Saturday, November 20, 2010

Maid Oh Maid

Saya tak tahu kenapa bila maid saya berhenti saya rasa hidup dan hati saya lapangggg sangat. Rasa macam hahhhhh!!!!!rupanya aku lebih tidak memerlukan maid dari memerlukannya.



Saya pernah meminta tolong seorang kenalan untuk mencarikan saya seorang pembantu indon. Tiba-tiba bila dia telefon mengatakan dia ada seorang, saya rasa macam keberatan pula. Risau dia mengata saya tak tetap pendirian maka antara setuju dengan tidak saya pun setuju mengambilnya.





Mula-mula saya memang berjanji nak bagi rm600. Tetapi bila rujuk kat my husband dia kata bagi rm500 dulu sebulan dua.Kalau boleh buat kerja baru bagi rm600. Begitulah saya beritahu perkara yang sama pada maid saya.





Minggu pertama walah rajin sungguh. Sebelum subuh bangun, menyapu mengemop lantai rumah. Habis hamparan permaidini semua diselak diangkat.





Masuk third week bangun pagi waktu subuh hampir habis. Sudah mulai nampak tembelang di situ ya....Kadang menyapu atau mengemop, kadang tidak. Sapupun capai sahaja setakat yang nampak di mata. Nun di bawah-bawah, dicelah-celah, dihujung-hujung, di dalam-dalam tak bersentuh dah. Walhal itulah sebenarnya tujuan saya mengambil pembantu indon. Bolehlah tolong bersih-bersihkan kipas angin, segala permukaan perabut dan kemas rumah saya.



Sebenarnya tugas maid saya bukanlah kesemua tugas yang ada dirumah saya. Jadi bila itu tugas yang saya beri, saya mahu dia buat bersungguh-sungguh. Sekali dua kali memanglah saya boleh ajar..boleh tegur tetapi kalau setiap kali nak kena suruh maka saya jadi bosan dan benci.




Antara tugas-tugas harian yang tak perlu dilakukannya tetapi tugas yang lain langsung tidak memuaskan hati saya kerana dia bukanlah seorang yang rajin dan pengemas.



-Sarapan pagi tak perlu buat sebab saya tak selera dengan masakan diaorang.


-Menyediakan air minuman lagilah tak perlu sebab bila saya suruh dia bancuh air, entah apa makhluk masuk dalam air tu dengan selamba dengan celup guna tangan untuk membuangkannya.



-Rumah saya yang agak senang nak kemas kerana bukan sepah sangat tupun dia ambek kesempatan cuma colet-colet yang nampak depan mata.



- Makan tengahari saya yang masak. Itupun setiap hari saya yang kena keluarkan lauk dari peti sejuk.Sebab setiap kali nak kena pesan. Dan sayapun sudah jemu memesan.


-Minum petang saya yang sediakan.


-Bilik tidur saya di atas termasuk bilik air saya tak benarkan dia masuk waima pegang tombol pintu sekalipun.


-Bilik lepak saya termasuk bilik air di bawah pun sedemikian juga.Kerana saya amat mementingkan privacy. Segala pakaian dalam saya cuci sendiri.


-Bilik Hanis pun demikian juga halnya.


-Bilik Liana apatah lagi.



- Dia hanya perlu kemas sebuah bilik tidur dan bilik air yang attached iaitu bilik Khairi, Imran, Hafiiz yang memang berkongsi bilik dan sebuah bilik air tetamu. Itupun puas saya suruh atau saya ingatkan baru lah dia nak buat. Sebab saya jarang melihat bilik anak-anak saya di atas, kemas pun ala kadar... bantal pakai longgok-longgok jer...adeeih...





Begitulah orang melayu ni memang tak perlu pakai pembantu kerana sifat orang melayu yang kebanyakan sangat tebal dengan hati lembut dan bagi muka memang membuat pembantu indon tu naik kepala.





Bila pembantu indon saya buat salah, saya hanya menegurnya dengan baik. Tak pernah sekalipun saya marahkannya.


Setiap kali my husband nak kena marah-marah maid saya apabila kaunter dapur saya sentiasa dipenuhi barang tanpa mahu segera mengemasnya. Jadi saya harap anda semua fahamlah ya..kenapa saya sangat berlembut hati dengannya kerana sudah ada orang yang bertindak garang padanya. Tetapi my husband tu pun hangat-hangat tahi ayam...marah pada awalnya tetapi tidak kuasa pada akhirnya....



