Wednesday, October 6, 2010

Bukan Mudah Jaga Anak

















Kecut hati saya bila terbaca atau terdengar berita tentang kanak-kanak yang berada di bawah jagaan baby sitter mati akibat kecuaian baby sitter tu sendiri. Tak tergambar di benak saya macam mana perasaan ibu bapa mangsa.

Sebenarnya untuk mengasuh dan menjaga anak-anak kecil bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah.

Pengalaman saya sebagai seorang ibu kepada 7 anak dan menjadi baby sitter kepada Dahlia dan Arissa seawal umur mereka 2 bulan mengajar saya bahawa menjaga kanak-kanak adalah satu perkara yang memerlukan commitment masa dan tenaga serta tidak boleh sambil lewa sahaja.




Tahun-tahun awal bayi membesar adalah saat yang paling memerlukan perhatian kita sepanjang masa.



Ketika memberikan bayi susu, kita perlu memangku bayi dalam kedudukan kepala bayi lebih tinggi dari tubuh bayi bagi mengelak bayi tersedak susu atau tercekik. Selepas memberi susu kita perlu mengusap atau menepuk perlahan-lahan belakang bayi agar bayi boleh sendawa dan mengelakkan kembung perut.


Bayi juga perlu sentiasa diperhati walaupun ketika mereka sedang nyenyak tidur. Kerana dalam tidur bayi boleh termuntah susu. Sekiranya kita terlambat menyedari maka mereka boleh mati akibat tercekik atau lemas.

Ada setengah ibu bapa yang hanya memilih baby sitter atau pusat jagaan yang difikirkan murah tanpa memikirkan dan mengambil tahu bagaimana anak-anak mereka dijaga. Boleh bayangkan tak, bila sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang menempatkan 42 orang bayi atau kanak-kanak sedangkan hanya di jaga oleh 3 orang pengasuh. Nisbahnya seorang pekerja menjaga 14 orang bayi atau kanak-kanak dalam satu masa.


Memang tak dapat saya bayangkan....kerana saya yang cuma menjaga seorang bayi pun masih memerlukan bantuan dari anak-anak yang lain.










11 comments:

Ummu~Ishak said...

comelnya arissa. masya Allah, indahnya ciptaan Allah

B A B E said...

huhu. besar uda arissa :)
still chomel! :)

fruitted said...

makin bambam budak chomei itew! ~gerammm~

Misz-ella said...

cute la dia kak.

abang ensem said...

nice post kak. teringat masa anak saya tersedak susu masa umur dia 1 hari. nasib baik la mak toknya sempat sedut melalui hidung. kalau tidak.. tak tahu la, apa nasib dia sekarang..

beL cLoud9 said...

betol tu.jaga baby xbole buat main2.ingt duit sj.sedey betol babay meninggal sb kecuaian org lain.yg nak anak smpai skarg xdapat.yg da dpt, lgsg x bersyukor.

Anonymous said...

betul tu akak,susah jaga baby ni.

my sister alam pun pernah kematian anak kerana tersedak susu,7 thn lepas di shah alam.

sgt tragik kerana itu anak lelaki yg ditunggu2 slps dpt 3 girls.itu juga hari kedua kakak saya masuk kerja selepas habis pantang.

mengikut pantauan doctor,baby newborn selalunya diberi susu dlm buai dgn menyendal bantal pd dada.mungkin terlupa utk burpkan baby slps tu.bila penjaga tu dtg check,baby dah biru.

my sis sempat pangku sekejap sblm baby meninggal.Doctor sendiri bgtahu mmg bnyk kes mcm tu.
Sakit bersalin Ceasar pun belum pulih,anak pula meninggal.trauma nya lama,alhamdulillah waras sebab sentiasa ingatkan tuhan,sebelum diberi ganti anak bongsu lelaki juga.

jadi anda diluar sana,ini iktibar utk kita semua juga.

Kekna said...

Arissa budak nakal! Nak kena babap!

Hanis Zalikha said...

YA ALLAH TEMBAM NIH

Mummy Nana said...

Takutnya bila dgr kes kes camnie.. MMg betull bukan senang nak jaga anak org... tu Amanah.. anak sendiri pun kadang2 kita terlepas pandang... semoga Allah sentiasa mambantu dan melindungi kita...Amin Comel nya Arissa... mcm muka hanis.. ;-)

Mdm MimaAzlina said...

ala tomeynya dia..
huhu..
iena cukup risau kalau budak start main tangga nih..
camner akak ajar dorang in order for them to not get hurt...