Wednesday, June 15, 2011

Tahu Beranak

Assalamualaikum...


Apabila saya bercakap tentang apakah makna hidup seorang ibu bila membiarkan anak tidak membesar didepan mata....saya bermaksud mengapa tergamak hati menyerahkan anak dibawah jagaan nenek dikampung yang hanya dijenguk tak berapa kali setahun....dibiar di bawah jagaan bekas suami sehingga jarang sekali nak jenguk. Itulah maksud saya.

Ambillah effort atau langkah yang sewajarnya untuk kita dapat memastikan anak-anak membesar di depan mata. Sekurang-kurangnya penat seharian bekerja...rushing balik sebab nak ambek anak dinursery ke...baby sitter ke...kalau tak dapat pembantu untuk menjaganya. Itulah sebenarnya tujuan hidup ini pun.

Kadang-kadang macam-macam alasan yang kita beri...susahlah..itulah...inilah....at the end of the day..kita rasa kita memang tabah dan kuat berjauhan dari anak-anak...tetapi cuba kita letak diri kita di tempat anak-anak.

Bagaimana rasanya seorang anak dari sekecil bayi tidak merasa dibelai oleh ibu. Setiap kali bangun pagi, mata celik pasti orang yang pertama ingin dilihat adalah ibunya tidak orang lain. Bagaimana perasaannya bila melihat rakan disekeliling membesar bersama ibu sedangkan dia hanya dijenguk ibu sebulan sekalipun tidak.

Kadang-kadang banyak ibu ambil ringan perkara begini tanpa memikirkan jangka panjang tekanan jiwa yang dialami oleh kanak. Behaviour mereka belakang hari.

Panjang kalau nak dihurai tentang ini semua. Bayangkan saya yang hanya terpaksa melepaskan anak saya ke asrama ketika umur mereka meningkat 13 tahun pun rasa macam dah tak sanggup walau dua minggu sekali menjenguk atau anak-anak yang pulang ke rumah. Inikan pula nak berpisah dengan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Buat apa susah payah beranak?

Tiada apa yang lebih membahagiakan hati seorang ibu dapat membela dan mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang baik dan berjaya.



Biasalah bila emak berjumpa emak....siapa nama anak...kelas apa...dapat hadiah apa? Dah lama sembang baru nak tanya nama emak....itu habit orang malaysia.....lama sembang macam rakan akrab tetapi masih tak tahu siapa nama.




Hafiiz ketika mendapat anugerah cemerlang 5A.



Hepiii!!!!!!



Kakak-kakak turut bagi sokongan......



Hafiiz dan Cikgu Azlida....





Alisya menunggu giliran untuk meraih anugerah...






Alisya dan rakan seperjuangan.





Alisya mendapat tempat pertama dalam kelas....



Naik sekali lagi dapat mata pelajaran terbaik....





Hepiiiii!!!!!


Enam beradik....


Tumpang gembira....


Ok senyum......






Tak siapa lebih gembira dari seorang ibu akan kejayaan anak-anaknya....

35 comments:

ceklala said...

hafis ni kalo da besar nanti mesti hensem!hehe

alisya dgn kwn die tu cam seakan2 je muka hehe

Ibu Muda 30series said...

setuju dgn kak nani, kawan2 saya ramai yg serahkan baby dorang suruh mak jaga di kampung...sedih bila bayi kecil terpaksa bercerai susu di kala sgt2 memerlukan ibunya :(

Mylady said...

Salam kak Nani...

Seronok tengok keluarga bahagia Kak Nani...Anak2 pasti seronok mendapat seorang ibu yang sanggup mengerah tenaga siang dan malam demi kebahagiaan anak2 dan rumahtangga..

skunksenn zone said...

salam aunty..sy jadi silent reader 4 a long time..mula2 jmpa blog hanis but end up sy lagi rjn msuk blog aunty..how i wish i could b a awesome mom juz like u 1day..:)

skunksenn zone said...
This comment has been removed by the author.
Siti Nur Amirah said...

