Bukan senang tau. Sebenarnya, masalah saya bukanlah masalah besar sebab saya ni simple, kalau malas kerja buat apa tunggu. Saya tak suka hidup saya dibelenggu tekanan perasaan. Jadi kalau dah nampak bayang-bayang ke situ cepat-cepatlah mengelak.
Tak perlu marah-marah. Tak perlu cari musuh. kalau nampak dah tak betul gayanya bolehlah chow chin chowww.......mak tak kuasa nyah.....huhuhu...
Bercerita pasal maid ni, kalau nak hati tu tenang tak payahlah pakai maid. Biar rumah macam tongkang pecah asal hati kita tak pecah. Biar stress tengok semak samun, kain baju bertimbun daripada stress dengan perangai maid yang susah untuk diduga. Lagipun sebenarnya tanpa kita sedari seumur hidup kita tidak akan ada privacy sekiranya seumur hidup kita mempunyai maid...setakat nak cuba dua tiga tahun cukuplah....tak payahlah bertahun-tahun nak pakai maid. Mahal harga sebuah privacy tu tau.Bagi sayalah......
Selalu benar saya lihat ramai orang kita ada maid tetapi rumah serupa tak maid. Kadang saya terfikir jugak rumah aku yang tak da maid pun lebih cun dari rumah dia yang ada maid...apa kes...berbeza pulak rumah bangsa asing yang ada maid. Memang berseri-serilah...termasuklah kalau ada sepuluh kereta sekalipun...kereta pun berseri-seri macam muka bos tu.....
Dari pengamatan saya....orang kita lebih rela maid buat kerja rumah ala kadar janji jaga anak dia orang baik-baik. Sampaikan anakpun bertahun-tahun tidur dengan maid...masak pun maid dok dukung...kemana sahaja berkepit dengan maid...macam mana maid nak buat kerja rumah kalau gitulah gayanya...Dah terlalu manja dengan maid, kalau emak dia matipun anak tu tak terasa apa. Kalau maid balik indon....mengigau-ngigau si anak tu terkenangkan bibik mereka...
Namun apa yang paling saya tak boleh lupa adalah pengalaman kawan saya mempunyai seorang maid yang boleh dibuat filem bertajuk 'Maid From Hell'.
Kawan saya ada seorang maid. Maid dari medan. Pengambilan maid diurus oleh suaminya maka dia rasa amat terharu melihat suaminya bersusah payah mahu menyediakan pembantu bagi meringankan beban dia menguruskan anak seramai sembilan orang walaupun dia tidak bekerja.
Dulu saya ada ura-ura nak bersaing dengan dia. Saya nak juga sembilan anak macam beliau tetapi nampaknya terpaksa mengalah sebab tak sanggup dengan alahan mengandung.Saya kalau mengandung ya rabbi punyalah teruk rasa....makan muntah..makan muntah...berlangsung dengan lima enam bulan...bila dah ok sket kaki crampla...dah larat nak jalanla...adui....
Eh kat mana saya cerita tadi...melalut pulak...oklah saya gostan sket ya.....
Sejak adanya maid itu, rumah kawan saya agak terurus. Maidnya sangat rajin mengemas rumah dan rajin belajar masak. Sejak itu juga setiap kali tengahari suaminya akan balik makan di rumah kerana maidnya yang sangat rajin menolong memasak dan menghidangkan makanan untuk suaminya makan. Selain itu dia melayan anak-anak kawan saya dengan baik sekali. Kawan saya rasa hidupnya semakin terurus dan lebih bahagia kerana suami selalu melekat di rumah.Maklumlah sebelum ini suaminya jarang ada dirumah kerana sebagai kontraktor yang punya syarikat sendiri memang agak sibuk menguruskan syarikat dan perniagaannya.
Satu hari yang terang benderang, nak dijadikan drama minggu itu....anak kawan saya ini memberitahu ibunya tentang adegan ranjang yang ditontonnya....eh taklah acah aje.....anak kawan saya itu memberitahu ibunya bahawa dia nampak bapanya masuk ke dalam bilik maid sewaktu kawan saya pergi menghantar anak-anaknya yang lain ke sekolah.
