Setelah hampir 3 tahun suami saya macam rupa monster. Bukan monster jambu eh..sebab monster jambu sangat comel. Ini monster yang kalau lepa je macam nak makan orang. Bukan nak makan, nak telan terus. Akhirnya pagi ini saya rasa saya patutnya meletakkan jiwa raga saya kembali ke tempat yang sepatutnya.
Aduh terpana saya merenung wajah suami saya yang sangat kacak. Jangan jeles atau sakit hati eh...kalau saya kata suami saya sangat kacak. Kenapalah selama ini saya bodoh sangat tak nampak kehenseman suami saya. Memakai kemeja berjenama, bertali leher, dan memakai butang cuff-link memang bergaya. Aduh kalau suami saya senyum sahaja kat perempuan-perempuan di luar sana...pasti ramai yang tergoda.
Saya hampir terlupa yang suami saya memiliki karektor yang pelik. Kalau dia mengalami ekonomi yang merundum, kehilangan pekerjaan dan tak da duit, dia akan merubah menjadi individu yang sangat berlainan. Dia bertukar menjadi monster. Marah-marah saya. Malas menolong saya. Kuat berleter. Kuat tidur. Kuat makan. Kuat mintak duit. Dan kuat menyakitkan hati saya. Sampai hati dan perasaan saya jadi beku.
Sehingga satu hari saya beritahu anak-anak saya, tak berbaloi mama tunggu daddy, dahlah susah bukan nak ringankan beban mama, malah nak jadi macam bos pulak. So mama hanya akan bersama daddy bila daddy ada duit. Kalau tak, sorry, angkat kaki.
Agaknya dah seratus sepuluh kali dok ulang cakap tu dengan anak2 maka, dengan kuasa Allah..yang masih mahu saya kekal bersama suami, suami pun dapat pekerjaan semula manakala perangainya totally berubah menjadi sangat romantik, loving mebing. lemah lembut...aduh duh duh....
Siap berjanji janji...jangan marah eh...siap dia cakap bagi dia tempoh dua bulan cari duit untuk belikan saya BMW 5 series. Insyallah mudah-mudah termakbul cita-cita murni suami saya itu...Aduh....mendalam sungguh sayang dia pada saya yang selama ini saja jer dia nak menduga saya lebih-lebih. Sabar jelah....
Walaupun selama ini saya pernah merasa sakit hati dengan suami saya tetapi saya amat mengagumi beliau dari kacamata orang lain. Dia seorang yang sangat pemurah, tidak berdendam, berhati lembut, berhati mulia dan sangat ramai kenalan. Bayangkan dengan hanya menamatkan sekolah menengah dia dapat menjawat jawatan yang tinggi-tinggi dalam organisasi. Diberi kepercayaan sepenuhnya oleh bangsa asing mengendalikan syarikat mereka. Pandai mengendalikan segala hal yang agak complicated.
Sampai sekarang perkara yang paling saya ingat adalah ada satu ketika saya pernah berjiran dengan orang Melaka yang bersuami orang Kelantan. Masa tu saya menyewa flat. Rumah saya bahagian korner. So kami berkongsi koridor dan berkongsi juga kawasan menyidai baju. Tetapi disebabkan dia duduk dahulu dan dah biasa monopoli kawasan itu tanpa gangguan maka dia tak boleh menerima bila saya yang baru berpindah ke situ pun hendak menggunakan kawasan menyidai baju tersebut.
Satu hari saya terdengar bunyi bang di pintu depan rumah saya.Bila saya jenguk ke luar saya lihat dia sedang mencampakkan sebungkus plastik sampah hingga terburai didepan pintu saya.
Kemudian tanpa berfikir panjang saya pun mengambil sampah dirumah saya lalu melemparkan ke arah dalam rumah mereka. Perkara itu tidak berhenti di situ. Tak lama selepas itu saya didatangi oleh pihak management bangunan itu yang cuba memihak kepada mereka kerana mereka berasal dari kelantan juga.
Kebetulan ketika kekecohan itu suami saya pulang ke rumah dan setelah tahu apa yang berlaku, suami masuk dan ambil penyapu dengan mop lalu masuk ke dalam rumah jiran saya dan menyapu serta mengelap lantai rumah mereka sambil mereka terdiam memerhatikan.
Sebenarnya walau saya tak bersetuju dengan tindakan suami saya itu namun jauh disudut hati saya, saya sangat mengkagumi sikap beliau yang tidak suka mencetuskan pergaduhan dengan orang lain.
