Friday, January 21, 2011

Susah Sangat Ke Nak Buat Baik Dengan Orang

Assalamualaikum...

Ada seorang pembaca blog yang meninggalkan komen di blog seseorang dengan kata-kata lebih kurang begini :-

"Saya suka blog akak. Akak ni sempoi tak macam blog nanirostam, asyik nak 'upkan' diri sahaja'".

Saya tahu, orang begini tak boleh layan...just ignore. Banyak lagi orang yang baik-baik dalam hidup kita.

Cumanya saya rasa terpanggil untuk berkisah tentang betapa ramainya antara kita mempunyai sifat berprasangka, suka mengata, tidak tahan melihat orang lain lebih daripada kita.

Bukankah lebih baik kita melihat kelebihan orang lain, pengalaman hidup orang lain, jatuh bangun orang lain, sebagai panduan untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik. Tidak rugi kita merapati orang yang kehidupannya lebih baik dari kita. Kalau kita rapat dengan orang berjaya insyallah satu hari pasti kita pun boleh berjaya. Kalau kita bergaul dengan orang duduk bawah jambatan, sampai bila-bila kita tetap di situ.

Mengapa mesti mencemburui saya begitu sekali. Susah sangat ke kita nak hilangkan prasangka, berbuat sesama manusia. Kawal rasa cemburu dan hasad di hati.

Kalau tak buta huruf, faham bahasa bak bahasa yang lebih indah iaitu reti bahasa, rasanya apa yang saya tulis itu bukan untuk menunjuk-nunjuk. Banyak yang mahu resepi, maka saya tunjuk gambar lauk pauk di atas pinggan-pinggan saya, meja makan saya...kerana itu diri saya, cara saya menghidang, cara saya dimeja makan.

Ada yang mahu saya cerita pasal dekor maka, saya tunjukkan dekor rumah dengan penerangan tentang harga murah barangan tersebut. Justeru itulah diri saya, saya yang sukakan keindahan, kecantikan, kedamaian.

Daripada merasakan yang saya menunjuk-nunjuk cuba kaji balik, ada tak perempuan lain seperti saya yang bercerita dengan jatuh bangun saya, menjual kuih, nasi lemak, ais krim malaysia tepi jalan. yang bercerita, pernah makan nasi dengan garam dan tanpa berselindung bercerita tentang tidur atas lantai selepas berkahwin. Dan cuba fikirkan mengapa saya yang teruk kecundang tempohari boleh bangun dan berjalan semula.

Mengapa? Kerana dalam diri saya, saya suka berbuat baik sesama manusia. Kalau itu sifat kita insyallah Allah akan selalu merahmati kita. Tak rugi berbaik sesama manusia ni. Contohnya berapa ramai yang approach saya, ingin berkenalan dengan saya, kenali hati budi saya dan setelah berkenalan..kami menjadi sahabat karib. Seorang pembaca blog saya yang tinggi budi bahasa, orang kaya, bersusah payah menelefon hampir setiap minggu dari Perancis semata-mata mahu berkenalan dengan saya, mengenali saya secara lebih dekat, nah lihat sekarang kami jadi sahabat baik. Jujur, ikhlas berkawan. Dia menyanjung saya, berkali ganda saya menyanjung dia. Tak rugi kan berbuat baik sesama manusia, Allah pasti suka.

Menjalani kehidupan sehari-hari tanpa mahu membersihkan hati untuk berbaik sesama insan, belajar dari kehidupan orang lain maka sangatlah menyedihkan diri itu.

Kalau saudara-saudari perasan yang rumah saya terdapat pintu gerbang style Bali. Terus terang saya jelaskan, saya bukanlah banyak sangat duit nak mengutamakan penampilan hadapan rumah saya sehingga memperuntukkan wang untuk membuat itu.

Tetapi cerita disebalik itu adalah satu hari seorang telah melanggar tembok pagar disebelah pintu pagar depan rumah saya.

Kejadian itu berlaku waktu malam. Dan keesokan harinya saya sungguh terkejut melihat tembok depan rumah saya ranap dilanggar orang. Setelah saya meninjau-ninjau saya dapati ada sebuah kereta yang diletakkan di depan rumah jiran selang dua pintu dari rumah saya yang ada kesan-kesan melanggar tembok tersebut.

Bila saya cuba membunyikan loceng untuk menanyakan hal tersebut, saya dapati tiada siapa dirumahnya. Maka saya tiada pilihan pergi membuat laporan polis tentang kejadian itu sebelum berlalunya 24jam dari waktu kejadian. Baru sahaja saya sampai di balai polis, tiba-tiba dapat panggilan dari suami mengatakan tidak perlu buat apa-apa laporan kerana pakcik kepada jiran saya telah datang menjelaskan tentang semua kejadian itu.

Rupanya, malam itu adik jiran saya mahu pulang ke kampungnya di kelantan. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia tertinggal barang di rumah abangnya lalu berpatah balik. Sampai di simpang jalan rumah saya, ketika dia mahu menekan brek keretanya, tiba-tiba dia gagal berbuat begitu kerana dipedal brek keretanya terselit botol mineral yang menghalang. Dia cuba mengambil botol tersebut malangnya tidak sempat lalu keretanya melanggar tembok depan rumah saya. Mujurlah dia tidak apa-apa. Dia cuba membunyikan loceng rumah untuk memberitahu tapi kami semua tidur mati.

Malam itu juga dia terpaksa pulang ke kampung, maka dia tinggalkan kereta yang melanggar tadi di depan rumah abangnya sebagai memberitahu kami bahawa dia yang bersalah melanggar manakala dia pulang ke kampung menggunakan kereta lain.

Disebabkan tidak mempunyai telefon no kami, maka dia menghantar pakciknya yang berada di KL untuk datang memberitahu.

Demi menjaga perhubungan baik sesama jiran, keesokan harinya, jiran saya iaitu abang kepada yang melanggar tembok itu datang menemui suami saya dan bersedia membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut. Maka dengan wang tersebut saya mempunyai idea itu mengupah orang indon membuat pintu gerbang dengan kos yang paling minima kerana saya sendiri yang membeli barang-barangnya.

Nah lihat, bagaimana kalau hati kita baik, lemah-lembut tidak marah-marah maka baiklah yang kita dapat. Begitu juga boleh dilihat betapa jujur dan baiknya jiran saya. Rentetan dari kejadian itu, dapatlah saya berkenalan dengan jiran seorang lelaki bujang yang boleh digelar jutawan dan barulah tahu macam mana cara dia berniaga. Patutlah...seorang bujang tapi mempunyai rumah yang cantik, sebuah motor besar, kereta bmw, kereta sport. Pandai berniaga. Berniaga bermusim di bulan puasa. Katanya setiap kali nak raya di memperolehi hampir sejuta maka selepas raya sepanjang tahun tak perlu kerja.

Begitulah apa yang saya nak tulis, tak rugi buat baik dengan orang. Malah hidup akan sentiasa diberkati Allah.


