Malam-malam di waktu aku kecil dulu bermula begitu cepat. Jam baru menunjukkan angka 9, tetapi hampir semua isi rumah telah nyenyak diulit mimpi.
Cuaca di luar ketika itu pasti terang apabila kelihatan cahaya bulan mengintai masuk melalui celah-celah dinding papan bilik ku yang tidak begitu rapat susunannya.
Suara cengkerik bersahut-sahutan antara dengar dengan tidak. Asap pelita minyak tanah yang berjelaga itu menghitamkan lagi siling rumah kami. Perasaanku sungguh terbuai-buai mendengar lagu nyanyian Saadiah Saad berduet dengan A.Ramlie lantas membuatkan aku terlelap dan bermimpi indah.
Nama Saadiah Saad adalah sangat sinonim sebagai penyanyi kanak-kanak remaja di waktu aku kecil dahulu.Begitu juga dengan A. Ramlie dan penyanyi-penyanyi yang seangkatan dengannya. Aku ingat lagi bagaimana terpengaruhnya aku dengan kemerduan suara A.Ramlie menyanyikan lagu Intan Liana sehingga aku menyimpan impian untuk menamakan puteri sulungku dengan nama Liana.
Radio kecil yang dihasilkan daripada produk plastik itu ku letakkan berhampiran dengan telingaku agar tidak menganggu tidur yang lain. Aku ingat lagi dalam tahun itu iaitu awal 70-an, emak membeli pinggan makan plastik bercorak bunga-bunga ditengahnya menggantikan pinggan kaca. Agaknya masa itu zaman barangan plastik baru bermula sehingga tali-tali plastik pun dianyam dan dijadikan beg-beg tangan.
Tinggal diceruk pendalaman dengan tiada kemudahan eletrik maka hiburan waktu itu adalah semata-mata mendengar lagu-lagu yang diputarkan di corong-corong radio sahaja. Masa tu hanya satu dua isi rumah sahaja yang mempunyai televisyen. Itupun terpaksa menggunakan generator yang perlu di isi minyak petrol atau dieasel.
Sebulan sekali akan ada sebuah van kecil masuk ke kampungku dan membuat pengumuman melalui corong pembesar suara dari kenderaan itu untuk memberitahu bahawa akan ada tayangan wayang gambar di depan balairaya kampung. pada malam tersebut. Sehelai layar kain putih akan dipasang di dua batang tiang yang dicacak dipadang depan balairaya.
Manakala kenderaan yang membuat pengumuman diwaktu siangnya itu akan memasang projector yang dihala dari belakang kain putih tersebut untuk memainkan filem tayangan gambar di malam itu.
Maka sejam sebelum jadual filem itu ditayangkan...orang-orang kampungku, tua muda, kecil besar, berduyun-duyun membawa tikar atau alas tempat duduk untuk dibentang di atas lantai simen court badminton depan balairaya atau kalau tak muat maka di atas-atas rumput pun jadilah.
Walaupun sekadar lagu-lagu yang diputarkan diradio, sesekali menumpang menonton tayangan gambar malam sabtu di rumah jiran yang jauh dari rumah serta sekali sekala dengan tayangan gambar tajaan jabatan penyiaran, kalau tak silap tetapi kami sangat terhibur dan menghargainya.
Kadang-kadang aku sendiri hairan bagaimana aku begitu menghayati lagu-lagu cinta dengan irama yang menyentuh dan mengasyikkan perasaan sedangkan ketika itu aku hanya berusia lapan tahun dan langsung tidak faham apa itu cinta.
INI ADALAH LAGU KEGEMARAN KU KETIKA KECIL YANG BERTAJUK 'AYAH SAYANG' NYANYIAN SAADIAH SAAD DAN A.RAMLIE.
14 comments:
salam aunty..mak saya pun penah citer pasal wayang zaman muda mudi beliau dulu..seronok..
suke dengar citer orang dulu-dulu
nostalgia sungguh zaman aunty, tu semua kenangan2 terindah kita kan, kalau fie pon, nak gak merasa suasana yang macam aunty citer tu.. tapi apa kan daya, fie beranak lambat sanggat..
teringat cerita ayah dulu,masa kecil2 ayah cakap klu dia nk tgk tv kena gi bkumpul kat rumah seorg pakcik kat kg dia n dkenakan 20sen setiap sorg.. :)
wayang pacak ye..tengok kat padang reramai sambil bentang tikoo..dedulu zaman sayaa kecik2 sempat gak lagik masih ade orang pasang kain putih besar2 kat padang time tu ade sambutan hari peneroka so seronok sangat jalan kaki ramai2 ngan jiran gik padang awam sebab ade pilem nak ditayangkan..masa tu teringin sangat nak beli jagung bakar yang dijual tepi padang tapi tak mampu sebab duit tade..just ambik bauu je huhuhu..nostalgikk sungguh
Pernah merasa tgk wayang mcm tu 2 kali kot.. yg ingat cerita BUDAK SETAN...
Bayar RM0.50 panggung ditutup/keliling dengan guni...
Best ohhh zaman tu kalau skg ade kan best... menjimatkan! romantik pula...
aunty..sye bru 21 tp sye pnah tgk jgak wayang layar kain putih 2!!
besh sgt teringin nk tgk lg..
tp xtau bole jmpe ag ke x..huhu
papa saya ada citer pasal tengok opera cina atas padang... lebih kurang lah tu kan.... mesti seronok mcm nak tengok konsert ek kalau dibandingkan dgn zaman sekarang...
aunty, sy sempat tgk..ms tu tadika kalau tak silap..ikut mak dan arwah moyang..siap bwk tikar bagai..makanan xyah ckpla..kalah piknik
fie suruh la mak ayah fie citer ..mesti seronok..
saya pun merasa tengok wayang atas rumput padang sekolah... seronok. time tu tengok cerita keluarga si comat, setinggan dll.. tahun 1984 rasanya... saya sekola tadika..
cik suka senyum: tah lah, pernah tanya mak, tapi dia dia x sempat merasa coz membesar di kl, dan dia dapat lah merasa tengok tv, even masa tu tv pakai bateri lagi..
Seronok kan....kita hargai apa yang kita ada walaupun sebenarnya tak ada.
Masa tu....dapat tengok wayang free atas padang pun excited giler kot...mandi awal...makan awal...lagi satu jam nak start dah duduk awal-awal rebutkan space...
Malam sabtu pun macam tu...nak tengok tayangan gambar melayu yang ceritanya hanya berkisar cerita p.ramlee...sri mersing, lela manja dan lain-lain pun sanggup berhimpit sampai kebas-kebas kaki dengan bayaran 20 sen walaupun rumah sepupu sendiri.
NOSTALGIA kan. Waktu yg tidak mungkin dapat kita tempuh lagi....barulah namanya masa itu lebih mahal dari emas atau tiada ternilai kerana kita pasti tak akan dapat undur bila ia telah berlalu.
pernah sekali...mase mude remaja
cite the mask :D
Post a Comment