Satu lagi peristiwa kereta beliau pernah dilanggar oleh kereta perempuan cina tua. Tetapi sesen pun beliau tidak meminta ganti rugi. Bila saya bertanya kenapa dia tak minta ganti rugi, katanya dia kesian kat perempuan cina tua tu manalah diaorang tu berduit. Lepas tu saya marahkan suami saya, dear u jangan underestimate orang. You tak tahu perempuan cina tu lagi banyak duit daripada you.
Itulah suami saya. Hampir 25 tahun berkahwin. Melalui pelbagai cabaran. Namun saya masih di sini bersabar dengan perasaan yang hampir mati dan dia masih di sini sebagai suami yang masih mencintai. Seorang daddy yang sangat dikagumi oleh Hanis.
23 comments:
wah kagum. Mak saya juga mempunyai banyak cabaran, malah saya rasa teruk dari auntie. Mungkin!! Saya juga kagum dengan mak. Ayah juga saya kagum. Kalau dia tak garang sure saya jadi minah rempit :D
dalam rumahtangga ada masam-masam manisnya..hanya dengan bersabar dan bertolak ansur je dapat mengukuhkan dan mempertahankan rumahtangga yang dibina.
ada kelebihan dan ada kekurangan...
baca entry ni...terus teringat hubby....love him so much!!.
baru 1st time komen..selalu silent reader jek...heheh..terjah blog kite ek...jgn lupa komen..thanks aunty..
http://lailasanuri.blogspot.com
wah...bagus nye uncle, siap tlg mop itu org punye rumah...sebab 2 Allah pasangkan beliau dgn auntie. seorang pemarah (auntie..jgn mrh ye) seorang pemaaf (uncle). klu dua2 pemarah, susah wo. best of 2 both of u.daaaa
hmm what to say..at least suami akak dh berubah..syukur lah..hidup berkeluarga..erkk mcmna la nnti ni.nk kawen dh ni.haahaa..slalu nmpk kes2 mcmni.lg teruk pn ada.huuhuu riso gak..
so nice..
jahatnya jiran tu. anyway ly pun tumpang bangga dgn suami aunty..such a lovely husband :)
hehe...puan mmg bgus..sebagai org Jawa,saya mengangumi Puan..lau dh kawin nnti,nk jd camtuh gak la... hehe..cool n setia di sisi suami..
Salam akak..
seronoknyer dengar kaum ibu2 mcm akak ni bahagia benor..:)
anak2 akak seharusnya berbangga dgn ibu dorg coz akak seorg ibu yg blh dijadikan contoh. Bkn sj utk diorg tp utk semua kaum2 ibu & isteri yg lain juga..Saya pecaya..Kebahagian yg akak kecapi hari ini berbaloi dgn apa penat lelah & usaha yg penah akak lalui..
Keep it up!!!
~ http://luvmymother.blogspot.com~
wahhh 25 years dah aunty. kagum lah...hope i can go through my marriage ngn penuh sabar dan kasih sayang jugak. :-)
Tak berani nak komen..hehehe
Jangan kita menyangka bila kita bahagia bersama suami hari ini kita masih bahagia pada keesokkan hari nya. Sebenarnya kehidupan rumahtangga ni panjang.Macam-macam rintangan yang terpaksa kita pijak di sepanjang perjalanan. Kalau nasib baik...bahagia kalau nasib tak baik hati derita...terpulang macam mana kita menggarap kebahagiaan itu untuk diri kita.
Kakak Nani ni memang ada perangai short tempered. Tapi tahan sabar sampai paras hidung baru nak meletop. Sebab tu dengan anak-anak kakak tak pernah marah dan masih sabar sebab anak-anak tak pernah menaikkan kemarahan kakak sampai paras hidung.
Suami pulak pantang isteri silap sikit, sentiasa meletop. Tetapi kalau dengan orang..memang baik, memang mulia betul hati dia.
Kalau dia banyak duit pula, kakak happy sangat macam dunia ni akak yang punya sebab masa tu dia sentiasa berlemah lembut dan pemurah dengan kakak. Kalau boleh seluruh jiwa raga harta benda dia nak bagi kat akak. Dia tinggal seluar dalam tak pa.
Kalau tak da duit pulak dia bertukar jadi monster.
Kadang-kadang kesabaran kakak pun ada hadnya.
Tetapi kakak faham kenapa dia macam tu...sebab dia risau bila tengok kakak ramai peminat di saat-saat dia jatuh.