umi sy bgn pagi siap2 masak untuk aya bawa bekal pergi kerja..kadang-kadang eh bukan kadang-kadang, tapi selalu fikir..mampu kah saya jadi ibu sehebat tu..bangun 3,4 pagi..dan memang cuba nak elakkan kerja pejabat bila dah ada anak nanti..insyaAllah..;') untie jadi sifu saya ye!!saya suka cara untie dan family..;')

Ku Marissa said...

congrate aunty

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, tahniah jutaan tahniah ke atas ke dua anakanda Nani Hafiz dan Alisya yang telah berjaya dengan cemerlang nya, ya ampun ... bertuah sungguh Mama nya demi kasihsayang, penjagaan yang rapi walau pun harian Nani begitu sempit dengan tanggungjawab rumahtangga, makan-minum, kain-baju, kemas-bersih kan rumah atas dan bawah, orderan cake semua dan + + + + + + kudrat sahaja yang tahu gimana bebanan tanggungjawab Nani tersebut harus di selesai kan dan bayang kan ini semua di ulangi hari kebulan terus ketahun!!
Tahniah juga buat Nani kerana hanya seorang Ibu yang bertaraf Mithali sahaja yang dapat memenuhi rangkaian sebuah kehidupan dengan sempurna dan mulia nya.

Tahniah lagi sekali dan menumpang bangga keatas kejayaan yang cemerlang buat Hafiz, Alisya juga Mama nya Nani.

Salam manis manis madu.

Nanak said...

tahniah aunty..

Yana Halim said...

cayalah kak nani. harap2 anak2 saya pun akan cemerlang mcm anak2 kak nani. baru tau yanti kawan saya sejak zaman sekolah merupakan kenalan kak nani.... (entri janda baik tu...hehe)

Nabila Wahab said...

best tgk family aunty.. hopefully sy bleh jd mcm aunty nanti.. heeeee ~ :)

ann aziz said...

tahniah aunty nani.. i wish i could be a great mom just like you! :)

ann aziz said...

tahniah aunty nani.. i wish i could be a great mom just like you! :)

[™محد زولفکر] said...

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Anonymous said...

sangat setuju pandangan akak tu. Kebahagian dan kegembiraan ibunya melihat anak-anak membesar depan mata dan cemerlang dalam hidup. :) Tahniah kak..

Jom baca ni :Rangkaian Maqui Miracle, Lancome Membuatkan Wajah Bebas Minyak Sepanjang Hari..

Jom baca ni :Coklat-coklat Mekah, Jenama Evliya Sultan..

kejora said...

selau teruja membaca blog aunty..mendengar cerite2 dr seseorg yg menegenali aunty..sy seperti mahu manjadi seperti aunty..penyayang,selalu tersenyum..selain mak saye,aunty juge adelah inspirasi saye..tahniah aunty berjaya menhasilkan baka2 yg baik..doakan saye dpt besarkan ank sy mcm aunty..lots of lurve..

muhammad Saufy said...
This comment has been removed by the author.
Mak Wardah said...

Benih yang baik dicampakkan kemanapun pasti jadi pulau...yes anak bagi saya anugerah ALLAH yang tidak ternilai...Semoga Puan Nani sekeluarga terus berjaya. Doa saya anak-anak sayapun akan berjaya seperti anak-anak Puan Nani, Insyallah.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

tahniah hafiz & alisya... :) sy mmg hairan bila ibu yg sanggup biarkan anak2nya di kg..saya ada seorang kwn yg tinggalkan anak2nya di kelantan, dan dia kerja di KL.. jenuh sy leterkan, siap perli2 lg, ambilla anak bwk sini..katanya penat/malas nak jaga, beranak pandai dan byk pulak tu, suma hantar kg... sedih saya.. rasa mcm nak tonyoh2 jek ibu mcmtu...tp nk wat mcmne, kawan kan...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

tahniah hafiz & alisya... :) sy mmg hairan bila ibu yg sanggup biarkan anak2nya di kg..saya ada seorang kwn yg tinggalkan anak2nya di kelantan, dan dia kerja di KL.. jenuh sy leterkan, siap perli2 lg, ambilla anak bwk sini..katanya penat/malas nak jaga, beranak pandai dan byk pulak tu, suma hantar kg... sedih saya.. rasa mcm nak tonyoh2 jek ibu mcmtu...tp nk wat mcmne, kawan kan...

yusrina said...