Tulah anak kawan saya lagi hebat kan...dia sendiri melantik dirinya jadi PI. Dan dari situ bermulalah hidup yang sangat mencabar buat diri kawan saya. Kan elok kalau anak tadi tak nampak dan pasti dia tak kan beritahu apa-apa.
Apabila mengetahui cerita itu, kawan saya pun bertanyakan hal tersebut dengan suaminya. Maka si suami ni, mahu tak mahu terpaksalah mengaku yang dia sudah mengahwini maidnya itu kerana terlalu mencintai maidnya itu.
Memanglah itu sebenarnya cinta nafsu kerana maid tadi orangnya agak cantik dan berkulit putih gebu.Saya tak rasa kalau maid tu hitam berkarat rupa tak semenggah mahu suaminya jatuh cinta...huhuhu....namun bukankah cinta itu buta...siapalah saya itu mengadili hukum alam begitu.
Mendengar berita yang menyayat hati itu amat meremukkan hati kawan saya. Siang malam beliau berendam airmata derita kerana mungkin hatinya tak sehancur itu sekiranya suaminya berkahwin senyap-senyap dengan orang luar dan bukan yang tinggal serumah dengannya. Tambahan lagi orang itu adalah maidnya. Seumpama duri dalam daging kepedihan yang di rasa.
Namun Allah tidak akan menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh kita. Begitulah halnya dengan kawan saya. Oleh kerana beliau adalah seorang wanita yang warak maka berita itu terimanya dengan redha mengenangkan pahala seorang isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi.
Dan cerita itu tidak berakhir di situ.....setelah rahsia mereka berdua sudah tidak menjadi rahsia lagi....maka maid indon yang tak sedar diuntung itu mengambil tindakan lebih drastik. Setelah title isteri menjadi rasmi, maka dia menuntut haknya sebagai isteri.
Dia meminta sebuah rumah banglo yang sama seperti yang diduduki oleh kawan saya itu. Maka oleh kerana mahu berlaku adil maka si suami pun menurut kehendak isteri keduanya itu.
Tidak habis di situ dia cuba berbuat baik dengan mak mertua dan ipar duai kawan saya tadi. Tahu sajalah mereka sangat cekap memgambil hati orang kalau mereka mahu. Apabila di rumah mak mertua kawan saya, dia sangat rajin sehingga semua ahli keluarga ipar kawan saya sangat menyenanginya.
Tanpa rasa bersalah atau malu dia mahu sentiasa berkepit dengan si suami dan si suami pula tidak pernak menolak sehingga apabila suami ke rumah mak kawan saya pun dia mengikut.Sikapnya yang semakin tamak dan busuk hati itu membuat saya sendiri rasa meluat melihatnya ketika saya berkunjung ke rumah mak kawan saya pada hari raya tempohari.
Sehingga satu tahap apabila kawan saya bercerita tentang maid baru nya yang mendapat satu penyakit ganjil apabila seluruh tangan hingga ke siku gatal-gatal melecur seperti terkena api. Apabila kawan saya membawanya ke klinik dan mencuba bermacam ubat tetapi tidak juga sembuh maka dia membawa berjumpa pakar perubatan secara Islam. Ustaz yang ditemui mengatakan maid barunya itu terkena sihir yang ingin ditujukan kepada kawan saya tetapi kerana kawan ini seorang yang warak maka sihir itu tidak mengenainya bahkan tertuju kepada maid barunya itu.....astagafirrullahalazim.....kawan saya hanya mampu beristifar....
Tidak cukup dengan itu, madu indon kawan saya ini seperti tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehinya selama ini. Sifat tamaknya menjadi-jadi apabila dia mengusulkan untuk membuka restoran di Sabah. Dan yang menjadi majalnya apabila si suami menurut sahaja kemahuannya. Sehingga hari ini si suami hanya pulang sebulan sekali ke rumah kawan saya kerana sibuk membantu isteri keduanya berniaga restoran di Sabah.
Itulah kadang kadang dalam sesetengah perkara tidak mengetahui lebih baik dari mengetahui.