Sebenarnya itulah harga seorang pembantu indon yang perlu saya bayar. Habis pinggan mangkuk saya yang agak mahal tu jadi sompek-sompek kerana langsung tidak berhati-hati ketika mencucinya. Waktu mula kerja dia akan beritahu saya sekiranya dia memecahkan pinggan mangkuk dan memohon maaf. Namun masuk bulan kedua, bila mangkuk cawan saya semakin berkurang, dia langsung tidak tampil kedepan.


Pada satu subuh, saya terdengar bunyi pinggan mangkuk terjatuh dan pecah. Dia langsung tidak memberitahu saya dan saya pula terlupa mahu menanyakan hal tersebut sehinggalah dia berhenti.


Sebelum ada pembantu bil air rumah saya sangat consistent iaitu setiap bulan anggarannya rm50. Tetapi sebaik masuk bulan kedua dia bekerja di rumah saya bil air mendadak dua kali ganda rm100.Setelah saya lantik hafiiz dan alisya jadi PI saya, rupa-rupanya pembantu indon saya telah buat onar iaitu menyiram pokok selama sejam lebih waktu pagi dan sejam lebih waktu petang.


Saya fikir mungkin dia suka main air kerana di kampungnya di indon susah nak dapat air paip seperti di rumah saya.Rupa-rupanya sangkaan saya amatlah meleset sama sekali bila dua PI yang saya lantik walaupun tak bergaji tetapi sanggup menjalan tugas dengan senang hati dan cemerlangnya memberitahu bahawa pembantu indon saya main telefon ketika menyiram pokok. Adeeih. Saya masih diamkan.


Saban hari masanya yang sepatutnya dihabiskan untuk mengemas rumah saya dengan sempurna...dihabiskan bersembang dengan pembantu jiran-jiran saya tanpa mempedulikan saya yang sering melihatnya.


Bukanlah saya tak mahu tegur. Ada juga saya tegur sekali sekala. Tetapi bagi saya kalau you tak boleh bekerja dengan baik buat apa saya nak tunjuk rasa marah dan simpan you lagi. Dia berada di dapur kita, macam-macam dia boleh lakukan kalau dia tersinggung, jadi saya katakan padanya yang saya tak mampu hendak beri dia gaji sebanyak rm600 tu. Kalau dia setuju rm500 dia boleh stay kalau tidak dia boleh berhenti.


Pada mulanya dia setuju untuk stay sebab dia kata saya sangat baik terhadapnya. Seminggu selepas itu tiba-tiba dia beritahu saya dia mahu balik indon. Makanya saya dengan tangan terbuka dan berlapang dada mengalu-ngalukan pemergiannya.Alhamdulillah....


Setelah rasa lega dengan ketiadaan maid, saya pun mengambil alih tugas-tugas maid saya yang tak berapa nak rajin tuh. Sekarang saya sangat bangga sebab rumah saya lebih bersih dan kemas walaupun tanpa pembantu indon.Agaknya saya memang ditakdirkan menjadi bibik seumur hidup saya.







































































































































Di spot yang sama...anda boleh lihat betapa bersepahnya rumah saya walaupun ada pembantu rumah....sabar jelah.... main telefon sampai tak sedar gambarnya di ambil...



Dah jemu berpesan-pesan...akhirnya bila dia tiada dapatlah saya mengemas rumah saya mengikut kemahuan saya.



Duduk bergebang dengan maid-maid sebelah-sebelah.Bukan 10 20 minit. Saya lihat lebih satu jam mereka bergossip di situ.

55 comments:

Ainul Mustafa said...

saya pun tak suke ada maid sbb takde privacy.biar la bersusah skt tp puas sbb sume bt sendiri

Atiqah said...

maid indon ade yang okey n ade yang tak okey. tapi lebihnya pada yang TAK OKE..rajin pada awalnya sahaja..

cham's said...

bagus kak...berhentikan je! adakala terlalu berlembut pun buat 'ati sumpik' je...makin lama makin berbekas. mak & abah kita pun dah tak amik maid lagi, bukannya menolong...dia pulak jadik tuan besar dalam rumah tu.

Han Hanni said...

maid yg xtahu dirinya beruntung punye majikan yg baik..
ramai yg xbernasib baik,jd mgsa deraan..

{ finieViolet} said...

sbb tu lebih rela buat kerja sendiri..tak kira la bangsa,orang dari negeri apa sekali pun, ..kalau dah memang pemalas, pemalas juga..

Fazlinil Irma said...

iskk.. rugi betul bibik tu. kalau sylah, sanggup jd bibik kak nani.

bukan takat majikan baik. dah la terer masak.

boleh belajar memasak dgn kak nani.