134 comments:

Unknown said...

ini sebenarnya kata2 orang cemburu..

misz beauty said...

alahai sian auntie... abaikan je manusia PHD tuh... orang yang Penuh Hasad Dengki... auntie memang the best pun!! ;-)

NenetPenne (NP) said...

i tak rasa pun kak nani meng'up'kan diri kak nani... kalau kak nani kata anak kak nani cantik pun, memang ya mereka tu cantik2...

kalau kak nani tunjuk deco rumah kaknani pun, memang ya cantik..

i tak rasa pun kak nani jenis riak atau bangga diri..

its u and it is ur life...

jgn kak nani fikir semua tu... i always adore u...

GadizGula said...

rambut sama hitam hati lain2 aunty. kadang2 niat kita baik utk share cerita dengan orang lain asam garam, pahit manis kehidupan. tp x semua org boleh terima niat kita tu kan.. apa2 pon saya masih lagi suka singgah kt blog aunty. hampir setiap hari & setiap waktu saya mesti akan jenguk blog ni utk tgk update terbaru. blog ni bukan blog utk 'up'kan diri. tp saya dah tgk blog ni mmg sgt berinformasi. thanx kt aunty yg x lokek utk share petua & resipi.

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

wah k.nani, dia meniaga apa pendapatan sampai sejuta? *teruja*

k.nani, orang yang mengata akak menunjuk-nunjuk tu dia tak kenal dan tak jumpa lagi akak macamna agaknya. cuba dia duduk sembang gelak ketawa baru dia tahu.

PHd tak habis-habis orang kita ni,huu!

Unknown said...

Ignore je orang yang macam tu kak...bukan semua orang akan suka kita kan...

Yuyu Zulaikha said...

betul betull :) kalau kita tak baik dengan orang, orang tak baik la dengan kita..

what u give, u get back kan :)


dulu ada sorang tu mintah sedekah, dia boleh berjalan, kawan mak kate, jangan bagi, dia penipu, mak kasi juga, mak kate, mungkin dia terdesak.. esok, mak exciden, si mintak sedekah tu la yang tolong mak masa mak jatuh...

Unknown said...

ya Allah...
kenapa sampai macam tu skali org tu berprasangka buruk..?
itu tandanya dia cemburu..dia cemburu tgk family kak nani, tgk anak2 kak nani yg berjaya, tgk kak nani yg dimurahkan rezeki dr Allah..
alhamdulillah..
sy suke tgk org islam yg berjaya mcm kak nani..kak nani pndai berdikari..saye sgt mengagumi kak nani...ye, sy sll bercerita ngn kwn2 sy...sy ckp, sy nk jd mcm kak nani...amin...

same2 kita doakan agar hamba Allah itu dibukakan pintu hatinye untuk bertaubat...n semoga kita dimurahkan rezeki....amin ya rab..

QASEEH HATIKU QASEEH said...

salam..
k.nani..napa ek ada urg2 d sekeliling kta malah yg mengenali kta..suka berpikir yg kta mcm tu..pdhl niat kta baik..sy suka berbuat baik dgn sesapa pun..sy suka menulung urg..rasa mcm satu terapi kepuasan plk bla kta dpt menolong urg len..tp dlm kta berbuat baik tu selalu d salah anggap..tp sy tingk urg yg busuk hati plk yg besa nya d sanjung2..napa ek..bg sy sy just ignore ja sume tu..biar pn dlm hati sgt2 trasa....kan3x.. bla masa berlalu sy akn lupa jgk..tp parut nya tetap ada kan:))

En Hazwan & Cik Syazz said...

biasalah org yg mendengki tak sedikit dalam dunia ni. kadang2 kiri kanan pun ada tanpa tak sedar. seronok baca cerita pasal org yg langgar tembok tu.hihi

joijoi80 said...

dia meniaga apa kak... tp memang melalui perniagaan la adalah punca kekayaan tp saya tidak pandai meniaga... sifat pemalu banyak sgt dalam diri saya..

malu mencuba..
malu mempromosi -saya takut org akan lari/ mau berkawan.
segala2nya malu..hehhe

marina anakcikbob said...

kepada pengkomen tersebut,

untuk suka kepada seseorang xperlu mecerca seorang yang lain..

sekian.

larradanish said...

auntie.ignore je cakap2 org yg mcm tu auntie.mereka yang macam ni jenis orang yang tak pandai menghargai kebaikan orang lain.larra tau auntie ni jenis baik dan suka berkongsi ilmu dengan orang lain.terima kasih diatas semua resepi dan info2.

Unknown said...

Ada la yg si comment tue tak puas ati kot...


ShArinG iS CariNg,
http://fadthnwan.blogspot.com

Siti Hajar Masri said...

salam auntie..

sabar jelah ngan orang macam ni..bg saya selama saya baca blog auntie x pernah terlintas difikiran saya yang auntie suka menunjuk..saya banyak belajar dari blog auntie..hidup auntie yang susah dulu hingga auntie senang sekarang..memang saya cemburu tapi cemburu saya positif..saya berusaha untuk menjadi macam auntie..tak mudah mengalah..auntie abaikan aje org mcm tu..kami tetap sokong auntie..hehe~

♥ Che NamNam ♥ said...

walau aperpon orang cakap.saya tetap suker cara akak,tetap suker bacer belog akak,tetap senang dengan setiap n3 akak,tetap admire akak.Sayer dah bacer semua n3 akak dari first n3 sampai n3 sekarang.Kesimpulannyer tetap samer,sayer admire akak.

Akak adalah wanita, ibu dan isteri yang sempurna dimata saya.Dimater orang lain sayer tak peduli.lantak kome ler..

i wish one day sayer akan ketemu akak..!yapp really2 wish..!!

FaznFaz said...

salam,

can't agree more with u.... buat baik dibalas baik... hati kena bersih, baru hidup tenang dan tenteram...

ishiko said...

auntie.. tu mmg sifat seorg yg pendengki.. saya mmg suka dgn famely uoll walopn knl dkt belog je.. >_<

http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/117-contest-pic-hitam-putih-paling-cool.html

nur hadda said...

yela unty. sy panggil unty xpe kan sebab sy sebaya dgn liyana. hihi. dh nama pun lumrah hidup, mmg la ade manusia yg penragai cmtu unty. even dikalangan kwn2 sy pun ade yg perangai cmni. tp bak kata unty, just ignore them. sy tetap akn terus baca blog unty. biarla ape org nak kata. sy admire unty. kalau sy dah kawin,lau blh sy nk sikap sy seperti unty yg pandai didik anak2 & rumahtgga. :)

afni+hafiz=dani said...

hihi..untung auntie..rezeki terpijak =)

Juju said...

saya suke akak bercerita dan berkongsi dalam blog akak..dan walaupun akak berkongsi, sy yakin penulisan setiap entry akak mesti dibaca berulangkali kerana terlalu tertib dan tersusun kata²nya..tak sangka masih lagi orang tersinggung/terkesan/ terjeles ;)

apa pun,sy seronok di sini..

just my 2 cents

umieaisyah said...

salam... kak nani..
satu hari x jengah blog k nani ni x sah plak..
bc blog k nani ni dh jd terapi utk sy...sbg inspirasi utk sy kemas rmh,jaga body ll..thanks kak nani 4 being here...
dr segi menunjuk2 tu..sy ada gak kwn cam kak nani yg jenis berterus terang tentang dirinya..baik pon cerita..x bagus pon cerita..kalo org yg tak kenal akan kata dia ni menunjuk2..tp bg yg dah kenal ..dah tau yg dia ni suka bereterus terang, sy rasa kak nani pon camtu..just be yourself..hug n kisses

aizeepesona said...

entahlah kak nani, saya tak nampak apa yang negatif pon..yang saya tahu saya byk dapat info untuk penambahbaikan diri saya sebagai seorang wanita ...tidak lebih daripada itu.

kalau kita buat sesuatu benda itu kearah kebaikan teruskan jeeerrrr niat murni akak tuu.....Lantak pi lah kat depa!

ibu iris said...

biasala auntie..rambut sama hitam....hati lain2....

bialah ape org nk kata..yang penting ALLAH maha tahu segala2 nye

ibu iris said...

biarla auntie...rambot sama hitam,hati lain2...sabar yer auntie..jgn dilayan

MasReena said...

saya pon tak faham. bagi saya auntie tak pernah up diri. percaya tak saya suka baca kisah hidop auntie yg sedih2 berbanding yg happy? sebab kisah hidop yg sedih itulah yg membawa auntie berjaya seperti sekarang.. keep move auntie, u ar in right side!

