angin meletakmu kemerata arah
tidak lagi dibawah pohonnya....
dan ia menangis bukan kerana lemah
tetapi kerana terlalu lama menjadi kuat
Pemandangan di atas adalah taman di Monas, Jakarta, Indonesia.
Bercuti untuk diri ke Jakarta, memang sebuah perjalanan yang amat menyeronokkan dan penuh gelak ketawa. Makan-makan, shopping-shopping, naik kereta turun kereta, spa-spa...cuma badan dah terlalu penat maka walau Carcadin Hotel menyediakan pusat karoke di lantai satu tetapi kami terus tertiduran sampai ke pagi walau rencana awal mahu karoks.
Lagu 'MENGAPA' nyanyian Nicky Astria adalah sebuah lagu yang sering dimainkan oleh rendy supir kami yang bila kami tanya "rendy, enggak ada lagu lain?" Dan dijawab oleh rendy, "ada lagu 'JADUL' ". Lalu kami serentak bertanya "apa itu lagu JADUL?...Dan rendy dengan muka selamba berkata menjawab, "lagu jaman dulu, bu!".....dan diikuti deraian tawa oleh kami berlima.
Memang orang-orang di sana gemar meringkaskan ayat seperti
BATAGOR ringkasan Bakso, Tauhu Goreng
PISGOR - pisang goreng
NASGOR - nasi goreng
WARNET - warong internet
DUGEM - dunia gemerlapan
dan sebagainya.
Ok saya pasti mahu kesana kembali bersama orang-orang yang sama, ella, Zana, Yanti dan Kak Bedah. Kepala semua best. Tak sorang pun hipokrit. Walau badan penat tetapi kami masih ada masa untuk sessi luahan hati dan perasaan sehingga jam 3 pagi masih belum tidur.
Langsung tiada basa basi kedengaran rasa tak puas hati. Kami saling membantu. Bila masing-masing sopink tak hengat....kemudian bankrupt, kami segera berfikir mana yang lebih convinence maka saya tawarkan pada zana untuk meminjam duit saya dahulu dan ela segera mencari mayban untuk mengeluarkan duit buat menyambung muflis kali kedua.haha.
Makan di sana memang tip top...dan air minuman nya yang amat enak provided bill harus di share berlima maka makan seperti dihotel lima bintang tetapi cuma bayar rm20 seorang....
Makan seafood di Ancol paling heaven. Mula-mula aku hairan apa itu air kelapa batok. Lalu mengusik, "Adik, air kelapa batok ni kalau kakak minum jadi batok macam mana?"...Lalu semua ketawa mendengar usikan ku. Tiba-tiba otak aku ligat teringat bahawa dalam bahasa jawa batok itu tempurung....apa da....lama tak cakap jawa lupa la pulok. Air kelapa di sana sangat enak disamping aku memang teringin mencuba semua minuman yang ada....mujur kantung kecil.
Tanah Abang dan ITC Kuningan harus dikunjungi bila ke Jakarta. Memang kurang tepat pepatah mengata ' shop till u drop' kerana kami shopink sampai kedai tutup dan sesungguhnya semangat bersopink belum pudar walau semua lampu telah dipadam di Tanah Abang yang berbelas tingkat itu.
Bila ke Bandung tempat yang harus dikunjungi ialah Rumah Mode dan Toko 3 yang menjual barangan branded yang ori dengan harga yang sungguh menyeronokkan.
Untuk melihat salah satu benda-benda unik ciptaan Illahi, kunjungilah Tangkuban Perahu yang ada cerita mitos disebalik terjadinya perahu yang tertangkub. Pada zaman dahulu kononnya ada seorang ibu yang terpisah dengan anak lelakinya sehingga anak lelakinya mencapai umur dewasa dan mereka bertemu semula hanya sebagai pasangan kekasih kerana si anak tidak mengetahui wanita yang dicintai adalah ibunya begitunya dengan si ibu. Namun setelah mendapat tahu tentang siapa mereka, si anak tetap berkeras tidak mahu memutuskan cintanya lalu disumpah sehingga perahu yang dinaiki tertangkub dan menjadi gunung yang terdapat kawah gunung berapi disekeliling.
Pastikan juga kamu tidak ke sana waktu hari libur (cuti umum indonesia) kalau tidak mahu terperangkap dalam macet (traffic jam).
Hari pertama di tanah abang....ku merinduimu abang...
Nani yang taksub dengan keenakan tahu goreng indonesia....