:)

Misz-ella said...

Adui kak .. bkn stakat cerita. siap dgn gambar-gambar bukti sekali. Professional punya P.I.!! Hehe ..

Jelly Beku said...

mak oiiiiiiiii........akak nie cam mamarazzi plak ambik gambar maid hehehehe

meriahceria said...

sabar je la kan akak...mmg btul pun. maid ni suke cakap belit...sabar je la....kalau menipu tak payah cakap la, hari ni cakap lain, sok dia cakap lain.

mokja said...

Pn Nani,
My Mil dapat yang sewel terus.Cakap ,senyum sorang sorang.
Yang sorang pula seakan dari zon lain....menyeramkan.
Experience saya pula bermacam ragam.Dari yang terbaik hingga tak kenal jalan pulang.

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

Aunty, banyak benda buruk dr yg baik saya dengar pasal maid ni. So far, saya belum terniat nak ambil maid yg memang pada saya akan menghilangkan privasi.... buat kerja sendiri, penat tp puas hati kan aunty.. tahniah kerana berjaya buat kptsn untuk berhentikan maid yg tidak berguna itew... kalau nak bekerja, cari rezki, buatlah dgn cara yg elok kan aunty... (ops, ingatan buat saya sendri jugak... ;)!

Ayu Zarina said...

wah...kak nani...sikap maid kak nani lebih kurang ngan maid saya jer...banyak keje saya yg buat jugak sebab dia kurang teliti...aishhh..maid oh maid

NUR HazieRAH said...

Hadoiiiii...susah ade maid... baik buat sndriii...

Mak saye baru brkira2 nak amik maid, naseb abah x bgi...

hatim a.r said...

yg dua gambar last tu PI yg ambikkan jugak ke?hahaha

nadnye said...

Salam Pn,

itulah perasaan saya masa mula2 maid pertama saya berhenti, senang hati walau penat,tapi saya ambil yg kedua sebab kesian kat mak jaga anak dan dia memang bagus tetapi malangnya sekejap sahaja kene balik indon sebab suaminya sakit. Sekarang nie saya ada maid ketiga, setelah lebih setahun juga tiada. Mengenangkan kerja yg perlu outstation jea terpaksa ambil, setakat nie ok tapi tak pula camne nanti.:P

Anonymous said...

sabarnye auntie Nani..kalau mama saya,mmg dah kena sounddd dah maid mcm tu..tak hormat majikan betul cara nya

M. said...

aunty nani :)

bagus aunty uat tndkan ituuu. sy sokong gile... dahlah xsdr diri kanggg menumpanggg iskkk.

tabik spring dgn aunty :)

Ati Masrif said...

bibik dari seberang ni mmg byk yg buat hal bila kerja dgn org melayu kita tapi bila kerja dgn bangsa lain baru tahu susah senangnya..

bab kitchen ni ati pun payah nak berkenan kalau org lain kemaskan ..ada jer yg tak kena dimata..tempat salah..susunan tak ok..masih kotor...senang dan puas kemas dan organize sendiri kan..hehe

suka sgt kabinet kak nani warna putih...lagi satu sinki tu besar n square suka lah...

Sophie Al-Yahya said...

saya tak pernah merasa ada maid..
asyik dengar cerita buruk aje tentang maid..

Siapa Mahu Belajar Berenang Dengan Saya

Anonymous said...

Sorry to say, not all maids yang datang Malaysia untuk buat kerja and bersunggunh sungguh. Well, we can do it better by ourselves kan aunty? Tak payah suruh orang, sendiri puas hati. Either nak or tak nak je buat kerja tu, terpulang pada kita, kan? :)

Unknown said...

maid auntie same perangai mcm ex maid sy.takde dorang rumah kita lg bersihhhhhh...hihi

Nur Shazura said...

salam kak nani.
pernah jugak terpikir nak ambik bibik sebab sha ni kerja tak tentu masa...rumah memang tunggang langgang...sabtu ahad pon kerja...kat opis sha,percaya tak yang sha sorang jer takde maid..anak2 hantar umah pengasuh...tapi sha ni jenis tak leh ada orang lain dalam umah....bila dengar kengkawan opis cerita pasal maid diorang sejibik cam cerita akak...tu yang buat cancel ajer nak ada maid nih...heheheheh

aNIe said...

Kalau ada pembantu rumah ni bermakna kita menyelesaikan sedikit masalah tapi mengundang banyak masalah lain...

