Bila saya post entri berkenaan mertua vs menantu, reponse yang saya dapat bukan sekadar suara-suara keluhan mengenai 'ibu mertuaku' atau ipar duai yang tak berapa nak sesuai tetapi calon-calonnya.....adalah.....heh.
Ramai pula yang bertanya kriteria yang macam mana diperlukan untuk menjadi calon menantu saya. Alahai....ada tu yang bertanya, boleh ke hantar resume? Lepas tu saya jawab, hah? Nak buat apa resume? Pastu agaknya sebab response saya yang buat-buat terkejut seolah-olah macam tak faham tu, dia pun menjawab..tak da apalah, saja tanya. Minta maaflah ya, belum apa-apa dah menggambarkan yang saya inilah sebenarnya bakal 'ibu mertua' yang garang giler macam cerita P.Ramlee tu.Hisk..hisk..
Okay kalau nak bertanyakan Liana, rasanya dia dah ada calon suami yang paling sesuai untuk dia. Kalau dah itu jodoh dia alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran. Moga-moga dipercepatkan jodohnya.
Kalau Hanis pula, dia punya impian mahu calon suami yang kaya, beriman, kacak dan pandai. Hah kalau ada siapa-siapa yang mempunyai kriteria di atas dan minat giler dengan Hanis anda mempunyai harapan untuk menghantar rombongan meminang. Oooopppsss nanti dulu....Hanis, pleaselah ciri-ciri tersebut di atas tidak mencukupi untuk kita hidup tenang dan bahagia.
Hanis, perlu tahu ada yang lebih penting selain daripada empat kriteria calon suami idaman Hanis tu. Iaitu bakal mak mentua haruslah yang baik budi pekerti sama baik dengan budi pekerti kita, menyayangi anak menantu serta memahami mereka. Kalau kita je baik dia jahat, mahu makan hati babe.
Lagi satu ipar duai yang baik budi pekerti pun sama pentingnya. Daripada pengalaman saya, jangan sesekali mengajak adik beradik ipar kita mahupun adik-beradik kita sendiri tinggal bersama apabila kita sudah berumahtangga. Kalau anda rajin membaca terdapat di dalam kitab agama iaitu nabi melarang kita mengajak adik beradik tinggal bersama apabila kita sudah berkahwin.Kerana lebih banyak buruk daripada baik.
Alhamdulillah saya lah wanita paling beruntung bila disayangi oleh mak mentua dan ipar duai saya. Maksud saya ipar duai disini ialah adik beradik suami saya dan bukan suami kepada kakak saya seperti yang pernah saya pernah ceritakan di entri yang lepas.
Itulah seperti yang saya tekankan, adik beradik ipar dan mak mentua saya tidak pernah interfere di atas segala apa yang saya lakukan. Mereka sangat gembira bila bertamu dirumah saya. Mereka sangat bangga saya sebagai ipar dan menantu. Mereka war-warkan satu kampung tentang kebaikan saya melayan mereka. Alhamdulillah, bila dengar macam tu rasa ketat pulak seluar yang saya pakai ni heheh, bak kata Alisya tiba-tiba woh!
Ada satu ketika bila mak mentua saya tinggal bersama saya, saya lambat balik dan masa tu mak mentua saya belum makan lagi. Sayapun cakap sorry mak nani lambat, tunggu kejap eh nani masak. Apa yang buat saya sangat terharu, bila dia jawab...'tak apalah nani, kalau ada roti, nani bagi dulu mak roti buat lapik perut.'
'Ohhhhh sooooo sweet mak mentua saya'. Langsung tak pernah menegur atau bercakap walau sepatahpun tentang kepincangan rumahtangga kami kalau ada.
Mak mentua saya adalah wanita yang sangat berkeperibadian tinggi. Ibu yang sangat baik terhadap anak menantu dan isteri yang cukup mithali terhadap suami. Dalam usia yang menjangkau 90an, dia belum pernah menyusahkan anak menantu untuk menguruskannya. Masih berbadan sihat dan sangat kuat daya ingatan. Saya amat terharu bila melihat keprihatinan beliau terhadap anak cucu. Dia sangat observe tentang perkembangan anak-anak saya. Dia boleh ingat semua pencapaian anak-anak saya dalam peperiksaan. Hujung tahun lepas waktu saya balik kampung, dia menghulurkan wang rm100 untuk Khairi kerana mendapat 9A dan rm50 untuk Imran kerana mendapat 5A.
Namun dalam semua perhubungan sesama manusia yang baik dan berjaya tidak akan hanya ada satu hala. Dari mula perkahwinan lagi saya cuba sedaya upaya menjadi menantu baik yang menghormati orang tua. Saya sentiasa ingatkan suami saya untuk memberi ibunya wang dan selalu menelefon ibunya kerana sebelum berkahwin suami saya tidak biasa berbuat demikian. Bila hari raya atau bila saya bertemunya saya pasti akan membawakannya buah tangan yang saya masak sendiri sendiri seperti biskut dan kuih muih kegemarannya. Malah katanya kuih makmur saya adalah yang paling sedap pernah dia makan. Sekembalinya pula saya akan menghulur wang sebagai wang saku untuk mak mentua saya. Saya tahu mak mentua saya sangat terharu di atas pemberian saya. Alhamdulillah.
