Friday, April 30, 2010

Tiada Yang Lebih Membahagiakan Bagi Saya

Tiada ruang lain yang membahagiakan bagi saya selain daripada berada di ruang dapur yang bersih dan santai. Dengan budget yang tidak begitu besar, saya cuba mereliasasikan impian saya menjadi kenyataan yang pasti.

Bermula dari kerja-kerja memecahkan dinding asal, memasang tiang konkrit dan merangka kedudukan pintu dan tingkap, sebahagian besar sayalah yang banyak turun padang. Mujurlah saya amat peka dan memerhati segala kerja-kerja pengubahsuaian tersebut, sehingga saya dapat menyedari pada peringkat paling awal bahawa kedudukan paras lantai dan aras bawah pintu telah silap dibuat. Bila kesilapan dapat disedari dari awal maka, kos membaiki adalah sangat minimum.

Daripada batu, simen, pasir ,kayu, jubin dinding dan lantai dapur hinggalah kepada sekecil-kecil peralatan dapur saya beli sendiri setelah puas meninjau-ninjau harga yang paling berbaloi. Saya sendiri juga yang menetapkan design dapur, kedudukan tingkap dan pintu serta jubin dinding dan lantai mengikut susun atur yang saya mahukan.

Puas saya memerhati, meneliti serta ingin mereliasasikan bagaimana mahu mendapatkan sebuah dapur yang elegan, selesa, praktikal dan santai dengan budget yang serendah mungkin maka alhamdulillah inilah dapur yang terhasil untuk saya menghabiskan hampir separuh waktu di ruang nya.

Pengstoran yang kemas dan barang mudah dicapai amat penting bagi mewujudkan dapur yang selesa.

Merancang kedudukan pintu sejuk atau peralatan dapur yang banyak mencuri ruang juga penting agar tidak berlaku kesesakan traffik di dapur.

Pokok-pokok yang berjurai di dalam pasu saya gantung di tingkap agar memceriakan pagi saya ketika menikmati sarapan pagi di kaunter bar.

Saya memilih susun atur jubin dinding yang bercorak dam agar mata tidak jemu dengan keseluruhan warna dapur yang serba putih.


Pencahayaan di dalam kabinet kaca penting bagi menampakkan keelegenan sebuah dapur.



Warna putih atau warna-warna pastel adalah jawapan untuk menjadikan ruang dapur yang kecil tampak lebih luas.

Kaunter Bar atau pulau sangat diminati dan menjadi trend terkini.


Saya wujudkan satu ruang laundry dan ruang untuk saya meletakkan oven memasak agar segala aktiviti didapur menjadi lebih praktikal serta menjimatkan ruang.

Saya suka rumah yang banyak tingkap supaya mudah mendapat pencahayaan semula jadi dan peredaran udara yang baik.

Idea asal untuk pintu koboi itu adalah warna putih polos tetapi suami menukarkan kepada warna mocca,



Setiap hari saya membuat kerja-kerja di dapur sambil menikmati keindahan alam semula jadi diluar tingkap.


Memilih sinki dapur yang sesuai dan praktikal juga penting untuk memudahkan kerja-kerja mencuci.











39 comments:

Sabrina Halim said...

nice kitchen aunty. i totally love it :)

Sofea said...

bestnya rumah aunty.. bila nak jemput datang makan nie..

abang ensem said...

Baru le teman tau sebab nape teman tak rajin nak ke dapur utk memasak. Mana taknya..udah le designnya zaman 80an, dah tu tingkapnye pulak ngadap dapur umah blkg..w/out view cam umah mike. Ate..teman makan kedai le jawabnye sbb nakkan 'view' yg menarik..he3x

E-na Zarina said...

Salam kak..
Kemas, cantik dan selesa sekali berada d dapur akak! paling E-na suke pokok2 di sekeliling rumah tu, nyaman!

fruitted said...

chantiquenyaa~!
sy curi idea akak yea ut kwat dapur sy lak okeh hehe!

Tijah said...

cantik! :D

Ieza said...

memang nampak cantik dan sangat menarik..tapi x susah ker nk jaga kabinet dapur warna putih ni..rasanya cam kena fikir 2 3 kali jer nk buat..