Anonymous said...

maid mmg...pemalas n non private~
hee.

nurs said...

anda tersangat efficient memang tidak perlu pembantu. cantiknya dapur yang putih bersih kemas sehingga dalam kabinet pun rapi. pembantu ni jarang yang membantu tapi menambah fikiran kita lagi ada.

JayteaAbdul said...

alhamdulillah auntie saya ada maid indon yang sangat baik dan boleh diharapkan. dah hampir 20 tahun dia bekerja dengan ibubapa saya. dari saya baby sampailah baru-baru ni, beliau pulang semula ke indonesia untuk mengahbiskan usia senjanya walaupun ditegah kami sekeluarga yang teramat sayangkannya. dia bukan maid bagi kami tapi dia seorang insan yang sanggup mencurah bakti pada kami yang bukan siapa-siapa.

dia sebutir bintang dalam lumpur-lumpur yang ada kiranya.

:( syahdu teringatkan beliau.

emak. bukan penari tiang said...

maid auntie okey la jugak dari bekas bibik mama saya dulu

dah la pemalas, masa kami pi bercuti, dia bleh plak pi meniduri mat bangla renovate rumah depan! sekali dah kena tangkap basah..bila jiran sebelah rumah tepon, kami semua kena balik! potong stim betoi! dah tu auntie taw dimana tempat dia meniduri mat bangla tu?? di dalam bilik dia dalam rumah kami lah! siap ada tompok darah di bedsheet! virgin! muda lagi baru 19! besok tu gak mama saya halau dia balik agensi!

Mia said...

Mama saya pun superwoman jugak macam auntie. Tak mahu ada maid langsung, segalanya nak buat sendiri. Cuma lagi teruk sebab dia pun punya kerjaya kena kerja office kesana kemari jugak bila balik semua benda nak kena buat sendiri.

Cuma bila anak-anak makin besar dan Mama pun dah makin meningkat umur kitorang ambik maid yang datang seminggu sekali tue. Tak tinggal di rumah, cuma hujung minggu dia datang buat kerja apa yang patut selama 5 jam macam tue then bayar gaji based on jam. Habis kerja, balik.

Alhamdulillah rasanya maid tue kekal dah nak masuk 8 tahun rasanya. Masa tue saya tingkatan berapa entah sekarang dah besar bagak pun masih maid tue ada lagi. Tapi baguslah, sebab maid tue pun kitorang ambil masa belum season maid indon nie buat hal semuanya, sekarang nie susah sikit. Hmm. Takpelah auntie, takda maid ada privacy sikit hehe.

airaniez wirdani said...

Maid bos saya orang Cambodia. Bos kata taknak amik indonesia sebab dorg ni nanti lari ikut bf. Haha. Tapi bagus juga org Cambodia ni,dia tak reti cakap Melayu.Jadi bos sy train dia speaking English! Sekarang bos rapat dgn maid dia, sebab maid dia ni caring dan takde sapa2 kat Malaysia kecuali bos sy..^_^

Lunia said...

kak nani dah macam papparazi plak spy2 amek gamba maid =P

ah diorg nie mmg macam tu.. hidup dah senang mule la amek kesempatan.. lepas tu bile kite kutuk tahu plak marahnye.. bukan ke kite hanya cakap yg benar? =)

Lina Rahim said...

terkejut baca cerita Lady Rye..bila kes maid Indonesia kena dera, bukan main dipolitikkan & disensasikan, siap nak naik gaji la, sekat penghantaran maid ke sini la..tapi sebenarnya ramai maid yang lari dan mencuri harta benda termasukla suami, orang kita diamkan je..

Unknown said...

Baca citer kak nani buatkan Lin teringat mak saya....

Dulu ada maid, setiap kali maid buat kerja, mak saya akan buat/basoh skali lagi...

Kami cakap bagitau la maid tu mcm mana Mama nak dia buat... tp dia kata "Biaq pi la"...katanya buang masa sj, ttp kotor tak berusik....

Maid kami time tu ptot dpt anugerah maid paling manja dlm M'sia... Kalau kami la buat kerja mcm dia, mmg dah kena pelangkong sakan & mama...

NaniRostam said...

Gambar yang last tu masa maid saya dah berhenti...masa dia duk bergebang tak terfikir pulak nak tangkap gambar...kalau masa tu saya terfikir...memang saya jadi mammarazzi paling hot sebab tangkap banyak gambar dia mengelat.

