Thursday, November 11, 2010

Sejarah Tidak Menipu

Jangan kau perkecilkan aku
Jangan kau perlekehkan aku
hanya kerana aku melayu
aku sudah bosan dengar sindrom melayu malas
aku sudah jemu dilabel sebagai melayu malas
kerana aku adalah melayu
aku tidak malas
malas bukan pada melayu sahaja
malas ada mengalir dalam denyut nadi hampir setiap manusia
bukan hanya pada melayu
kau pun tahu
atau kau mudah lupa
atau memang kita mudah lupa
lupa pada sejarah bangsa kita
sehingga kau sanggup menuduh melayu
menuduh melayu bermakna kau menuduh mangsa
kita adalah mangsa jajahan kolonial
peribumi ini adalah mangsa jajahan kolonial
yang pernah menjajah
sama macam
peribumi di Indonesia
peribumi di Fiji
peribumi Di Burma
hak kita telah dirampas
Amatilah sejarah
jangan kata melayu manja
jangan kata melayu mengemis
Dasar Ekonomi Baru
subsidi kerajaan untuk peribumi
bukanlah percuma
itu semua adalah titisan
darah datuk nenek moyang kita
itu semua adalah pemulangan hak
yang dinafikan selama dijajah
hak kita
hak melayu
di atas tanah yang pernah bernama tanah melayu
sejarah tidak pernah menipu.

11 comments:

Anonymous said...

Kak Nani, Melayu tidak malas.. tidak sama sekali. Mungkin kita boleh baca buku tulisan Syed Hussein Alattas bertajuk The Myth of the Lazy Natives. Ada jawapannya bagi tuduhan ini :-)

Sheherazade said...

terkilan dgn sikap sesetengah org melayu..saling dengki :(

Cik Puan Nurul said...

malaysia itu sndiri bermaksud tanah melayu

Misz-ella said...

akak. i like this n3 very much. Congrats kak. pasni ela banjer karaoke. hehe ..

{ finieViolet} said...

wow!! i saw u at nona lah Pn nani... buat pudding triffle..lawanya...

dr.COOkies said...

ye...saya pun nmpk puan nani dalam nona. heheh! excited sgguh sy! ajak seluruh keluarga tgk puan nani, bukan tgk cara nuat triffle. puan sgt cantik! ingin bertemu empat mata. hehe...

Unknown said...

BRAVO! I like this post!!!

LISAMILA CLOTH DIAPERS said...

Salam Kak, Mohon share di FB.

LISAMILA CLOTH DIAPERS said...

Salam Kak, mohon share di FB. TQ

farid said...

http://azrarahman.com/2011/05/ini-bukan-racist#comment-1084

farid said...

http://azrarahman.com/2011/05/ini-bukan-racist#comment-1084