Papa, Mama & Azra said...

Kadang2 saya peratikan dek kerana alpa dengan dunia online, kita macam terlupa yang kalau bersalah sesama manusia, minta ampun dengan tuhan pun belum tentu terhapus dosa. Melainkan kita kena minta maaf dengan yang empuya diri itu sendiri. Kena mention satu-satu kesalahan kita dengan harapan dia maafkan. Kalau dia maafkan. Hurm..kalau dah kenal pon online, melalui blog ataupun fb, mengapa perlu berbuat dosa. Kenal pun gitu2 je. Macam mana esok kalau tetiba datang insaf dalam hati, nak bersihkan dosa then teringat ada berbuat salah dengan orang dalam blog. Terkutuk atau termengumpat atau secara terang-terangan membuat musuh. Cuba google, sekali blog dah tutup. Camner? Sanggup ke mencari ke padang masyar?

Saya pernah kena marah dengan blogger lain kerana dikatakan meniru entrynya. Saya dikatakan copy and paste cerita yang sama. Haih...sedangkan tahu2 sahajalah kekadang idea boleh jadi serupa. Mana mungkin saya copy, paste lepas tu susah-susah nak edit. Siap marah-marah buat special entry di blognya under label maki-hamun. Follower beliau pun tanpa usul periksa join sekaki memaki hamun saya. Apakah?!

Saya segera minta maaf dengan blogger berkenaan jika entry saya tidak disenanginya (walau sumpah saya tak meniru!). Bukan sebab saya takut dengan ugutan beliau untuk memaparkan entry saya dan membuktikan saya bersalah. Tapi sebab saya taknak buat salah. Saya tarik balik entry tersebut dari blog saya. Beliau menerima permohonan maaf saya tapi what can I say is, damage has been done.

Cikgu Murne said...

salam aunty.

setiap orang ada pandangan masing-masing. selagi nawaitu kita kerana Allah, InsyaAllah pintu rezeki akan sentiasa terbuka buat kita semua.

p/s: kagum la dgn usaha aunty cari/beli barang2 yg nampak mahal tp sebenarnya murah

F Hzh said...

kita ni orang melayu memang banyak perangai mcm tu kak. tak bleh tengok orang lebih. ade je yang nak skit hati. bapak saya kate x same macam orang Cina. macammane melayu nak maju.

Syue Mustafa said...

Buat baik dibalas baik. Hari ni kita aniaya orang, esok-esok, berkali-kali orang aniaya kita. Tak gitu kak?

Chit Ana said...

salam auntie

banyakkan bersabar ye.anggap lah itu sebagai dugaan

A.s.t.i.n.a said...

Hati manusia kekadang ada hasad Madame... maafkanlah...

Lola said...

saya suka blog kak ros, sbb kak ros mmg org yg kuat sabarnya melayan kerenah org walaupun kadang2 kak ros juga spt manusia lain akan terasa dgn org yg mencemburui kak ros. Saya suka sbb kak Ros suka memuji masakan, rumah, suami, dan anak-anak! Saya sgt suka sehinggakan saya juga berazam utk mencontohi kak ros dalam kehidupan berkeluarga. Saya mahu suatu hari nnt anak2 saya akan menjadi teman2 rapat saya selain menghormati saya sebgai ibu mereka. Saya juga mahu menjadi ibu yg pandai memasak dan menghias rumah. Saya juga mahu kelihatan cantik spt kak ros bila dah punya anak dara berumur 20an! Saya tak kisah kak ros seperti memuji diri dan bakat yang ada, sbb kak ros tak pernah riak. You do it in a good way. Confidence is good as long as we do it in a good way. Its ok utk mencemburui org lain, selagi kita tak busuk hati terhadap mereka. Sometime saya juga cemburu dgn kak ros, tapi takdala smpai saya nak busuk2 hati kutuk kak ros. Good mother produce good kids (like yours), bad mother hopefully tak produce equally bad kids.

Lola said...

lupa nak cakap, org tu bagi komen mcm dengki dgn kak ros jer. Kesian takder keje nak dengki2 kat org pastu post kat blog org lain lak tuh.

habsahharun said...

salam auntie nani..biasalah orang mcm tu..suka je dengki tengok orang lain. saya suka je blog auntie. ada resepi best2..hehehe..=)

Lola said...

heee malu malu malu.. sori sbb panggil kak ros (rostam) :P
ingatan buat diri sendiri.. sila panggil kak NANI! hehehehe

Unknown said...

Kak,
Mungkin Lin tak pernah kena org kondem/disrespect content of our blog...jadi tak dapat nak byg perasaan Kak Nani..

Nonetheless, I just want to tell you.. keep up the great job. I LOVE reading your blog, i rasa ramai pembaca lain will agree.

Pada yg tak agree, jgn paksa diri hangpa baca blog ni and end up letak komen sindiran menyakit hati org...
ini bukannya forum debat.
Ini orang pny personal blog ... lantak pi dia la nak buboh apa dia mau. Pelik la hang pa nihh....

NoRa said...

yes mmg tak rugi klo berbaik dengan semua orang..sangat setuju..

Unknown said...

aunty,dah lumrah manusia macam tu.bila kita buat baik kat orang, mesti ada yang fikir bukan2...kadangkan, orang yang kita buat baik dengan dia, orang tue lah manusia paling keji, sanggup menikam kita dari belakang.tue lah paling haru kalau terkena..kita takde niat lain selain niat kita kerana Allah, mewajibkan kita berbaik-baik sesama manusia..

Syfqh said...

pelik org kata auntie ni berlagak . as for me ape yg auntie tulis inspired me a lot . tak ada elemen berlagak pun -.-"

Dinas Aldi said...

Kadang2 saya pun tak faham macam mana sesetengah orang berfikir. takpalah kak Nani, ramai lagi pembaca blog kak Nani yg lebih memahami kak Nani. tak usahlah dirisaukan pasal orang yg tak suka.

w@hida said...

respect ngan auntie...

nas said...