Walhal disaat-saat begitulah dia patut bantu kakak atasi kesukaran. Ini dia saja fikir dia stress. Dan dia seolah-olah tidak mahu faham yang kakak lagi stress dan kepenatan bila kerja sorang-sorang tanpa bantuan tenaga dan moral daripada suami.
Memang banyak kali kami lalui saat-saat macam tu. Alhamdulillah masih panjang jodoh kami. Bahagia masih sudi menjenguk.
salam.. husband akak tak baca ker blog akak nie? kotla die bace kene panggil monster lak.. huhuhuhu.. takperla kak biasa la rumah tangga ada bnyk dugaan kadang2 untuk kt kadang2 untuk suami kt.. semoga akak mampu terus bersabar.. dan bahagia dunia akhirat
Betul tu Nani...kehidupan berumahtangga ini panjang...pelbagai rintangan yang harus kita hadapi bersama..tahap kesabaran mestilah ditahap maksimum...
Kadang orang laki...dgn orang lembut gigi dari lidah...tapi bila dgn isteri...tau meninggi suara aje...yang penting kita tau dia amat menyayangi dan memerlukan kita...kerana saat kita sakit...saat kita memerlukan dia sentiasa ada bersama...
R/tangga ni selalunya musnah sbb 2 perkara : masalah kewangan or adanya org ke 3. So sbb tu skg ni wang adalah sama pentingnya dgn cinta. Cinta akan pudar kalau wang tarak & kalau duit byk pun tp main kayu 3, merana pulak.
Bg kita yg dah berkeluarga ni apalg yg dah berthn2 kawin, ada duit atau tidak, ada cinta atau tidak redah jer la. Kita terpaksa mengorbankan hati & perasaan kita agar keluarga kita ttp bersatu.
Bagi saya sebagai panduan untuk semua isteri-isteri diluar sana hanya satu saja....jika suami dibiar selesa lama kelamaan isteri terseksa. Tak tahulah saya kalau anda boleh bersabar. Tetapi jgn sekali kali membiasakan suami anda hidup selesa kerana lama-kelamaan anda sendiri akan terseksa. Dan pendapat saya pula untuk suami diluar sana jika isteri kurang diperhati ibarat melepas burung merpati.Kalau anda membiarkan isteri keluar sekalipun mencari nafkah tanpa anda peduli dan perhati satu hari anda pasti kehilangan cintanya terhadap anda.
auntie sgt lucky sbnrnye. ;))
aunty, stuju dgn comment aunty yg no 2 tuh. ... "Kalau anda membiarkan isteri keluar sekalipun mencari nafkah tanpa anda peduli dan perhati satu hari anda pasti kehilangan cintanya terhadap anda." Rumahtangga sy pun hebat juga pasang surutnya, walau hati kadang dah tak sayang, keluarga berpaksikan anak2 lah skrg ni. tp paksa juga pujuk hati jgn ikut perasaan sangat, sebab mungkin ms tu x pikir betul. suami memang sayang tp kadang2 kita yg rasa kita berkorban lebih dari sidia.
amy
sweet lah.
Kak Nani, bunyi citer kak nani about ur hubby mcm nak sama ngan karakter suami sy. Kalau dia tgh stress or mood x baik, selamat la sy asik kena marah. Benda yg x logik nak marah pon nak marah. Kalau time mood ok pon, jarang la nak dgr dia ckp baik2 ngan sy, ada je modal nak buat sy sakit hati. Kalau sy hangin ngan dia, dia lagi double hangin ngan sy walaupon itu salah dia. Sy mmg selalu rasa tidak dihargai, tidak disayangi. Selalu rasa nak lari jauh2. Tapi selain dr moody x menentu tu, dia mmg seorg yg bertanggungjawab dan x buat benda2 x senonoh. Jadi sy rasa baik sy bersabar aje la. Good to hear i am not alone....n u've been through this 25 yrs, sy lak baru 6 thn berkahwin.
kak nani thanks for the stories..free2 saya sentiasa membaca ur blog..x free pun curik2 gak baca sbb banyak info.memang rasa macam tengah membeli majalah wanita buat rujukan rumah tangga.hehe. u rite bout manusia cepat jemu tu..baru stahun dua kawen pun mula terasa..harap2 jodoh kami berpanjangan..kadang2 risau juga jika en.suami yang berperasaan begitu..huuuu..
http://meriahceria.blogspot.com/
hehehhe...nak tergelak...sebiji mcm suami saya juga akak....
Post a Comment