Buat pengetahuan akak, sy jadikan akak sebagai role model utk sy besarkan anak2 sy nanti... Suka dgn life akak, cara akak didik anak.

Filla said...

kaknani, tahniah punya anak2 cemerlang..*kagum giler* saya stuju, susah senang biarlah kita yang besarkan anak kita sendiri...saya tak tengok muka anak 1-2 hari pon dah rasa lain macam!! huhu...

Misz-ella said...

Betul tu kak. Pada Ella, biarpun penat tapi tetap bersemangat bila tengok anak membesar depan mata hasil penat lelah kita sendiri. Puas hati, kan kak.

mamasuri said...

dah masuk hari 5, anak dara saya dikidnap oleh atuk n nenek dia..huhuhu..saya laki bini tak pernah berjauhan...baru hari 2..sy laki bini dah meroyan ...huhuhu..sume keje mcm tak kena jer...
tahniah akak...kagum dgn akak membesarkan anak2...

Noraini Hussin said...

Tahniah akak, anak-anak berjaya menjadi anak yang pintar..Saya pun ade supupu yang sanggup menyerahkan 3 org anaknya kpd mother in law slps divorced...nape tak ambik aje anak tu sbb anak tu perlukan kasih sayang ibu..

diamond baby said...

sebak pulak baca entry kali ni. anak saya baru sorang yg dah bersekolah dan tak tergambar perasaan happy bila dia dpt result cemerlang. ni pulak kakak yg dah ada 6 anak yg semuanya cemerlang. bestnya. tahniah kak kerana berjaya mendidik anak2 dgn sempurna.

Laura said...

aduh mmg angau sepanjang masa kalau saya tinggalkan anak-anak kat mentua. Untuk saja2 tinggalkan mmg saya tak buat, tapi kekadang trpaksa tinggalkan ngan mentua sbb outstation ataupun cuti sekolah. Mentua saya sgt sygkan cucu dorang, dan penah gak hint2 utk biar dorang yg jaga.... tapi mmg takkan saya nak sbb tak tertahan dgn angau rindu. Terbayang-bayang senyuman gigi dua anak kedua dan juga senyum nakal serta kecengengan anak pertama. Saya tak sanggup membiarkan org lain yg menentukan hala tuju hidup anak-anak. Biarlah keluar belanja lebih utk menggaji amah, yg penting anak2 membesar di depan mata. Saya berdoa agar saya akan menjadi setabah ibu saya yg membesarkan 6 anak dgn tangan sendiri walaupun beliau sendiri sibuk sebagai guru. Saya juga berdoa semoga akan setabah dan sesukses akak dalam mendidik anak2 yg berjaya ^_^

aNIe said...

Tahniah pada anak2 Nani... kejayaan anak2 adalah hadiah yang paling berharga buat ibu bapa...

Ieza said...

betul kak nani....serius sy betul2 anti pada mak yang x tahu sayang anak...expecially semua SIL sy...sayang bila anak2 dh besar jer...masa baby2 serah kt mak..kt suami jaga..dh la memang xde sifat keibuan.. lagi sakit hati...berlagak nak mampus lak...errrkk..

sorry kak nani terlepas geram lak...:)

apapn sy happy tengok keluarga kak nani terutama anak2 itu yang sentiasa membuat ibunya tersenyum...

Umi Kalsom said...

congrats hafiz dan alisya =)...tahniah jgk pada ibu nya yg tak pernah penat buat itu dan ini..may Allah bless your family...amin

aizeepesona said...

anak2 kak nani semua ada package macam kak nani jugak..cantik/ensem , baik budi pekerti dan bijak !

wow tahniah kak..

ain fathihah fhm said...

salam puan nani.. saya memang follow blog ni dan sll baca, cuma tak pernah tinggal jejak. tiba2 pagi ni saya menangis teresak2 bila baca entri ini.

terutamanya bila sampai ayat ini,

"kita rasa kita memang tabah dan kuat berjauhan dari anak-anak...tetapi cuba kita letak diri kita di tempat anak-anak.