Yang gambar dia main henpon tu alisya tak sengaja nak tangkap...masa tu dia dok tangkap gambar kucingla segala....

sememangnya yang dok bersembang sakan tu maid jiran jiran saya...yang sorang tu boleh tahan sebab bos dia cina so kalau bos dia ada kat rumah mampus dia tak berani keluar.

yang seorang tu bos dia melayu...siang malam pagi petang dok melintas belakang rumah saya ajak maid sebelah saya yang bos cina tu bergebang.

Masa maid saya ada dia pun tumpang sekaki. Satu maid saya ni langsung tak takut dengan saya walau saya dok menengoknya.

sememangnya sesiapa yang dapat maid baik tu beruntunglah....satu dalam seribu....

QASEEH HATIKU QASEEH said...

salam..k.nani..sy pn tr paksa pakai maid..sb anak2 masi kecik nak g taska mcm x smpi hati..blk rmh bla penat2 ada urg ble bantu ..msk2 mmg sy x bg maid msk..tp bla da lama dgn maid nie n kenal dia pnya budi pekerti pembersih urg nya..baru la bole d arah me msk yg simple2..stkt goreng2 la..klu gulai2 segala mmg x ble..tp maid sy besa dpt dr kwn pnya maid..yg kita org akn kaji selidik dlu dia ok or tidak..tp kdg ikut nasib jgk utk kta dpt maid yg baik..stkt nie sy da prna gna 5 urg maid indon yg br beza..mmg ada mcm2 ragam..ada yg lucu ada yg menyakit kn.d sabah kta urg cari maid sndiri x melalui agen..gaji pn x la mhl..klu anak 2 urg masi bole d byr rm400..maid sy yg skrg mmg 1st tym keja jd maid..byk yg nak d ajar..mula2 tu geram2 jgk..tp d sbbkn dia penyayang dgn anak2 ..jd sy pn ajar dia bt keja pelan2...skrg bole la d hrp..kdg tu ada jgk yg kureng..tp kdg sy malas plk nak menegur..tutup mata sblh jak la..selagik blm melibatkn hal2 yg serius sgt..:)

kblletrina said...

eee bace pun dah geram. Tak fahamlah dorun nie.. Kalau kat sane nampak macam ramai je rajin tapi bila kat sini jadi pembantu rumah bersenanglenang pulak.

Dulu ada pembantu rumah jugak.. Tapi salu buat hal, even umur dah 40+ suke bergaya n shopping. Sampai laki org sebelah pun die ngurat. Nta pape. Dah siap bg off one day rupenye berdating dgn org sebelah.


Nanti kalau dah ada maid, memang akan buat peraturan bertulis betul2 dengan die. Serious. Salah satu, tak boleh pegang hp dari pukul 8pagi-7malam. Pastu nak pasang cctv. Takot2 die letak tangkal ape2 ke.. Ibu dulu dah pernah kene kot. eeee geramnye..

(Sorry kalau mcm kasar ye auntie, bersimpati dgn auntie..).

faraulah said...

Kak Nani,

Kakak saya pernah alami situasi mcm ni.... bukan Indon, tapi Melayu (mak saya xbagi guna maid Indon)

kakak saya punyalah baik hati, layan macam ahli keluarga siap benarkan maid dia tu bawak anak sorang tinggal bersama...tapi jenis yang tak mengenang budi...macam melepas anjing tersepit...

Last2...dah xguna maid..dia cakap lagi senang hati..

Fihan said...

Wahh lain pula cerita maid kakak saya. Sangat superb. Di celah2 lubang tu sanggup dikorek2nya untuk bersihkan rumah, dah lama bekerja tapi masih begitu alhamdulillah. Lepas tu layanan dia pada tetamu dan anak2 kakak jugak baik. Syukurlah jumpa yang sebegini,kira kakak saya beruntunglah. Cuma dia tidak pandai masak aje, itu tak apa sebab dia akan tanya akak saya nak masak apa dan akan dah siap tolong potongkan bahan dan bersihkan pinggan mangkuk,kira macam chef la kakak saya main campak2 aje, sudah siap orang lain basuhkan =)

Suara Hati said...

salam....
situasi yg lbh kurang sama dgn sy...
baru pakai 6 bln tp x serasi...
x marah2 x smpai hati sbb dh baye mak kite...
dh la asyik sakit2 jer...
mula2 hantar ejen nk tukar yg lain...
tp pk2 blk kalo dtg pun jenis yg same...
baik x pyh dtg2 lg baik...
yg rugi nye burn duit ms nk amik jer la...
lps tu legaaa yg amat!

emy/mamasuri said...

