Wednesday, June 15, 2011

Janda Oh Janda!!!!

Assalamualaikum....

Kalau orang tak kenal hati budi saya pasti risau tengok muka saya macam muka sombong.

Memang tak ar....

Saya nampak jer cenggini, tapi sebenarnya rugged. Walau tutup aurat, ada pergi mesjid taklah sampai tak suka dengar muzik-muzik masa ini. Taklah sampai kaku nak menyanyi dan berjoget dalam karoke. Pergi gak supper tengah-tengah malam kat concorde sambil dengar lagu. Layan jugak wayang midnite movie. Huha jugak dengan kawan FB atau blogger.

Saya ada sifat gila-gila dalam diri saya. Saya gemarkan benda-benda yang fun bila bersama kawan-kawan. Mungkin itu cara saya melepas sedikit tekanan dalam hidup.

Dalam diri saya memang tak da sifat hipokrit. Tak mungkin saya hipokrit kalau sanggup jual aiskrim malaysia tepi jalan sebelah-sebelah dengan penjual indon. Sanggup basuh kencing berak anak orang, sanggup jadi pembancuh air di kedai air.

Saya memang jenis macam tu...walau ada supir, tetapi masih juga suka dok angkat beg masuk bonet kereta. Saya tak kisah apa orang anggap walau naik kereta wira buruk mati tepi jalan sebab minyak habis. Duduk sembang jugak dengan budak-budak pekerja indon. Makan jugak tauhu dan tempe goreng tepi jalan dengan selamba.

Saya tak kisah tentang standard yang sesetengah orang megahkan sangat walhal apalah standard yang dia ada kalau setiap patah perkataan keluar dari mulut hanya nak mengutuk dan mengaibkan orang sahaja.Keluar sahaja dari mulut kata orang tu haprak orang ni haprak....standard apa tu?

Itulah saya...itulah diri saya. Cuma satu jer dalam hidup saya, saya tak suka ganggu hidup orang, tak suka aibkan orang lain. Dan tak suka bermusuh dan hanya suka beramah mesra dengan sesiapa.

Rupanya saya sedar sifat ramah itu memang ada dalam diri adik beradik saya walaupun saya tidaklah seramah mereka.

Satu hari saya perkenalkan fotographer masa liana bertunang kat kakak dan adik saya.

"Oh dah lama dah adik buat fotographer?"

"Bolehlah"

"Hah...bagilah akak business kad adik, sapa nama?"

"Andee".

"oh Andee, hah nanti boleh akak bagi adik business, mana tahu kot-kot ada orang nak fotographer..."

"Hai takkan kat akak jer, bagilah kat midah sekali"....

"Haah, ko nak buat apa? kau nak kahwin ke panggil dia?

" Eh mestilah mana tahu kang lepas liana, midah pulak."

"Ha andee, adik akak midah ni janda, bolehlah kalau nak cari calon".

"He eh akak ni midah baru nak cakap midah anak dara tua...gi cakap janda pulak, kakak ni pun janda jugak andee!"

"pandailah ko cakap anak dara tua!"


HAHA saya tergelak tengok telatah adik dan kakak saya yang sangat peramah. Saya taklah seperamah dia orang berdua.

Minggu lepas bila saya telefon adik saya midah dan ajak dia perg ke janda baik, inilah jawabannya.

"Eh janda baik tu aku kena pergi sebab aku janda baik!".

Adui.............................

11 comments:

Budak Chomot said...

HAHA. Kelakar je!

Suka your personality. Tak gila standard pun macam kebanyakan orang :)

mama maman said...

hhhhaaa.. kelakar yg last tuh...:)

Cik Puan Nurul said...

betui tu kak hipokrit atau jugak boleh dipanggil munafik bosang org cenggini pakai tudung tutup litup bagai tapi mulut lg keji kak..saya dah biasa dah dulu housemate saya semua kt tmpt kije solat pi surau bagai tp kat umah tah mana2 solatnya kdg terpikir gak motif apa kt tmpt kije solat kt umh x,zmn le ni mmg ramai je pakai tudung tp ade yg pakai lengan pendek..tutup kepala just nk tunjuk mcm org2 baik..haishh ntahla so moralnya jgn menilai melalui penampilan kdg yg kita nampak yg xbertutup kepala tu hati dia lebih baik solat 5 waktu dan mungkin jauh lebih sempurna drpd ade org solat gak tp solat lelaju sbb nak layan drama kt tv huhu

FR said...

agree (:

bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, setuju sungguh dengan kata-pandangan yang berisi dari Cik Puan Nurul itu.

Bak kata Nani, hidup ini perlu di seimbang kan dengan sopan nya bagi Ratna ianya ada lah "primordial/vital" kerana telah Ratna kaji kan banyak terdapat sikap-sifat dan perangai dizaman yang pantas ini mengamal kan peribadi dan budi bahasa yang tidak ikhlas lagi bermuka-muka terusan lupa apa itu ilmu pekerti.

Entah lah Nani, agak sukar jika kita mahu mengkaji perihal antara perbezaan pembawaan diri dan apa ia-nya di isi-hati-dan benak sebenar seorang manusia itu, mengapa masihi ada lagi bersikap cemburu + iri-hati + hasad dengki, berdendam hingga berbomoh, lagi hebat standard hidup nya dari yang lain, mengagung kan duniawi secara melampau, mempersenda kan ugama seperti bertudung tapi berlengan pendek dan yang pelik nya perangai ingin berlumba-lumba siapa yang lebih standard dan siapa yang haprak di pandang seperti sampah sarap! Ilmu Akhlak telah di ketepikan dan di putar-belitkan dengan cara bertopeng kan seperti contoh gaya hidup sekarang "aku bersolat 5 waktu, tapi merampas itu dan ini belakang cerita".

Panjang kata, keimanan seseorang itu sebenar nya terletak betul-betul di tempat yang diberkati olehNya di mana amal-amalan yang teguh diamalkan dan dipatuhi tanpa mengharap balasan kerna yang maha Esa mengetahui ganjaran yang di limpahi kepada sesiapa sahaja yang solehah lagi bersyukur keatasNya yakni tahu dan sedar apa sahaja rezeki dan warna sebuah kehidupan itu sudah ditentukan olehNya dan tidak boleh di pertikai kan lagi pabila seseorang itu tahu dan sedar tidak akan lepas bersyukur dengan luhurnya ber-terimakasih dengan puji-pujian kepada Yang Penyayang lagi Pemurah Allah SWT, itu sahaja.

Iya Nani, berhemah tinggi bukan untuk menunjuk-nunjuk namun siapa yang bersih beriman akan tampak terserlah keimanan nya dengan gemilang sekali.

Salam manis manis madu.

miss raihan said...

comei je.

~ raihazi ~ said...

baru faham nape tajuk n3 sebelumnya macam tu.. rupa2nya ada dialog lawak hehehehehe

cmulutlazer said...

so sweet....aunty i lke ur kind of view about life...coz im d one who live in ur world too! hepi 4 u aunty..keep it up!!

cmulutlazer said...

so sweet....

MEL HASLINA AMIR said...

i suka la k.nani ni..x hipokrtit..dh selalu view blog ni,,tp x follow lg..nk follow la ni,,n ltk list dlm BL,baru dpt baca prkembangan trkini,,stay sweet n awet muda

kakchik@ella said...

betul tu kak. yg penting jd diri sendiri. Jgn hippo. Jgn 'budget bagus' dan jgn poyo. Hihihi. Yg baiknya kan kak, sume yg jgn2 kat atas tu kita ber2 tak da, kan kak. Hihi.