Salam aunty nani..
maaflah dah lama nas tak jenguk blog ni,nas baru je sedar 3hari lepas dari koma now masih di hsptl. Alhamdulilah nas ok now.
Biasa la manusia yg jenis dengki ni,ada saja nak cari salah n masalah kita utk diburuk2kan. Manusia yg jenis bdengki ni sllunya adalah insan yg tak pernah berjaya dlm hidup mereka kerna hasat dengki mlebihi dari sikap ingin berusaha. so biar manusia jenis ni hidup dlm dunia ilusi dan sengal mereka. kerna mereka tak akan sedar selagi kejadian buruk menimpa mereka. Sprt yg pernah nas ckp 10 yg dengki n burukan kita beribu kebaikan yg allah bg pd kita..So aunty nani,sebagai sorg teman n pangkat anak nas akan doakan kebahagiaan aunty dsetiap doa nas. Insyallah allah ada utk kita yg tahu erti kebaikan. :)

Fie said...

aunty relax lah.... dorang tu semua ego tinggi.....:)

Raden said...

auntie beshhhh cam mama saye!!!!

Unknown said...

besela aunty..org menilai kita dr apa yg kita tulis..dr FB, dr blog, dr friendster.. tapi tak pernah nak berkenalan terlebih dulu..

faraulah said...

Kak Nani, Only God knows...pedulikan kata2 orang yang busuk hati itu

anymz said...

what to do nani..begitu lah manusia tapi entri hari ni saya lebih busy body nak tau,org bujang tu meniaga apa?cam best yo..hehe

ika17023 said...

Tak ape auntie..bak kata pepatah, jika kita x suka pada seseorang akan ade lg 10 org tak suka dgn kita. Auntie doakan la org yg x suka auntie tu sentiasa hidup gembira..biarkan je dia tu...
Anyway, saya suka baca blog auntie sbb ade byk gamba makanan n deko..hehe. Gud luck in ur life!!! Doakan saya pn murah rezeki mcm auntie juga ye..amiin..hehe

DeLancrettLurpak said...

Aunty Nani, jgn dilayan org dengki, kelak mengundang masalah sendiri.. ryhme kan? hehehehe

baik aunty nani buat red velvet cake takpun bingka ubi, ada gak pekdahnya..

hehehhe

Unknown said...

Biase la 2 akak..adat org..x boleh tgk org lebih..
Bile sy baca blog akak ni, sy rasa sy ade semangat..sbg seorang wanita, akak mmg sorg yg cekal dan tabah dlm hadapi ranjau..walaupon sy ni muda lg dan blh dikatakn pangkat anak dgn akak tp sy slalu ikuti blog akak sampaikn bile sy tnjuk blog akak pd mak sy, die begitu khusyuk membacanya smp terlupa bhw dia blm masak ketika tu..
ape pon, akak mmg lain dr yg lain..

@yuni said...

saya kagum..dan ambik iktibar.saya umur bru 21 thn.tp sy nk jd seorg yg kuat, tbh dan baik mcm auntie. dokan saya.amin

Anonymous said...

as-salam..dh lama baca blog aunty tapi baru skg berkesempatan nak komen...manusia nie bermacam ragam aunty...bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain2...biar la aunty, asalkan niat kita baik,nk berkongsi ilmu...owh, anyway, selamat berkenalan aunty... =)

Tuan Din said...

huh!! tidakkah mereka faham konsep Ini Blog saya, ikut suka sayalah nak buat cerita apa.. semestinya yg boleh membahagiakan saya... kalu tak suka.." Kau Nampak itu Pintu besar..." kata ahmad nisfu...

Lissa Salfarina said...

saya setuju...tak salah buat baik kepada orang lain... =)

Unknown said...

mmg benar k nani ... bila kita sentiasa berbaik sangka, berbesar hati ... Allah akan sentiasa permudahkan perjalanan hidupnya .. rintangan dan cubaan tu biasalah .. baru meriah seronok hidup & banyak pengalaman..:)

Anonymous said...

salam kak nani...teruskan menulis,..i like...org yg baik selalu berfikiran optimis than pesimis...saya dah add fb kak nani..accept la nanti(zalini osman)

Anonymous said...

salam kak nani...i like your posting.selalu follow your blog..teruskan menulis...let's be optimistic than pesimis person...
saya cuba add akak kat fb...nanti accept ye...(zalini osman)

zih@n said...

salam kak..sy bru kat cni..rasa terpanggil plak nk komen...hehe..
mmg ssh nk puaskan hati smua org..bla ada yg suka msti ada jg yg benci..kdg2 kta buat baik pn org fikir lain..biarlah apa org nk kta yg penting kta tau niat kta..=)

Zira Abu Bakar said...

kak nani dr dulu saya selalu dimarahi oleh adik beradik mahupun suami saya kerana terlalu baik dgn org.
ini disebabkan kawan2 saya sering mempergunakan kebaikan saya untuk kepentingan diri mereka sendiri.
pada mulanya saya rasa kecil hati dengan kawan2 saya ttp saya bukanlah seorang yang pendendam malah saya juga cepat lupa apa yang org telah lakukan kepada saya.
pd pendapat saya biarlah org buat saya asalkan saya tak buat salah pd org lain.
kesan dari sikap saya itu saya perasan bahawa rezeki saya sentiasa murah dan x pernah putus. dan saya juga mudah mendapat kawan.
saya rasa hidup dgn fikiran yang positif, tiada syak wasangka pd org lain adalah ubat stress dan awet muda.
jd kak nani, teruskanlah berfikiran positif dan jgn cepat putus asa. hanya 1% saja org x suka akak x bermakna 99% lg org x suka akak jugak.
ape pun saya suka personaliti akak. teruskan memberi inspirasi

~elly~ said...

Salam untie oshin..

pertama kali membaca membaca blog untie ni, sy terus mnjadi pengikut setia blog untie ni..

ermm biasa la kan untie..blom ade manusia yg perfect dlm hidup ni.. sentiasa mncari kesilapan dan kesalahan org lain tnpa mencermin diri sendiri..ape yg penting.. kita tahu siapa kita dan tak bermusuhan ngn sesapa..kan kan kan

mummy_icha said...

it's hard to please ev'body because we have different views and expectations. we just be ourselves. if others do not approve, what else could we do...? hai akak, saya orang sungai besar :-D

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam nani,

kak nab setuju sangat dengan nani..tak rugi kita berbuat baik dengan orang...tapi nani harus berhati-hati tau, kot ada yg ambil kesempatan di atas kebaikan yg ditunjukkan. semoga Allah swt melindungi nani & famili.

Cik Suheela said...

biasalah auty..ade je orang jenis cemburu tak tentu hala tgok org len..xpe, auty tetap mnjadi idaman saya heeee :D

suzzsuzie said...

kak nani tulis je la apa yang tersirat di hati, tak payah fikirkan sangat orang2 yang berfikiran negatif dan slalu berprasangka buruk..sy baca setiap entri kak nani, dr kisah org phd jual aiskrim, psl kesusahan hidup n mcm2 lg...mmg susah nak puaskan hati smua org..syx nmpak pun yg akk menunjuk2 sbb pakai tudung rm5 pun akk cerita...manusia ni mmg mcm2...

cik suka senyum said...

suka dengar cerita aunty...

betul...yang baik dibalas dengan kebaikan dan yang jahat pasti terima balasan...

kat dunia lagi tuhan dah tunjuk balasannya...sama2 la kita jaga diri kita semua...

