Sunday, October 24, 2010

Kek Red Velvet

Assalamualaikum. Pagi isnin yang tenang. Anak-anak semua dah balik ke asrama masing-masing. Liana dah pergi ke tempat kerja dengan berbekalkan nasi goreng kampungku. Alisya awal pagi dah bangun mengejutkan ku solat subuh. Alisya macam Hanis masa kecil. Aku tak perlu berharap pada jam loceng atau ufuk subuh yang hampir menyilaukan mata baru nak tergeliat sana tergeliat sini lalu melompat ke bilik air mengambil wuduk bila menyedari hari hampir siang.

Bila dah tak ramai yang di rumah, aku menyediakan sarapan pagi yang paling mudah. Keropok ikan dan nasi goreng kampung dan roti cheese yang ku buat petang semalam. Jus oren dan lobak merah yang hampir setiap pagi adalah minuman kami sekeluarga.

Ha...nampak kan sepotong kek untuk sarapan pagi ku hari ni. Itulah kek red velvet yang ku gembar gemburkan tempohari. Dalam bahasa melayunya kek baldu merah. Bukan main lagi kan....kek zaman sekarang ni nama kek pun sama macam nama kain.

Petang semalam aku buat homemade bun dan kek baldu merah dengan hiasan atas krim keju. Fuh memang menjilat jari...penuh rasa. ..

Roti keju, Kek Baldu Merah dengan Topping Cream Cheese, Nasi Goreng Kampung, Keropok Ikan dan Jus Buah.



Kek dah masak. Kalau suka boleh potong dua ya......





Sapukan cream cheese di lapisan tengah.






Lepas tu sapu lapisan cream cheese pada lapisan atas.


Ini adalah cream mascarpone yang digunakan sebagai campuran untuk topping.




Dah siap coating dengan cream cheese yang super duper yummmy.....



Hiaslah dengan apa sahaja yang mengiurkan.....di rumah cuma ada stok bling-bling star...


Yummy....



grrrr.......



17 comments:

Cik Puan Nurul said...

kak nani dah lama sy cari kek ni..akak amik gak ke tuk order..kenkwan ckp sedapp tp xpenah terai lagi nk buat sndiri takut xjd..emm macaron akak wat jugak tak

LINA EVERLYNN said...

kak nani..memang aktiviti bersarapan & menyediakan menu bersarapan tiap hari adalah rutin akak ye..seronok sangatt..saya kalau boleh nk buat mcm tu.malangnya masa tidak mengizinkann baby kembar pun masih kecil.sangat teruja melihat red velvet yg akak wat tuw ;)

Azurah Abd.Aziz said...

Aduh..sedapnya. Rasanya kalau saya duduk satu rumah dgn akak mahu bdn naik berpam2. Semuanya nmpak lazat.!

Eza Faezah said...

Salam... yummy2... sedapnya... taknak bg resepi ke Kak Nani??? teringin nak blaja wat cream cheese... hehe

Fiza Zainal Abidin said...

share resepi aunty..please :)

Sheherazade said...

sgt menggoda :)

..:: WiRdA ::.. said...

err ini kek moden kegemaran! T_T

aitotyati said...

salam auntie,

nak sikittttttttttttttt (^_^)

Hani Ahmad said...

Aunty nani nak resepi.. teliur sgt ni (*_*)

Mrs. Adnan said...

kak nani..kalo tak leh bagi resepi, jualla kek ni..kat kedai mahal la..velvet cake memang sedap!

Unknown said...

sedap nye kek nih kak...terliur saya menengoknyer.bley order tk?

mama leen said...

sedappnyaaaaa..
hmmm semalam pun wat jus carrot gak.. terpengaruh dgn kak nani la ni..

Tuan Din said...

Mak ai aunty, itu simple bfst ker set lunch?? byk ngat menunya.. hehehe

Qib said...

patut alr hanis bijak.. em.. mak dia masak sedap3

Latest entry di:
Aku dan makanan

Nadiah said...

Puan Nani,

Berapa harga kek red velvet ni,kalau saya nak order?

++Kerudung Ungu++ said...

aduh sedapnye... ade resepi x?

dpinkylady said...

aunty...love ur blog..besh sgt lolz..hurm..i want to be like u 1 day..=)