Thursday, October 28, 2010

Ikhlaskah Aku

Assalamulaikum....

Pagi yang redup.

Indah....

Bertambah indah...bila dengar azan subuh jer...terus berwuduk dan bersolat..

Selepas itu bertambah indah jika ke dapur penuh dengan semangat untuk menyediakan sarapan yang enak dan berkhasiat......


Saya minta maaf sekiranya segala komen yang ditinggal setiap post saya jarang jawab. Saya ni bukan apa. Ada satu perangai...kalau orang tanya sebaris saya nak jawab dengan segala penerangan makan beribu perengganlah mengalahkan buku sejarah tingkatan lima. Tulah perangai saya.

Samalah dengan emel. Satu ayat orang tanya...berkobar-kobar semangat gila nak menerangkan...itu baru dalam hati....belum lagi jari jemari yang halus gemalai ni mengetuk-getuk lembut kekunci notebook...kena lembut-lembut tau....kan baru beli...kena jaga barang...kalau kita tak jaga sapa nak jaga....heheh


Lepas tu nak cari masa bilalah aku nak jawab. Bila nak jawab pulak terklik blog yang mengomen tu. Dah start ler berjalan blog...merayap merata-rata...kesudahnya sampai lupa nak balik rumah. heh.


Ok lah di sini saya akan cuba menjawab persoalan tentang tajuk "DI MANA KAU SANG IKHLAS". Satu-satu ya....nanti saya ada masa saya akan post entry tentang tips buat besday party, pasal jual beli kek, pasal kecantikan apa-apa sajalah asal jangan cari pasal dah....

Ok bagi diri saya memang mudah kita mengaku kita ikhlas...tetapi kenyataan kita sendiri pun tahu walah susah nak cari keikhlasan dalam diri kan....contohnya....contoh...contoh.



Contoh pertama.

Kadang-kadang aku sendiri berasa aku tak ikhlas dalam mendiri solat...macam terpaksa jer...macam dipaksa....liat betul. Dah tahu dah ...waktu solat dah masuk...tapi dalam perjalanan ke bilik air...boleh pulak melencong ke dapur nak minum. Lepas tu nampak pulak cekodok penyek pagi tadi terbongkang dalam pinggan tepi dapur.. heee terliurnya...makan dululah...duduk depan tv sambil makan...eh eh citer bestlah....tengok kejap ah....sedar sedar...alamak...takpalah aku zohor cum asar sekali....zohor cum asar bayangkan.....lepas tu barulah aku nak bergegas....solat zohor....dah selesai dah....alamak ada 10 minit lagi nak asar...dah panjang berdoa...teringat nak kena call orang...tak palah nanti jer aku solat asar.....bayangkan tadi kata nak 'cum' last-last kena terkam dengan setan.....solat ku selalu jer berada di hujung waktu....tengok betapa syaiton berjaya membolak balikkan hatiku....celaka cilanat kau syaiton.... hanya kerana aku tak cukup ikhlasan menghambakan diri dan merindui Allah setiap masuk waktu solat. So kalau solat itu membawa kau ke syurga paling atas...maka naik tangga kambing jelah yang kau dapat huhuk................

Persoalannya.....ikhlas ke cinta kasih seorang aku itu terhadap Tuhannya?

Contoh kedua.

Scene satu

Aku menelefon seorang uztazah. Aku tanya, uztazah ada datang tak mengajar ngaji di Taman Orang Kaya-Kaya (walaupun yang duduk sini tak semua kaya). Adaaa.... jawab ustazah. Boleh tak ajar anak saya mengaji dan berapa nak kena bayar kat uztazah. Rm350 jawabnya. Mak oi....tak boleh kurang ke uztazah kepada rm150. Minta maaf tak dapat.

Scene dua

Ketika aku kecil...mengaji di rumah seorang janda berdekatan dengan rumahku di kampung. Bila cukup sebulan, aku bertanya...cik....brape ya duit ngaji? Jawab seorang janda itu dengan penuh rasa malu....ya Allah brape-brapela seikhlasnya kalau ada. Kalau tak da pun tak apa.

Persoalannya : Yang manakah lebih ikhlas dalam mengajarkan ilmu akhirat belum lagi ilmu dunia.


Sebenarnya banyak lagi contoh dalam kehidupan kita yang kita sangat sukar untuk mencari keikhlasan itu. Carilah sedaya upaya sehingga kita menemuinya dan sentiasa meletakkannya sebati dalam diri.

15 comments:

CikRose said...

keikhlasan datang dari hati yg suci..=)

Ainee Cumi said...

