Manusia itu
berdua..
kadang bertiga..
kadang berempat...
pecah derai
tenggelam dalam bingarnya tawa
walah mesranya....
kenalan akrab..
hingga
yakin untuk diajak mengata sesiapapun
yakin untuk diajak menelanjangi segala cerita
yakin untuk di buka segala pekung didada....
mungkin kenalan baru
yang masih seronok mahu dikenali
yang masih ghairah mengenalkan siapa diri.....
Mesranya mereka tadi
berlalu didepanku dengan hilai tawa yang belum hilang
Benak yang masih menyibuk
terfikir-fikir sendiri
apakah esok bila
aku masih duduk di sini
mereka masih sama seperti tadi
masih mesra dan sehati
masih berpaut tangan dan memerlukan sama sendiri.
masih saling merindui.
apakah masih bersama lagi.
palingpun masihkah ada pertemuan seperti tadi lagi.
Atau ketawa tadi sekadar menambah riuh kedai kopi.
3 comments:
ah..jangan lupakan duit tol juga...sekarang ni jalan jam nak cepat kena lalu ada tol..
ah..jangan lupakan duit tol juga...sekarang ni jalan jam nak cepat kena lalu ada tol..
:)
Post a Comment