Thursday, June 30, 2011

Resepi Cheesy French Fries

Apakah juadah yang paling digemari oleh anak-anak?Saya pun tak tahu mengapa anak-anak saya paling gemar makanan barat. Dari kentang goreng, lasagna, pizza, lamb chop dan sebagainya. Mungkin dari segi logik makanan barat banyak berasaskan susu seperti cheese yang memang amat digemari oleh anak-anak saya.







Saya ada satu trick yang membuat anak-anak saya suka ke dapur...iaitu ,menyediakan juadah yang paling mereka gemari. Apabila saya tidak sempat menyediakan untuk mereka, mereka akan berusaha untuk membuatnya sendiri. Secara tidak langsung ini menarik hati mereka untuk ke dapur dan belajar masak!!!










Ok hari ini saya nak buat resepi Cheesy French Fries...










jom buat....












langkah pertama sediakan sos.

sos 1 - sos mayonis
sos 2 - sos cheese.


Untuk membuat sos cheese...


Sediakan kuali non stick di atas api dapur. (Sila invest untuk beli kuali non stick yang sangat berguna).

Masukkan kedalam kuali-

1 sudu makan butter
1 sudu makan tepung gandum/tepung serbaguna

Kemudian kacau sehingga keperangan dan kecilkan api.

Masukkan pula-

250ml susu segar/susu full cream (yang ni boleh adjust ikut kelikatan cheese)
100 gm keju cheddar parut yang berwarna sangat oren(yg kak nani guna tak cukup oren)
2 sudu makan sour cream

Kacau hingga likat...angkat dan masukkan ke dalam piping bag untuk dipaipkan di atas kentang yang siap digoreng nanti.


Langkah kedua...


Gorengkan french fries sehingga kekuningan dan angkat.

Ketika kentang masih berada di dalam tos penapis, taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk perencah kari yang terdapat didalam paket mee maggi perisa kari.


Setelah diangkat...bolehlah paipkan sos mayonis berselang seli dengan sos keju.

Hidang bersama perahan lemon...yummyum...

20 comments:

Mama Zara said...

telan air liur dulu!

Nurul Nadhirah Ramlan said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :O

zie_ira said...

wah2,,sedap nye ,da la tengah lapar ni,,nyum3,,^^

LUNA LANUN said...

arghhhhh... my favourite!

Entri terbaru:
1. Serius Cute Giler Video si Selena Gomez Terkejut Jumpa Shia LaBoeuf
2. Budaya "I FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK"

ReeNaJoE said...

sour cream tu sama cam cream cheese ke lain? ada jual ke kak?/xpernah nampak lak sour cream huhu..help me plis..rasa cam nak buat but xtau sour cream apa hehehe..baru2 belajar nak masuk dapur katakan huhu

Unknown said...

saya penah buat camni..tapi halfway sampai boh mayonis je..xla penah boh cheese..kn try ni....thanks kakak..

Along Ayu said...

i like !!

Yatie said...

thank you for the recipe...saya tercari-cari idea apa untuk dimasak untuk anak-anak saya yang memilih makan. dan dah jumpa..

aNIe said...

Anak2 mesti suka kan nani...

genuine1224 said...

gambar nmpk sangat menarik..resipi pun mudah je, bleh try..thanks for sharing

CiK NuYu said...

aduhh telan air liur dibuatnye.. kena pulak petang-petang macam ni.

Izz Latif said...

~wahhhh~
u r aLways with ur deLicious recipe!!

(^-^)
nyum2~

www.izzlatif.blogspot.com

Sheherazade said...

wallaaa.kudapan yg enak dong

Prince Bridham said...

oh, the butter and tepung gandum, itu ntuk buat roux isn't it? exciting... but i think u better goreng lama sket fries tue,baru sedap!!! but, u know ur kids better! they prefer fries like that kot. i will try this!!! thanks for the recipe.

Oyis said...

oo mudah aje nak buat cheese sos ni yeh, ini rahsianya. selama ni saya goreng dulu fries, pastu tabur cheddar cheese kat atas then bakar kejap kasi melt itu cheese. lain kali nak try yg mcm ni plak

KR said...

cheese sauce? nih recipe buat lasagna nyer kan..

Mak Wardah said...

mesti cuba nampak mudah aje tapi kalau buat belum tentu jadi

kak ina kl said...

betul tu nani, akak setuju dengan cara kamu. Anak akak pun akak suruh buat camtu. Kalau idak mereka malas nak ke dapur

deena said...

Sedapnye tgk...

nurul_7155 said...

MANE NK CARI SOUR CREAM NI,..INFO PLEASEEE....