Mana datangnya ikhlas?? Susah nak jawap tu. Hanya tuan empunya bdan yang ikhlas je faham apa itu ikhlas yang dia beri.

saperakue said...

bila baca scene 2 aunty teringat zaman kecik2.. jalan kaki lepas balik sekolah tuk g mengaji.. tok guru tu x penah pown mintak duet bulanan.. sangat-sangat ikhlas... tp sebab terasa terhutang budi,nenek / mama akan bekalkan buah tangan tuk bg dkt tok guru tu.... sekarang everyhing about money~~

Amira is mira said...

aunty nanie.keikhlasan susah nak jumpe..sume nak ader fee. kalau nak foc mmg sakit la nak jumpe....

Ayuraza said...

salam..
blogwalking..

Sheherazade said...

InsyAllah

setuju..ilmu akhirat tak ternilai

salehs said...

salam...
kak Nani, menurut kata Ustaz saya,org yg mengatakan "aku ikhlas" itu pun sbenarnya belum ikhlas.

then sy terfikir2 apa firasat di sebalik ungkapan ustaz saya ni...lama baru sy merumuskan bahawa ikhlas ialah 1 sifat murni yg hanya kita mengharapkan balasan baik dari Allah saja layaknya ats perbuatan kita.Tapi kalu dah kita beria2 nak beritahu org yg "aku/saya ikhlas" sbenarnya menunjukkan kita tak cukup ikhlas lg kerana di sebalik ungkapan tu sbenarnya kita mengharapkan sesuatu dari org tersebut tak kira dlm bentuk tersurat atau tersirat.

~~ "Z! aku ikhlas menyintaimu"~~ semcm memberi makna konflik yg si laki tu secara tersirat memaksa Azura menerima cintanya.Jadi,adakah cintanya ikhlas?

hahahaha...sight

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ada seorang uztazah tersohor (xperlulah disebutkan nama).. opis husband sy jemput utk ceramah, 2jam ceramah RM10,000.00..dan ada syarat pula, kena jemput suaminya skali dlm syarahannya tu..dan kalau jemput suaminya, ada diskaun, so, kedua2 suami isteri berceramah 2jam cuma RM15,000.00...
last2, suaminya mcm xberceramah pun, hanya byk tersenyum disisinya..dan de la sikit2 menyampuk..

tp sy ada terpikir mcm k.nani pikir...ikhlas ke menyampaikan ilmu akhirat mcm tu..???

entahla, bila agama boleh digunakan utk membuat duit+kaya..mcm pelik jdnya...

n.a.j.w.a said...

salam..sllu silent reader tp arini rsa nk menyampuk pulak..

mulut bole beribu kali cakap "ikhlas"..otak juga bole berkali-kali fikir yg kita atau dia atau kamu "ikhlas"..hati juga bole berdetik-detik yang kita "ikhlas"..sebenarnya...IKLHAS itu rahsia Allah..hanya Allah yang tahu sama ada seorang itu ikhlas atau tidak..kita sbg hambanya cuba dan cuba dan berazam lah untuk buat yang terbaik dan mencari keredhaan Allah..

just my 2 cents to share :) Assalamualaikum..

Ieza said...

he3..pandai kak nani berkata2..zaman sekarang memang dh susah nk cari manusia yg benar2 ikhlas...diri sendiri pn ashik berkira2kn..ki3

Sue said...

kak.. teringat kekecik dulu. mengaji cuma bayar rm2 je sebulan. mak kata bagi la sikit... buat bayar duit api dia.. skarang ni dah lain kan. ermmmm

aidahassan said...

benda2 mcm nie mmg payah.. sume ikut diri.. aku pun lost guk kdg2, cume biler tsedar baru nk balik ke pgkal.. kalu tdk hanyut.. nseb baek ade mak yg sentiase ingtkan aku.. thx mom,, lova2 u :)

aida cy said...

ikhlas tu susahnya nak cari macam cari semut hitam atas batu hitam di tengah malam..ustaz cakap la..hehehe

abc123 said...

baru je nak follow blog...dan tercuit nak comment. Masa kecik2 dulu mengaji baik dengan ustaz,ustazah dan guru mengaji yang lain tiada upah yg diminta cuma seikhlas hati ataupun bantu le kemas2 rumah (sapu laman/angkat jemuran/hidangkan air utk murid2 lain)dan bila dah naik juzuk bawa pulut kuning+sambal dan makan ramai2 dgn murid2 lain.
Lagi satu soal ikhlas ni; resepi2 masakan kebanyakannya chef2 atau yg dah ada buku2 mmg tak ikhlas nak bagi resepi tak seperti dluar negara,pengalaman saya wlpn secubit garam dan petuanya semua ikhlas dberi kepada org ramai.

abc123 said...

Baru baca blog dan tercuit nak comment wlpn org dah tak ingat hik hik hik...dulu2 waktu mengaji tiada upah atau gaji dminta cuma ikhlas hati,atau pun bila naik juzuk sedekahkan nasi pulut utk makan ramai.