sebut pasal maid ni kan kak..
adalah citer nya..
sy takde maid..
but jiran2 saya sume nyer ada maid indon ni..
nak dijadikan citer..
sy berpantang di rumah..
bila hari yang ke 41..
saya berjalan2 kuar ke laman umah..
sy dok tgk maid2 jiran2 saya ni siap berlonggok kat dpn umah jiran sy..
gelak2..borak2..
anak2 jiran sy diorang tinggalkan kat taman mainan..
ingatkan sehari tu je..
dri hri 41 hinggalah abis pantang..
itulah keje diorang dari kul 4 ptg sampai 7mlm..borak2..
sejak hari tu..
sy tekad no maid dlm idup sy..
3jam berborak tu..
anak2 ditinggalkan camtu je..
huhuhu

nazayiena said...

Salam....

Baguslah Kak Nani b'hentikan maid 2 cpt2 dr kite x puashati kerje2 dia buat......dr menyakitkan hati kite...
Maid ni dia x sedar diuntung....iyea le macam masak2 dan b'brapa kerje kite nak buat sendiri,mrk buat ape plk...blm bab tgk tv dan main hp lg...

Lebih baik le x ambik maid.. lg kite puashati semua kerje kite buat sendiri....

LinaKit@Mrs Kit said...

untie dulu i pun pernah ada maid....ambil masa anak i baru 4bulan...mcm2 ragam....baru dua bulan kerja sibuk ckp nak berhenti..katanya nak kahwin....i bila dia ckp nak berhenti time tu jugak i suruh dia kemaskan brg....tak nak tahan2 dia lagi...takut nnti anak kita pula diapa2kan...

setelah berhenti barulah i rasa aman dan ada lebih privacy...brg susunan dlm rumah lebih teratur..and i rasa i boleh buat kerja rumah sendiri...rasanya lagi kemas dan bersih dr diaorg buat...

Azfa said...

Salam Pn Nani,
Maid I baru je lari..tapi yg bestnya, neighbor I nampak and they informed us. We managed to kejar dia di station bus and kami terkejut badak as she was in shorts and tshirt je..tudung semua dah hilang..n bila bawa ke balai polis, dia complaint kat polis kata kerja di rumah saya teruk, habis rosak tangan dia...rumah kami tak besar mana, n saya tak ada budak kecik..
Now I am maidless, badan penat sikit tapi hati girang gembira..

I have to admit, bukan semua maid tak bagus..tapi unfortunatley kita dapat yg tak berapa bagus..

Azfa said...

Salam Pn Nani,
Maid I baru je lari..tapi yg bestnya, neighbor I nampak and they informed us. We managed to kejar dia di station bus and kami terkejut badak as she was in shorts and tshirt je..tudung semua dah hilang..n bila bawa ke balai polis, dia complaint kat polis kata kerja di rumah saya teruk, habis rosak tangan dia...rumah kami tak besar mana, n saya tak ada budak kecik..
Now I am maidless, badan penat sikit tapi hati girang gembira..

I have to admit, bukan semua maid tak bagus..tapi unfortunatley kita dapat yg tak berapa bagus..

NenetPenne (NP) said...

segelintir mcm nilah yang mencacatkan keseluruhan pembantu rumah indon...

seriusly depa ni kerja suka2..patutnya kena wujudkan sekolah atau training untuk depa yang tak ada etika kerja ni...

Pnut said...

kak Nani..
pengalaman saya dengan bibik mmg sakit jiwa kak..
first bibik, ok 6 bulan ja, pastu berpacaran, padahal ada laki kat indon nuuu, dah tua pon, 40++, asyik dengan telefonnn je, sampai abeh duit top tup, sekalik duit kami dia kebas, duit tetamu dtg rumah pun kena kebas. Berpacaran macam orang muda, menipu kami kata anak sedara dia, last kantoi, itu pacarnya.

kami tak tau pun, sehingga duit emak saya hilang lebih 300, then kami soal siasat, hagham dia nak ngaku. Last kami perangkap dia dengan menyepahkan duit merata-rata, kompem hilang, malas nak tuduh dan bertnya lagi, walaupun baru renew permit kerja dia, kami terminate, dengan mengatakan fomema dia tak lulus, so kena hntr balik.

