan berwuduk
solat dan bersujudlah
belum terlambat

Percayalah
Allah Maha Mengetahui
akan hati hamba-hambanya yang lemah.

Hambanya yang mahu tapi malas
hambanya yang sedar tapi cuai
hambanya yang meminta tapi ego
hambanya yang memohon tapi sombong.

Apa hajatmu sempurnakanlah solat
Doamu pohonlah selepas solat
suarakan bahasa kitab Al Quran
Tahajud ditengah malam.


Allah Maha Mendengar.

5 comments:

Misz-ella said...

Salam Kak. Ela dtg tgk akak pagi2 sebelum gi keja. Have a good day ya kak.

Eza Faezah said...

Suke hasil tulisan akk... erm, selalu rasa insaf kalau membacanya... penuh sifat keibuan.. suke

Anonymous said...

cantik puisi anutie.

NaniRostam said...

Ela : Terima kasih. alhamdulillah.

Ezanor : Terima kasih. alhamdulillah

Pensil organik : terima kasih. alhamdulillah.

Diri Sendiri ; said...

:) Macam nak copy paste ja.