46 comments:
semoga tabah
Aduih .. tetiba je hidup kwn akak jadi bermasalah, gara-gara "MAID FROM HELL" ni.
Alahai aunty, remuknya perasaan seorang isteri apabila suaminya berkahwin lagi. rasanya kawan aunty tu bukan tak sempurnakan? tp kalu ada kekurangan, orang baru diperlukan, mungkin itu boleh tahanlah. tp ini tidak... owh, kalau mcm tu lebih baik saya merajinkan diri untuk buat kerja rumah sendiri dr mendapat org yg akan mengganggu privasi...
erkkkk..ni la yang tak suke bab2 maid aduii yang xtahan tu bile dah jd bini dia nk kongker segala apa..kuatnya hti kwn kak nani tuh yeaa aduii tapi didalamnya tak siapa yg tahu kan
Ya Allah, lindungi keluarga kita semua dari kemusnahan semua dan gangguan orang2 munafik..
Dasyatnye..... ngeriiiiii... laki die trkena buatan indon tu kot... astaghfirullahhhal'azim... x baik sye ni tuduh2.. tp itu andaian saye la... sbb org indon klau dtg cni keje, dorg bwk ilmu skali... wallahu'alam..
salam auntie,
skrg cuti sekolah maka saya lebih banyak masa di rumah.
jiran depan rumah ni ada maid. bila jiran saya tu ade di rumah, maid tu pijak semut pun tak mati.
tapi bila jiran saya takde, anak2 jiran saya yg 4 org tu dimaki-makinya. saya yg kt umah depan ni boleh dengar.
soalan: patut ke saya bagi tahu jiran tentang kekasaran maid tu pd anak jiran saya tu?
sedihnya..:(
seboleh2nya tak nak ada maid.
baik xpayah ada suami kalau rumahtanggah org lain urusnya.
salam untie nani,
saya setuju dgn kata2 untie...privacy tue mahal harganya...biar rumah bersepah sikit asalkan hati kita tenang...
after baca story kwn untie nie,geram pulak rasanya...tapi allah maha berkuasa...yg salah tetap ada pembalasannya..
macamana citer dalam SINETRON dorang tuh memaparkan kisah tentang ketamakkan & tidak pernah rasa bersyukur dengan apa yang ada ...selalunya begitulah realitinya...
Memang dari "HELL" bukan dari Indon
salam nani,hadoi semput2 akak baca entri nani kali nih..tercungap2 menahan goram...grrrrr sungguh lah..
Suddenly, I don't want a maid. Yes my mom's friend is very strong. She has 9 kids okay!
Ayyo..memang 'Made in HELL' la mad tu...geram plak baca kisah ni. Haih.
astagfirullahallazim... melampau sungguh maid from hell ni.. daa dikutip secara elok tuh.. sang suami tu pulak kenapa dayus benar?? apakah .. sudah terkena .?? wallahhualam..
adoiii...
cian kat lwn aunty 2....
hmmm....
smoga dye tabah menghadapi...
Hi Kak,
nasib baiklah kawan akak ni seorang yg warak.. benda yg jadi macam ni memang perlu kesabaran yang tinggi..
maid indon ni, yang baik dan jujur tu baik lah. tp yg tak baik tu..nauzubillah!
dlu m.cik ade amik jgk, buat jaga arwah nenekn arwah wan.baik n elok dia jg nenek n wan tp last skali dia lari.tataw nape...
eeeee..sakit nya hati bla baca stori nie..mmg mcm2 ragam maid yg kta dgr..tabah nya hati kwn k.nani tu..klu sy mmg teda akn dpt menerima kenyataan mcm tu..mmg maid tu x sedar diri..mudah2an kwn k.nani akn beroleh ganjaranNya d atas kesabaran nya itu..smpi nya hati si somi mmbuat isteri nya mcm tu..huhuhu..sesungguh nya doa2 urg yg traniaya itu makbul...