Rhyati said...

salam kak nanie.. saya suka blog akak.. saya byk amik pengajaran dari blog ni.. terima kasih banyak2.. saya tunggu jgk ni bila kak nanie nak letak resepi aiskrim malaysia perisa epal kegemaran ramai tu.. hehe.. nak buat utk anak2 jugak..

Bintangjauh said...

Ratuku Nani, Alang tu, disini grand-grand-grand-cicit keturunan Demang Lebar Daun ingin bersuara (ya-lah "issue" ini mengenai me-upkan diri, ambil peluang tunjuk taring tajam!) Begini, (a serious anecdote) akan tetapi agak terkeluar dari "issue", semasa Ratna ditanah-air Ratna tersangat adore pasar tani, jika pulang kepastian menyinggah pergi, dipanjangkan alkisah, dipasar-tani jikalau tidak membeli kuih-muih melayu, nanti kempunan; beratur untuk menunggu giliran membeli apam-balik dari seorang makchik dibantu dek anaknya, Dan mahluk (bahasa kasar) didepan bersuara begini: hah, ni..bagi apam-balik 3 keping, tak payah banyakkan gula nanti kencing manis, jadi anak makchik tersebut lansung jadi nervous terkial-kial membungkuskan apam-balik, ditambah lagi tu: boleh cepat tak, pasal slow sangat I dah lambat ni...sambil bercakap bukan dipandang kewajah makchik dan anaknya, dok sebok me-sms, dalam hati Ratna mengucap, bersyahadah.. sabar. Part yang paling kejam (odious/repugnant/abhorrent) ialah pabila mahluk itu membayar, dilemparkan segitu duit diatas meja dan bila dihulurkan bungkusan apam-balik, dirampas dengan cara kasar, tiada terukir ayat terimakasih apakan lagi sebuah senyuman, main pergi begitu sahaja. Mahluk yang begini-lah bagi Ratna yang "vulgarity" dari segi kelakuan amat senang suka menyindir/mengumpat. Ya ampun, masih ada mahluk sebegini rupa-perangai didunia ini rupanya, ingatkan bila hidup yang telah didaulatkan bertamadun (Civilised) tidak lagi berselisih dengan makluk yang tiada "moral/manners/etiquette" practice atau sekurang-kurangnya "moral sense" ada sedikit tertera didalam minda/perlakuan makluk yang bodoh-sombong itu. Lalu Ratna bertanya ke makchik: ada lagi manusia yang segini lagi ya makchik, dilayannya kita macam kuli dia pulak; makchik jawab : anak ni nampak perbezaan yang kasar atau kurang-ajar, ramai yang dah tak peduli, diaorang ingat, diaorang bayar dengan duit layan kita macam peminta sedekah. Yang Ratna terkilan/hairan ialah ber-I, ber-I ni kenapa? penyakit dari mana datangnya ni, ya ampun. Umat sesama umat diciptakan sama-rata cuma kelebihan dikurniakan oleh Allah SAW kerana diatas ilmu Allah yakni Kadhak dan qadar, tidak perlu Ratna paparkan segala sabdaan, khalimah, hadis dan firman nanti dilabelkan me-upkan diri macam tahu/ngerti perihal ugama. Jangan salah-gunakan cara ber-komunikasi antara sesama kenalan di-blog, mengapa kemudaratan itu yang diamalkan? Ketidakpuasan terhadap diri sendiri ke? Kerana bila dia merasa diri ada kekurangan dari apa juga segi, pantang melihat dan mendengar siapa yang lebih darinya atau apa saja yang tidak dapat dia kuasai/penuhi untuk memuaskan benak cemburu dan membalas kembali rasa hasad-dengki kotor lagi negative dengan perlakuan yang suka megaibkan seseorang itu untuk memenuhi semula ketidakpuasan terhadap dirinya. Ini dinamakan gejala perangai typical yang susah untuk diubatkan dek kerana sifat bodoh-sombong itu lagi di-agungkan. jangan terlambat menyesal hingga diakhir kiamat yakni Yaumul nadamah hari penyesalan dimana rasa menyesal baru disedari pada hari tersebut. Oleh itu, meng-iyakan umpatan keatas seseorang itu kerana beliau dikurniai-kan oleh Allah SAW kelebihan-kelebihan yang tinggi dari yang lain terus dicanang/dikompangkan keserata alam-dunia dek kerana jiwa-raga telah dibuak-buakkan dengan perasaan cemburu yang tidak dapat dikawali lagi. Janganlah dicerugai keatas hamba yang tulus ikhlas tujuannya kerana ianya sama dengan mencerugai hikmah-hikmah/nikmat-nikmat Allah SAW yang dilimpahi olehNya. Hindari-lah Ghibah (mengumpat)kerana mudaratnya besar. Apa untungnya jiwa kotor yang digelumangi hasad-dengki itu, memang sedap bila berbuih-buih mulut, lidah dan anak tekak mengumpat akan tetapi sedarilah sakit dan azab dihari kemudian yang kekal. Salam manis manis madu.

wanaaa_2pm said...

boleh saya tnya?anak akak ad brp ye?
ad tgk jgak ank2 akak pny blog..tapi still tak thu...hihi

Annyss said...

sedih kadang2 bila tengok orang melayu sendiri yang suka mengata tak tentu pasal. Pada saya auntie bukanlah nak meng-up kan diri but to me all of your effort really do inspired me to become a better wife and mother in the future. Saya hargai usaha auntie share resipi and decoration semua. Kalau ibu saya tengok and baca blog ni mesti dia suka. Takpelah..hidup ni mmg akn sentiasa diuji. kalau tak diuji mksudnya Tuhan nak biarkan kita. tak pedulikan kita. sabarlah..masih ada orang yg nak baca blog ni.:)

Unknown said...

teruskan menulis kakakku yang cantik. saya tak tahu kenapa saya perlu singgah di blog akak setiap kali b4 tidur...mcm daily booster. kalau akak dah buhsan buat kek, just inform me, saya akan channelkan akak ke dunia penulisan, u gonna be a great writer...dont u know that?
till then, semoga akak berjaya dan bahagia dunia akhirat dan sentiasa jelita...saya nangis setiap kali saya doakan orang begini sebab bukan balasan yang saya harapkan tapi penuh ikhlas dan hanya ditujukan utk orang yang saya pilih dari hati, ...macam akak.
- sue, bandar sri damansara.

BuNgA PuJaAn said...

salam. hye aunty, dah lama baca blog aunty untuk tambah pengetahuan resipi2 masakan.
hmm...ya. selalu kena berbuat baik. mungkin tak nampak faedahnya pada masa sekarang, tapi di masa hadapan. insya allah.
tapi lumrah manusia...menilai sesuatu pada pandangan pertama. bila negatif, negatiflah sampai akhir hayat.

budak _kecik said...

saya memang follow blog auntie..bleh ke panggil auntie sbb umur ala2 hanis zalikah tp tua sikit dr dia..
abaikan la apa orang nak cakap..orang memang tak senang bila tengok orang lain senang..
saya suke je baca blog ni..banyak resepi and happy family's stories..buatkan saya rindu msia
lagi satu sebab auntie awek muda..bila dah besar i wish i can be like you:)

vampire's lovex said...

memang tak rugi buat baek dengan orang. tersentuh baca entry neh..


tapi berminat dgn bniaga bermusim tu :).. terima kasih share bnda2 baek cmni :)

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

stuju aunty, buat baik dgn orang. lagi baik Allah layan kita kan. tp semuanya terpulang bagaimana org itu berifkir, kalau dia tak boleh tengok kita tulis semua yg cantik2 dia mungkin rasa cemburu. memang susah nak dpt org yg ikhlas untuk berkawan/faham diri kita/tengok seusuatu itu dgn rasa positif. saya sendiri pun kadangkala bersangka buruk juga. lepas tu menyesal ;( kadangkala ada org kata kalau kita terlalu jujur tak boleh juga sebab nanti org pijak kepala kita. sebab itu, amal kebaikan nak buat memang susah, amal buruk tu memang cepat jer kita buat kan aunty.

