Monday, June 13, 2011

Aku kena Pergi Janda Baik Tu Sebab Aku Janda baik...

Assalamualaikum...





Aku selalu macam tu.





Selalu kata pada diri sendiri, kita perlu reward diri sendiri setelah bekerja tak kenal waktu. So kena juga menyelinap keluar dari kepungan anak-anak.





Hakikatnya pergi mana pun, tak jugak ingat untuk diri sendiri. Shopping berkodi semua untuk anak, kalau anak sorang dua boleh tahan. Ini anak macam paku susun berderet maka bersusunlah shopping list yang harus di beli. Beli makan sedap ingat anak. Dalam hati bercita-cita nak bawak anak kesitu untuk merasa sama. Bila duduk kat hotel cantik, ingat anak lagi...pasang angan-angan bawa anak ke situ. Bila tengok pemandangan indah, tak da sapa yang diingat kecuali anak.





Aku selalu macam tu.





Balik cuti sahaja, memang plan nak bawa anak-anak ke tempat itu semula. tengoklah, anak bukan seorang dua kannnn....so kenalah bersedia dengan poket tebal-tebal.





Tak tahu bila...tunggu rezeki mahsyuk insyallah.....





Dah seminggu aku tinggalkan, maka hari sabtu lepas walau cuti sekolah hampir tamat aku cuba luangkan masa bawa anak-anak pergi berkelah di Janda Baik. Rasa bersalah tinggalkan anak-anak memang tak boleh belah..





Biasalah dengan tempahan kek berderet, sampai termiss satu customer akibat salah orang (ku fikir orang sama menempah, rupanya lain-lain), sampai aku tak tidur malam membakar kek dan menyediakan juadah untuk dibawa berkelah.




Berkelah di riverside, siap dengan pondok yang berpangkin dan berlantai.






Alisya antara manusia yang paling teruja. Bangkit jam 4.30 pagi mengejutkan aku yang tertidur ketika menunggu kek di dapur.Mujur....kalau tak, tak merasalah nasi lemak buatan ibunda.










Liana datang ke Janda Baik buat kali ke dua.













Ela garu kepala tanda konpius nak pilih pondok mana....










Air sungai yang berpasir dan berbatu kecil-kecil.....









Oh pokok kedondong....tak tahu pulak...








Kalau datang awal dapat pangkin tinggi instead of lantai rendah begitu....









Ok pilih jangan tak pilih.....Khairi tunang liana ada sekali.....atas permintaan Alisya yang nak tunang Liana pergi sekali. Sayang betul Alisya dengan bakal abang ipar.











Dah pilih tempat maka tibalah masa memunggah segala yang wajib....









Si miaw yang pemalu tapi mahu......






Liana menyusun persiapan untuk menyediakan makanan...









Yeay hari ni kita berkelah sambil makan-makan.





Tuna dan sardin sandiwch dibeli dan disediakan oleh liana....










Kacang tanah dan ikan bilis goreng untuk hidangan nasi lemak....









Alisya sungguh teruja sampai tak mahu makan lagi....









Seperti biasa aku sekeluarga dan makanan tak boleh dipisahkan.....Liana dengan segala keropok mopok, sandiwch, aku dengan nasi lemak sambal ikan bilis, telur rebus dan sambal paru dan ela dengan mee hon gorengnya....






Aku, yanti dan anak-anak...serta ela.....






Sambal paru yang paling enak di seantero benua....sila cuba ya...resepi ku sediakan...


Paru 300gm

(direbus sampai empuk kemudian hiris tipis2)


Gaul paru dengan serbuk kunyit, garam dan perasa.


Goreng di dalam minyak yang panas dan agak banyak.


Setelah garing, angkat dan tos.



Bahan untuk sambal



20 batang cili kering direbus.


Setelah itu basuh cili itu, buang biji dan kisar bersama seinci belacan.


3 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih dihiris tipis2.


Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris ke dalam minyak sehingga layu. masukkan 1 batang serai yang telah diketuk, kemudian masukkan cili yang telah dikisar tadi.


Tumis sehingga naik minyak, masukkan air asam jawa, gula, garam dan perasa sehingga sambal menjadi likat baru masukkan paru yang sudah digoreng tadi.


Gaul bersama sambal dan angkat serta hidangkan.


Selamat mencuba...mudah mudahan sedap menyelerakan.























































19 comments:

Salwani Zolkpli said...

sedapnye..dah lama tak makan sambal paru..

Oyis said...

negnces tgk sambal paru. adoi k nani, dah la ini lauk fav saya. tp apakan daya, kat tmpt sy duk skang ni x de jual paru huhuh. habis kuat bole ganti ngan daging yg dihiris halus2, tp manakan sama T_T

Along Maklong said...

Assalamualaikum nani..

wahhh..!! bestnya berkelah..
maklong pun dulu2 selalu ingat anak2 sampai lupa mak.. bila anak2 semua dah kawin baru ada masa ingat mak.. (perhatian, keperluan, kasih sayang dan kewangan..) takut anak2 lupakan maklong sebagai mak..
yelah.. anak2 akan sebuk dengan anak2 dorang pulak..
tapi.. sekarang ni maklong dok sebuk ingat cucu lah pulak.. hehehe..

Cik Puan Nurul said...

wahhh sampai ke janda baik ehhh piknik..sedap kak sambal paru suke sgt meskipun ade org yg xberapa suke nk mkn derang kata mcm kunyah getah tayar hahahah...pasni buleh la terai piknik kat janda baik biasanya cuma lalu je bila nak balik kg(pahang)

kelipkelipchumel said...

sedapnya sambal paru..lama xmkn.nyum nyum

Unknown said...

wah..bestnya kakak...hanis xde ye..x nampak pun..

ReeNaJoE said...

nak try resepi kaknani nanti...

ceklala said...

selalu jugak pegi janda baik tido sane, memang kalo nak release tension ke sane, smpi siap dah ade member la sbb selalu ke sane hehe.

sambal paru memang favorite!! :)

Aida Zafirah said...

sedapnye tengok sambal paru aunty..terliur saya..hehehe...:)

aizeepesona said...

wah kak nani seronok nampak...

hehee..

kalau dah ada anak2..mmg pergi pelusuk mane pon...mesti ingat kat dorang..itulah perasan seorang ibu.

misz beauty said...

sambal paru sedap!!! terliur saya aunty buat =)

Maklong said...

paru tu kalo ganti ngan daging ok tak kak nani? saya tak makan paru :)

Misz-ella said...

Bestkan air sungai tu kak. bersih, jernih, tenang dan damai.

Lagi gambar2 kitorg mandi sungai kat sini.

http://misz-ella.blogspot.com/2011/06/jom-mandi-sungai.html

lily lotus said...

dapat jugak resipi paru from u sis :) nak try!

Unknown said...

bestnyer bkelah mandi air terjun..

mintak izin ambik resipi yer, tliur plk tgk sambal paru tu, cni km panggil kelempong...hehe

Dinas Aldi said...

Mak saya pun cakap benda yg sama, bila ada anak, buat apa, makan apa, pegi mana pun akan ingat anak jugak. Dah nak suap dalam mulut pun kalau anak mintak, kensel tak jadi suap, bagi anak jugak.

Memang begitu dalamnya kasih seorang ibu :)

Puan Eka said...

fuhhh sedapnyaaaaaaaa sambal paruu

Sarah Khan said...

memang best picnic ni lagi2 dekat dengan air terjun or sungai.

dapat releasekan tension ;)

rintzpalil said...

Sedapnya sambal paru...