dah kena mandrem kot laki tu. huhu
salam kak.. jiran saya merupakan seorang "maid from hell"... dengan tak diduga, rupanya anak2 tiri beliau pula adalah rakan sekerja saya. Kawan akak yg dapat madu from hell tu kira ok lagi la sbb putih gebu, jiran sy nih (indon yg rembat suami majikannya) saling tak tumpah macam Nirmala Bonat.. haa!! itu pun ada nafsu besar nak bolot harta dengan tamak dan rakus. Siap minta suaminya belikan rumah di taman perumahan saya sbb taknak serumah dengan isteri tua. Balik indon di jaja ceritanya bahawa kat melaka nih dia dah jadi jutawan.. sombong bongkak bukan main macam org tak tau yg dia tu bekas maid je sebenarnya.. sedih dengar cerita dari kawan saya yg ibu mereka nyaris gila sbb dapat tau suaminya dirembat maid puaka..
(alamak, saya pulak yg emosi bab cerita pasal maid from hell nih..hehe)
Ya Allah.. takutnya dengar cerita macamni.. sebab tu la memang tak mau amik maid.. memang tak boleh pakai manusia macam ni..
kesiannya kawan puan tu... eiii bongok betullah betina tu!!! tak sukaaaaanyaaa!!!
sama mcm bapak saya je,sejak kawin ngn maid sape nth(padahal;xdela pandai masak,membersih apa semua),habis semua perbelajaan kami tersangkut kt restoran yang xde pelanggan sgt tuh,bapak saya mcm klo bole xmau kami(5org adik beradik) smbung belajar kt universiti,tapi kami xamik heran la kehendaknya,sbb selama ni pn mmg die xde fokus sgt pada kami,mmg ibu yg bimbing kami smpi berjaya & dia hnya tumpang nama.
Ya Allah...tabahnya hati kwn akak 2 m'hadapi semua ini.....semoga ada rahmat di sblk kejadian atasnya....saya rasa suami kwn akak 2 pun dah t'kena juga dgn bini indonnya 2....kenapa x bawa berubat?.....
tak semua maid dr indon jahat.akak ipar sy pernah kena.saket hati kalo akak ipar sy cte apa yg die dh wat.curi,ajo 18sx kt anak buah sy.
better tak payah ada maid.
psal ank lebih rapat gn maid tu mmg betul ler.. smpai nk tdo pun maid kena teman.. mak pak akn kata senang le kerja derg tp bile maid blik indon ank plak ngigau2 bukan kasi senang kerja tp lg sukar.. makpak kena pk le seblm semua tggjwb keluarga lepas pd maid.
*ank buahku lebih rapat gn maid dr aku maksu mereke
i tahu kenapa maid tu tamak sebab kat negeri dia, dia adalah manusia merempat..umpama mcm kera dapat bunga...
so entah2 si suami tu pun dah terkena, manalah tau dalam makanan dia taruk apa menda yang kotor2. yalah kan, dah dia yang masak...
kalau tak ada ilmu didada, depa tak berani mai sini susah payah naik tongkang tau...
oh nasib u lah kak nanie, u masak sendiri..
i tak cakaplah semua maid tu jahat, ada yang baik contoh mcm maid kakak i...
tapi kalau non malay amik maid, memang harus kereta dicuci hari2..jangan bagi muka okay!!!
para isteri jangan tak tahu.. setiap pekerjaan di rumah yang iklas dilakukan.... itu ibadah.. tak perlu pembantu rumah kalau mahu berbakti pada suami dan dapat pahala...
Ambik Maid Mingguan cukup!!
Perkara camnie mmg selalu terjadi...