F.A.O.S.M said...

~aunty, some ppl r just too envy seeing other ppl's speciality and capability towards things. they won't stop criticizing until they reach their own level of satisfaction. it is not wrong at all sharing what we have towards others. indeed it gives beneficial to others.as long as we have good intention of doing sumting, so, it wud be ok...!
i'll support u!
=)

||alis|| said...

salam kak nani.

saya suka dan akan tetap suka kak nani satu family sampai bila2 insyaAllah amin.

hikmah tersembunyi bila jumpa blog akak ialah, saya nak jadi kalau tak dapat semua, 20% dari akak dah cukup pada saya.

pada saya akak tidaklah up kan diri, malah saya terkejut bila akak cakap "tudung nih beli kat mydin" "pasu nih beli kat sini.. kat sini", as if akak pakai apa nmpk mahal ;)

selama nih hari2 saya masuk blog akak, tapi tak pernah tinggal komen (atau pernah sekali jer, saya lupa)

apa pon, kalau seorang tak suka kita, 10, 100 malah orang akan suka pada akak.

salam sayang dari alis.

nur fharahin said...

antie! sy suke bace belog antie..xrugi kn kalau kite buat baik dgn makhluk Allah..so, terus kn sifat antie itu! :)

jajabinxdotcom said...

Takpelah Auntie, manusia ni ade macam macam ragam...ada yang dengki tak boleh tengok orang lebih, ada yang mempergunakan orang atas dasar nama persaudaraan, tak kurang juga yang ambil kesempatan atas kebaikan orang. Bagus juga ada orang yang berperangai sebegini, dapatla kita belajar dan sentiasa beringat untuk tidak jadi seperti orang orang itu. Whatever it is pun, kita just buat baik je dengan orang kan, Allah akan balas setiap kebaikan kita...

mama nia said...

salam aunty nani..mmg betul kata aunty..kdg2 org ni ada perasaan suka berprasangka pd org lain..bila tgk org lain mewah semcm mula lah selidik ape kerjanye..gaji tinggi ke..mampu ke pki bnde2 mewah..itu dah lumrah.. bila kita terlalu bermurah hati berkongsi pengalaman org slh tafsir plak.. ape pun yg pnting niat kita ikhlas.. sy suka bc setiap ape yg anuty tulis.. pedulikn ape org nk ckp..mgkin dorang tak glam..so dengki le

missbby said...

betul la tu kak, saya memang pantang betul kalau orang kita ni nak mendengki je..suka prasangka buruk, macamanalah orang kita nak maju kan..betul kata akak, ignore je orang2 macam ni, kan? yang penting fikir positif, hidup enjoy..

effa said...

kadang-kadang apa yang kita buat serba tak kena dimata orang,
usah peduli..kerana kita tahu siapa kita..tidak perlu bersusah payah untuk menjaga hati semua orang. salam perkenalan

Hazz said...

xpe kak nani..seorng membenci seribu orng lg tetap menyukai..lov all about u..

Mrs. Nisa DK said...

betul kak nani..memg xrugi kalo kita berbuat baik sesama manusia..kenapa perlu dengki mendengki atau cemburu sesama manusia?sedangkan allah dh sediakan tiap bahagian utk umatnya..kalo hati busuk, iri hati dgn org lain..rezeki pun xnak dekat..allah pun murka..

AsyuraRahman said...

Salam kak nani

thanks for the info resepi quiche ayam bayam tu . hopefully menjadi quiche ayam bayam saya !

kakak, kalau seorang membenci ade lagi 100 dan entah2 1000 orang dibelakang menyayangi akak .

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan tips berguna . saya senang sekali . malah kak nani menjadi inspirasi buat diri saya . seorang wanita dan ibu yang tegas dan hebat . banyak perkara yang berfaedah secara tak sengaja telah saya ikut dari kakak .

♥♥♥ u sis :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

salam kenal kak...
die jumpa blog akak dr blog kakcik@ella...biasa la kak manusia tak sama..skg ni byk yg dengki..dr yg berperangai baik...
BTW saya folo(3513)sini juga...jom la singgah blog die...
bila die bc semua penulisan akak rasa tak henggat dunia dah...syiok la...tenkiu kongsi segala info yg baik...

Cik Melor said...

salam perkenalan nama ku melor. suka baca awak punya blog mendamaikan dan penuh keibuan.

iamwhoiam said...

ala kak nani.... pedulik kan jer dorang2 tu. ramai lagi yang tertunggu-tunggu post kak nani and famili terutamanya SAYAAAAA.....

zaili said...

lumrah manusia la aunty. mesti ada yang dengki dan tak puas hati. kalau tak bukan manusia la namanya.



http://inilablogaku.blogspot.com

mygoldpen said...

salam..rasa mcm nak menitis airmata baca entri ini...i can relate ur stories to my current surroundings and how i wish to be kind and sincere-hearted like u.

"An act of kindness, no matter how small it is, is ever waste".kan?

Unknown said...

salam....hi k,nani...
ya mmg btul kata kak,xbaik memasang prasangka bruk pada org kan!

tpi itu la manusia..xsmua suka kan kita...byk2 bersabar ye...terus kan menulis.... sy suka bc...heeeheeee

Chekgu Azrine said...

salam auntie..jangan dilayan dengan orang yang busuk hati..kalau dia taksuka kenapa dia dtg baca blog auntie...semoga auntie terus berblog and saya suka baca blog auntie..salam singgah

OneSimpleMother said...

salam kak nani.. saya pernah bersua in person dengan kak nani. beli kuih raya tahun 2009. 1st impression kak nani seorg yg humble dan lemah lembut orangnya.. tak kenal maka tak cintakan. mungkin mereka membaca dalam nada yang berbeza. biarkanlah mereka dengan labu-labunya :)

CikNon said...

Salam kak nani;

sabar yea kak, manusia ni mcm2 perangai, nk cari yg ikhlas susah, apa2 pun saya doakan keluarga akak sentiasa dimurahkan rezeki n kak nani sentiasa bahagia dengan keluarga.

Rabi'ah Mustaffa said...

am i the first to comment? hehe
xpe auntie...cool...chillex :)

mak datuk...time nak raya dpt sejuta? jiran auntie tu buat bisnes ape? cer cite...cer cite..nak tau gak :)

puteri** said...

alaaa....ape ni?! +ve la, sy x merasakan auntie camtu pun...but auntie really inspired me...
^_^

f4r4 said...

laki tu wat biznez apa erk kak? Hehe...tukar tajuk lak kan...

f4r4 said...

laki tu wat biznez apa erk kak? Hehe...tukar tajuk lak kan...

fat_as_a_cow said...

kak nani kalau order kek lalu email mmg kak nani tak layan ke?