Bagaimana rasanya seorang anak dari sekecil bayi tidak merasa dibelai oleh ibu. Setiap kali bangun pagi, mata celik pasti orang yang pertama ingin dilihat adalah ibunya tidak orang lain. "

20 tahun berkahwin, ibu bapa saya berpisah.. puncanya, ayah kahwin lagi dan mama buat keputusan keluar dari rumah, walaupun awalnya mama bersetuju dengan perkahwinan baru ayah..

saya anak sulung dan punya adik2 sedang meningkat remaja, juga adik kecil dia pra sekolah dan darjah dua...

mama keluar rumah bulan ogos 2010 dan selepas bercerai secara rasmi mac 2011, mama tetap dengan keputusan dia, takmau amik dan jaga anak-anak.

dia cakap, anak2 lebih baik dijaga baba. dia mampu hidup berdikari sendiri tanpa anak2 yg dia sayang. mama juga cakap, jumpa sesekali di hujung minggu sudah cukup untuk dia melepas rindu pada anak2.

selepas mama keluar rumah beberapa bulan, ayah saya minta ibu tiri tinggal bersama kami, memandangkan baba perlu bantuan menguruskan anak2...

saya cuba meletakkan diri saya di tempat mama, cuba nak rasa betapa perit dan sakitnya bila suami berkahwin dgn wanita lain....saya cuba faham betapa terlukanya mama..

tapi sampai sekarang, saya masih rasa yang mama tak patut keluar dari rumah dan minta bercerai dengan baba.. saya rasa, mama patut bertahan di rumah ni, demi kami anak-anak.. kalau mama bertahan di rumah ni, mungkin ibu tiri tak lama pun perkahwinannya dengan ayah saya. mungkin dia akan malu alah sendiri cuba menumpang kebahagiaan keluarga lain.

saya rasa kecewa kerana mama tak bertahan untuk kami. sering saya persoalkan, untuk apa dia keluar dari rumah? sedangkan anak-anak tetap di sini..

walaupun saya dan adik-adik nampak okay dgn apa yg berlaku, jujurnya saya rasa amat2 kehilangan. takkan sama sesekali berjumpa di hujung minggu berbanding mama di rumah menguruskan dan membelai kami anak2...

kami rindu mama. puas saya cuba pujuk mama dan ayah rujuk semula, ayah mahu, tapi mama kata tidak. ini soal hati dan perasaannya yg sudah tawar, katanya.. sekarang ni dah habis tempoh eddah, agaknya..

http://srikandiputri.blogspot.com/2011/04/sekuat-badang.html

http://srikandiputri.blogspot.com/2010/10/ini-semua-jalur-yang-dah-ditentukan.html

http://srikandiputri.blogspot.com/2011/01/tak-mudah-sebenarnya.html

http://srikandiputri.blogspot.com/2011/03/adakah-saya-sedang-memohon-yang-tidak.html

Diana said...

Kak Nani, sister in law saya pun jenis manusia macam tu, tak nak bersusah sikit untuk membesarkan anak2.. anak2 dibesarkan oleh atuk & nenek.. dia dan suami cuma tau buat anak & beranak je.. sampai kalau sakit pun atuk nenek yg hantarkan ke hospital.. pelik jugak sy tengok, sbb saya pun ada anak dan bekerja jugak, setiap petang sy punya rushing tak sabar nak jemput anak dr nursery.. tapi dia boleh balik pukul 10 malam sbb by that time anak2 dah makan, mandi & tido.. sebagai balasannya anak2nya semua jahat sangat dan tak dengar cakap.. padan dengan muka..

Sebona said...

alhamdulillah.. anak2 aunty nani sume cemerlang. hihi

Nani said...

Saya ibu berusia 26 thn kepada sorg anak berusia 4 thn. Saya pernah memalui itu semua, terpaksa hantar nak ke kampung krn suami tak nak anak dihantar di nursery. Akhirnya saya melepaskan kerjaya saya dan menjaga anak sendiri di rumah.

Memang pada mulanya, perwatakan anak agak berubah selama 4 bulan bukan dlm jagaan saya. Anak melawan dan kasar dengan saya. Sebak hati dibuatnya. Alhamdulillah, anak dah beransur2 ikut cara didikan saya semula.