Annasue'G said...

dapur akak sumber inspirasi saya utk rumah baru nnt! cantik sgt. ;D

Asma said...

slm kak..

putih my faveret too..nmpk tenang n semangat nk memasak..happy cooking!! :)

Lina Rahim said...

kalau tak keberatan, kak nani boleh beritahu range kos renovation tu?
saya memang particular tentang dapur. sebab kalau nak tau perempuan tu pembersih atau x, tgk la dapur dan bilik air,sebab kebanyakan wanita suka menghias living room je, tapi bila tumpang bilik air-berdaki & baju berlonggok2, kalau tumpang basuh tangan-pingan mangkuk menjulang..hehe

D'lla said...

wwahhh..bestnye

♥EeiNz♥ said...

cun dapur aunty ! :)

Khadijah Zek said...

cantiknya dapur aunty....=)

aida said...

sgttt cantekkkkkkkkkkkk

sy sgt suka...sy juga suka beraktiviti dapur....bleh dijadikan inspirasi nih....

oewyn said...

sis,
blh x klu nk ikut (a.k.a tiru)konsep ni utk rumah saya nt :) sgt suke.
blh yer sis..
i follow ur idea.
please please please..........
-izza-

FIkaKamal said...

sangat cantik dan kemas!! thumbs up!! boleh tak nak dapatkan contact number contractor akak ni? boleh email kat rasyiqahz@gmail.com ye?

tq!!! muahhhsss!! =)

-Ika-

SJ said...

cantiknya dapur Aunty, indah mata memandang kehijauan alam.

Anggunnya

key-one said...

wahhhh cantikk sangat dapur rumah aunty....
ahaa skrg rmi suke pki konsep bar kan...nice sgt...=)
ilham aunty mmg best=p

kardina73 said...

akak, just love ur kitchen..

salam, dina

mr_abs said...

sangat menarek sis

cuma, nk tanya, terperasan tadi sebab mcm takde grill kt tingkap rumah. bahaye tu sis. a bit concern here.

:)

zar mokhtar said...

udah tentu teman tak mrase le nak ada dapo ngadap view luor...ate udah duduk apatmen...ngadap tingkap orang ajek le...

nice kitchen anyway auntie...

Unknown said...

cantikkkk......

lily lotus said...

truly mcm hasil kerja ID :)

diana sidek said...

sgt cantik dapur aunty!

mierafaziera said...

umah baru sy nnt plan nak buat kitchen cabinet, tapi x cukup bajettttttttttttttttt!huwaaaaaaaaaaaaaaa!!sadis sungguh kak nani!jeles tgk dapur akak..mcm ni la yg sy berangan utk dapur sy..tapi x dpt la nmpk gayanya buat masa ni....:P

A.I said...

CANTEK GILOS!!

kalau camni punye bentuk dapor, kompom hari2 ai duk bertenggek eh, masak kt dapor tu ;)

Miss Eyda said...

chantek nya dapur aunty. eyda suka sangat :)) aunty, bila nak share" recipe, suka tengok aunty buat macam" recipe...

hatim a.r said...

tingkap belakang aunty tak letak grill selamat ke?dh la tingkap tu mcm besar kan?

E K A said...

hi salam kenal..cantiknya umah...nak folo sekali

notti netti said...

aunty yang shantiks.....sangat bijak menjadikan ruang dapur menjadi begitu elegant....nie rasa nak kemas dapur yang kotor di rumah saya secara tiba-tiba....

aqish badree said...

nice kitchen aunty.. =)

tp nk tnye sket ek, kat mne aunty bli pintu koboi tu ye? sbb mak sye still lg mencari2 kat mne yg ade jual pintu tu with hrga yg bptutan..

thnx ye.. ;)

aZeeMaH said...

salam auntie

cantiknyerrrrr dapurrr

**jeles gitu**

Anonymous said...

canteknya dapo Kak Nani. mmg cantek.

Anonymous said...

canteknya dapo Kak Nani. mmg cantek.

DOLCEshasha said...

sngat kemas your house mrs ( :

bibopp said...

ur kitchen is as gorgeous as u are.ok, ur more gorgeous. ;P

BeauBargain said...

salam aunty..totally love at first sight..aunty blh share how much the renovation cost?

jie musa said...

Cantik dapur.... Saya pun suka kalau dapur cantik bagi memudahkan diri memasak :)

Fizah said...

aduhhhh cantiknya dapur begini...putih suci =)