Bintangjauh said...

Ratuku Nani, komentar pertama Ratna banyak buat kesilapan (termasuk sekali komentar-komentar yang sebelumnya) agak "grave"/parah, Allah SAW salah tapi Allah SWT dah tersilap terbalik SAW buat nabi Muhammad nanti Allah murkai Ratna, tu-lah dia ikut sangat asapan panas dah tersasol-sasol, asyik nak cepat sebab minda ini bila nak menghuraikan satu argument banyak sangat yang naik keminda, makanya jangan buat sesuatu itu tergesa-gesa.

Jangan terbawa-bawa sangat dengan mahluk yang berhati-perut penuh dengan racun-bisa itu Nani kerana mahluk itu tidak kenal apa itu dunia dan akhirat makanya sampai di-blog pun mengumpat, tak ada tata-susila lansong, ada ke di-blog boleh dijadikan tempat kedai kopi = menyebarkan selagi ada info-info "small talk" antara mereka dah betul sangat maksudnya mahluk ganjil itu masih lagi berpusing-pusing didalam dunia "pathetic nonsense" yang diamalkan, pedulikan saja mahluk itu Nani.
Ratna setuju dengan pendapat dari bloggest yang pernah tengok Nani dengan mata-kepala yang tahu menilai Nani tidak kira dari segi apa juga. Tenang-tenangkan perasaan-hati ya kerana ianya awet muda! Salam manis manis madu.

note: suruh dia baca di-blog Ratna mengenai Nani.

nas said...

Pada yg dengki tu sila2 lah mengata selalu sbb korang bagi pahala pada my mum nani..!!My mum nani sbr orgnya so dh tertulis dlm AL-QURAN stp kesabaran ada ganjaran n pahalanya...Amin..Hidup my mum nani... :)

Nur. said...

kita ada Allah SWT yg selalu bersama kita.
kuat taw aunty . :)

cik suka senyum said...

be strong..be strong..tetiba ingat lagu avril lak..huhu

hope aunty alwayz smile n lupakan segala bende negatif tu ye...

Siti Nur Amirah said...

emak saya baik sangattt sampai selalu kena pijak kepala..(bukan pijak betul2 laa..)sedih saya..sepatutnya belajar dari pengalaman jugak kan..takkan dah sekali terkena nak kena banyak kali..unttie!macam mana untie selalu je dpt beli murah2??kedai nak tutup la apa laa..lain kali wat announce taw bila ada kedai nak tutp jual lelong..hehe;p

Puan Nad said...

Sabarlah kak nani. sy pun pernah terkena. busan ngan org camni. bila kita happy ngan hidup kita, diorng jeles, smpi keburukan dan keaiban org habis dicanang, sedangkan diri sendiri pun zero, sebok nak amik tahu pasal org. sy suka tgk akak cantik. nak msg takut ganggu. hehe. be strong ye kak nani comel. Blog Beautiful With Brain gitu...

Rina Isa said...

Selamat berkenalan kak nani. Ini buat pertama kalinya saya memberi komen di sini. Saya sgt terinspirasi dgn bagaimana kak nani menghadapi situasi ini..betul, kadang2 manusia hanya mudah menilai daripada luaran, daripada apa yg dilihat, tanpa mengenali & mengetahui apa yg brlaku disebaliknya, sedangkan biasanya yg terjadi atau kebenarannya sama sekali jauh terpesong dari apa yg disangkakan...tp apapun, bersabar, dan dalam apa jua keadaan, bg mengubati hati yg terkadang terguris dgn sikap manusia disekeliling, sentiasa berfikir positif dalam apapun keadaan, redha, kerana setiap kesabaran & keredhaan itu, pasti akan dibalas olehNya melalui cara atau keadaan yg tak disangka2...dan akhirnya kita akan tersenyum lega, rupa-rupaNya Allah sentiasa bersama kita...:)

*Selamat berkenalan skali lg, saya sgt suka membaca setiap entry kak nani yg simple, but fun especially bg surirumah spt saya ni :):)

ira said...

izinkan sy berkata2 ye..
sebenarnya penulisan kdg2 bole membawa salah erti kpd pembaca.pelbagai jenis pembaca maka pelbagai cara org menghuraikan maksud sesebuah penulisan.. mmg kdg2 bila sy baca sy pn tergerak..eh, kak ni sedang berlagak ke @ bercerita perkara yg positif? tapi seriously sy sendiri pernah berjumpa dgn kak nani.. mmg ramah dan lemah lembut orgnya..langsung tak terpamir ciri2 org2 yg berlagak @ sombong. tak nampak langsung ciri2 org yg cuba upkan diri ke apa.... dia sgt menghormati tetamu..sbb tu la kita tak bole judge dgn hanya membaca penulisan org.kdg2 gaya penulisan @ cara kita tafsirkan tak sama seperti maksud sebenarnya yg cuba disampaikan oleh penulis. oleh kerana sy sendiri pernah berjumpa dgn penulis blog ini..sy bole judge bahawa penulis cuba berkongsi perkara2 yg positif spya org lain dpt merasakan aura yg sama..

dan wlw mcmna tak suka nya kita pd seseorg tu , tak syok la hentam2 camtu.klw betul nak tegur, pd sy baik htr personal email.bukan htr comment2 yg bole memalukan seseorg tu..betul tak? tgk mcmna nabi s.a.w memberi teguran pd para sahabat.penuh hikmah..

just my 20cents of thought. hehe..

Anonymous said...

abaikn je..ramai lg yg suke baca blog akak ni..saya suke..

Anonymous said...

Begitulah sikap & sifat sesetengah manusia, kak... mentafsir apa yang tersurat tanpa memahami apa yang tersirat. Segala yang baik di'baca' secara negatif dan apa yang buruk tidak mungkin diolah dalam bentuk positif

Anonymous said...

Begitulah sikap & sifat sesetengah manusia, kak... mentafsir apa yang tersurat tanpa memahami apa yang tersirat. Segala yang baik di'baca' secara negatif dan apa yang buruk tidak mungkin diolah dalam bentuk positif

Oyis said...

saya harap perkara2 ni x kan menukar gaya dan content penulisan kak nani. saya dan beribu lg pembaca lain suka membaca dan belajar tips2 kehidupan drpd blog ni. bila kita baca blog org, kdg2 mmg kita tercompare ngan life kita yg x mcm x best sgt tu, tp cerita yg best2 dkt blog org lain tu la sepatutnya menjadikan kita berasa lebih inspired utk berjaya spt org itu jgk, i.e. saya pon nak masak hebat mcm org tu, saya pon nak bgn awal kemas2 rumah mcm org tu bole buat, etc. bila berjaya, hati gumbira, family pon suka, tuan blog pon dpt sama manfaatnya di akhirat.

sayang nya kalo kita ni asyik nmpk yg negatif aje, maka sia2 lah baca blog sapa2 pon, x akan tertimba ilmu atau faedah drpdnya.

