Sebenarnya salah satu perkara yang harus kita ingat bahawa sebuah kehidupan yang kita fikir sempurna itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan dan sebuah kehidupan yang bahagia itu tidak semestinya berasaskan kesempurnaan.
Oleh kerana saya tak berkesempatan untuk membalas emel atau sms mereka, maka saya buat entri khas untuk mereka agar dapat kita sama-sama berkongsi pendapat.
Kes Entri Ini
Seorang gadis yang telah bertunang tetapi tidak memberitahu namanya mempunyai masalah dengan tunangnya yang menurutnya tunangnya itu susah nak melupakan atau memutuskan sahabat tunang nya yang sering sengaja menjatuhkan air muka tunangnya waima di depan gadis tersebut. Bahkan ada ketika tunangnya tidak mahu langsung mendengar nasihatnya tentang ketidakpuasan hatinya terhadap sikap sahabat tunangnya itu sehingga mereka tidak bertegur sapa kerana perkara itu.
Nasihat saya terhadap gadis tersebut supaya selalu ingat bahawa tempoh bertunang merupakan sesuatu tempoh yang sangat mencabar berbanding semasa sebelum bertunang. Sebab tu sesetengah mengatakan tempoh tersebut dipanggil darah manis. Maknanya kita banyak melalui situasi yang agak tegang dan banyak cabaran. Manakala kalau terlalu mengikut perasaan atau tidak ada kesabaran kemungkinan besar pertunangan akan terputus.
Keadaan ini berlaku disebabkan apabila tersimpulnya ikatan pertunangan antara wanita dan lelaki secara tak disedari kita merasa yang pasangan kita itu sudah secara rasminya menjadi hak kita berbanding ketika masih berkawan-kawan dahulu. Maka dengan itu mereka sering merasa berbangga dengan orang sekeliling yang itu adalah hak kita, kita lebih cemburu, merasa lebih tergugat, merasa perlu mengawal, merasa perlu memantau pergerakan pasangan masing-masing. Walhal tanpa kita sedari sikap kita ini merupakan satu tekanan terhadap diri sendiri yang juga bimbang akan pertunangan yang mungkin terputus.
Tempoh pertunangan juga adalah suatu tempoh yang menduga kefahaman dan keserasian antara pasangan. Kadang kala dari situ kita dapat lihat bahawa haruskah kita meneruskan pertunangan itu hingga ke jinjang pelamin kalau semasa bertunangpun menunjukkan kedegilan, tiada tolak ansur, tidak mahu memahami, tidak mahu mengalah, ego dan banyak lagi sikap negatif pasangan kita.Maka tepuk dada tanya selera sayang....jangan sampai jadi macam pepatah orang dulu-dulu, "sayang-sayang buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang".Sayang-sayang sangat akhirnya kita yang makan hati.
Tetapi perlu juga diingat tentang pepatah inggeris ini, "if you love them, set them free". Kalau kita menyintai seseorang, kita harus ada kepercayaan, jangan terlalu mengongkongnya dan beri pasangan kita ruang dan kebebasan untuk diri mereka sendiri maka cepat atau lambat dengan sendirinya cinta itu pasti kembali tetap jadi milik kita.
Mungkin ada di antara anda yang mempunyai pelbagai pengalaman yang boleh dikongsi untuk jadi panduan buat yang lain.
11 comments:
If you love them, set them free...I agree kak. Jika cinta itu milik kita, dia akan kembali kpd kita.
Hi Auntie Nani,
Saya dah lama bace blog auntie. Yes, I totally agree with u. Dulu time saya engaged dgn my husband byk dugaan. Husband saya Canadian, so family dia suruh fikir byk2 kali b4 kawin dgn saya. Alhamdulillah dah 5 tahun kami berkahwin.
Boleh saya tumpang iklankan my friend's Online Store kat blog auntie ni?I know you love to shop and this one is highly recommended.
Check out Alfosool's Online Store offering a big selection of quality products, famous brand names eg: Ralph Lauren, Coach, Levi's, Lacoste, Lucky Brand, Dooney & Bourke, Tommy Hilfiger, and many more!! visit now at http://www.alfosool.com/shop
hehe darah itu byk manis :)
prob tu skit ja..tp cuba bayangkan kenangan manis bersama..bykkan..
sinar kebahagian dan rezeki akan datang dengan izinNya..lupakan yg lain sebentar ms spent time together
Cinta dan kehidupan mmg berkait rapat, rasa kasih yang mendalam menjadikan kita seorg individu yang yakin dgn setiap cabaran dan dugaan..cinta dan kasih sayang menuntut pengorbanan hati dan perasaan
akak....wat la satu ruang bersama kak nani...hehe blh tukar2 pendapat kan....
betul sgt masa bertunang la saat kita diuji...dlm waktu tu jugakla kita seharusnya menilai apa yg baik & buruk utk kita....ingat perkahwinan juga umpama perjudian hidup kita...ada jugak yg masa bercinta ok, tunang ok kawen tak ok...tak smpi berapa bulan dah itu ini yg kurang enak didengar....mungkin pasangan ini sering memperlihatkan yang terbaik buat pasangan masing2 sehingga menyembunyikan 'true colours' dirinya....
harus juga diingat cinta tak semestinya bersatu...dan andai kita hilang cinta itu hari ini belum tentu tiada jodoh dengannya kerana cinta itu datang dan pergi....
kalau ditimpa badai jgn pulak terus menghukum berikan peluang utk pasangan memperbaiki diri kerana kita manusia tidak ada yang sempurna...
totally agreed with you
Nasib baik le darah teman ni payau..kalau tak musti teman jadik macam citer kat atas tu tapi la ni nasib teman tak berapa baik la plak sebab darah teman dah start tinggi dari biase..
kak nani
mmg tempoh bertunang adalah tempoh ujian. Zar dulu 2 tahun bertunang dua kali juga zar campakkan cincin tunang tu.. kes kes kes.. kalau tak sabar memang hancuss.. Dalam permasalahan ini tak dinyatakan sahabat tunang tu lelaki atau perempuan. Percayalah hubungan berlainan jantina yg terlalu rapat wpun tak bercinta tapi sebenarnya feeling sudah ada cuma masa dan kedaan tak mengizikan perasaan itu berkembang menjadi cinta.
Tapi kedua duanya kena berbincang, tak mudah kita nak memutuskan persahabatan pasangan kita dgn kawan2 dia, apa yg boleh dilakukan boleh renggangkan sedikit tapi jangan paksa..
Hi Aunty Nani, bila baca blog Aunty, saya teringat kat mak saya..kesusahan yang dirasa masa awal2 kawin, susah bila keluarga tak datang lawat bila beranak etc..sama la mcm kisah mak saya. alhamdulillah now adik beradik saya pun dah besar, mak saya pun dah happy senang hati..dari orang yang kurus je sentiasa, dah berisi sihat. tapi tetap luangkan masa buat karipap frozen sebab hobby. be strong aunty, kadang2 orang yang dengki ni bukan betul sangat. dengki sebab diorang tak dapat kesenangan atau rezeki macam Aunty.
Btw, dah lama saya tak order kek chocolate moist aunty. asyik teringat je, insyaAllah saya akan order soon.
take care.
Azreen, Subang Jaya
off topic jap. saya add aunty di FB yer :)
salam kak nani..
saya selalu masuk blog ni tp tak tau nak komen apa,cuma nak bgtau saya sgt suka baca blog kak nani
Post a Comment