23 comments:
wahh besnya auntie nani..eka teringin sangat nak pergi ke bandung..huk huk huk...
waduh tante nani...langsung brubah ya gaya ngomongnya pas pulang dari jakban (jakarta+bandung)..hehe
jd lapo plak tgh2 mlm neh..aish..
patutla kak nani x da entri baru..ropanya berjalan lagik ek...yang ini bukan dengan anak sulung kak nani kan...bestnya sesekali ada best women holiday kan..
auntieeeeeeeee... kaya ek? anak beranak semua berjaya... tiap2 hari saya godek blog auntie, hanis, liana and monster jambu tue... saya suka baca... :)
Bestnya tengok gambar2 akak bercuti di Bandung! Saya tumpang seronok!
kak..besnya dapat makan makanan indon yg sedap2 tu..sy mmg feveret ngan masakan org sana terutama masakan jawa..nasi uduk tu wahh..gado-gado,bakso,ayam penyet, pecal lele,tempe dan tauhu goreng cicah sambal kicap..selalu tgk kalo dlm sinetron diorang ade makan ikan gurami ke gurapi ntahla tp lebih kurg gitu la ikannya rupe spt ikan kaloi atau kalo di vietnam dulu sy makan ia dipanggil ikan telinga gajah.digureng garing dan dihidangkan seolah berdiri gitu..teringin weh nk ke bandung..tp mujurla kt mesia ni bersepah gak restoran makanan indon boleh la jugak merasa feel makan nasi dalam bekas anyaman buluh eh..
gi indon mmg best kan! duitnye yg murah bole sakan..tp dorang ni mmg suka shortform ayat ek?kdg smpai tak paham..
waduh2 kren bangat
Mmg hapenning di sana. Rindu mahu kunjung lagi.he,he
bercakap bab singkatan perkataan, satu yang saya belajar dari member senegara, ketibas = ketiak basah. Nice pics puan!
besnyee aunty dapat jalan2 lagi..
syoknyee..hehe
wahhhh bestnya aunty nani, berjalan sakan. hehe
Salam Ratuku Nani, ya ampun .. seronok sungguh bercuti + bershopink bersama Ratu2 semua.
Tersenyum sorang-sorang Ratna di buatnya, kelakar sungguh cara penulisan Nani.
Part makan yang Ratna adore kan sungguh ada tempe lagi!
Nani, tajuk kepala diatas apa maksud-ertinya, pasti ber-layer-layer maksud-erti " buat apa tampan kalau tidak jantan" aduh ..tergugat jadinya sang mamat pabila membaca tajuk kepala Nani kali ini.
Salam manis manis madu.
hai auntie nani...naper auntie ckp SERAM kat gambo tu?
pengalaman di indonesia, kebanyakan tempat bermula dgn huruf c.
contohnya: cibaduyut, cihampelas, dll
pastu yang meringkaskn ayat tu, mmg ckin setuju sangat. sos tomato jd sos tomat,
australia jd australasi je.hehe
bes kan kak nani kalau pergi dgn kawan kawan satu kepala.. zar hari tu enjoy the trip sangat sangat.. beli belah sampai muflis..
dan di epot jakarta ada lounge yang dibayar utk kita istirehat sebelum berlepas. kami amik yg paling murah 55000 rp pun siap ada tv, tempat mandi, makan dan wifi.. boleh amik kerusi urut lagi..
salammmmmmmmmmmmmm...nak tumpang tanya.. kalau " aku dah penat keje "
dalam bahasa jawa ape ye?
zed zedi : dlm jawa lebih kurang mcm ni bunyienyer
" aku wes capek kejo"
hehheeheheheh
wow kak nani !bestnyer...
..jenjalan negara orang..
..shopink2...
..makan2...
memang kesukaan kepada semua wanita kat dalam dunia nih...
salam kak nani...wah syoknye tgk kak nani bcuti2 ke jakarta n bandung... rase cm nk ke sana lg je..jeles tgk kak nani leh mkn mknan yg dorang jual kt tepi jalan@kat tmpat2 pelancong sb perut saya ni sensitif xleh masuk lgsung. aritu baru minum jus alpokat trus kena admitted ward 3 hari sb diarrhea. Kata doc sb air dorg x bersih. huhu n dia advice dptkan suntikan dulu bfore nk ke sana utk elak keracunan makanan.....walau kena diarrhea seminggu tp smngt nk ke sana lagi x penah hilang...mcm x jemu2 je nk ke sana...hehe
Assalamu'alaikum. Salam perkenalan tuk yang punya blog ini. Tuk yang mau bercuti ke bandung atau melancong ke bandung bisa coba hubungi kami, kami dari travel agency MalaysiaBandung.com, harganya berpatutan dan pemandunya ramah pula. Tolong untuk dipaparkan ya kakak harap-harap membantu
Post a Comment