Thursday, April 22, 2010

Taman Sendaloka

Pokok buluh cina yang unik dan menawan.


Pokok bunga cempaka putih yang mengharum taman diwaktu dinihari bila semilir angin malam berlagu, boleh menaikkan bulu roma kalau memikir yang bukan-bukan.

Bunga halia bara yang merah membara penyeri taman sendaloka.


Pokok cermai yang selalu buahnya gugur menyelimuti bumi bila situan tiada masa memetik untuk dibuat jeruk atau halwa.



Bunga kantan yang akhirnya layu tak berguna kerana tuannya sibuk membuat kek sehingga tiada masa untuk laksa dan asam pedas.




Daun kari yang subur menghijau. Mujurlah ada jiran-jiran yang rajin masak kari. Ada juga gunanya.




Pokok longan yang dah banyak kali berbuah. Tuan hanya dapat melihat kelibat ketika masih muda. Bila dah masak ranum jadi habuan pemotong rumput. Rezeki dia orang.





Buah mangga yang manis seperti madu.





Jambu ..........my peberet ever...







16 comments:

MyLittleShop.com said...

WAH!!!semua tu kt taman rumah aunty ke??mangga tu nmpak sedap btul..hehe..sgt suka baca blog aunty n family. ^_^
klu aunty free,singgah kt my biz blog ya.=)
http://mylittleshopdotcom.blogspot.com/

si[jari] telunjuk said...

sedapnya buah mangga....nak jugakk :)

reen said...

aunty2 pandai wat kek tkde bukak kelas kew? sayew nak anta mama saya, thnx :)

marinahunny said...

kakak, banyaknye pokok2 yg berguna kat rmh kakak, pokok cempaka putih mmg harum tp kdg2 seram..ada 1 lg pokok yg bunga dia mmg harum sgt mcm daun pandan, nama pokok tu pokok tikam seladang(org trg panggil dgn nama tu, x pasti kalu tmpat lain panggil apa)..pokok dia jenis berkayu tp menjalar..bunga dia kecik2 tp tahan lama kalu kat pokok..kalu ada pergola sgt cantik kalu tanam dan biarkan melarat..tp kat sini pun pyh nak cari..rmh makcik sy ada pokok ni dan tiap kali sy pegi rs nak petik psl wangin nk letak dlm telekung tp makcik slalu marah psl syg sgt dgn bunga tu..hahaha

NaniRostam said...

Sebenarnya cadang nak beli baja yang fama guna kat ladang buah-buhan tapi mahal...tunggulah.Kalau dah dapat baja tu...buah banyak...bolehlah kalau nak merasa.

Oh orang terengganu panggil tikam seladang. Orang KL panggil pokok KESIDANG...ada dua pokok baru cuba nak melilit kat pintu gerbang tu.

Tak da masa pun nak jaga taman ni. Ni sebenarnya taman terbiar.

Nak buat kelas kek pun belum ada masa lagi. Nanti kalau dah ready...i'll let everybody knows.hehehe.

OnE HeArT..OnE LoVE.. said...

wahh...cantiknye gambar2 ni...huhuhuhu...syg kalau tak dijaga.=)

Chit Ana said...

waa sedapnya..sekarang musim buah-buahan ya.berbudi kepada tanah,itu hasilnya untuk rezeki kita makan ;)

mamashasha said...

rajin nye akak tanam sumer tu....tak yah susah2 beli daun kari....gemuk2 lak tu...

Zareda Norman said...

kak nani

berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya kan

ilovemymom said...

Salam..
wah wah wah.. tabik spring betoi lar kat akak. Cake pon pandai buat..gardening pon terror..mmg multitasking lah.. :)
bestnyer..!! ala2 superwoman gtu..
Kalau free bolehlah visit blog ayah saya.. pengusaha baja & penyubur tanah BIOST (http://mohamadazoddin.blogspot.com) Utk info lanjut akak pun boleh join & jadi fan di facebook page WE LOVE GARDENING .. meh kita sama2 bekongsi idea ok..thanx..

SAYA ~http://luvmymother.blogspot.com~

JULYA said...

wow...ini rumah ka kebun tante...buanyak kali tanaman yg boleh d manfaatkan...nape tak bagi pada mereka yang kurang berharta dan suruh mereka jual. kan dapat jugak tolong mereka tambah pendapatan. anyway wish to datang ziarah ur house. hehe

NaniRostam said...

Baeklah sapa-sapa yang kurang berharta tu silalah ambek ya...jual lepas tu beli beras...aduh du du..du...

Pengantin Budget said...

rajin betul aunty, sejuk tangan ye, menjadi buah-buahan dan bunga-bungaan aunty ni. sejuk mata memandang buah2 yg subur tumbuh dan cantik, gebu sgt semuanya... setakat ni berjaya tanam daun kunyit dan berjaya menyemai pokok betik yg mentua bagi dah tinggi ketiak sy dah... bila boleh tanam mcm yg aunty buat ni.. one day perhaps... IAllah... ~amy~

saveme_zero said...

nak dtg rumah leh..sambil mkn buah..sambil minuh teh..diptg hari..hehehe

nairaariaa said...

wa...bestnye da kebun sndiri...berbaloi...

SURIA AMANDA said...

Sejuk jer suasana umah auntie kan?