19 comments:
saya berdoa semoga saya juga berjaya jadi menantu terbilang, gemilang dan cemerlang seperti aunty n juge dpt mertua sebaek mertua aunty ;) amin~
alhmdulillah kak...itu blsn allah utk org yg baek mcm akk...
i dont know why i really love to read your blogggg auntie!
Untung aunty dapat mak mertua yg baik & x interfere dlm hal rumahtangga. Rasanya, tak ramai yg bernasib baik mcm aunty. Tapi, jika sudah nasib mndapat ibu mertua yg agak cerewet, sering saja cari salah menantu & suka interfere, terpaksa lah redha. Sentiasa berbuat baik pada ibu mertua, walaupun kebaikan kita sering dibalas dgn cemuhan. Memang lah dlm hati sgt sakit, & rasa mcm malas dah nak jejak kaki ke rumah mertua. Tapi, itulah, kita kena sentiasa ingatkan diri kita syurga itu di bawah kaki ibu.
salam kak nanie..nyna ni yg dtg umah akak n suami..kitaorg beli triffle akak tu..ni dah ngidam balik ni nak mkn triffle tu..sib baik jauh kalu dekat mau tiap2 ari na oder..kak..nak minta tlg kak kalu sudi..kak masuk blog na anakmanjaabah.blogspot.com ada en3 psl baby hannah..si ibu minta pembaca doakan anak dia ni..minta kak sudi wat en3 psl baby ni kat blog kak cos blog kak ramai peminat..mungkin byk membantu baby ni..si ibu ni x harapkan duit just minta kita doakan anak dia jer.. tqvm
Bestnya dapat mertua camtu..
tak semua org bernasib baik cam akak.. tapi tak salah kalu kita ada usaha nak yg menantu yg baik di hai mertua,kan?
thank you aunty, nice info. lepas ni kalau dah plan nak berkahwin, kena prepare dalaman dan luaran, how to be a good wife, a good mother, and a good daughter in-law.
Syurga bawah tapak kaki ibu, tapi ibu mertua masih boleh dipilih-pilih hehe.
Dua tiga kucing berlari..Santapan friskies untuk diberi..Alangkah gembira rasa dihati..Kalau mertua sebaik auntie..
Monster Jambu gelaran diberi..Gelagatnya comel mencuit hati..Hajat dihati meminang si 'puteri'..Apakan daya kriteria tak mencukupi..huhu
orang yg paling bertuah dalam dunia ni adalah org yang dapat menjaga org tuanya tak kiralah mertua atau ibubapa sendiri. bak kata kak nani kena ada perhubungan dua hala..
Menantu vs mertua bukan senang nak cari break even pointnyer..
good tips to know that..
hmmm
Hanis kena pilih mentua yang best, sebab nanti syurga dibawah tapak kaki ibu mertua jugak. Kalau tak best, rasa nak cekik je kan tak bagus..teeheeheeee..
sgt setuju kak mcmana baik sekalipun kita dgn ipar duai biarla tidak tinggal sebumbung.....lebih byk yg buruk dr yang baik....best nye dpt MIL sporting kan.....akak sgt beruntung...
klu hanis nak yg beriman, insyaAllah bahagia. :)
saya bersyukur kerana ibu mertua saya sangat-sangat baik dan saya sangat sayangkan dia sama rasa dgn ibu saya sendiri....alhamdulillah...:)
pada abang ensem:-
KENTUT didahulukan,
BAU di utamakan..wakakaka!
Kak Nani...sy buat tu semua..macam yg kak nani buat...tapi tanpa sokongan suami,segalanya tak nampak...duit kita dikatakan duitnya...rumah kita dikatakan rumahnya...kereta kita dikatakan keretanya...sy pulak tak pernah nak perjelaskan keadaan sbb tak nak dituduh 'berlagak'atau sombong...tidak pernah saya ceritakn pun perihal dia tak bekerja selama 5 tahun pada siapapun kecuali kakak dan mak..dan sy yang tanggung segalanya...dia sambung masters pun saya dan keluarga yang bantu....sampai sekarang sy rasa family dia tak tau apa yang berlaku...dia buang saya setelah dia kerja slpas habis masters dan kerja dgn gaji yg berkali ganda gaji saya yg dah kerja lama...biarlah..Tuhan dahpun menggantikan dgn yg lebih baik ...yg sanggup terima saya dengan anak 2 orang...tapi bab mertua tetap saya risaukan...phobia! tambah pulak dia jenis 'strong character' and suka sebar cerita di kalangan anak-beranak saudara mara...sy tak sangka dpt yg educated mcm ni pula lagunya...yg dulu yg tak educated langsung iramanya mcm tu pula..sy jadi segan dengan semua orang dan confuse...hanya suami harapan saya. if I lose him, then all is lost. he is my all...my hope for now... I wish women out there realise that anything can happen to them/their hubby in a nick of time...and you will lose respect by people, eventhough u r highly educated and successful..the stigma is still there, I wonder why?... if you got a good MIL, u are lucky...luckier than having a gud hubby! I pray that later I akan jadi MIL yg bersyukur...yg sedia berfikir betapa bukan selamanya salah wanita atau hina wanita jika ia jadi janda (dengan pilihan sendiri atau tanpa pilihan)mahupun balu...Ya Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati manusia...kembalikanlah cinta mertuaku padaku..atas cinta suamiku padaku...Aku redha segalanya..
Post a Comment