Seorang rakan blog saya baru-baru ini didianogsis oleh doktor sebagai mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Saya ingin kongsikan beberapa saranan diet seharian untuk beliau dan juga para pembaca yang lain termasuk untuk peringatan saya sendiri.
JANGAN MAKAN!!!!!
1. Daging merah (sekali seminggu tidak mengapa)
2. Daging yang diproses
3. Daging organ dan bahagian dalam seperti hati dan limpa.
4. Kulit ayam atau itik.
5. Makanan bergoreng dan kuah berlemak seperti nasi lemak.
6. Produk tenusu yang tinggi lemak.
7. Kurangkan gula putih bertapis dan makanan berproses.
8. Buangkan pengoncang garam.
9 Minyak masak dan majerin, dan produk komersial yang mengandungi asid lemak trans (lemak berhidrogen dan separa berhidrogen).
10.Elakkan ikan masin, jeruk, belacan dan kicap komersial.
11.Makanan yang hangus kerana memanggangnya atau menggoreng pada suhu yang tinggi.
12. Hadkan makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan dan perisa.
SILA MAKAN.......
1. Daging putih daripada ayam itik.
2. Ikan terutama sekali yang mengandungi lemak EPA (tiga kali seminggu seperti salmon, tuna, tenggiri, sardin dan hering).
3. Produk tenusu berlemak rendah.
4. Buah-buahan beraneka warna yang kaya dengan antioksidan daripada flavonoid dan karotenoid, vitamin B dan gentian (serat).
5. Sayur-sayuran beraneka warna yang kaya dengan beta karotena, vitamnin C, E dan B, gentian tinggi dan flavonoid.
6. Kacang dal dan kacang-kacang lain.
7. Majerin - pilih majerin lembut mono tak tepu yang bebas daripada asid lemak trans. Banyak gunakan minyak zaitun.
8. Bijirin, kacang-kacang dan legum.
9. Pasta
10.Bakar atau panggang makanan bukan menggorengnya.
11.Pilih karbohidrat kompleks seperti beras perang, capati, roti gandum asli, bijirin oats dan jagung.
12. Banyakkan makan bawang putih, bawang-bawang lain, halia dan kulat.
13.Minum lapan gelas air bersih atau air mineral setiap hari.
SELAMAT MENJAGA DISPLIN PEMAKANAN ANDA!!!!!
14 comments:
dalam perkiraan saye, saye dah kelas kan makanan yang liat tu berkolestrol tinggi.
e.g : roti canai,
kak nani, thank you for the info..
saya copy paste masuk blog saya ye? untuk pengetahuan dan rekod saya dan suami..
kak nani, bole postkan tak pemakanan ape yg bagus kalau kite cuba nak conceive..
saya dah kawen 6 bulan, tp sampai skang masih kosong lagi.. jadi nak taula kot-kot kak nani ada mengamalkan pemakanan utk nak mengandung..
thanks..
Salam kak,
Ni budak yg tegur akak kt Tesco semalam he he. Dah lama menjadi silent reader, tp tak meninggalkan jejak.
U look prettier in person. Mintak ijin link di blog sy ye ibuk he he
Salam..
really admire u... walau dah berumur tetap maintain....
boleh tak nak mintak akak berkongsi tips atau penjagaan semasa berpantang. ke.... dah penah tulis saya yg tak perasan.... TQ
dan jangan lupa ... EKSESAIS..
tq kak sharing is caring...precaution is better than cure....
kak nani
bagus info ni.. ehhehe
thanks kak nani
saya nak print besro-besor tepek kat lemari ais. bior hubby saya baca terang-terang. susah betol nak kena ingatkan dia tiap2 hari apa yang dia tak boleh makan. bila kita cakap dia kata kita berleter. bila tak cakap dia makan pastu dah naik bp. la ni dah tepek kat lemari ais 'lu pikirlah sendiri' :)
thanx 4 da info!!
can somebody explain to me about pengoncang garam? x paham... T^T
hi, i baru je join blog kak nani, nice and beautiful lady,tgk ciri2 kepribadian yang kak nani ade rasa nye mmg jadi wanita idaman lelaki..motherly, passionate dan understanding..actually bila berbual pasal makanan seimbang dan wanita ia mmg tdk dapat dinafikan satu topik yg tak lekang dek zaman..my officemate pun sibuk masuk senamrobik every wednesday evening just bcoz want to lose weight and to keep fit..kalau masa breakfast tu most of them makan cereal je ngan low fat milk sampai i pun jadi motivated to join them..for me i just drink a glass of water in the morning bfore leaving home..tapi tu pun kdgkala je buat..one of my lovely friend kak ct mentioned its better to berkumur2 just after we wake up in the morning dan telan air tu utk elakkan sembelit dan tujuan pencernaan..i think tu pun can be agood start for us..
Post a Comment