Maid ke2, dah tua. ok, tapi kerja lembabnya, tapi saya dan suami sabarkan je la, sebab dia ni ok sikit, boleh uruskan rumah tangga dan tahan kalau kita tegur, yang dulu tegur sepatah, masam muka kemain ngan kita, meluat betul. degil pun satu, kita pesan camtu, camni, dia buat lain, maid ke2 ni walau tua dan lembab, tapi much better dari segi perangai.


maid ke3, (ini maid mak mertua, tapi mak mertua duduk bergilir rumah anak-anak) maid ni hisap rokok plak, aduh kak tekanan sungguh dengan peel dia, katanya tak boleh berhenti, dah la melantak kuat kemain, 4 pot nasi kita tanak, setengah periuk dia sorang je makan.


uhuhu sori kak terpanjang pulak luahan emosi...ehehe selama ni baca je tak komen apa-apa.. ni lepas geram kejap.

♥cikmOt♥ said...

salam aunty...ada hikmahnya atas apa yang tejadi kan...
dan rumah kelihatan lebih bersih bila maid dah pergi....

Beti said...

hrmm..nenek sdare sy ada maid..tp yg bestnye maid tu tak byk keje..tp gaji sedap..
beruntungnye lah kan org2 sane dok sini..
nsb la yg tu baik..
dpat yg stock aunty nani punye xmaid..mau pitam..

Tuan Din said...

Camnie jer kak...
Angkat stareka panas pastu tanya..
"Mau?" hahaha

anwar777 said...

Kepada insan-insan yang maid dia lari, batalkan permit kerja diorang! Supaya dia tak salah guna buat kerja tahape hape dan bila kantoi dia tak heret majikan dia yang terakhir

Deceptive said...

Samalah kak nani oi, kita memang ditakdirkan jadi bibik di rumah sendiri seumur idup. Saya seorang yg cerewet especially bab dapor. Maka memang tak kuasa saya nak berbibik indon...kalau tak confirm memang saya akan stres memanjang memendam rasa...sebab saya memang tak reti nak marah2 org lain kecuali anak2 saya. Lagi satu, privasi memang penting. Org selalu tanya, nape tak ambik bibik...saya jawab, ah kang susah aku nak berbogel2 kat rumah. Titik.

Unknown said...

oh, saya ternampak Shaklee di sebelah peti :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Baiknya kakak biarkan bibik macam ni. Saya tak ada pilihan kerana saya bekerja dan saya punya anak istimewa yang mana saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada dia. Lately saya takut sebab saya tengok/dengar banyak kes yang mengarut dan saya minta dijauhkan.

Jamal Abd Rahman said...

salam nani

dah lama ikut blog ni, tp tak pernah nak komen, tp bab maid ni gatal tangan nak taip kongsi pengalaman..

bila kita employ maid, ia mcm loteri, ada yg kena dan ada yg terkena (most of the time..)

pengalaman saya ada semuanya 7 org maid indon..alhamdulillah skrg dh tak ada sbb anak2 dah besar, dan rumah wife urus sendiri saja..hati senang dan tak bertambah dosa..

Maid 1:Jawa Timur 30+
mula2 pakai maid masa anak kedua lahir..sebelum ni hantar anak pertama kat rumah org..sebab ambik maid..kos hantar dua anak kerumah org lebih kurang sama dgn ambik maid masa tu...awal 90an dulu la..

maid ni dpt sedara yg uruskan yg katanya " legal" siap passport dgn permit sekali...

buat kerja dan perangai kira oklah..dgn anak2 pun ok..tp every weekend kena hantar dia bercuti kat rumah sedara dia abt 30mins drive dr rumah..walaupun ada yg tak puas hati perangai dia dan cara kerja, kami just tutup mata dan pekakkan telinga je..as long as our kids dijaga baik...masak mmg tak pernah wife bg kat maid pun..hanya dia buat keje rumah yg lain..tak pernah suruh basuh kereta pun...

bila dah setahun keje time nak renew permit, permit yg dikatakan sah tu rupanya permit palsu..so hendak tak hendak terpaksa terminatekan maid tu..we dont want to take the risk employing illegals..

Maid 2: Medan 40+
bertahan paling lama..hampir 5 thn..diberhentikan sbb diakhir2 tu dia cuba ugut anak saya dan family nak dibomohkan kami semua ..bayangkan lebih 4 thn kami sabar dan percaya kat dia last2kami pulak nak dibomohkan disebabkan ada perkara yg dia lakukan dan saya betul2 marahkan dia..sekali tu je dia kena marah sepanjang duduk dgn kami..

tanpa pikir panjang, bila dpt tau aja, saya minta dia keluar rumah hari tu jugak..menangis2 mintak ampon dgn saya tp saya ckp dia perlu balik hari tu jugak....

