Tuesday, October 26, 2010

Di Manakah Kau Sang Ikhlas

Ikhlaskah doa seorang sahabat agar sahabatnya hidup senang atau lebih senang darinya......
Ikhlaskah pujian seorang pekerja terhadap majikannya.....
Ikhlaskah seorang kuli bertungkus lumus memerah keringat bagi setimpal dengan upahnya....
Ikhlaskah seorang guru menurunkankan ilmu kepada anak muridnya tanpa dibayar.....
Ikhlaskah cinta seorang lelaki terhadap wanita tanpa mengharap apa-apa.....
Ikhlaskah nafkah dari seorang isteri kepada suami tanpa mengungkit apa-apa.....
Ikhlaskah cinta seorang hamba kepada Tuhannya......
Ikhlas...
Ikhlas....
Ikhlasss...
Dimana kau ikhlas....
Sukarnya aku mencarimu...
Walau dalam diriku....
Itupun yang paling akhir aku temui....

7 comments:

Bukan Cinderella said...

Ikhlas terlalu subjektif..takda satu pun garis ukur yang menjadi penanda aras keikhlasan..Cuma Tuhan je tahu apa sebenarnya keikhlasan

Rahika Wahidah said...

aunty,

ikhlas itu tak dapat dilihat, tapi dapat dirasai oleh hati.dan Keikhlasan itu hanya Allah sahaja yang mampu menilainya. :)

betullah ikhlas itu seperti semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam yang gelap gelita.

ps: hari ini resepi apa yew aunty?

CikRose said...

hanya Allah yang dapat menilai keikhlasan seseorang....

SUSU said...

Ikhlas, ramai orang mampu lafazkan. Hakikatnya, hanya Allah yang Maha Tahu.

Sheherazade said...

kerja itu ibadah jika dilakukkan demi Allah dan keluarga

Eza Faezah said...

sukar untuk ikhlas... kadangkala hanya di bibir sahaja.

akiss. said...

hmm. ada. tapi sgt sedikit.