LINA EVERLYNN said...

kak nani abaikan shj ckp2 orang!!!yg penting berbuat baiklah selalu thdp owg2 sekeliling :)

{ finieViolet} said...

salam..kak nani..

pesan saya...

jangan layan sampah!

teruskan berbelog dan berkarya..akk sgt down-to-earth.. syg akak!

ibuaries said...

lantak kan je org camtu...biasa la org2 PHD ni. yg penting, juz be true to yourself :-)

Anak Wak Mail said...

kalau kita buat baik dengan orang,orang akan buat baik dgn kita kan..=)

Aien said...

Salam kak nani..

yg pasti org tu baca jugak posting akak walaupun ngutuk...

relax kak..tak mati dek keji..

keep on blogging sis..

p/s psst kak..bisnes ape jiran akak tu? ce cite..

Tuan Din said...

Erm.. tak faham pada yang tak faham apa itu blog... " Ini Belog Saya " (heheh) ikut suka sayalah nak tulis apa... takkan saya nak keji2 diri saya sepanjang masa di blog saya untuk memuaskan hati pembaca.. kan?

mierafaziera said...

dia bisnes apa kak naniii??nak jgk la tau kot2 bleh kaya mcm diaaaaaaaaaaaaaa!!

diamond baby said...

bukan semua manusia kita boleh pauskan hati. dalam 10 yg suka, biasanya mesti akan ada 1 yg benci. apa2 hal pun kak nani jgn berhenti bercerita sebab saya suka baca blog kak nani. byk ilmu bermanfaat yg saya peroleh dari blog kak nani ni.

semoga kak nani sukses selalu dan sentiasa diberkati Allah s.w.t.

AQisH said...

mmg betol akak ckp..klu kita selalu baik dgn org insyaAllah segala urusan kita Allah permudahkan..kdg2 manusia ni x tau..selalu persoalkan kenapa rezeki dia susah..tp x mahu persoalkan diri ape yg telah kita buat pada diri dan org sekeliling..

biasalah kan dlm blog ni pon ada je org nak berdengki..saya baca blog akak x rasa plak akak nk upkan diri..ikut org tu sebenarnye klu baca mmg dgn hati yg x ikhlas dan nak carik salah org mmglah nampak saja salahnye..biarlah kak ramai lg yg suka blog akak nii..gud job ;)

Fauziah said...

salam kak
orang sengal saja yang bersangka buruk. abaikan...
saya mintak izin amik entry akak yang kisah berpantang sampai beranak 7 tu yer. dah amik dulu baru nak mintak izin. untuk panduan bersama.
salam kenal.

Fauziah said...

salam kak
abaikan jer orang mcm tu.
saya mintak izin nak copy paste entry tentang amalan berpantang sampai beranak 7 tu. izinkan saya yaa... untuk panduan bersama... tq

Nurulainn Othman said...

assalamualaikum aunty.
saya suka bc blog aunty.
abaikan je org PHD tu. rugi diri sendiri je nak dengki2 org.
Bagi saya, gambar-gambar yg aunty letak kt blog ni inspirational & lgpun aunty x lokek kongsi tips2 & resepi yg sedap2. Keep it up aunty!!!

nadhirah nasser said...

pssst..psstt.. aunty.. orang Indonesia tak suka dipanggil 'Indon' mcm low gitu.. nanti edit sikit.. kot kot la.. ada Indonesian baca.. heheh! nice entry!

khemy said...

First time komen:
Saya rasa blog akak 'sedap' sebab selalu tunjuk makanan sedap2. Saya tak kisah la akak nak cerita apa dalam ni, yg penting kita 'enjoy'. Cakap kat derang, kalau tak suka toksah la baca. Saya nasihatkan kat org tu cuba berhenti tak suka orang tu tak suka orang ni dalam sebulan, tengok hasilnya, gerenti hidup lebih ceria dan bombastik sebab noda-noda hitam dekat hati kita tu dah terpadam sikit2. Cuba lah!

"Lina" said...

blog akk sgt informative..xde unsur2 meng'up'kan ape2 pon..u r so humble..same goes to ur daughter hanis zalikha...so abaikan je org2 yg ade unsur cemburu kat akk and family..

Widy said...

Assalamualaikum..

Saya suka baca blog kak nani coz ianya best dan boleh tgk resipi yg superb..
Teruskan menulis ya kak..pedulikan org2 yg dengkizzz tu..
Allah dekat dengan org2 yg sabar :)

hati said...

salam..
first time nak komen kat sini..sy n adik mmg sk sgt bc blog untie n hanis..sy xrs pun untie up2 kan diri..orang melayu kita ni kdg2 sy sndri xfhm..nape xblh tgk org lbh..sy rs xmustahil 1 hr nanti bangsa melayu kita lenyap dari dunia ni dek kerana sikap org kita sendri yg suka jatuhkan bangsa sendri..sy pernah kena cam untie..tp yg peliknya biasanya org yg sk kenakan org lain ni,klau benda tu kena kat dia,dia punya melenting pekh!!sy pun xleh nak kata..ms dia kenakan org xde pulak dia nak igt..apepun kita doakan jelah untie mereka diberi petunjuk oleh Allah ke jalan yg benar..mcm sy sll bt,maafkan n doakan yg baik2 je..Allah sentiasa bersama dgn org yg sabar..insya Allah..smga untie ceria2 sll.. :)

bunga said...

sy suka baca blog akak, best sgt2, biarla org nk kata ape kak, yg pnting kita tau niat kita snbrnya..
klu dia xsuka x pyh r baca...

SUSU said...

Tak nampak pun apa yang Kak Nani up sangat. bagi saya, ramai orang macam kak nani ni. Suka berkongsi kisah diri untuk renungan bersama. tak salah pun. Tulah, tak faham macammana cara si pengkritik tu berfikir. Otak kiri lebih pada otak kanan kot. Asyik logik dan sistematik jek. Gunalah seni sikit dalam menilai bahasa yang orang lain gunakan....

Rina Rahamat said...

Hai..kak nani..saya baru je sampai ke belog akak ni. Akak cantik. Normallah org cantik misti ada yg dengki..asalkan kita tak kaco org sudah.. biar lantakla kat dia. Bagus juga org kutuk² kita kak. Nanti rezeki tambah murah..

ini cik ita said...

bersangaka baik...bersyukur dgn sgala dugaan ujian...ermmm....sedang lalui...dan sedang bersabar...sejuk hati ada insan menulis lahir dri hati....sedikit sbyk bagai wakil untk insan lain yg alami perkara yg sama...TQ

Anonymous said...

xder unsur riak rasenya bila baca kisah mak nani ni..mungkin orang tu xreti nak menilai kot..saya tgk jln cerita kak nani ni low profile jer n dapat memotivasikan diri.hump ape2 jer lah dgn ape org kata yg penting kisah idup kak nani memjaga keluarga dengan jayanya dan penuh kasih sayang mjd inspirasi saya.

Pada saya mamt yg business bjaya yg berniaga dimusim raya mungkin dia lah owner raja murtabak kot..huhu agaknyer la..

Anonymous said...

seronok baca blog auntie...saya mula berjinak dgn dunia blog baru2 ni..Tapi da lama join blog anak auntie,Hanis.Hmm..auntie bercerita berdasarkan pengalaman.Saya suka cerita berdasarkan pengalaman..Sometime..kita tak boleh puaskan ati semua org.Yg penting niat kita baik nak sampaikan maklumat dan penjagaran kan..^_^

Jgn lupa join blog saya.hehe...