Cinta itu buta, sebab itu orang bercinta suka raba-raba..
hehehr
Moga kawan kak nani tabah...
kesian dia kan..maid pakcik saye pulak bawak laki masuk umah. ikut suka dia je. pastu pakcik saya pandai bawak polis suruh tangkap. padan muka dia.
kak..remuk tol hati bila ada maid camni..dulu saya pon ada maid..yg pertama tu keje sampai 4 thn..lps pada tu x jumpa dah maid yg sebaik dia..start feb 2009 saya dh xde maid..memula jer kalut..lama2 dh biasa..skrg ada anak kecik baru 4 bln..x rasa dah nak ada maid..biarlah..janji hati x sakitkan pulak2 nak handle maid yg pemalas dan suka menipu..
semoga kwn akak tu terus tabah..err..saya rasa suami dia pon dah terkena jugaklah tu..itu firasat saya lah ;-)
Teringat kesah sedara saya, pasal maid juga, mula2 bukan main baik, sampai satu tahap nak tackle suami puan rumah, dan yang menjijikan sekali, dia guna ilmu apa tah, gambar suami tuan rumah dan gambar dia, disatukan, lepas tu letak celah seluaq dalam ....huhhh...mengerisss kannn..sungguh, nasib baik lah suami puan rumah tu dapat dipulihkan...pada saya maid2 indon ni depa datang ke negara kita bukan dengan tangan kosong..mesti ada bawak sikit2 "ilmu" yang aneh dan pelik..
mengucap pjg sy dibuatnye bace kisah ni.. apapun, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
saya harap beliau tabah. sungguh!
eii geramnya bace crita auntie nie..grrr marah ni...tulah die..kalo dpt madi yg x sedo diuntung ni cmnilah..kurang ajar betol lah...
bia satu ari nnti Allah balas..tah2 suami kawan puan tu udah kene mandrem dgn maid tu...cam lembu cucuk idung jer..
bakal kak ipar saye pon amik maid dari indon jugak..naseb bek die baik..dah tua jugak dlm 40an..
mmg untunglah bakal kak ipar saye tu dpt maid bek..tp xley gak nk agak kan..sebab kdg2 dorang ni mula2 jer baik..dah lama2 mula tnjuk belang..tp tak semua la..
maid saya pernah ikat atuk saya di katil.. dia ikat atuk saya di leher, kedua belah tgn dan kaki supaya atuk saya tak bergerak n mudah dia nak berpelesaran dgn maid jiran2... atuk saya perlu bantuan jika nak bergerak.. bila saya balik awal, dpt tgk sendiri tali berbelit2 pada atuk saya!!!
tips terbaik utk sembuhkan hati kawan yang lara tu, try baca majalah WANITA keluaran November. banyak tips berguna , sama kes dengan kawan aunty ni :)
maid adik mak saya pun mengorat laki dia, bila dah kawen neh, sekarang ni dari panggil bibik, dah kena panggil mak teh plak..
sedih sy baca cerita ni. sy ada biras org indon. tp dia bukan maid. dia selalu buat2 baik depan mertua konon2 dialah yg terbaik n buruk2 kan sy. saya syak mesti dh guna2kan mertua sy. mertua pun selalu puji2 pasal dia kat depan sy..dia cantiklah, pandai memasaklah, mengemaslah..semuanya dia. padahal semua orang boleh tengok.indah khabar dari rupa. macamlah sy ni teruk sangat. sy cuma blh bersabar je. setiap baik n buruk perbuatan mesti dapat balasan dari tuhan.
Sorry ye kak. ter'emo' dgn org indon nih...
sbb tu la saya takut nk amik maid..huhu
maid kawan mak saya, siap pegi palit taik cirit anak tu kat muka anak kawan mak tu.. nangis2 budak tu. skali kawan mak balik, kantoi gila.. hah kena la sebijik maid tu. padan muka. keji sgt.. huhuh takut!
saya suka ayat penutup tu :)
salam singgah.
Saya tak kawen lagi..
selalu rasa macam geram kalau cerita macam nih
rasa macam kalau kita buat apa2..tak dihargai..
ntah la..
Mesti kesian akak tuh kan...semoga dia tabah. Sampai masa Allah mahu tunjuk, nampak lah semua nanti. sedih orang buat mcm tuh...hmmmm
mcm mana lah penerimaan anak-anak 9 org yang tiba2 main jd mak tiri.
isk
sabar sungguh member kak nani ni...
Amik stareka tanya...
" Ini Mau?!"
syaitonirrojim sungguh sape yang macam tu..huhuu kesian atas nasib isteri yang susah payah berkorban..x ternilai..
Post a Comment