Maid 3:Lombok 30+
yg paling bagus dan rajin..siap pandai masak cara kita segala..rajin solat dan baca quran...tp cuma bertahan setahun sebab tak pass fomema..ada tibi pulak! nak tak nak kena hantar balik..ralat juga nak lepaskan dia, dan dia pun tak nak balik, tapi bigger risk dia tu ada TB..tak kan nak simpan dan duduk dgn budak kecik..

..bersambung

Jamal Abd Rahman said...

Maid 4: Jawa Timur 30+

maid ni datang masa maid 3 belum balik lagi..sempat la dia ajar apa
patut..nampak gaya orgnya "bijak" sikit..byk tau hal kat sini..bila tanya dia ckp firdt time dtg sini...pelik jugak...

tp tak sampai seminggu dah lari..rupanya dtg sini
guna permit maid utk jumpa semula jantan dia yg ada kat sini.. sebelum ni dia dah keje kat sini almost 5 thn..kami kena tipu bulat2!

Maid 5 : Surabaya 30+
bertahan tak sampai sethn..keje kira ok2 je..byk mengelamun..blur..tak kisah la, janji boleh tgk kan anak2...kaki lepak dgn geng..pun kami tak ambil kisah...biarkan je..

last2 dia lari dan tinggalkan anak saya setahun lebih sorang2 diri kat rumah..nasib baik tak lama lepas tu wife saya balik rumah...pasport dia masih ada dgn saya smpi skrg..hampeh maid sorang ni!tak tau sbb dia lari..no clue sampai skrg ni..

Maid 6: Subaya 40+ ada cucu

maid ni kira ok lah, but not perfect..yg bagusnya hormat org..itu je..bab keje biasa2 saja..

almost 3 thn dgn kami, dia nak balik sbb anak nak bersalin, kami tak boleh nak buat apa..bg je dia balik terus..paling pelik..dia boleh tahan tak mkn sampai dua tiga hari! puas suruh makan..tp dia jenis tak mkn byk kot..lantaklah!

Maid 7: Jawa Timur 30+

maid yg paing menyiksakan batin..sakit jiwa kami ditemukan dgn org macam ini...dia ni degil tahap kronik..FYI kami ambik lebih kurang je dgn maid2 sebelum ni..tp yg ni kesabaran kami hilang dgn perangai dan tingkah laku dia..nak kata dia ni IQ rendah, pandai pulak ngorat bangla yg naik besikal tu..

tp saya boleh conclude dia ni satu benda pun tak reti dan degil giler!..jgn ckp buat keje rumah, mmg dia zero..serba serbi tak tau..masak jauh sekali..guna washing machine dkt 1000 kali ajar pun tak pandai2...last2 semua keje rumah wife saya buat..dia takat jaga anak dan sapu rumah aja..thats all!

puas dinasihat dan ajar pun tak reti2 dan pandai2 walau dah 3-4 bulan tinggal sini...suruh ambik anak kat sekolah dlm 500 meter tu..pukul 10 pg dah tunggu kat pagar sekolah!! tak ke keje gila tu!

maid ni yg first pernah kena penampar saya..mmg dah hilang sabar sgt masa tu..tak boleh nak buat apa dah..rasa guilty jugak sbb pukul org..tp kalau dgn org lain saya ingat mesti dah kena penyepak penendang dgn penyapu sekali kot..

at last dah tak tahan sgt kami hantar balik ke rumah ejen dan tak lama lepas tu dia lari dari rumah ejen entah kemana tanpa pasport segala...

skrg kami bebas dari bahana maid dari indon selepas ribuan ringit lebur..mmg ada yg bagus tak dinafikan, tp banyak yg tak semenggah sebenarnya..dari 7 yg ada tu, sorang je yg boleh pakai, yg lain kira fail sbg maid..kerna terpaksa redah je lah..

sebabnya..kita telalu memberi muka dan mmg tak dinafikan org melayu adalah bangsa yg amat berlemah lembut dgn maid kecuali segelintir saja..even anak2 saya suruh panggil dorang aunty,,tidak bibik mcm selalu..

semua kita yg ada maid adalah kerana terpaksa..kalau ada pilihan lebih baik, saya jamin semua tak nak ada org lain dlm rumah kan?

sorry saya buat entry sendiri kat sini..maaf sangat2..cuma nak share pengalaman saja..

maaf jika ada yg tersinggung...

Farlin said...

saya dh 14 tahun pkai maid dan macam2 perangai......saya rasa buat kerja sendiri lagi puas hati dan anak2 saya walaupun saya bekerja...