Sunday, April 11, 2010

Aku Wanita Biasa

Saya bangga saya orang jawa. Ehmm maksud saya perempuan jawa. Perempuan jawa ni seorang yang lemah lembut, peramah, rajin, penyayang dan lain-lain nilai-nilai yang positif.

Tetapi setakat ini saya kurang nampak sangat nilai-nilai positif pada lelaki jawa yang boleh membuat saya impress Atau mungkin saya harus impress kerana lelaki bangsa lain tidak terlalu menonjol seperti mereka. Selama ini saya hidup di sekeliling lelaki jawa yang salah seorang daripada mereka hanya sebagai pemandu teksi tetapi mempunyai empat orang isteri yang tinggal dalam sebuah rumah yang tak berapa nak besar. Lepas tu saya rasa janggal bila dia bergurau senda dengan salah seorang isteri beliau. Manakala isteri yang lain tengok TV sambil muka masam.

Seorang yang pernah jadi tunang kakak saya tetapi bila bersalam dengan saya punyalah lama sampai macam tak nak lepas ke apa ntah sehingga saya yang kecut-kecut perut bila tengok muka suami dah semacam je.

Seorang suami sepupu saya yang merenung saya sampai tak senang duduk saya dibuatnya ketika kami berkunjung waktu hari raya. Setahun selepas itu beliau berkahwin lagi satu dengan pembantu rumah sendiri.

Di kampung saya sendiri hampir setiap lelaki yang boleh dikatakan berjaya dalam hidup dan berjaya juga menambah bilangan isteri yang kadang kala sehingga mencukupi quota.

Tetapi mungkin itu secara kebetulan sahaja, yang kebetulan ianya adalah orang-orang yang saya kenali. Cuma seorang sahaja orang berketurunan jawa yang saya paling impress adalah arwah ayah saya. Beliau adalah seorang lelaki yang paling setia pernah saya kenali selain daripada suami saya. Mungkin kerana saya amat mengagumi ciri-ciri yang ada pada arwah ayah saya maka Allah menemukan saya jodoh dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan arwah ayah saya.

Seorang lelaki yang disuruh mengisi butir-butir peribadi dalam sebuah borang.

Name: Suparman Bin Marto

Passport No : AK 654321

Race : Tak pernah.Tak mau jadi mat rempit.Tak mau mati katak.

Sex : Normal. Tiga kali seminggu kecuali time isteri cuti.

20 comments:

Nur -al- Ain said...

haha. 2 soalan last tu memang lawak la...

aitotyati said...

salam auntie nani,

ok yg last sekali tu kelakar. gelak guling2 saya (okay tipulah tu)

saya seorang perempuan jawa + jawa yang berkahwin dengan seorang lelaki jawa + siam. sebenarnya sikap manusia bergantung dengan persekitaran & cara didikan yang diterima. alhamdulillah saya berterima kasih dengan bapa & ibu mertua saya kerana telah mengasuh anaknya (suami saya) menjadi seorang yg ringan tulang.

tapi kan auntie, ada sesetengah orang malu kalau dikata jawa. kenapa ye? mungkin jawa sinonim dengan pendatang asing ke? kenapa orang nampak yg negatif aje?

abang ensem said...

Nasib baik le teman ni lelaki Perak yang pemalu..

SYANI said...

Hahahaha.. kelako la pakcik Suparman tuh!

NurAzreena said...

sy pn ad mix jawa gak! ;DD

Miss Twinkletoes said...

Aunty Nani ni kelakar lah..
hehe cian kat encik suparman tak tahu yeah SEX tu ape...=p =p =p

MeL said...

setuju ;)

perempuan jawa bila berckp lemah lembut bahasa nya & jgk peramah. dulu jiran saya kak siti, org jawa. ada salon rambut sendiri kat area rumah. kak siti ni baik hati, suka bagi makanan kat jiran tetangga, peramah & lemah lembut bila berckp. tak pernah tgk dia masam muka atau marah kat org. customer2 dia semua senang sgt dgn dia including me ;)

tapi kalau ciri2 lelaki jawa, baru tahu lps baca entry auntie ni hehe..

Ale said...

Saya adalah gabungan jawa + jawa = jawa. Tapi dalam surat berank saya taklah ditulis 'KETURUNAN : JAWA' seperti dalam surat beranak adik saya. :))

Nurul Razak said...

hehe yang last part tu memang lawakla =)

the kecik said...

Lelaki jawa biasanya rajin dan romantik.
Untuk rujukan ciri-ciri lelaki jawa sebenar sila rujuk Dr Fadzilah Kamsah c:

Farydah said...

bukan soalan yg lawak tapi jawapannya yg lawak ..
tak gitu...??
aku pun jawa ( dengan bangganya )

NaniRostam said...

Tepat sekali lelaki jawa memang rajin dan romantik....

Sebab tu ramai lelaki jawa yang berjaya....

Dan ramai juga lelaki jawa yang sentiasa romantik.....dengan perempuan.

kiranajoe said...

saya dulu ada gak boipren jawa..semangat dia tinggi, sembahyang semua cukup tapi suka main kayu tiga tu yg takleh tahan.

Last2 saya kawin ngan org kedah..negeri yg melahirkan ramai pemimpin negara dan org2 berjaya di negara kita. (hasil kajian sendiri ;p)
apa pun, alhamdulillah..bahagia.

apakCikidong said...

saya jawa jugok...

Zareda Norman said...

alamak komen sebelum tak kuar ler pulak.. nak komen jugak..

Dulu zar pernah berangan nak kawin dengan lelaki jawa sebab selalu dengar lelaki jawa ni rajin dan sayangkan isteri.. tapi masalahnya tak de mamat jawa yang mengorat zar.. huhuhu sedih walaupun zar amat giler suker makan tempe.. :)

WanitaMustanir said...

patutlah my daddy very romantik to my mom..

Haney said...

saya juga org jawa..rasanya masih ramai lelaki jawa yg setia..

NaniRostam said...

Bukan masih ramai yang setia. Memang ramai yang setia. Kan saya kata secara kebetulan pula orang2 yang sekeliling saya sahaj. Mungkin sebab lelaki jawa mahupun perempuan jawa ni romantik maka silap haribulan memang agak mudah jatuh cinta.......

Kekna said...

Liana kira jawa ke?

Anna Da Lady said...

salam Untie..hehe..sowi..saya ni silent reader..kekdag baca blog ni..tapi, harini rasa nak bc dari mula smpai abis (kalu rajinla..)..hehe..cakap psl org Jawa, my dad org Jawa gak..macam Untie jugak, saya sangat kagum n sayang sangat dgn my dad...kiranya dia Lelaki No. 1 di hati saya..hehe..Saya berdoa dapat suami sebaik my dad.. Amin..