Friday, April 2, 2010

Beliau Sangat Pleasant



Siapa sangka semalam berjumpa hari ni dah tiada. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah s.w.t. Hanya kita yang masih hidup ini bersedia atau tidak menghadapinya. Umur tidak menggariskan apa-apa. Kalau dah saat itu ajal kita...tak kira berapa umur pun, semuanya sudah ada ketetapan oleh Allah s.w.t.

Saya tidak mengenali allahyarham secara peribadi. Saya hanya meminati bakat seni yang dia ada. Buat pertama kalinya saya bertemu allayarhan ketika Hanis ada job dari Era untuk mengiklankan rancangan di Era yang melibatkan Din Beramboi dan Aznil. Pertama kali saya bertemu dengannya, allahyarham merupakan salah seorang artis yang sangat pleasant dan seronok berjumpa peminat selain dari Scha Al-Yahya, Zizie ezzette dan Fahrin Ahmad yang pernah saya temui ketika di FFM tempohari.

Ketika saya menemubual beliau, saya dapat merasakan sesuatu yang agak asing seolah-olah itu bukan diri beliau yang sebenar. Dan pagi Jumaat yang berkat ini bila saya mendapat berita beliau telah kembali ke Rahmatullah, saya berasa amat sedih dan hanya mampu mengucap Inna Lillahi Wa Inna Lillahi Ro jiun. DaripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali. Al fatihah buat allahyarham Din Beramboi semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang saleh. Amin.

12 comments:

fazemy said...

Dah agak mesti auntie taruk gmbr dgn arwah. Baru je berjumpa harini dah tiada. Sesungguhnya Allah lbh menyayangi dia. Al-fatihah.

mamashasha said...

Al fatihah, takziah utk keluarga arwah.

~♥ iella ♥~ said...

bila dgr radio arwah gn paknil rasa nak tergelak gak gn lawak2nya...tp nie la lumrah hidup. Ari nie kita hidup blum tentu esk kita akan hidup lagi...kententuan di tanganNya...kita berdoala agar rohnya ditempatkan dgn golongan org2 yang beriman...amennn....:(

Zareda Norman said...

Alfatihah buat Din Beramboi..

sapphire said...

siapa sangka kan.. -_-"

Al-fatihah buat arwah..

Drama Mama said...

Al-Fatihah untuk arwah! Sedih dengar berita ni

TeRRoRRiZZ said...

setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya
semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh
amin

charm said...

al fatihah wat family pak din..sblm ni saya tak dgr radio ERA..tp satu pagi saya tertekan ERA FM n dgr lawak paknil n pakdin yang mbuatkan saya xsabar nk on ERA FM setiap pagi since dat morning..moga rohnya di rahmati..amin..

abang ensem said...

No more drama sebabak & sawancara slot. Really miss his jokes. The one & only DIN BERAMBOI..

NUR HIDAYAH said...

Ketika saya menemubual beliau, saya dapat merasakan sesuatu yang agak asing seolah-olah itu bukan diri beliau yang sebenar.

APA MAKSUD CIK NANI DENGAN AYAT DIATAS?KURANG FAHAM...HEHEHEH

NUR HIDAYAH said...

Ketika saya menemubual beliau, saya dapat merasakan sesuatu yang agak asing seolah-olah itu bukan diri beliau yang sebenar.

APA MAKSUD CIK NANI DENGAN AYAT
" saya dapat merasakan sesuatu yang agak asing seolah-olah itu bukan diri beliau yang sebenar "
? apa maksud? kurang jelas..(^^)

Ara said...

sy ade bace post hanis yg bertajuk 'miss j please...' tu...sy bace mcm biase..

smlm bile dgr ura2 (sy blum yakin) yg din beramboi meninggal..trus sy teringat post hanis tu...

emm, mmg petanda...~ apa pun, al-fatihah buat arwah...